Posts

Showing posts from January, 2011

Alangkah Lucunya (Negeri Ini) - Refleksi Transformasi Dunia Arab Hari Ini?

Image
Kagum. Cerita ini bergenre parodi. Namun santak dengan pengajaran. Saya tidak tahu perlu gelak, atau bersedih pada setiap lucu yang diselitkan dalam paparan visual. Kerana kalau saya ketawa pada setiap lucu yang ada, seolah-olah saya mengeyakan tentang dunia ini yang sudah celaru nilai. Ia cerita tentang Muluk, seorang sarjana lulusan sekolah manajemen mencari kerja. Kerja itu nanti akan menjadi hantaran bermakna pada bakal bapa mertua yang mahu bakal menantunya mempunyai pekerjaan tetap. Supaya anak gadis dan bakal cucu hidup terjamin di masa depan. Tetapi kerja yang dicari tidak kunjung datang. Dan Muluk tidak tegar pula bekerja sebagai buruh. Muluk, secara tidak sengaja berkenalan dengan seorang remaja yang kerjanya mencopet (penyeluk saku). Hingga membuahkan idea untuk kerjasama paling pelik, sarjana manajemen menguruskan profesyen pencopet supaya lebih terorganisasi dan berjaya. Tujuan Muluk, satu hari nanti mereka akan keluar dari pekerjaan mencopet, dan menjadi peniaga k

Jernih Suci? di Kisah Klasik Kita

Image
Adakah yang jernih itu semuanya suci? Tidak semestinya. Tetapi bagaimana? Sila berkunjung ke Kisah Klasik Kita untuk mengetahui kisah Jernih Suci? Ini ialah kontes menulis cerpen yang dianjurkan oleh Kisah Klasik Kita Boleh membaca kemudian mengundi cerpen-cerpen yang awak suka wadikita mempersembahkan Jernih Suci jika suka, vote untuk saya ya :) Selamat membaca!! kawan-kawan yang join menulis di sini, Cikli , senbae Engineer yang sempoi kawan-kawan, adik, kakak, abang, dan yang lain-lain, jom kita menulis ramai-ramai.

Mazhab Jurutera

Dalam beberapa hal, selalu saya menerima pertanyaan-pertanyaan aneh seperti ini; apa sebenarnya isu semasa Dr Maza ditangkap, apa yang berlaku di Hauzah Ar Ridha pada Muharram lalu, dan juga pertanyaan polos seperti ini; mazhab itu apa? Mazhab yang diterima pakai cuma empat sahaja kan ? Jadinya saya mengasihani diri sendiri kerana tidak punya kelayakkan untuk menjawab dengan keyakinan ilmu. Ilmu yang saya ada hanyalah setakat sekolah menengah (ceramah, pembacaan, diskusi langsung dengan ustaz ustazah), sedang mereka yang selayaknya menjawab ditempat kami begitu terasing tempatnya. Bukan mereka itu duduknya asing, tetapi keberadaannyalah yang asing. Pertanyaan-pertanyaan bernilai intelek itu bagi yang memegang sarjana agama mungkin dianggap leceh untuk ditangani. Atau mereka berminat menjawab cuma ruangnya begitu kecil untuk penerangan panjang lebar. Perlu platform formal untuk tujuan ini. Kerana itu ada jurang yang agak besar antara masyarakat marhaen (seperti saya) untuk mendalami ilm

Misteri Rubaiyyat Omar Khayyam

Ya, Amin Malouf lagi. Selepas Balthassar Odyssey saya memilih Misteri Rubaiyyat Omar Khayyam. Saya masih lagi memilih Amin Maalouf dalam perlawanan novel terbaik untuk saya pegang, antara Snow Orhan Parmuk dan Omar Khayyam, saya memilih yang akhir. (kerana Orhan Parmuk selalu dimata saya kelihatannya amat mahal). Omar Khayyam nama yang pernah ada dalam puisi saya, yang dipertandingkan dan ia memenangi tempat pertama. Tidak sukar bukan untuk faham kenapa saya memilih yang ini. Belum boleh menulis apa-apa ulasan lagi tentangnya, kerana masih lagi di muka surat awal. Saya mengkagumi penulis ini kerana selalu membawa isu besar, yang asing-asing lagi aneh, dalam ruang kawalan latar yang begitu berkesan, sisi gelap dan rahsia, Amin Maalouf yang berani menyingkap. Kekayaan bahasa meski versi terjemahannya juga ditulis dengan baik. Saya bawakan juga untuk awak, satu yang begitu indah ditulis. Satu kali, di dunia ini seorang lelaki berdiri tegak, Membeberkan kekayaannya dan menyatakan: inilah a

Wajah yang dirindu

saya mahu ada wajah yang dirindu meski selaut air mata tumpah luka dan sengsara khianat yang menghiris hanya di situ ada …kehidupan.

Talqin untuk Pen Drive

Pen Drive saya, yang berkapasiti 8Gig telah pun bertemu dengan 3 orang pakar penyakit-penyakit kronik untuk peti simpanan maklumat. Ultimatnya pada tangan seorang pegawai yang telah berusaha untuk menggembalikan semula maklumat yang ada dengan menggunakan command dos. Namun, seperti mana ditangan pakar-pakar sebelum ini, mereka mengkhabarkan berita sedih. Tanya mereka, apa ada dalamnya? Jawab saya, "Nyawa". Ya, saya terlalu berlebih-lebihan. Tetapi untuk mereka yang berkongsi pergantungan yang sama dengan peti simpanan maklumat berbentuk digital ini, tentu akan faham. Saya berjalan gontai keluar dari bilik ICU. Pakar-pakar tadi yang berkongsi kesedihan saya berseloroh untuk menwar-warkan kepada semua orang peristiwa saya kehilangan nyawa. Mereka mahu menulis notis di peti email semua orang pengumuman belasungkawa. Senyum saya sudah hilang manisnya. Saya yang masih mahu mengumpul sisa-sisa kekuatan yang ada berlucu, "Abang Wan, dah tak boleh buat apa, kena buat tahlil u