Posts

Showing posts from June, 2013

OK! Tak boleh tahan dah - 2

Image
Baik saya tahu saya tidak mempunyai kelayakkan untuk memberi pandangan dari sudut agama, kerana tidak mempunyai sijil agama? Tetapi itu tidak menidakkan hak saya untuk menyayangi agama ini sepenuh hati, mempelajarinya secara bersungguh-sungguh melalui pembacaan, berdiskusi dan sekali-sekala berpeluang berjumpa langsung kepada mereka yang arif. Masih mengenai jerebu, betapa perlunya kita menilai dengan lebih kritis isu ini. Saya bersyukur malam semalam, dan petang tadi awan sudah mula mengeluarkan air hujan yang menyejukkan udara yang panas, dan menerangkan sedikit pemandangan yang berjerebu. Namun belum mencukupi untuk mengembalikan langit biru, dan ketenagan fikiran. Yang saya pelajari bahawa agama adalah universal dan sangat sejalan dengan prinsip sains fizikal dan apa-apa pun sains yang wujud dalam dunia ini. Yang adalah dalam bentuk hukum fizikal ialah kasualiti. Apakah dia kasualiti? Ia adalah hukum sebab dan akibat. Kenapa lapar (akibat) sebab kita tidak ma

OK! Tak boleh tahan dah

Image
Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Saya mencari hujah tentang jerebu ini yang bagai tidak berkesudahan. Saya tidak nampak di tempat saya sudah dilakukan usaha-usaha untuk pembenihan hujan, untuk membersihkan udara yang cemar dengan partikel yang sangat merbahaya kepada paru-paru dan kesihatan. Kenapa nak emosional sangat? Kenapa nak emosional sangat? Saya beritahu ini adalah masalah sejagat yang menyangkut kesihatan manusia. Terutama golongan tua, kanak-kanak dan bayi. Kita yang perkasa ni jangan nak rasa perkasa sangat, jika Tuhan nak beri kita sakit itu bila-bila, memang betul boleh jadi. Itu berlaku kerana aturan dan keperluan badan untuk distabilkankan. Tetapi jika berlaku campur tangan manusia, contoh, seperti kejadian jerebu ini, saya tidak boleh tahan. Bagaimana boleh orang beri nasihat, relax la, hisap rokok dulu. Nak kena pelangkung ke apa, dalam keadaan seperti ini masih lagi hisap rokok, bakar sampah sarap dan lebih tidak tahan di Putrajaya galak membakar bunga api

Wajah-wajah yang Cantik

Image
Kami menjelejah Gua di Kota Gelangi, bermain sukaneka dengan bermacam ragam abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, bermandi-manda di kolam Tekam Resort dan kemuncaknya makan malam BBQ dengan persembahan bersemangat dari adik-adik yang sporting. Saya lihat kasih sayang, kemesraaan, masa depan cemerlang di tangan anak-anak muda yang percaya mereka boleh melakukan perubahan walau masih belum ada apa-apa di tangan, saya lihat kemanusiaan masih hidup walau dalam asap jerebu yang menekan. Sebelum pulang lewat malam dari Tekam Resort, adik-adik yang keletihan tetapi berpuas hati dengan hadiah hamper masing-masing, saya melihat langit. Ada bulan, besar, kuning dan terang. Bulan telah muncul, seperti bulan, mereka ini adalah wajah-wajah yang terlalu cantik di mata saya. Semoga Allah merahmati dengan kasih sayang mereka yang dicurah, sepenuh ikhlas.

Totto Chan: Gadis di Jendela

Image
Totto Chan adalah kisah waktu kecil seorang gadis kecil yang mempunyai kenakalan tersendiri sehingga dibuang sekolah seawal Gred 1. Peristiwa pahit ini adalah satu rahmat, apabila Totto Chan diterima masuk ke sekolah Tomoe. Paling penting pada peringkat awal, ibu bapa Totto Chan tidak menceritakan kenapa dia perlu berpindah sekolah, sebaliknya tetap menyakinkan gadis kecil itu bahawa peluang itu terbuka dimana-mana. Totto Chan tetap berada dalam keadaan positif, meski hakikat sebenar pahit untuk ditelan. Sekolah Tomoe adalah utopia pendidikan awal kanak-kanak yang pernah wujud sebelum perang dunia ke II. Model sekolah ini perlu dibaca dengan sepenuh sedar, sekolah seperti ini pernah wujud. Tidak kiralah pada zaman bila. Paling penting untuk memahami novel kecil ini, penuh dengan naratif bersahaja, dengan model-model pendidikan anak-anak diterapkan sepenuh sedar oleh Guru Besar Kobayashi, tetapi ditangani secara alamiah oleh kanak-kanak. Kata kuncinya memahami psikologi kanak-kanak

Jom tonton mobtv: Pedagogi Pendidikan Cinta

Salam semua di minggu yang baru, semoga dirahmati Allah. Forum Pedagogi Pendidikan Cinta langsung pada 16 Jun 2013, saksikan penuh liputan dari mobtv di sini.  http://www.mobtv.my/talkshow-3461.html Selamat Menonton!

Cintai Ilmu

Dalam beberapa minggu ini, ada perkara yang bermain di minda. Ada keputusan yang perlu dibuat tetapi masih bertangguh. Saya berfikir adakah dengan membuat apa yang kita suka akan dapat menyelamatkan dunia? Cita-cita yang sangat besar, mungkin boleh disama tarafkan dengan Mat Jenin. Hari ini saya bertuah apabila dapat mendengar langsung kuliah orang yang saya hormati, Prof Al Mahdi dicapaian ini. Saya mencadangkan untuk pembaca membaca tiga jilid buku Unified Theory of Existence, karangan Prof sebelum mengikuti kuliah beliau untuk pemahaman. Sewaktu Prof memulakan kuliah ini, kemudian baharu dimuatnaik di dalam YouTube, Prof sudah faham dengan kondisi kesihatan beliau. Beliau menjangkakan mempunyai beberapa tahun lagi untuk menyempurnakan teori Law of Learning tetapi vonis penyakit kanser yang sudah mencapai tahap terminal telah menyebabkan Prof membuat rancangan lain. Beliau berusaha keras untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah berlangsung lebih 30 tahun untuk kemudian n

Jangan Sampai Terlepas Peluang

Dua hari ini saya perlu berbengkel sampai malam. Dari pagi sehingga ke jam 10.30 malam. Seperti kerja-kerja yang perlu dipanjangkan masanya, saya tidak pernah menyukainya, siapa akan suka pun? Tapi dua hari ini bawa saya untuk menilai diri, ada memori yang perlu saya putar kembali. Saya akan ceritakan sepanjang penulisan ini. Ada banyak perkara yang saya tidak berbangga dengan diri sendiri, dan salah satunya apa yang diperolehi dalam bengkel sampai ke malam yang baharu sahaja sudah sebentar tadi. Guru yang datang untuk mengajari adalah guru lama saya. Yang saya kenali beliau ketika saya masih berusia belasan tahun. Saya percaya, dia selalu menyokong perkembangan profession dengan sokongan yang begitu teguh, cuma saya tidak pernah benar bersungguh menghargai dia. Yang dia kenali nama saya, dan kekal mengingat walau sudah begitu jauh masa menjarakkan. Sewaktu saya bergelar pelajar, dan beliau sebagai pensyarah. Saya sudah katakan, ada beberapa perkara yang saya tidak berba

Memori

Barangkali perkara yang paling membahagiakan dan mengundang derita hanya terletak di satu tempat yang sama. Anis menimbangkan perkara ini ketika dia memutarkan lagu Terlalu Cinta. Serentak dengan suara Rossa berkumandang, semua memori bersama Shafiq saling bertayangan dalam kotak fikirannya. Anis masih ingat bila pertama kali Shafiq menawarkan untuk belajar menaiki motor bersama. Pada waktu itu perasaan bercampur antara mahu dan takut. Tetapi melihat Shafiq begitu bersungguh dan berjanji, "jangan takut, Shafiq duduk belakang dan akan jaga jangan sampai jatuh," Anis memberanikan diri. Waktu itu matahari sudah pun perlahan-lahan mahu terbenam, kenderaan sudah tidak banyak lalu lalang di taman perumahan itu. Ketika itulah Anis memegang pemegang motor, masuk gear pertama dan memulas minyak dengan perlahan-lahan dan takut-takut. Syafiq di belakang hanya senyum dan hanya tergelak kerana Anis begitu canggung.  Langit semakin menjingga, tetapi Syafiq masih sabar duduk di

Mimpi Kami

#1 Saya tidak merasakan menulis begitu penting sehinggalah semalam, ketika menghabiskan masa bersama rakan di Cafe Coffee Bean KL Sentral. Tujuan kami duduk berlama-lama di situ dengan objektif jelas, untuk menyunting karya rakan-rakan supaya dapat diterbitkan menjadi buku dalam masa terdekat, inshaAllah, doakan.  Kedai itu sangat selesa. Jauh dari laluan utama orang ramai di KL Sentral. Diletakkan di sudut yang aman, dengan aroma Kopi yang selalu saya rindukan, bunyi muzik nyaman menyuntik semangat, tentu dengan secawan besar Kopi Hazelnut dengan cream penuh sampai ke penutup. Syurga hujung minggu. Cuma keadaan jadi semakin panas bila penghawa dingin tidak terasa bila berlama-lama di situ. Meniliti kertas-kertas yang banyak di depan mata, saya senyum. Rakan-rakan saya sudah naik satu tingkat dengan menulis. Sebelum ini mereka sangat aktif membaca dan melibatkan diri, kali ini saya pasti mereka sedang bergerak untuk meninggalkan tanda pula. Dalam banyak keadaan jika dapat

Hidup ini Pengorbanan

Perkataan korban itu, tidak semua orang suka dengar. Barangkali orang membayangkan banyak perkara perlu ditinggalkan atau dikesampingkan jika kita perlu melakukannya. Ada iringi bunyi syahdu dan sayu, ada bayangan kesusahan dan kepayahan, ada yang merasa mereka akan kerugian. Stop membayangkan itu semua. Kerana hakikatnya puncak yang diterima hasil dari pengorbanan ialah gembira, ketenangan dan kepuasan, rasa bahagia. Orang yang tidak pernah memikirkan satu detik pun dalam hidupnya untuk berkorban, saya anggap seperti manusia yang tidak tahu berterima kasih. Jika hari ini kita dapat menghirup udara hari yang baru, jantung kita masih mengepam darah ke seluruh saluran pembuluh darah, bermaksud kita telah hidup dari pengorbanan orang paling berjasa dalam 'hidup' kita, iaitu ibu yang bersusah payah melahirkan. Pengorbanan yang ibu kita lakukan ialah dengan menahan kesakitan yang maha dahsyat ketika proses kelahiran itu sendiri, penat dan lesu ketika mengandungkan beban