Posts

Showing posts from May, 2014

Kematian

Hari Selasa, akhirnya saya kembali mengambil buku Tuesday with Morrie, satu-satunya buku Mitch Albom yang saya beli dan baca. Kisah mengenai Morrie, Profesor Mitch yang menjadikan saat akhirnya sebagai pengidap penyakit ALS dalam kajian. Kajian tentang kematian dan bagaimana seharusnya seorang manusia menghadapi mati.   Dua minggu yang lalu sebenarnya, saya menerima berita kematian rakan sepersekolahan akibat penyakit kanser. Sedang menjalani rawatan walaupun kanser sudah berada di tahap terminal. Gigih berjuang untuk kehidupan, seorang ibu, juga pekerja yang tekun.   Bukan sehari dua ini topik kematian menjadi minat. Lama sudah. Paling menginspirasi adalah kisah Profesor Al Mahdi, pendiri Khalifah Metod. Ketika didiagnos dengan kanser di peringkat terminal, Prof Al Mahdi tidak menyerahkan hidupnya kepada nasib, bahkan melipatkan ganda usahanya untuk membuka sebuah sekolah. Kata Prof, "adalah lebih baik saya membuat kelas menurunkan segala ilmu yang dikaji selama lebih 30

Jelajah

Image
Dahlia tidak bercadang mahu aktif dalam perbualan Paksu dan Makcik Hafsah. Dahlia hanya mahu tekun mendengar. Dia tidak tahu berapa umur Paksu, mungkin sudah menghampiri 70 tahun. Paksu yang sudah tua. Ketika mudanya segak, tampan dan pandai berbahasa Inggeris. Ketika tua masih juga segak walau mempunyai sedikit masalah pendengaran. Bukan sesuatu yang menghairankan untuk Paksu pandai banyak bahasa asing. Malahan beliau pernah bekerja di pejabat pegawai tadbir diplomat. Pernah bermukim di banyak negara, UK, Amerika Syarikat, Mauritius, Korea. Entah berapa banyak lagi negara yang dijelajah Paksu. Paksu mengangkat cawan yang berisi coffe lat e yang dibancuh Mak Usu. "Awak nak tahu cerita cawan Starbucks ni. Cawan ini dibeli di Seattle Washington, kedai pertama untuk  franchaise kedai Starbucks. Masa di State, Mak Usu bereya mengajak ke sini bila tahu kedai pertama dibuka. Di sanalah barangan kenang-kenangan dijual. Ada banyak barangan cenderahati dijual. Bukan cawan ini sah