Posts

Showing posts from April, 2012

Demonstrasi waktu Subuh

Image
"Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat."    Bila akan berlaku yang demikian? Saya tidak tahu. Sepanjang umur setakat hari ini saya belum pernah melihat ruang demo terbuka, percuma, bebas, tidak akan diganggu penguasa di masjid pada waktu Subuh digunakan massa sepenuhnya. Yang berbondong-bondong orang keluar menyatakan solidariti terhadap yang lebih berhak, untuk ketuanan Allah yang Maha Esa. Belum pernah lagi di Malaysia. Saya tidak tahu kalau di negara lain ada, jika ada Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada negara yang telah mempersiapkan tentera jihad dan syahid yang diperlukan, jika musuh datang menyerang.    Pernyataan solat Subuh dan perlambangan dengan kekuatan umat itu dipetik dari buku 'Misteri Solat Subuh' dari Dr. Raghib al-Sirjani yang saya ambil dari buki Bila Beduk Diketuk (penulis Pahrol Mohd Juoi).   

Jangan takut susah-2

Image
Siapa yang tidak lelah? Mungkin orang yang sangat kaya yang tidak mempunyai masalah apa pun. Satu masa saya jeritkan juga segala tekanan yang ada. Tetapi untuk kawan-kawan sahaja yang mendengar. Ya, jeritkan pada sistem, siapa kita untuk melawan apatah lagi duduk dan bantah. Satu hari ketika mentor yang paling saya hormati datang, saya mulakan penceritaan lelah saya. "Saya penat Prof untuk buat segala serbi". Saja jejerkan apa yang terbuku dan yang berat di bahu. Prof memandang saya penuh terhibur. Agaknya. Si kecil ini masih lagi anak kecil tidak kira sepuluh tahun lalu, atau masa sekarang ini. Prof memandang saya penuh minat dan kemudian bersuara, "apalah yang disibukkan sangat oleh Asal ini." Noktah. Saya tahu muka saya diserbu merah. Saya kehilangan kata. Pengaduan tidak memberi apa-apa makna pun. Malu. Yup, saya malu kerana mengadu. Baru saya teringat cerita beliau yang berkhemah di lereng bukit untuk mencerap data dan masuk ke kampung untuk me

Jangan Takut Susah

Image
Generasi sekarang adalah generasi atas talian (termasuk saya). Kita tidak lagi menulis menggunakan pensil/pen tetapi keyboard. Dan satu masa keyboard juga akan ditinggalkan bila kita cuma akan menggunakan touch screen keyboard. Maklumat tidak didapati lagi dalam buku. Sebaliknya google dan wikipedia. Segala aktiviti yang menggerakkan otot dan sel otak, akan terasa begitu susah. Sehinggakan pada satu waktu, orang yang terpelajar juga pernah bertanya soalan yang dia tidak tahu jawab begini, "soalan ini perlu fikir eh?" Aktiviti menggerak otot dan otak telah dilihat seperti perlunya menekan suiz. Kena beri makluman dan notis awal, "soalan-soalan berikut adalah perlu kepada janaan pemikiran. Sila on suiz berfikir anda". Ya kelemahan kita sudah berada ditahap disable (mungkin). Satu masa generasi umat manusia mungkin jadi sama seperti cerita Wall E. Kesenangan berada di kerusi, tanpa perlu menggerakkan apa-apa. Apa perlunya orang lama persu

Selalu ada dalam sukma

Image
Aku selalu menyebut namamu, dalam rindu Dalam cerita-cerita, kau selalu ada Biar jauh beribu-ribu batu, bila dipanggil datang, tetap datang Kenalilah daku Si fakir miskin segala, serba Tidak punya apa-apa Kecuali namamu dalam sukma Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad

Keadilan dan Kesetaraan

Image
Saya mencari keadilan di tiga negeri, Ahad lalu. Dari Port Dickson, Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Pahang. Tetapi tidak berjumpa. Di Port Dickson saya ditempatkan di Avillion Admiral Cove, tempat berlabuhnya kapal-kapal mewah. Mungkin sebahagian besarnya bukan milik rakyat tempatan. Tetapi pelancong luar yang berjalan-jalan melalui pengangkutan laut. Berapa harga parking untuk satu hari? Jangan tanya, kerana sama seperti awak juga, cuma mampu memandang. Menghargai keindahan kapal dengan kejuruteraan tahap tinggi, keseimbangan, estitika dan berangan menjadi pelaut. Merentas samudera seperti pengembara hebat, Marco Polo dan Ibn Batutah.   Tetapi saya tahu, ia hanya mimpi jika saya membayangkan penghuni-penghuni kapal ada membicarakan tentang keadilan. Apatah lagi kesetaraan. Orang-orang mewah yang memegang kuasa, adakah mereka ada fikir tentang keadilan? Adakah mereka juga dizalimi dan ditindas? Tengahari saya sudah bergerak ke KL. Berkira-kira agar dapat turu

Celah Masa

Image
Selama beralasan sibuk, padahal hakikatnya lapang, saya tidak pernah berhasil menulis apa-apa. Baik di dalam blog mahupun penulisan akademik. Akhirnya saya berdamai dengan situasi. Sibuk dalam kerja saya bukan pilihan. Ia selalu begitu. Saya berdamai dengan bersyukur atas kesibukan yang ada. Berdamai dengan mengatakan apa yang saya lakukan adalah jalan yang Allah buka untuk membolehkan kami membantu orang lain. Untuk menambah ilmu dan pengalaman. Untuk berkongsi apa yang boleh dimanfaat.  Berdamai dengan sedar bahawa keadaan ini menunjukkan saya berfungsi. Walau di tekan ke tahap maksima. Sekurang-kurangnya masa terisi dari tersia. Aneh. Dengan begini sahaja, setiap hari saya boleh bertemu awak di sini. Di celah masa, Allah selalu boleh memanjangkannya, andai sahaja kita ikhlas dan berusaha.

Mimpi 2

Image
Bila sahabat saya Ieka respon pada entri mimpi , dan menceritakan bagaimana mimpi-mimpi terhadap Mekkah selalunya berakhir dengan realiti. Catatan Ieka seperti berikut: "saya pernah bermimpi berdiri seorang diri tanpa keluarga memakai telekung di atas sebuah bukit berdekatan sebuah pelabuhan. ada suara berkata di situlah tempat org berlabuh utk dtg ke Mekah dulu. Setahun lebih selepas itu saya pergi ke sana sewaktu masih bergelar pelajar, tak punya duit dan tidak bersama keluarga, sebaliknya bersama rakan2 seperjuangan. Pelik, tapi benar.." Beberapa tahun kemudian saya bermimpi tidur di Masjidil Haram bersama suami saya sehingga masuk waktu subuh bersama jemaah yang sgt ramai. Sedangkan saya tidak ada sesiapa utk berkahwin waktu itu. 4-5 tahun kemudian saya pergi ke sana bersama suami saya." Saya jadi terpanggil untuk berkongsi lagi tentang mimpi. Barangkali boleh beri kebaikan orang yang mencari erti mengenai visual yang dipaparkan waktu tidur, semasa tubu

Api Panas tidak Semestinya Membakar

Image
i. Di musim keputusan SPM diumumkan, yang dirai ialah mereka yang mengumpul banyak A. Ada lebih 10,000 pelajar mendapat semua A. Mereka adalah pelajar berpontensi untuk ke Universiti. Universiti kini sebagai gedung keramat untuk mendapatkan pekerjaan baik untuk mengubah nasib keluarga. A itu telah dilihat sebagai dewa. Saya hanya cuma baru tahu, seorang teman yang sangat cemerlang pencapaian akademik membuka cerita. Pada suatu masa ketika keputusan peperiksaan besar diumumkan, dia tidak mendapat semua A. Dapat masuk ke sekolah asrama atas panggilan entah ke berapa. Tiada siapa pernah peduli dia seorang yang punya potensi. Sehingga satu hari teman sekelas memandang dengan sebelah mata bertanya, "kau ni bodoh kan?" Kalimah itu pada dirinya seperti api. Seperti ada minyak yang disiram kemudian membakar dari dalam. Tentu, dia menangis dan mengadu pada ibu bapa. Tetapi selepas itu dia terus memecut dan meninggal semua orang dibelakang. Hari ini dia adalah seseorang, yang

Kita pun Boleh

Image
Saya tidak menyembunyikan kekaguman saya kepada Prof Mohd Kamil dalam beberapa entri kebelakangan ini. Meski dalam waktu kemunculan dan popular yang sangat mendadak saya masih punya pandangan sedikit skeptikal. Walau kawan-kawan meletakkan buku travelog Haji Mengubah Sempadan Iman di meja, saya tidak terpanggil untuk menyentuh ataupun membaca. Sehinggalah saya menjadi pembaca entri Prof kebelakangan ini. Tentang penghidupan seorang manusia biasa di Madinah. Bila mana seorang manusia dijemput tinggal berjiran di tanah Madinah yang begitu luar biasa, saya tahu Prof Kamil orang yang terpilih. Dan blog dia yang sentiasa memanggil orang untuk membaca, kemudian menghayati dan terpanggil untuk sama membuat kebaikkan. Ya, sebagai manusia yang memerhati, saya tahu Prof adalah manusia terpilih. Setiap hari ketika membuka blog, saya berdoa Prof Kamil diberi hidayah dan istiqamah. Yang membuat saya tersentuh ialah kerana Prof Kamil bukan orang agama. Malah dia secara terbuka mengaku

Mendidik Jiwa

Image
Nasyid ini sedia dipasang dalam kereta kawan setiap kali pergi ke tempat kerja. Ia dendangan indah Mohammed Obaid. Entah kenapa setiap kali pun kaset melagukan, hati disampuk sayu. Meski kami tidak tahu apa ertinya. Melodinya sahaja membuat diri terbuai entah ke mana. Satu hari rakan memberikan link untuk memahami erti disebalik bait-bait Syair Imam Syafei. Ia telah menjemput derai air mata tiada berpenghujung. Andai ia adalah doa berpengharapan seorang Imam, maka kita ini bagaimana patut lantunan doanya? Bila sempat membuka YouTube ini dan menghayati makna, saya kehilangan kata. Setiap satu bait pun menghiris kerana mengenang diri begitu cela dan berdosa. Imam pendiri mazhab yang ramai sekali jemaah yang berdiri di belakangnya merasa begitu kerdil ketika bermunajat. Diulang-ulang dirinya yang membuat salah, mengharap pengampunan meski Imam tahu dia akan mengulangi dosa yang sama. Ya, Imam mencirikan sisi manusia yang sebenar. Yang jarang sekali kita cerminkan diri ke

Soal Hati

Image
Di Madinah, saya diajarkan kembali sebuah doa dengan makna, "Wahai Tuhan yang membolak balik hati, perteguhkan hati kami atas agama dan ketaatan padaMu." Kata mutawif muda, ini doa yang diamalkan ulama-ulama yang tidak disangkal amal dan ibadah mereka. Mereka yang begitu teguh iman juga berdoa. Sepanjang perjalanan melawat bandar Nabi saya bertanya, "kenapa kita perlu ada doa khas untuk hati, tetapi bukan untuk otak dan anggota lain pada badan?" Soal ini dijawab rakan pandai ekonomi dengan panjang lebar. Kata dia, "hati adalah satu organ paling aneh dalam tubuh badan manusia. Bila ahli sains perubatan mengkaji, semua anggota dan organ badan akan di saling hubung dengan saraf sehingga bersambung ke otak. Tapi hati lain, ia tidak punya sambungan ke otak." Saya menjengilkan mata tidak percaya. "Jadi siapa yang kontrol hati?" "Ya tiada jawapan lain, melainkan Pemiliknya." Saya ada masalah hati. Bukan, bukan masal

Berkat 3.0

Masih lagi bertanya benda yang sama. Tentang berkat. Jika ada satu benda, benda itu memberi kebaikkan berganda-ganda, itulah berkat. Soal 1.0 - Gaji Kawan-kawan kata perlu gaji yang banyak baru kita boleh melakukan sedekah dan membuat kebajikan. Betul? Ramai percaya benda yang sama. Tapi setelah membaca artikel, seorang pekerja am, pengutip sampah yang mempunyai keluarga ramai. Sebelah malam bekerja sebagai jaga untuk menampung keperluan rumah. Tetapi ketika sudah sampai waktu, beliau tetap membayar zakat walau pihak zakat kata beliau tidak perlu. Gaji yang terlalu rendah, tidak layak sebagai pembayar zakat fitrah. Tetapi beliau tetap memberi. Berkat? Soal 2.0 - Masa Orang jarang kaitkan berkat dengan masa. Ramai orang mahu kaitkan berkat itu langsung dengan rezeki. Sedang rezeki tu pelbagai. Termasuk punya masa juga. Oleh kerana kita tidak rasa masa itu satu entiti yang perlu dilakukan secara terhormat, banyak masa dibazirkan. Nak tahu macamana masa kita berkat atau tid

Kunci hilang

Image
Khalis berdiri di hadapan bilik, di hadapan tertera 'ADA". Khalis mengetuk pintu, tertib dan jelas didengar penghuni di sebalik. "Masuk!" Daun pintu dibuka dan terus dibiar terbuka luas, kelibat Ashwa menjelma. Ashwa terkejut, bangun dan menjemput Khalis duduk di kerusi pelawat. "Ashwa, tidak perlu awak melayan saya begitu begitu rasmi," Khalis membuka kata, menarik kerusi dan duduk dalam keadaan selesa. Khalis memerhati. Di hadapan meja kerja Ashwa, ada botol kecil berisi debu. Khalis tahu cerita debu dan botol kecil itu. "En. Khalis boleh panggil saya, tidak perlu susah-susah datang ke bilik kecil ini," bicara Ashwa sedikit rasa tidak selesa. "Kita kan bersahabat, kebetulan sahaja dalam 2-3 tahun ini saya perlu jadi Ketua. Esok lusa mungkin awak pula." Ashwa menarik nafas. Khalis tahu Ashwa tidak berminat. "Saya bimbangkan awak. Terus terang, sebagai ketua saya ambil berat dan perlu menegur. Prestasi

Teach for the Needs

Image
Seorang guru bertanya kepada anak murid kenapa tidak pergi ke kelas tambahan padahal akan menghadapi peperiksaan UPSR. Jawab anak kecil, "Ayah kata Abang saya akan kahwin bulan 6, tidak ada duit untuk bayar yuran tusyen". Soalan ini ditanya oleh Cikgu Zul yang membawa kepada gerakan Teach for the Needs (TFTN). Rupanya, tidak semua anak-anak sekolah mendapat ruang dan peluang yang sama. Minta maaf kerana ketidak pedulian saya. Saya mengaku, saya baharu sahaja peduli. Maafkan saya. Foto1: Pengasas bersama-Zul Fikri di Rancangan Selamat Pagi Malaysia, 2/4/2012 Anak-anak ini kebanyakkan datang dari kelas bawah, ada yang memanggilnya kelas corot. Ketika perhatian dan lampu limpah disorot kepada murid-murid punya potensi untuk meningkatkan peratus kejayaan sekolah, mereka terus dipinggirkan. Atas pelbagai nama, perbezaan latar belakang keluarga, sosio-ekonomi, dan geografi. Kerana mereka berada di pedalaman. Kita sangkakan masalah ini seperti tiada, kerana kita menghadapi hidup mas

Prof Kamil: sisi gelap

Image
Siapa yang tidak kenal Prof Kamil? Jika disebut mereka akan memberi reaksi klise, "oh, yang menulis Travelog Haji itu." Saya tidak kenal secara dekat Prof Kamil, tetapi pernah mendengar namanya. Satu masa, kami di institusi yang sama, cuma beliau di Johor, saya di Pahang. Saya hanya melihat beliau dari jauh. Itu sahaja. Kini Prof berada jauh nun di Universiti Madinah, yang membolehkan beliau pergi umrah bila-bila masa beliau suka. Satu perkara menarik ialah bila namanya dibicarakan di kalangan para senior mereka akan cuba memberi gambaran bahawa Prof Kamil punya sisi gelap di zaman muda. Yang berminat untuk tahu akan bertanya. Saya, saya tidak berminat mendengar. Untuk apa. Ia sudah pun menjadi masa lalu. Kalau pun ada, ia tidak pernah menjadi rahsia. Prof Kamil secara terbuka menceritakan tentang kejahilan beliau di masa lalu di dalam buku-bukunya. Yang beliau sesali, dan menganjurkan secara berterusan untuk generasi muda, generasi sezaman dengannya, generasi lebih tua untuk

Mimpi

Image
Saya mencatat mimpi-mimpi ketika bangun dari tidur jika masih teringat. Ramai orang akan berpesan, "itu hanya mainan tidur." Mainan? Sukar untuk saya percaya bahawa setiap yang berlaku hanya sekadar mainan, saja-saja. Meski yang wujud dalam mimpi. Ketika tidur, bukankah kita tidak berfungsi. Semua organ termasuk tubuh, minda dan hati dihentikan. Kalau pun bergerak, kita sama sekali tidak menyedarinya. Dari mana datangnya mimpi? Saya percaya ia datang dari tempat tinggi (i.e: mimpi yang baik) guna untuk memberi pesan dan panduan. Juga nyaman pada setiap harapan yang belum tertunai, tetapi dijelmakan dalam mimpi. Mimpi yang paling baik adalah mimpi bertemu Allah, kemudian Rasulullah, kemudian ibu bapa yang muslim. Itu yang saya baca dari buku. 2010 saya bermimpi saya bersolat Jumaat di Masjidil Haraam dalam jumlah jemaah yang ramai sehingga perlu berhimpit-himpit. Malah berselisih bahu dengan begitu rapat. 2011 saya diberi kesempatan untuk bersolat Jumaat b