Posts

Showing posts from July, 2009

Orang muda yang pendek umurnya

Image
Kata Ustaz orang yang baik lekas sangat dipanggil pulang. Kadang-kadang saya fikir betul juga kata Ustaz itu. Profesor saya yang begitu baik dan sangat besar impaknya dalam membentuk ramai pelajar meninggal dunia pada usia 50 tahun. Kemudian Ustaz bercerita, Umar ibn Aziz hanya berumur 38 tahun bila dijemput pulang. Sarjana Muslim-intelektual seperti Ibn Sina juga tidak sampai umur 55 tahun hidup di dunia. Dan ramai juga yang lain mempunyai takdir hidup yang sama. Saya tahu Fatimah anak perempuan kesayangan Nabi juga meninggal dunia ketika usia masih muda metah. 28 tahun. Meninggalkan anak-anak yang masih kecil yang masih perlukan kasih sayang ibu. Saudara-saudara saya juga ramai mati di usia muda, dan mereka adalah orang yang terpuji akhlaknya. Saya lega. Saya rasa saya juga akan redha jika tidak berusia panjang, mudah-mudahan seperti kata Ustaz akan tergolong dalam golongan yang baik-baik. Jika ditakdirkan berusia panjang saya juga akan redha, dengan harapan usia yang ditangguh itu m

Selamatkan diri dari Influenza dengan

Surah Al Kahfi. Dalam menangani cabaran dan meneliti kejadian dalam negeri dan luar, ada baiknya kita berhenti sejenak dan berfikir, dunia hari ini apakah halnya? Kematian mengejut menjadi-jadi, kepanasan terlampau, banjir dan kebakaran hutan, wabak penyakit yang menular sehingga mengakibatkan kematian dalam jumlah yang tinggi, peras ugut along, kemajuan negara tetapi tidak juga dapat menghapuskan kemiskinan meski di negeri yang kaya raya, kejatuhan ekonomi, pertembungan politik atau peperangan antara bangsa yang sama sehingga berpecah belah, penghapusan etnik di Uighur, Filipina, selatan Thailand, Bosnia, Shabra dan Shatilla, Palestin, negara Islam yang kaya raya tetapi tidak dapat membela saudara seagama dan dan segala. Ada baiknya kita berehat dan memerhati, apa yang dipesan Nabi untuk keselamatan. Tentang surah Al Kahfi. 'Abu Sa'id al-Khudri reports that the Prophet said: Whosoever recites Surah al-Kahf on Jumu'ah will have illumination from the light (from the Sur

Fasal Kejadian

Image
Ovum dengan sel korona Embrio manusia masih ada sisa sperma Embrio manusia ketika berusia 6 hari “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari sari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani pada tempatnya yang kukuh dan terpelihara (rahim ibu). Kemudian Kami menjadikan air mani itu segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, maka Kami liputi tulang-tulang itu dengan daging, kemudian Kami menjadikannya satu bentuk yang lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” (Al Mu’minoon: 12-14) Isn't it beautiful sis? :) Kami berdoa untuk kamu. "Dia menciptakan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan." (Az Zumar, 6) foto dari al Falaah group.

Senario Iran

Image
Iran dan Negara-negara bersempadan mendapat perhatian luar biasa dari US dan Negara-negara Eropah. Baru-baru ini setelah selesai dari pemilihan Presiden yang menyaksikan Dr Ahmadinejad kembali menjadi orang nombor satu Negara Parsi, kita diheret sekali untuk menjadi pemerhati melalui TV, youtube dan email yang masuk mencurah-curah. Di dalam kepala kita telah ada satu stigma bahawa Iran sebenarnya adalah sebuah negara autokratik. Pilihanraya hanyalah topeng yang dipakaikan untuk tunjuk kepada dunia sedangkan demokrasi yang sebenarnya tiada. Tunjuk perasaan didanai dan dimulakan oleh pencabar terkuat presiden, Mir Mousavi telah memenuhi jalan-jalan di Tehran dan kemuncaknya adalah pembunuhan seorang anak remaja perempuan yang dilaporkan dibunuh oleh tentera Basij. Keadaan semakin buruk sebelum tunjuk perasaan diharamkan oleh Supreme Leader, Ayatollah Khamenei. Apa ada di Iran, sehingga negara yang dikenakan sekatan ekonomi sejak sekian lama mendapat liputan luar biasa? Bukankah ia sepat

Kematian Mengejut

Image
3 kematian yang mendapat liputan berbeda. Michael Jackson (Mikaeel) menjadi tajuk utama untuk setiap berita akhbar cetak dan juga di internet. Liputannya di seluruh dunia, kesedihan dirasai oleh semua. Spekulasi yang datang selepas kematiannya pula mencurah-curah. Paling baru teori konspirasi bahawa Mikaeel dibunuh kerana massa bimbang Mikaeel mengumumkan keIslamannya dan menyampaikan lagu Say Thanks to Allah di konsert terakhir di kota London, kota di mana Yusuf Islam tinggal. Mereka sangat takut Mikaeel mengumumkan di hadapan awam disebabkan pengaruhnya yang terlalu besar di seluruh dunia. Marwa el-Sherbini, seorang wanita muslim dikenali sebagai Pahlawan Hijab, di bunuh oleh seorang lelaki Rusia yang terlalu bencikan hijab Marwa. Lelaki tersebut yang secara konsisten mengganggu Marwa kerana tegar mengekalkan tudung menutup kepala akhirnya menikam Marwa sebanyak 18 kali di dalam sebuah bilik mahkamah di Dresdan German. Liputannya meluas di Mesir (tanah kelahiran Marwa), perhimpunan a

Tentang Doa

Tertarik dengan entri Prof Muhamad Kamil Ibrahim tentang doa di sini , mengutipnya terus, 'Hasil doa yang paling utama ialah kelapangan dada. Kita dapat bertenang dan mengharapkan keredhaan Allah. Dengan kelapangan dada inilah yang menyebabkan akal kita bekerja dalam suasana yang lebih tenang. Itupun dengan izin Allah! Doa, doa, doa, ia adalah sebahagian daripada cara berkomunikasi dengan Allah!' Ketika bersiap untuk ke pejabat, terdengar suara Wardina dan Fedtri (jika tidak silap) membicarakan tentang hal yang sama. 'Doa dipohon yang tidak dimakbuli, akan jadi pelindung ketika berlaku musibah. Contohnya, jika kita bergegas ke suatu tempat, dan terlibat dalam kemalangan tetapi Allah masih panjangkan umur kita, itu mungkin disebabkan hasil dari doa yang ditukar menjadi pelindung.' Jika kita dapat lihat kapsul pelindung itu secara zahir, mungkin setiap detik bibir dan hati akan basah dengan doa.

Syahid

Image
Dalam cuaca yang dijangkakan terus panas hingga ke beberapa bulan lagi, kami di sini sedikit beruntung. Langit mendung, gelap dan sekali sekali disimbahi hujan. Menjadikan persekitaran panas diamankan. Rupanya, langit mahu membawa perkhabaran. Tetapi kami lambat tahu. Di sini, berita kematian Natrah lebih cepat tersebar. Tetapi berita mengenai seorang wanita di bunuh di Dresdan German kerana mempertahankan kemuliaan hijab, langsung tidak mendapat liputan. Beliau adalah Marwa el-Shirbini. Ketika sarat mengandung anak kedua, dia ditikam sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di German. Ketika ditikam, anak kecilnya yang berusia dua tahun ada di depan mata. Suami yang terkejut mempertahankan isteri yang tewas di lantai. Kerana tersalah anggap si suami sebagai penyerang (alasan tipikal kerana suami berperawakan Arab), polis telah melepaskan tembakan dan mengakibatkan suami cedera parah. Ianya berlaku di dalam sebuah mahkamah! Baca di sini. Marwa el Sherbini di bunuh kerana seorang lelaki Rus

PPSMI dalam Langit Permulaan

Image
Fragmen dalam cerpen Langit Permulaan dalam Antologi Cerpen Istana Cinta Ayah. 'Kagum melihat dua rafik ini, aku menimbang-nimbang doktrin satu bangsa satu bahasa . Dalam kepelbagaian yang maha banyak, mampukah ia membentuk ideal yang disepakati semua. Aku kadang-kadang melihat doktrin satu ini sebagai suatu psikologi sempit yang tidak dapat memperlihatkan keindahan dunia dalam ciri kepelbagaiannya yang azali. Betapa indah pertembungan budaya yang membentuk sifat majmuk yang terhasil melalui pergaulan akar umbi, seperti Ab Johan dan Choon Kee......Melalui mereka, aku telah nampak bahasa telah menemui jalan pulangnya , sebagai alat perhubungan antara bangsa '. Nota: 7 Mac 2009 - Bantahan massa terhadap PPSMI Ya, itu sahaja. Bahasa seharusnya menjadi alat menghubungkan bangsa, bukan alat untuk menguasai. Pemaksaan pemakaian bahasa asing yang bukan bahasa ibunda di tempat-tempat yang tidak rasional adalah pelanggaran hak. Menguasai Bahasa Inggeris adalah baik, tetapi jika cara

Ermm

"Kamu percaya Tuhan kan, seperti mana Tuhan itu untuk kamu?". Saya menjeling sepintas. Tidak mahu mengganggu bual. Jarang anak muda seperti mereka mahu berbicara soal ini, semasa keluar berhibur. Ketika sedang menunggu tren komuter di bangku menunggu, yang selalu mereka akan buat ialah dengan menekuni telefon bimbit, PSP atau iPod masing-masing. "Ermm...", yang hendak menjawab hanya bergumam, seakan sedang rancak berfikir. Dia belum ada jawapan. Saya menatap terus netbook sambil telinga makin aktif mendengar. "Ermm seperti, nanti dulu, kamu biasa naik LRT bukan ?" Teman seorang lagi mengangguk. Mukanya sinis tidak percaya soalan itu yang keluar. "Pernah lihat tali yang bergayut di rel besi di dalam LRT guna untuk membantu penumpang yang sedang berdiri?" "Soalan apa ini? Takkan aku tidak pernah lihat, dah tentu kena guna selalu. LRT untuk waktu-waktu genting seperti berada di dalam tin sardin". "Bayangkan kita bersesak-sesak berhimp

Berbeza tapi 1Tujuan

Image
Dari tempat berbeza 1Tujuan, Rehal (fondisi / foundation) : Kuantan Malaysia (seminar akademik) Al Quran (manual hidup) : Makkah Al Mukaramah Penanda buku (penanda) : Iran? Tasbih tanah liat (untuk membilang dan mengulang) : Iraq Yang melengkapkan hari kekal dalam hati

Owen

Image
Michael Owen di Manchester, tanpa bayaran. What a twist. The best of England now at Machester. Well...I don't know. How about you?

Michael Jackson: Satu Penghormatan

Image
Ustaz Rashid (salah seorang Ustaz di tempat saya) memberi komen lewat berita pengIslaman Michael Jackson awal tahun ini, “Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”. Ustaz Rashid dari jalur falsafah. Saya boleh faham kenapa dalam banyak sesi ceramah Ustaz Rashid mengambil pendekatan hikmah. Itulah yang ahli falsafah biasa lakukan. Intipati ceramah Ustaz yang itu, saya setuju sepenuhnya. Kenapa Michael Jackson boleh menjadi sebahagian dari cerita Ustaz ketika berceramah dalam siri Rabbi Dzidni I’lman? I’lman sangatkah Michael Jackson ini? Samada ia mempunyai nilai ilmu atau tidak, bagi saya Michael adalah ikon popular, yang sangat popular yang tidak boleh ditolak meski yang berbicara seorang Ustaz atau akademia sekalipun. Saya lambat terkesan dengan berita-berita besar, sebagai contoh berita pemergian Michael. Meski berita besar yang melibatkan diri sendiri pun lambat merasa tempias pedih dan peritnya. Dan cerita Mic

Jungkar Balik

Image
Percaya tidak, dunia perlu datang ke Malaysia untuk belajar mengenai peradaban awal manusia. Percaya tidak, di Lenggong yang telah dijadikan sebagai kawasan Warisan Negara menyimpan cerita awal mengenai manusia. Teori manusia pertama hidup di Afrika lebih 1.7 juta tahun lalu telah dijungkar balik dengan perjumpaan arkeologi di Lenggong yang menjumpai tinggalan berusia 1.83 juta tahun! Smithsonian juga terhegeh-hegeh untuk berada sama di bumi Lenggong. Berusaha untuk menguis tanah Malaysia bersama pengkaji kita yang sudah berpenat lelah, kemudian mahu mengisytiharkan mereka secara bersama telah menjumpai khazanah dunia, menjumpai perabadan manusia pertama. Sungguh murahan Smithsonian ini. Ya, teori manusia pertama perlu diubah, landskap sejarah manusia perlu dirombak total! Akhirnya cerita benar dari sarjana tersohor dari USM ini yang saya catat, ingat dalam cepu fikiran, rasa bangga dalam diri dipadang sedikit sinis oleh adik. “I will not buy your story”. “Why? Why not”. “If the t

air dalam cawan

aku adalah air dalam cawan menyuguh haus menjadi aman segar dengan harapan meski tiada menghargai hadir tetapi Imam yang mengajarkan kenal akan diriku berbisik “Kau boleh sahaja menjelmakan kehidupan Kau juga boleh jadi marak membakar yang memusnah” ‘lantas aku lebih baik sebagai apa?’ “kekal dalam cawan, kelak kau akan tahu siapa yang membentuk dirimu jangan memisahkan dirimu dengan dirimu kamu adalah satu itu yang membentuk adi ke’aku’an jangan mengharap keluar dari cawan percaya akhir nanti kamu tetap akan menjadi penghilang dahaga sang setia” berdoa tulus agar Imam yang berbisik dalam tidur mengajarkan tentang hikmah mengirimkan harapanku dalam talam emas.