Posts

Showing posts from 2011

Ke Pusara Ayahanda

Image
Hari ini Anakanda datang
Mengucap salam

Andai lebih matang
Mana mungkin melukaimu
Jika detik bisa diputar semula
Kan ku sujud di kaki
Guna untuk menebus dosa

Anakanda mohon pergi
Pulang ke kampung halaman
Memijak langkah dan jalan yang sama
Dari tapak kaki Ayahanda

Lama dulu Ayahanda panggil
Moga redha dan keampunan
Yang membawa dan menghantar
Sebagai membukti
Bahawa kitalah
sang penunai janji

Meski seribu tahun
Dengan amanah kesetiaan
Yang didendang di luh
Saya akan datang Ayahanda
Saya datang!

Restui perjalanan
Berilah ampunanmu
Andai anakanda tidak pulang
Ketahuilah
Di mana-mana
Ayahanda tetap ada
Dalam darah, diri, dada, minda
Dalam sukma
Dalam setiap waktu
Ketika mereka menyebut namaku

Ayahanda
Anakanda dipanggil
Kita akan berpergian
Bersama-sama...

Hanya di Jengka

Kawan saya yang ahli hikmah itu mencabar pelajar untuk membuat satu public speaking dengan syarat yang ketat; bukan topik klise dan mesti menarik audien. Dia memberi contoh, Jengka.


Haha, apa ada di Jengka untuk diceritakan melainkan saujana kelapa sawit dan pokok getah yang tersusun? Jalan raya yang menjadi laluan utama penjanaan ekonomi agrikultur yang sentiasa berlopak-lopak dan beralun-alun macam naik roller coaster (padahal membawa komoditi utama negara)?


Kata beliau, pernahkah terfikir, jika tiada Jengka kita mungkin tidak dapat menikmati makanan? Bagaimana anda memasak kalau tidak dari minyak kelapa sawit? Dan tayar Mercedes boleh jadi datangnya dari susu pokok dari ladang getah Jengka. Siapa tahu?

Begitulah dia mencabar. Kata saya, itu cabaran kreativiti. Saya sendiri jika diberi tugasan seperti itu perlu renungan cukup lama. Tapi jika tidak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya?

Lama saya berfikir kemudian baharu dapat bersetuju dengan rakan ahli hikmah. Ya, Jengka luar bias…

Falsafah CINTA Asal

Ada orang bertanya, jadi pautannya di sini. Falsafah CINTA Asal.

Sila-silakan untuk menjamah juadah akhir Eidulfitri. Menunggu waktu dipanggil Cinta, semoga dipanggil dan kemudian kami akan menjawab dengan jiwa yang penuh, "Kami datang, kami datang."

Musim Peperiksaan: Cerita Safwan (encore)

Saya melihat Safwan yang duduk betul-betul di hadapan meja pensyarah. Setiap kali waktu ujian dan peperiksaan, di situlah Safwan duduk. Saya meski datang awal bersama Safwan, akan mencari tempat duduk yang tersorok dari pandangan pengawas peperiksaan. Semua kawan-kawan lain pun begitu. Datang awal untuk mendapat tempat strategik, supaya di masa-masa terdesak dapat juga mengeluarkan senjata untuk menyelamat tengkuk. Senjata haram yang istilah dikenali sebagai toyol.

Safwan tidak begitu. Tempatnya paling hadapan terdedah kepada pemerhatian pengawas peperiksaan. Satu hari dalam senggang masa santai saya bertanya kenapa Safwan selalu duduk di hadapan sedang dia selalu datang awal. Safwan lebih berhak untuk menduduki tempat strategik berbanding orang lain.

“Saja.” Itu jawab Safwan, saya tahu dia tidak berjujur.

“Kawan apa kau ni banyak sangat rahsia!” Saya bertanya dengan suara ditinggikan.

Safwan tersengih untuk menutup rasa bersalah, “Aku takut, aku takut tergoda.”

Saya faham maksud Safwan.…

Hadiah untuk Ramdan

Pengaduan

Ini bulan Allah membuka pintu langit seluas-luasnya. Untuk pengampunan, untuk rahmat, untuk pembebasan dari api neraka.

Dari mulut orang yang menahan lapar dan dahaga ikhlas demiNya, yang menahan perit mentari dengan kesabaran bahawa benar sesungguhnya dia sabar dan taqwa pada TuhanNya.

Ini bulan diturunkan Al Quran.

Dalamnya malam kuasa penuh rahsia dan pemakbulan doa.

Bulan yang roh orang-orang maksum diterima langit dengan redha. Yang siang dan malam penuh zikir, pengaduan dan rasa cinta. Mereka tidak mati, bahkan terus hidup menebarkan budi sepanjang zaman, sehingga Allah menutup cerita kita, cerita umat manusia.

Namun yang nyata ia tidak akan dapat mentarbiah semua. Kerana masih ada manusia yang tidak takut. Menafsir mengikut nafsu sendiri-sendiri. Melepaskan tanggungjawab. Yang menyangka bahawa yang diperbuat dalam pekerjaan adalah hal dunia yang tidak menyangkut dengan hal akhirat mereka. Bahawa tiada guna menabur keringat untuk hal dunia, sedang inilah dunia satu-satunya yang merek…

Prof Haron dan Ramadhan 3

Image
Ia cerita lama sudah. Namun saya tetap masih boleh ingat dengan jelas. Setiap kali bertemu rakan lama, topik persamaan kami adalah Prof Haron. Garang, tegas, lucu, banyak cerita, tag line beliau yang diulang saban tahun. Semuanya.

Ia cerita lama. Tetapi semangat dan jasa beliau sangat berbekas dalam diri. Secara tidak langsung Prof buat saya percaya diri. Saya ada potensi dia melihat. Dia dapat melihat di luar apa yang mampu saya lihat dalam diri sendiri, kerana itu Prof menyanggupi menjadi supervisor. Beliau sanggup walau untuk orang seperti saya. Ya, seperti saya.

Ia cerita lama. Saya tidak pernah dapat peluang melakukan khidmat seorang murid pada gurunya. Tapi dia masih dan tetap ada. Saya mahu Prof Haron terus hidup dan mendidik lebih ramai orang seperti saya untuk akhirnya percaya diri. Saya mengabdikan nama Prof Haron dalam cerpen pertama yang mendapat pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, sempena Sayembara Mengarang Cerpen 50 Tahun Merdeka. Cerita di rakam dala…

Prof Haron dan Ramadhan 2

Image
Baik, saya tahu, saya masih belum menyentuh kisah Ramadhan dengan Prof Haron. Ia berlaku waktu Ramadhan lama dulu. Meski saya sudah banyak kali mengambil kelas Prof dalam banyak semester, saya tetap gugup kalau bertembung di luar kelas. Selalu dalam mulut bagai ada kaca, dan mata yang akan dilari-larikan ke mana. Jika nampak kelibat dari jauh, saya lebih rela mengambil jalan alternatif supaya tidak bertembung. Betul, saya sangat takut.

Tapi Ramadhan itu Allah menetapkan lain. Saya tidak dapat lari ke tempat lain. Saya terpaksa berselisih jalan dengan beliau. Beliau seperti biasa dengan langkah yang laju, tetap boleh perasan. Yang mampu saya keluarkan hanyalah, “Assalamualaikum Prof.” dan kembali mahu mengambil jarak. Prof hanya memandang, saya tidak tahu dia fikir apa. Tanpa kata. Namun hanya dengan itu saya faham Prof mahu saya berhenti sejeda. Saya berhenti. Masih tanpa kata, Prof menghulur dua makalah untuk saya. Satu “Hari Raya Hari Takbir” dan lagi satu “Laylat Al-Qadar dan Iktik…

Prof Haron dan Ramadhan 1

Kata Imam Ali Zainal Abidin (sa), “Hak orang yang berbuat baik kepadamu: hendaknya kamu berterima kasih kepadanya, selalu menyebut kebaikannya, menyebarkan sebutan yang baik tentangnya, mendoakannya kepada Allah swt secara ikhlas. Jika semua itu telah kamu lakukan, bererti kamu telah berterima kasih kepadanya baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Jika kamu mampu membalas kebaikkannya, balaslah kebaikkannya setidaknya mempersiapkan sesuatu untuk membalasnya, dan kuatkan tekadmu untuk melaksanakannya.”

Tidak pernah sekali menyambut Ramadhan tanpa saya mengingati sosok yang begitu berpengaruh dalam hidup, Prof. Haron, setepatnya, almarhum Prof. Haron.

Beliau seorang Prof. paling ajaib dan aneh pernah saya kenal. Dan Allah mempertalikan kami lebih dari hubungan guru dan anak murid. Meski, jika dia masih bernafas di muka bumi ini, saya tetap akan menjadi murid penakut yang selalu segan-segan bila bertemu dengannya.

Baik. Saya telah menulis tanpa pendahuluan yang baik. Saya mulakan sek…

Kecewa seorang Guru

Saya tidak menyangka akan dipertemukan sekali lagi dengan Cikgu Sulaiman. Seminar ini rupanya menyediakan lebih dari wadah takungan ilmu. Tampang masih segak meski sudah ada garis-garis penanda usia dan rambut memutih yang dapat dilihat dari dekat. Namun rambut hitam yang masih lebat akan membuatkan orang sentiasa salah meneka umur Cikgu Sulaiman yang sebenar.

“Ashikin,” teguran yang diiring senyum ikhlas yang melebar. Ada damai di sebalik manis wajah sehingga masuk menusuk sukma. Saya kagum mendengar, kerana meski sudah sekian lama Cikgu Sulaiman masih ingat.

“Cikgu sihat?” Saya menyambut dengan sebal rasa bersalah. Saya murid yang patut dulu menyapa.

Sambil mengurut perut yang sedikit ke depan, “Awak perli saya Ashikin?”

Ada serbu panas di pipi. Mustahil saya berniat demikian. Saya kehilangan kata, tetapi Cikgu Sulaiman lebih dahulu menenangkan, “Alhamdulillah, semakin sihat. Mari makan bersama saya.”

Saya didorong ke meja orang penting. Langkah hilang daya. Apa kelayakan saya untuk dudu…
Kehormatan adalah
Harga diriyang tidak dihargakan!

Puisi: Resah Menunggu (di ambang Ramadhan)

engkau datang dengan janji
pengampunan dan penghapusan dosa-dosa
akankah memandang dengan benci?

bahkan rindu mencengkam nubari
sehingga angin yang menyapa pun
sangka membawa aroma zahir mu
meski masih di ambang pintu
belum lagi kaki melangkah
menyapa dan memandang dengan kasih

engkaukah yang membawa segenap harapan
akan tertutup pintu-pintu neraka
dan menebar haruman raihan syurga?

bahkan dapat mendamba kasih
membalut dalam alunan
cinta Sang PenCinta

rindu
adakah dapat dirasa
dendam dalam dada

dan bila nafas menghembus
yang ku tunggu
tetap
kamu

akankah dapat kenali
di pertemuan
sekali ini?

atau tidak sudi
menerima sujud
dan penyaksian taubat
di hening malam seribu bulan

Puisi: Jika Hadir

Aku membayangkan mu jelmaan Nabi
lantas mengingati bukan satu kesia-siaan
malah wasilah
mendekatkan pada Yang Maha

tapi engkau bukan
menjadikanku
manusia pendosa

kerana itu telah berjanji
bila mana muncul
dari deria mana pun
selawat diserah
tingkah bertingkah

moga yang Terpuji mendengar
rindu yang menyapa
membawa, menghantar
maqam lebih berhak

tiada terlintas melupakan
namun tidak sanggup membawa
ke hadapan pintu neraka

duhai pemilik puji
saksikan jiwa menahan
Engkau malah di hadapan
untuk dimaqbul
segala doa.

Puisi: Bulan Luntur (Muhammad Haji Salleh, 1983)

Bulan Luntur

i
ada bulan di luar
bersih dan mekar
menyeberangi cahayanya
lewat malam baru.
untuk saat ini
tak mungkin aku pandai
memilih yang cantik
pemandanganku retak
oleh luka dalam


ii
bagaimanakah rupa kenyataan?
ataukah pernah ada bentuk padanya:
yang baik dipilih
dengan perasaan hormat,
untuk penyumbang dikarangkan
terima kasih dan diucapkan selamat,
yang sederhana disudutkan pada kebiasaan,
yang jujur dianjur menjaga nilai
yang berani dibenarkan berkata awal?
tapi ini semuanya mimpi,
dilayangkan oleh purnama,
kerana yang kulihat hanya kacau:
yang licik jadi ketua,
yang kejam jadi hakim,
pemuji dipangkatkan tinggi,
pemikir diawas-awasi.
sarjana dipencilkan ke bilik,
si rajin dituduh bercita-cita,
si malas merancang kuasa.
gelap dunia ini
rimba subur
membeli sopan dan seni
kudengar ketawa besar
dari daerah peniaga
dan terkelip senyum
pada sekutunya yang bertakhta.
tiada lukisan, tiada puisi.
lagu telah tenggelam di bawah arahan,
penari dirogol oleh pengurusnya.


iii
bulan luntur
abuk malam terpercik ke parasnya
yang tinggal…
Terima kasih
Mengajar nilai
dipentas anugerah
Kau ada
Dalam dada

The Bigger Picture (the pictures)

Image
Dalam lokomotif - di dalam dek, pemandu lokomotif dari Indonesia (manis orangnya lebih hensen dari Wali cerita Kitab Cinta)

Nama salah satu dari TBM projek ini - KAMILA -dari Bahasa Arab, Kamil yang bermaksud sempurna - Terowong ini di dalam tanah antara 300 m ke 1.2 km (huge overburden aye?)



Perjalanan dalam ADIT2 (jalan masuk ke terowong yang menggunakan teknologi NATM - lantai basah dari air bawah tanah yang masuk ke terowong melalui rekahan dinding yang ditebuk)


Dalam terowong - En Honda membelakang kamera - perlu ada PPE lengkap untuk masuk termasuk kasut kontraktor berwarna Kuning Pua Chu Kang (supaya seluar kekal bersih dan kering ketika keluar dari terowong)


Jalan masuk ke ADIT2 - perhatikan di atas muka pintu ada pokok yang melintang - mengikut kepercayaan Jepun untuk doa (azimat) keselamatan bekerja dalam terowong


Dari jauh muka pintu ADIT2



The Bigger Picture

Bagaimana agaknya rasa menjadi pekerja landasan keretapi maut sewaktu pendudukan Jepun dahulu?

Ini yang menjadi mainan cepu bila saya berpeluang untuk menjadi peserta lawatan pembinaan terowong saluran air mentah dari Empangan Kelau ke Hulu Langat. Laluan sepanjang 44.4km dari Pahang ke Selangor, satu lagi projek mega dan ekstrim kejuruteraan Kerajaan Malaysia

Kami berpeluang masuk ke dalam terowong. Yang baru digali sepanjang 1.4km, masih jauh lagi untuk disiapkan. Dengan menggunakan kaedah yang sama menebuk batuan bawah tanah seperti terowong SMART dengan menggunakan TBM (tunnel boring machine), ini betul-betul engineering marvel.
Namun, untuk sampai ke muka TBM, laluannya penuh liku. Berada di bawah tanah antara 30m ke 1.2km, dengan kelembapan tinggi dan suhu panas mencecah 40C, saya tidak membayangkan suasana lawatan yang selesa. Kami tidak diminta berjalan kaki, namun perlu menaiki lokomotif sehingga sampai ke ekor TBM. Sebelum itu kami telah dibekalkan dengan penutup muka untuk me…

tanya sama POKOK

Image
Salam hujung minggu :)

Kongsi lagu ini untuk tatapan semua. Saya suka hampir setiap aspek lagu Meet Uncle Hussein dengan menampilkan juara baru AF9, Hazama. Terutama pada lirik yang menggunakan patah perkataan yang minimal dan ekonomi, namun tetap puitis dan berganda makna.

Kita nyanyi dulu.

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Saya suka band indie atas pilihan lagu yang diberikan selalu luar dari konteks sempit melankolik cinta tipikal. Namun saya lebih suka lagu ini kerana ia menampilkan falsafah kasualiti yang kuat dari bait lirik yang tidak asing di telinga. Tanya sama pokok adalah lagu yang kita nyanyikan sejak kita kecil. Melalui lagu dari filem P Ramlee, seperti mana pokok, lagu ini juga evergreen.

Terima kasih MUH kerana face lift lirik lagu ini …

Maha Baik

Lelah. Apalagi yang boleh diadu. Meski, tiada siapa pun mahu mendengar.
Tetapi, guru-guru dan ahli hikmah di sekeliling saya mengajar, agar kita sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan.

Setiap nafas kita pun diaturNya, mustahil sakit badan menanggung dan derita hati tidak diketahuiNya.
Allah Maha Baik. Saya tahu tidak pernah sangsi.

Kebaikan Allah itu datang dari pelbagai sudut dan cabang.

Saya mahu pulang ke rumah semalam lewat sudah jam 6pm. Tapi, bila cuba menghidupkan enjin, tiada respon. Sedang saya baru sahaja tukar bateri. Kemudian baru teringat, saya bergerak awal pagi selepas subuh untuk mengejar masa jam 8am sampai ke pejabat. Itu penyebab saya lupa menutup lampu. Hari itu saya pulang ke rumah menumpang kawan dengan barang sebonet penuh.

Pagi tadi saya bingung. Kerja besar perlu disiapkan dalam tempoh 12 jam. Kereta masih tersadai.

Ya Allah itu Maha Baik. KebaikkanNya kadang dalam arah yang tidak disangka. Sebaik sampai di bilik perbincangan untuk full swing menyiapkan dokumen, ketua …

Siri Beijing: Bahasa

Image
Satu halangan besar pada mereka yang ingin belajar di China adalah bahasa. Bukan di peringkat pengajian tinggi mereka tidak fleksibel dengan penggunaan bahasa, tetapi untuk urusan seharian. Seperti untuk menggunakan pengangkutan awam, teksi dan bas, membeli belah dan membaca papan tanda. Tetapi Beijing sekarang sudah begitu terbuka dengan banyak papan tanda yang menggunakan bahasa Inggeris dan ada juga yang bertulisan dan bahasa Arab. Tidak percaya?Kami hampir sesat di kota Beijing kerana masalah bahasa. Kerana bahasa juga kami terpaksa berlari macam orang gila di jalan besar Medan Tian An Men. Dan itu berlaku di waktu malam. (Haha, akibat mahu sangat membeli belah di pasar murah).Kami di bawa menaiki teksi untuk ke pasar Tian An Men. Dalam kumpulan kami tiada seorang yang pandai berbahasa Mandarin. Cuma beberapa patah perkataan yang di belajar sewaktu di universiti semasa matapelajaran Bahasa Ketiga. Dan sudah tentu orang itu bukan saya. Oleh kerana tatabahasa yang begitu minima, kaw…

Intermission (Siri Beijing): Motivational Quote

"Give oppurtunity a chance"

"Think in abundance"

"Say, if the ocean were ink (where with to write out) the words of my Lord, sonner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it, for its aid" Al Quran, Al Kahf: 109

If I have seen further than others, it is because I stood on the shoulders of giants. - Isaac Newton, 1610

Example is not the main thing in influencing others. It is the only thing - Albert Schweitzer