Posts

Showing posts from February, 2011

Adrenalin Unjuk Rasa - Revolusi Mesir

Image
Melihat gelombang kebangkitan rakyat begitu mengujakan. Video YouTube di atas adalah salah satu acara pendemonstrasi menguasi jambatan Qasr Al Nil. Siapa berada di sana pasti merasai gesaan adrenalin menguasai diri. Semangat yang dilaungkan, kebebasan untuk bercakap tentang penderitaan, perkongsian mengenai satu agenda perubahan, itu, yang mendorong mereka keluar beramai-ramai, berpadu, bersatu. Siapa yang tidak takut kepada water canon dan juga gas pemedih mata. Pasti, mereka yang pernah berada di dalam asap yang menguasai udara, merasa seksa bernafas. Dan air mata yang tidak boleh ditahan, mengalir deras seperti kita sedang menderitai dan berkabung dengan sesungguhnya. Kata saya pada rakan, panduan untuk unjuk rasa ialah pertama, keberanian. Kedua, tujuan dan niat yang betul. Ketiga, sebotol air mineral bersaiz besar. Keempat, tuala untuk menutup mulut dan mata. Kelima, wasiat. Saya bercerita pada rakan betapa pedih menahan sakit di kerongkong kerana tertelan asap tebal. D

Sembang Politik Mesir

Kata rakan, "ramai sahaja tidak mahu pulang ke Malaysia. Mereka kata keadaan sudah semakin pulih, meski tidak tahu bila tetapi sudah nampak perubahan positifnya." kata saya, "orang Mesir tidak boleh berpatah arang sekarang. Mesti genggam bara sampai jadi arang. Revolusi tidak boleh separuh-separuh." Sambung dia, "pasti mereka juga telah membuat pertimbangan wajar tidak berada di jalanan. Mereka juga mahu merasa aman kembali. Rusuh tidak membawa apa-apa kebaikkan." "Rusuh tidak semua berakhir buruk. Ada rusuh yang membangun keamanan, malah sejagat pula sifatnya. Seperti pembukaan Makkah." Dia diam tapi tidak kering hujah, "keamanan itu lebih mahal maknanya dari berubah menjadi bencana." "Aman itu lebih mahal jika rakyatnya jadi buta untuk melihat apa-apa, apatah lagi sehingga tidak dapat membeza baik dan buruk sehingga yang bejat, hanyir, keji dan zalim, kita lihat sebagai satu rahmat. Aman hanya murah bila..." Teman mengangkat

Pergolakkan Mesir dan Harapan

kekalutan di Mesir, pasti ada hikmah yang besar. Terusan Suez sekarang dalam taruhan. Barat tidak akan berpeluk tubuh untuk melihat Mesir ditangan bukan sekutu. Kami membayangkan Ikhwanul Muslimin bangkit. Dan pintu kotanya Nabi Musa, di buka untuk Ghazzah!