Posts

Showing posts from August, 2013

Kontradiksi

Kenapa dunia ni nampak makin tak seimbang. Meski banyak sudah rancangan baik di TV, tapi seolah yang buruk pun makin subur sekali.

Sebab kita duduk dalam duality dan kontradiksi sepanjang masa. Kenapa boleh jadi macam ni, sebab apa yang kita cakap tidak sejalan yang kita buat.

Contoh senang, dalam rancangan tanyalah Ustaz atau rancangan motivasi dan agama, seruan untuk elak maksiat, buat perkara sia-sia, hukuman itu dan ini selalu diperingatkan. Tapi selang 30 minit rancangan baik itu selesai, kita dihidangkan dengan paparan imej bersepah maksiat sana sini.

Dalam cerita drama filem, akan dihidangkan kisah samseng, gangster, lendir sebanyak 90% dan selebihnya mungkin 10% atau kurang untuk keinsafan. Jarang sekali kisah perjuangan, amal bakti yang menyuntik semangat sedar dan kemanusiaan.

Banyak rancangan yang selalu menjejerkan teori. Saban tahun pun, kadang berulang setiap hari. Yang berubah mungkin wajah Ustaz Ustazahnya, tetapi pengisian tidak mencapai tahap mengajak orang berhent…

Menangislah

Ada pesan yang mengatakan, sudah-sudahlah menangis. Atas apa yang dirasakan manusia, Allah sudah menyediakan tempat lebih baik di 'sana'.

Tetapi saya terus menangis. Bila dapat tahu suami yang begitu tegar biar isteri kelaparan, tidak tinggal duit buat belanja. Sehingga kurus kering. Bagi suami dayus ini, isteri hanyalah sebagai alat. Mati lapar pun tidak mengapa. Begitu kebulur sehingga perlu mencari duit syiling di celah-celah perabot. Guna untuk beli ikan bilis dan tepung untuk dibuat cucur.

Ada yang nasihat, tak perlu menangis dan bersedih. Untuk lelaki dayus itu ada balasan setimpal, untuk isteri tempat lebih baik di syurga.

Saya terus menangis sampai orang tanya kenapa.

"Menangis adalah satu perlakuan yang menunjukkan kau 'rasa'. Kau terkesan dengan aniaya orang terhadap orang lain, dan membuat kau perlu respon, walau sekadar menangis."

Dia diam.

"Menangis akan tinggal tanda dalam hati kau. Rasa tak senang, rasa marah, rasa mahu membetulkan.&quo…

Dengarkan

Dengar tak? Ayahanda memanggil, kalau pun belum tiba waktu menyahut, sekurang-kurangnya dengar. Suaranya bergema, merentasi zaman, merentasi tempat. Yang dipanggil menerusi Al Quran, dipanggil dengan suara, dari hati yang ikhlas. Adakah kau dengar? Hanya hati dan akal yang tidak peduli, tidak mendengar Ayahanda Ibrahim. Bapa yang kita hormati, sayangi, sang panutan ummat. ***** Sabtu lepas adalah waktu jemaah berkumpul di masjid-masjid besar untuk program kursus Haji perdana. Simulasi praktikal, memberi gambaran kepada jemaah apa yang akan berlangsung di Haraam, untuk satu-dua minggu melengkapkan rutin dan aktiviti, sebelum dapat bergelar Haji. Sudah sampai waktunya, untuk kita masuk ke mode untuk menyediakan diri memahami manusia di hadapan Tuhan itu perlu seperti apa. Bagaimana rasanya memakai kain kapan sendiri? Lebih dari itu, sendiri yang memakai di badan sendiri. Dua helai kain, tutup bawah, dan tutup bahagian atas. Itu sahaja yang menutupi diri. Tanpa apa-apa, kita bergerak menuju T…

Penentangan

Selamat pulang ayahanda Ibrahim dan keluarga, moga kalian manusia-manusia sejarah terus memandu kami dalam dunia yang semakin setiap hari semakin parah dan berdarah.


*********************
Saya pelajari lagi hari ini tentang hidup. Mereka yang sudah mengecapi kedudukan selesa pun, masih terus mengejar dan mengharap keduniaan. Sehingga merayu dan menyembah kepada manusia lainnya, jiwa seperti apa ini?


Dan orang akan mengatakan, prinsip ideal tidak praktikal. Ideal seperti mana? Ideal untuk sentiasa membebaskan jiwa dari sebarang ketundukkan lain, selain dari Allah. Praktikal zaman ini adalah bila kita ikut sistem yang telah ditetapkan, prinsip dan tauhid (pun) kadang-kadang ada waktunya perlu dicampak ke tepi.


Benar, dunia ini penting untuk kelangsungan kehidupan. Tetapi orang zaman sekarang, tidak mencari hidup. Tetapi mereka mencari mewah. Mereka mengejar pangkat, mereka mahu memegang leher manusia lainnya dengan kuasa.


Aneh, orang-orang yang tegar mencekik manusia kecil lain juga mahu me…

Pagi di Thariq Ibrahim

Selamat pagi Ayahanda Ibrahim dan keluarga yang mulia. Syawal masih belum berakhir, kami sudah mendengar panggilanmu dari tanah yang jauh, tanah yang dirindu, tanah nubuwwah, tanah syahadah.
*********************
Ramai orang meletakkan Haji sebagai pengakhiran kepada tujuan hidup mereka atas banyak sebab. Kerana hanya di waktu itu mereka tidak ada apa-apa lagi yang perlu dikejar, Haji bagi sesetengah orang bermakna merubah gaya hidup menjadi kiyai, bila anak-anak sudah besar dan hidup dengan selesa, bila usia untuk tidak banyak lagi tersisa sebagai lambang taubat yang paling aula.
Falsafah Haji seharusnya menjadi falsafah yang hidup bukan falsafah menuju mati!
Apa yang dibayangkan dalam dua syahadah, maknanya bangkit bersaksi. Maka seluruh upaya manusia dalam menuturkan kalam yang membuka langit dan pintu syurga ini haruslah dalam perlakuan yang aktif, bukan pasif.
Mengumpulkan rezeki, menabung berdikit demi menyampaikan hajat yang satu ini, bermula dari usia muda adalah usaha untuk …

Saya Pasti Akan Pulang

Image
Musim Haji yang bakal datang.
Salam sejahtera ayahanda guru Nabi Ibrahim, selamat datang dan pulang. Kami mendengar panggilan Ayahanda bergema ribuan tahun dahulu, dengan takzim kami datang. Memperbaharui janji kami untuk sentiasa berada di agama hanif Ayahanda, agama yang benar. Ditangan Ayahandalah sunnah untuk memusnahkan berhala-berhala yang wujud secara fizikal di luar, dan yang bersarang di jiwa kami.


Ayahanda dan keluarga, selamat datang, selamat pulang ke pangkuan. Selamat menunjukkan kami jalan, di Thariq Ibrahim Al Khalil kami akan berada. Di jalan yang lurus itu, kami mempersembahkan pengorbanan demi Tuhan, Lillahi Taala.
********************intermission*********************
Semalam saya berbalas sembang dengan rakan teman Haji yang saya sayangi. Kami mengulangi cerita-cerita berjalan di Thariq Ibrahim Al Khalil dan Hotel Taibah. Hotel yang menempatkan kami lebih dari 30 hari itu sudah dirobohkan pemerintah. Bila direzekikan kami kembali, kenangan indah, pahit, manis tidak…

Universiti Terbuka KakTon

Image
Kami hanya memerlukan 1 jam, kedai mamak NZ Curryhouse, 2 teh tarik, puree dan roti telur untuk membincangkan mengenai ekonomi, model ekonomi dan apa yang akan berlaku pada 10-20 tahun akan datang.
Saya berbual dengan 'dia' seorang yang berkerjaya dengan minda intelektual yang mengkagumkan, seorang isteri dan ibu, yang selalu rajin bereksperimen dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Bertuah tak Kak Ton? (...mempunyai kawan seperti ini).
Dengan dia, makanan dan minuman fizikal menjadi secondary, yang kami cari adalah perbincangan bermakna dengan masa terhad yang kami ada. Masa yang terhad menyebabkan kami perlu memaksimakan ruang perbicaraan, dan semua perbincangan ini perlu dicatat untuk dilaksanakan, kalau bukan sekarang mungkin dalam masa terdekat. Itu komitmen kami jika berbincang.
Terasa serius bukan? Malah kami menganggapnya sebagai aktiviti seperti berada di amusement park yang sangat mengujakan. Itu sebenarnya yang menjadi makanan yang memberi kepuasan minda dan rohani…

Di Bawah Lindungan Kaabah

Image
Di Bawah Lindungan Kaabah (DLK), sebuah karya dari sasterawan besar Indonesia, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Pak HAMKA. Saya masih ingat namanya yang saya hafal bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan peperiksaan kertas agama. Pada waktu itu saya tidak pernah tahu, beliau adalah seorang ulama yang menulis karya roman dan sastera. Pak HAMKA yang dikenali adalah seorang ulama yang menulis tafsir Al Quran dalam bahasa Melayu.

Saya tonton DLK yang telah diangkat menjadi karya filem disiarkan di Astro OASIS waktu raya ini. Menonton dua kali waktu raya ini, pernah sekali lama dulu (mungkin tahun lepas). Menonton tiga kali, tetapi tidak pernah dapat menonton dengan lengkap. Reviu filem yang boleh dibaca di banyak tempat, saya mencadangkan membaca di sini http://seindahduniakita.blogspot.com/2011/12/review-cinta-dan-restu-ibu-bapa-di_23.html.

Tidak syak lagi ini adalah kisah cinta. Untuk saya, cinta yang bermartabat tinggi, terasa masuk menusuk dalam jiwa. Sem…