Posts

Showing posts from October, 2011

Ke Pusara Ayahanda

Image
Hari ini Anakanda datang Mengucap salam Andai lebih matang Mana mungkin melukaimu Jika detik bisa diputar semula Kan ku sujud di kaki Guna untuk menebus dosa Anakanda mohon pergi Pulang ke kampung halaman Memijak langkah dan jalan yang sama Dari tapak kaki Ayahanda Lama dulu Ayahanda panggil Moga redha dan keampunan Yang membawa dan menghantar Sebagai membukti Bahawa kitalah sang penunai janji Meski seribu tahun Dengan amanah kesetiaan Yang didendang di luh Saya akan datang Ayahanda Saya datang! Restui perjalanan Berilah ampunanmu Andai anakanda tidak pulang Ketahuilah Di mana-mana Ayahanda tetap ada Dalam darah, diri, dada, minda Dalam sukma Dalam setiap waktu Ketika mereka menyebut namaku Ayahanda Anakanda dipanggil Kita akan berpergian Bersama-sama...