Posts

Showing posts from March, 2013

Cinta itu seperti apa?

Ketika berpenatan dengan masing-masing badan berbau seperti kilang kerana penat seharian bersolidariti, kami berkumpul di ruang antara gerabak LRT. Di sisi saya 3 orang anak muda pemimpin masa depan. Seorang masih menuntut di bidang forensik, seorang bakal guru bahasa Inggeris dan seorang lagi adalah bakal peguam. Tanya saya apa yang menjadi penghalang rakan-rakan lain untuk turun padang berbakti kepada masyarakat pada usia muda. "Mereka tidak sanggup mengorbankan lifestyle hujung mereka. Shopping dan outing (atau mungkin dating). Mereka masih mahukan life mereka." "Bagaimana dengan awak?" "Inilah life yang saya pilih." Saya menganggat kening. "Kami juga sukakan life sepertimana kawan-kawan yang lain. Tetapi bila fikir-fikirkan, kenapa tidak lakukan kerja-kerja yang memberi makna? Aktiviti seperti ini, adalah life yang saya pilih." Bakal teacher kemudian mencelah, "saya sedang menunggu nama untuk dipilih menj

Bukalah jendelamu

Hujung minggu lalu, memang mengujakan. Seawal pagi perlu menyiapkan teks dan catatan kerana diminta untuk menjadi pengulas buku di Annexe, berdekatan Central Market, KL. Tergesa, kerana saya diminta untuk mengantikan orang yang tidak dapat hadir. Dan buku pilihan orang yang tidak dapat datang itu berwacana berat.  Tapi saya kira dari pagi saya diberkati. Waktu sarapan ketika sibuk-sibuk menulis dalam buku catatan di kedai mamak NZ di Setiawangsa, kawan tiba dengan buku catatan di tangan. Ketika itu teh tarik sudah pun surut 3/4 gelas. Ya saya selalu gembira berjumpa dia, kerana biar berapa lama (sekejap) pun kesempatan waktu yang diberikan kepada kami, saya selalu tahu akan ditimbuni ilmu bekal untuk beberapa bulan akan datang.  Waktu yang sekejap itu (sejam lebih sikit) kami sudah pun mengumpul tentang model ekonomi, beberapa contoh tentang kebaikkan dan keburukan model ekonomi yang telah diadaptasi oleh sesebuah negara, bagaimana mempercepatkan perkembangan ekonomi, tent

Doa untuk semua

Untuk kamu yang menyayangiku, dan aku menyayangimu kerana Allah.  Ya Allah, aku bermohon padaMu agar Kau kurniakan segenap kebaikkan kepada ibu, ayah, adik, abang-abang, kakak, keluarga, guru-guru, rakan-rakanku yang disayangi dan mereka yang Kau kasihi. Sayangi mereka kerana aku tidak akan dapat menyayangi mereka melainkan dengan apa yang Kau izinkan. Kerana Kau Maha Kaya, pembendaharaanMu meliputi apa yang kami tahu. Permudahkan urusan mereka, basahkan hati mereka dengan mengingatiMu, cinta Kamu, damba Kamu, bergantung kepadaMu. Hanya padaMu tempat segala permohonan. Aku sayang kamu dengan segenap kemanusiaanku yang serba kurang. Yang melihat kelebihanmu kerana usaha kerasmu yang berusaha mencari rezeki yang halal, senyum yang masih kau ukir bila mana melihatku meski kamu terlalu lelah atas urusan yang dituntut ke atas dirimu, yang mendoakanku kala aku tidak pernah tahu, yang menyimpanku dalam hati dan sukma, yang kurasakan penjagaan dan perhatian pada setiap ketidakberdayaa

Seperti Air yang Mengalir...

"Sungai Jordan dan laut mati. Kedua-duanya di Palestin. 1. Sungai Jordan mengalir menjadikan tanah subur. 2. Laut mati penuh dengan garam sehingga tiada hidupan mampu hidup di sana. Sungai Jordan mengalirkan air ke laut mati. Dan laut mati tidak mengalirkan ke mana-mana. Di sini dapatlah kita lihat betapa besarnya nikmat memberi dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan." Itu status seorang Adik yang dalam hatinya ada pelangi. Sejak akhir-akhir ini Adik itu sudah menitipkan pesan-pesan berguna dan bermakna dalam status Facebooknya. Sudah berubah, statusnya sudah menjadi seperti air yang mengalir dan cahaya, dengan berkongsi ilmu. Yang ditulis untuk menyampaikan pesan-pesan kebenaran, meski saya sendiri tahu apa kritik dan perlian rakan-rakan disekelilingnya.  Harga yang perlu dibayar oleh mereka yang mahu berpesan kepada perkara baik dan kebenaran. Saya kagum kerana diusia muda, Adik itu menyanggupi kerja mulia, tidak kisah tidak menjadi seperti majoriti

Baca Lagi

Akhir-akhir ini saya sering dapat soalan, buku jenis apa yang patut saya baca? Soalan dari remaja/orang muda yang mahu keluar dari stereotype generasi Y: hedonisme, muzik, movie, drama Korea, shopping, Facebook, Twitter. Jelas, dia mahu menjadi parajurit sebenar, bukan parajurit keyboard. Buntu kadang-kadang. Sebab saya jenis membaca semua jenis bacaan. Malah suratkhabar tabloid dan murahan pun baca. Cuma nak kekal baca lama itu berbeza. Bagi akhbar yang hanya memuatkan berita sensasi dan gossip, saya cuma menyelak dan melihat-melihat gambar. Tetapi kalau ada bahan bacaan menghidangkan idea dan pelan tindakan, itu akan buat saya melekat dan akan membaca sehingga habis.  Yang saya percaya, baca apa pun akan memberi kebaikkan. Untuk baca menjadi lubuk pahala, kena mula dari niat dengan memusatkan apa yang kita buat itu dengan nama Tuhan Yang Menjadikan. Jika itu tujuannya, kita akan memilih untuk membaca bacaan yang sihat minda, akal, hati, rohani, jasmani, jiwa, dan pemiki

Berbuat baik dengan Menerima

Seperti biasa, dalam minggu-minggu yang luar biasa menerima asakan dan ujian bentuk peribadi, saya sering diberi perhatian istimewa dari langit. Saya juga percaya perkara yang sama boleh berlaku pada awak, pada sesiapa sahaja, jika kita benar-benar aktifkan indera untuk memerhati dan merasai.  Apabila menerima hadiah dari langit, kita akan segera faham marah-marah itu tidak perlu, merasa diri diprovokasi juga tidak perlu, melenting itu lebih patut disiramkan dengan sabar. Pelajaran yang selalu kita boleh dapat dari rancangan tanyalah Ustaz, tapi sangat sukar kadang-kadang untuk dipraktikkan. Hari ini saya belajar, manusia juga secara nalurinya boleh belajar mengalami pengalaman. Belajar untuk sabar itu lebih getir dengan mengalami sendiri. Ya, teori lebih mudah berbanding dengan berbuat. Apa yang saya merepek pagi-pagi ini. Owh, saya cuma mahu berkongsi. Selalu kita merasa berbuat baik apabila dapat memberi dan berkongsi dengan orang lain. Semalam saya mendapat pengaja

Menjadi ilmuwan atau cendiakawan?

Menjadi ilmuwan atau cendiakawan, adalah satu soalan yang sesuai dilontarkan di kalangan individu yang merai ilmu. Mereka yang suka belajar, membaca, mencari pengalaman, mencerap, berdiskusi, berwacana adalah tergolong dalam kelompok ini. Apa bezanya? Ilmuwan adalah golongan teori dan mencerap. Melihat data-data dan membuat kesimpulan, juga cadangan kepada aplikasi. Cendiakawan ialah orang yang mempercayai ilmu mereka, terjun di tengah-tengah masyarakat, dengan tangan mereka kotor dan bergelumang peluh serta mencurah apa yang punya mereka, untuk bersama-sama membentuk masyarakat dan dunia yang lebih baik. Ilmu mereka menjadi jambatan kepada masyarakat.  Apa pilih kita?

hadiahkan sahaja!

Image
Ini adalah gambar anak buah saya Muhammad Alif, 10 tahun di Facebook ibunya dengan catatan " Untuk arwah pakcik zul dan perwira negara yg terkorban..hadiah dr  Muhammad Alif .."  dalam diam saya berlinangan air mata. Tidak syak lagi saya merasa bangga dan pada masa yang sama rendah diri. Kesedaran anak kecil yang putih kadang-kadang mencengangkan, tindakan mereka spontan dari hati yang ikhlas, kasih sayang yang selalu penuh, dan boleh sahaja menginsafkan dewasa yang ego. Dewasa ya, yang seperti saya. Dunia ini dan kehidupan kita tentunya hasil dari didikan. Bermula dari rumah, sekolah, universiti dan pengalaman. Selalu saya berdoa, kita semua di'sekolah'kan dari 'sekolah' yang baik. Meski kita melalui pelbagai perkara, pahit dan manis, hitam dan putih, akhirnya saya tetap berdoa kita semua akan menjumpai jalan kembali yang sebenar dan menemui kebenaran. Tidak syak lagi, akhir-akhir ini saya seringkali disentuh dengan tindakan anak-anak muda, ya

yang mana satu?

Saat ini kemelut paling panas adalah yang berlaku di Lahad Datu Sabah. Termasuk juga cuaca panas meleting yang berlaku di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar. Sedangkan di tempat-tempat lain hujan lebat dan banjir kilat.  Saya mahu komen tentang pencerobohan, menyedari tidak mempunyai pengetahuan yang cukup, di sini saya hanya mampu nukilkan satu catatan pendek pengalaman semalam. Tidak ada kena mengena dengan kejadian pencerobohan Lahad Datu. Beberapa hari lalu, saya diajukan satu pertanyaan yang ditanya oleh seorang adik, yang sehingga sekarang saya masih buntu untuk memberikan jawapannya. Adik itu seorang perempuan manis, sedang belajar asas Bahasa Perancis sebelum terbang ke Perancis untuk mendapatkan ijazah pertamanya. Tanya dia dalam perjalanan balik yang panjang, dari Shah Alam ke Titiwangsa (kerana tersesat barat),  "yang mana satu lebih baik Kak, orang agama yang ilmu agama di tingkatan tinggi, tetapi kemanusiaannya kurang. Atau orang yang tidak mempunyai begi