Posts

Showing posts from February, 2009

Warkah untuk Adik

Image
Adik saya, sedang berhempas pulas melalui pengajian peringkat sarjana mudanya. Dia sedang runsing sekarang, dengan beban kerja dan menyelesaikan masalah pengiraan yang rumit-rumit. Jika saya saudara tua yang jahat, saya akan katakan padanya dengan gelak orang kaya 'Rasakan, itulah yang kami rasa dulu, bukan senang mahu jadi Inginiur dik'. Tapi seperti semua orang pun tahu, saya adalah saudara tuanya yang bersopan dan manis pula bicaranya (boleh percaya?) lalu saya titipkan warkah ini untuknya (yang dijumpai di peti email saya sebenarnya). Moga dihatinya juang, di dadanya juang, di dalam semangatnya juang, kerana dia merintis jalan orang berjuang. Asal sahaja kamu usaha dengan istiqamah Dik, akan kami hadiahkan juga kamu dengan kiffiyeh itu! (jangan marah ). Adik saya, meski saya selalu menyakatnya, saya berdoa untuk dia. Selalu. Kerana dia sudah tidak punya doa ayah, tidak juga punya doa kakak yang lebih tua, juga sudah kehilangan doa anak buah kawan baiknya. Tapi saya boleh ja

Telefon

Image
Telefon saya, jika mahu memainkan muzik dengan dibantu alat mendengar (? earphone), perlu ditanggalkan segala aksesori termasuk pakaian perlindungan (cover) kerana masalah teknikal. Satu petang, rakan terkejut melihat wajah telefon saya yang baru tanpa baju yang diletak aman di atas sofa. A: Eh, kenapa terlanj-- pula telefon ini? Saya memandang dia sambil tersenyum. Saya: Cantikkan telefon ini tanpa baju? A: Memanglah cantik, tapi jaga-jaga. Saya: Kenapa? A: Tidak pasal-pasal kena letak jawatan pula nanti. Saya: Aik? Telefon pun kena letak jawatan.
Pillars, which is connect the foundation below and the slab above. Without them, I do not know were to put my feet. With their absent, I just can’t touch the sky. Only with their emergence in the midst of might and love, Will witness me, How well I’am, To manifest Transcendental message from high above!

David dan Goliath 7

Image
“Ustaz, perlukah benda-benda materi macam Thabut untuk buat kita percaya?” “Sudah begitu sifat manusia Shafiq, untuk kebanyakkan manusia ia perlu, malah sangat perlu. Hanya dengan benda yang kita boleh indera dan rasa kehadiran sahaja yang boleh membuatkan manusia percaya. Manusia lebih percaya kalau mereka dapat menyentuh sesuatu. Manusia juga boleh percaya kalau mereka dapat rasa sesuatu. Sebab itu zaman moden ini, saintis hanya akan percaya pada perkara yang mereka dapat buktikan di makmal. Jika sesuatu benda boleh dirasa atau diindera tetapi tidak dapat dibuktikan di makmal, itu ialah apa yang dikatakan oleh saintis moden sebagai sains maya atau pseudo sains”. Alif mencatat. Ustaz Fadi Khudan meninjau ke arah hadapan. Saf hadapan hampir dipenuhi jemaah. Ada yang sedang membaca Quran. Ada yang sedang solat sunat Tahiyyat masjid dua rakaat. Yang lain duduk berzikir dengan pakaian bersih. Wajah mereka kelihatan segar, mungkin semuanya mandi sunnat hari Jumaat sebelum berjemaah. Ustaz

David and Goliath 6 (Ark of Covenant)

Image
Ustaz Fadi Khudan mengingat-ingat Thabout yang pernah dilihat di majalah dan di internet. Kemudian mengeluarkan komputer mini berwarna merah jambu dari beg sandang. Harap-harap pelajar ini juga dapat menvisual imej peti simpanan Kitab Taurat yang sama. Hanya dengan itu, mereka akan segera faham fungsi Thabout sebagai penguat semangat. Sama seperti kibaran bendera ketika perang berlangsung. Ustaz Fadi Khudan menghulurkan komputer yang mempunyai skrin tidak sampai 12 inci. Masing-masing berebut mahu melihat. "Besarnya peti!" Asytar hampir bersorak. Mulutnya segera diserkup Syafiq. Sebahagian jemaah mula memandang kebelakang. Pipi Ustaz Fadi Khudan merah. "Huk aloh, besarnya. Sampai perlukan empat orang untuk membawanya. Payoh le Ustaz kalau pergi perang bawa benda besar macam itu", Alif pula melontarkan pendapat. Kali ini suaranya perlahan, agak-agak sesuai didengar kumpulan kecil. Ustaz Fadi Khudan segera menutup komputer mini. "Ini gambaran pelukis sahaja. Belu

Akan apakah kami nanti

Imamku Nabi memasukki Madinah memper'satu'kan ummah Ummahmu Nabi diamanahkan daerah disegerakan pecah belah duhai, akan apakah kami nanti?

Refine your heart

Image

Mike bukan orang Perok

Image
Gambo di atas adalah keindahan Tambun yang terletak di Perok. Teman baru pergi minggu lepas. Sebermula maka tersebutlah perkataan bahawa Raja jangan sampai melanggari wa’ad. Maka Raja Sang Sapurba telah bersumpah setia dengan Demang Lebar Daun. Wa’ad yang telah ditulis. Maka negeri yang makmur itu jika bukan Demang Lebar Daun memberi izin dinikahkan anak perempuannya orang kebanyakkan adanya pada Sang Sapurba, maka tidak berturunanlah Raja. Sudah diketahui rakyat jelata, sudah demikian tersurat Sang Sapurba yang menikahi lebih 39 orang anak Raja. Selepas bermalam, akan kedallah sekelian anak raja bila matahari menjenguk pagi. Tiada rasi jua dengan Sang Sapurba. Bermuram durja atas nasib yang menimpa, Sang Sapurba meminta anak perempuan orang kebanyakkan. Begitulah anak Demang Lebar Daun yang terlalu baik rupa parasnya dipilih dan kemudian dinikahkan dengan Raja. Tiadalah pernikahan berjalan tanpa wa’ad. Antara Raja dan orang kebanyakkan. Antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. “Tu

Minum teh dan Wadikita di PSP

Image
Kami minum teh di Persian Restaurant, Ampang. Begitulah bentuk bekas gula dan cawannya. Teko di sebelah sedikit sahaja masuk dalam foto. Dihidangkan untuk seorang. Tetapi kami telah meminta cawan lebih untuk semua dapat merasa. Dihidangkan juga sebekas gula, sangka Bro dalamnya adalah gula batu, tetapi rupanya masih gula pasir. Lalu sebuah cerita mengapung di dalam restoren yang asing. Ada sebuah filem, seorang bapa sedang mengetuk gula batu untuk dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian si bapa menyuruh anak membawa secawan teh kerana kehausan. Bila masuk teh ke dalam mulut, si bapa berhenti. Bapa : Kenapa tidak dimasukkan gula ke dalam teh ini, anak? Anak : Bukankah Abi sedang mengetuk gula batu, ambil sahaja gula itu Abi. Bapa : Anak, ini gula kerajaan, mana boleh Abi gunakan. Anak : Abi, ambil sahaja, tidak ada orang nampak. Bapa : Anak, meski orang tidak, tetapi Tuhan nampak dan Dia Maha Melihat. (jika anda meneka itu adalah dialog dari sinema filem Iran, ya betul, 10 markah). Wadikit

David dan Goliath 5

Dalam keadaan paling getir, bateri boleh habis. Alif mengeluh sendiri. Alif berkira-kira, lewat petang baru dapat pulang ke kolej. Sampai di kolej, perlu menunggu satu atau dua jam untuk cas semula, baru boleh PSP dinyalakan kembali. Teknologi, secanggih mana sekalipun boleh ditewaskan hanya kerana tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup. “Cukup umur nanti aku akan cipta PSP yang menggunakan tenaga solar, barulah canggih namanya”, Alif menyimpan cita, mengelamun, sambil senyum sendiri. Hari ini hari Jumaat. Alif bercadang akan duduk di saf paling hadapan. Usai membentang sejadah, Alif menunggu. Mana-mana Ustaz yang akan datang nanti mengimami solat di surau Awis Al Qarni, Alif akan jumpa dan duduk bertalaqqi depan berdepan. Alif mahu belajar mengenai David dan Goliath. Biar Asytar dan Shafiq ketinggalan. Bagus kalau ada Ustaz Johari atau Ustaz Zaki yang mempunyai mata seperti pelakon Hankock, Will Smith. Atau Ustaz Asjad yang pernah bersyarah di forum perdana di televisyen. Tentu pa

David dan Goliath 4

Image
Asytar merapati Alif. Shafiq merapati Alif. Beberapa rakan sekelas yang lain juga mengelilingi Alif. Shafiq : Woi, bagilah aku tengok juga. Alif : Apa ni tolak-tolak. Asytar : Janganlah berlagak sebab kau seorang ada PSP. Alif : Kau ingat skrin PSP aku ini besar sangat ke macam skrin LCD 23 inci komputer Shafiq? Shafiq : Sudah-sudah. Cikgu sudah muat naik cerita David dan Goliath ke? Alif : Ada ni. Shafiq : Wah, bagus juga PSP ni ye, boleh melayari internet di mana-mana. Alif : Kau ingat aku main Ben 10 sahaja ke dengan PSP ini. Dengar ayat Quran pun boleh, baca tafsir Quran dan Hadith boleh, tengok cerita pun boleh. Ambil gambar pun boleh. Asytar : Shafiq, Alif, kalau kamu berdua setakat mahu merapu, bak sini PSP tu biar aku baca apa yang Cikgu tulis mengenai David dan Goliath. Alif : Pertama, back of, kali ini aku pula jadi hero. Jadi, aku yang akan baca. Shafiq, Asytar dan kawan-kawan yang lain mengerumuni Alif. Mereka berebut meihat skrin yang kecil. Alif : Boleh tidak kamu semua d

David dan Goliath 3

S : Saya bukan tunjuk pada kamu gambar-gambar ini untuk menakutkan kamu. Perkara ini boleh sahaja terjadi pada kita jika kita tidak berhati-hati. Hari ini, berlaku di Lebanon dan Ghazzah, esok lusa kita sendiri tidak dapat menjamin apa yang akan terjadi. Shafiq : Cikgu, Asytar ada sebut pasal duel, duel itu apa cikgu? S : Asytar, kamu hendak jawab. Asytar : Duel itu perang tanding. Orang zaman dulu-dulu masa perang memang biasa duel. Mereka akan cabar mencabar dulu, kemudian orang terkuat dari pasukan masing-masing akan keluar untuk mencabar kekuatan, one to one. Fist on fist. Pedang dengan pedang. Mereka akan bertanding sehingga salah seorang tewas. Hero yang menang akan menguatkan motivasi pasukan. Dalam sejarah Islam, kesatria duel paling terkemuka ialah Ali bin Abi Talib. Saidina Ali pernah menumbangkan kesatria Quraisy Mekkah paling perkasa, iaitu ‘Amr bin Abdu Wudd di perang Ahzab. Dalam cerita Troy pun ada babak duel. Antaranya Paris yang dilakonkan oleh Orlando Bloom dengan Aga

aku mahu saksi

Juang tuntut pengorbanan korban juang aku tidak tahu tapi malam direnggut sendu membunyikan genta bersambung-sambung dalam marak membakar darah yang mahu tumpah mahu menyaksi seperti Nabi lalu relakanlah leher digoyok di hujung pedang bapa aku saksi lalu percaya bukankah kau Imam? buka tutup mata aku rela buang baju jangan sampai jadi sendu ibu tajamkan pisau agar cepat pergi tanpa sempat melukakan sukma buka tutup mata agar aku jadi saksi penyerahanmu menyerahkanku kerana kita sama-sama menyerah buka tutup mata aku ingin lihat kamu dan menyaksi kamu lihat aku tunduk menyerah buka tutup mata di tempat letak tenggorok agar bisa dilihat tanah itu yang menyambut kepala hanya itu bekal sang penyaksi letak pisau belati di kulit leher benam putuskan merih di hujung aku bernafas Hu!