Posts

Showing posts from 2009

Gerhana di bulan penuh Muharram

Image
Muharram adalah bulan ajaib bagi saya. Disebalik sejarah strategik Muharram sebagai satu bulan yang diraikan dari pelbagai sudut pandang, kali ini kita bakal menyaksi gerakan alam pada 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H. Tahun baru ini, kita mungkin boleh meraikannya dengan cara lain. Rakyat Malaysia diberikan kelebihan untuk menyaksikan fenomena galaksi pada jam 1.17 pagi dan 5.28 pagi. Apa dia gerhana bulan? Kejadian ini wujud apabila tiga komponen matahari, bumi dan bulan terletak pada satah atau satu barisan yang sama atay sangat hampir. Pada lazimnya, ia akan berlaku ketika bulan purnama akan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana maksimum dijangka berlaku pada jam 3.24pagi. Berikut informasi yang diterima, 'Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi. Orang awam dijemput hadir untuk

Avatar dan Benih Sakral Aphesus

Image
Suprisingly speachless. Tiga jam yang berlalu tanpa merasa apa-apa. Ia sebuah filem wajib tonton, meski kita sering bertanya tentang logik dan rasional di setiap penjuru sepanjang ia ditayangkan. Cerita ini mengambil konsep sains, bagaimana minda kita berpindah dari tubuh kita yang asal kepada tubuh jelmaan. Tubuh jelmaan inilah yang dipanggil Avatar. Makhluk Avatar ini telah diklon dari bangsa pribumi Planet Pandora dari kaum Nav'i. Manusia menakluk Pandora hanya semata untuk menggali hasil bumi yang dinamakan Unobtanium. Mineral ini sangat mahal, harganya di bumi ialah 1kg = USD20 juta. Ia telah menyebabkan pemodal besar telah menghantar mesin besar dan robot untuk tujuan pengalian dan juga menangkis dari serangan kaum Nav'i. Di sinilah Avatar menjadi sangat signifikan. Avatar diperlukan untuk memboleh manusia berinteraksi dengan lebih akrab dari kalangan kehidupan kaum Nav'i sendiri. Hanya dengan kedatangan Jake Sully, seorang marin yang lumpuh kedua-dua kaki telah memb

Muharram ini bulan mengenang guru

Image
Apa kaitan tajuk dengan kiub Rubik? Kiub ini telah mengiringi lama sudah semenjak kecil sehinggalah sekarang. Percaya tidak bertahun-tahun, boleh dikatakan sudah lebih sedekad saya tidak pernah berjaya menyelesaikannya. Kemudian saya menonton, Pursuit of Happiness yang memperihalkan cerita mengenai kiub ini. Minggu cuti ini saya akhirnya berjaya menyelesaikannya. Bagaimana? Mudah sahaja, kerana saya mempunyai seorang guru. Sebelum penutup tahun ini, saya diberi pesanan oleh seorang Profesor, kejayaan itu mudah jika kita tahu caranya. Kata-katanya itu pernah diucapkan kepada kami tahun 2007 yang lalu, diulang semula tahun ini dan saya mendapat cerah cahaya kata-katanya minggu ini. Ya, saya kongsikan dengan awak. Kejayaan itu memang mudah jika kita tahu caranya. Dan saya berpendapat, dengan kehadiran guru yang mengajari kita depan berdepan adalah salah satu cara paling efektif dalam dunia. Saya menyimpan keinginan menyelesaikan masalah kiub berdekad lamanya. Percaya diri untuk menyeles

Rasulullah dan Copenhagen Summit 09

Image
Sidang kemuncak Copenhagen 2009 membincangkan betapa perlunya negara-negara dalam dunia bersetuju untuk menghadkan pengeluaran karbon ke atmosfera untuk mengembalikan bumi dalam keadaan aman. Soal saya, bumi tidak amankah? Ya saya tahu itu soalan bodoh yang tidak patut dilayan. Setiap orang yang sedar (tidak perlu Karam Singh Walia untuk menyedarkan), tahu yang bumi sudah begitu sakit sehinggakan dia tidak mampu untuk mengatur musim lagi. Di Malaysia, kita sampai berhadapan dengan gelombang ke 4 untuk keadaan banjir. Di negara Barat, di musim salji ini kematian akibat kesejukan meningkat. Kata bijak pandai, ketidakstabilan ini natural, tidak perlu dibimbangkan sangat. Kata saya, ya sangat. Tak baca ayat Quran 'telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf d

Azam Muharram

Image
Al Kuliyyah petang ini (masih berlangsung ketika saya menaip) membuat saya sedar peri penting menanam azam. Bukan sekadar menanamnya pada awal tahun baru sahaja, tetapi hendaklah berazam di akhir tahun nanti kita dapat mengutip hasilnya. Seperti kata Covey (1989) dalam bukunya, 7 Habits of the most Effective People (lebih kurang la...bukannya hafal pun) Begin with end in mind . Kita tanam azam hari ini, moga nanti menjadi hamba Allah yang bertaqwa. InsyaAllah. Satu - seperti entri sebelumnya saya berazam untuk menjadi orang yang gemar menolong (tentunya untuk jalan kebaikkan). Dan membuatnya kerana Allah, seikhlasnya. Dua - Kurang berkira (tidak berkira langsung mungkin payah :). Barangkali saya perlu meletakkan calculator saya jauh-jauh, agar kurang menekan nombor-nombor dan tanda tambah, tolok, darab dan bahagi. Supaya setiap amal nanti tidak sirna kerana terlalu sangat mahu menghitung hasilnya. Tahun lepas dan tahun ini sekali lagi saya menyaksikan mukjizat bahawa berbuat sesuatu t

Hijrah Ini

Image
Hijrah ini mengajar banyak perkara. 1. Termaktub dalam Sunnah Ya, berpindah itu Sunnah. Segala kebaikkan dalam perpindahan itu harus difahami, satu persatu. Agar tidak salah mentafsir. Rasulullah mengajar sunnah berpindah itu wajib demiNya. Berjalan beratus-ratus kilometer itu sunnah meski terpaksa meninggalkan segala: rumah, harta benda, saudara, tanah, jati diri. Ketika orang Makkah berpindah ke Madinah, modal permergiannya kosong tapi hati penuh harapan pada Tuhan. Hijrah itu wajib, tujuan untuk menegakkan agamaNya yang hak. Itu sahaja, iaitu untuk mengEsa hanya Sa. Noktah. 2. Bahawa manusia itu tidak semua lurus hati Saya baru faham, kadang-kadang orang memakai label dan pakaian orang soleh, supaya orang lain melihat mereka suci dan penuh kebaikkan. Sedangkan hati mereka penuh kesumat dan prasangka. Hati yang sepatutnya putih mereka hitamkan dan biarkan ia berbau seperti bangkai. Setiap hari mereka berjalan tunduk, kata orang mereka tawaduk. Tetapi satu hari Allah dengan kebesaranN

Wajah kebaikan

Image
Cuba awak tutup mata fikirkan untuk sekejap. Siapakah yang anda jelmakan dalam minda dengan wajah kebaikan? Ada? Jika tidak, cuba fikirkan di sekeliling awak kawan-kawan yang suka menolong. Ada? Saya ada seorang. Dia sangat suka menolong. Jika awak sudah menonton Tinker Bell and the Lost Treasure, awak mesti tahu ada satu watak peri(lelaki) bernama Terrance. Kawan saya itu seperti Terrance. Dia sangat suka menolong, tetapi rakan saya ini lebih hebat dari Terrance kerana dia tidak memilah-milah dalam membuat kebaikkan. Bila mana ada orang memohon pertolongan, sekiranya dia mampu melakukan dia akan lakukan dengan senang hati dan rela. Malah satu lagi ciri hebat dalam dirinya ialah, dia akan melakukan yang terbaik malah paling baik seolah-olah dialah yang diemban dengan pertanggungjawaban tugas. Sedangkan dia ada di situ sebagai seorang penolong, penolong yang setia. Saya kelaskan dia sebagai seorang yang polos tetapi comel. Mungkin orang lain beranggapan dia lurus kerana tidak berkira.

Puncak Alam

Image
Ini bukan tempat peranginan, tetapi sebuah kampus yang dibina di Puncak Alam Selangor. Pemandangannya sangat indah dan mempersona. Kampus dan pemandangan diadun sekali menjadikan ia sebagai tempat menimba ilmu juga boleh jadi mencari ilham. Saya berada di sini dengan tekanan selama 5 hari, jadi tidak dapat menghayati. Saya ingin lagi ke sini, untuk menyaksikan keindahannya sepenuh hati. Bila tiba di Puncak Alam, pada waktu pagi ketika matahari naik dan memerhatikan garis-garis cahaya menembusi awan, ia sungguh segar dan aman. Berdiri di sisi jalan, melihat hutan terbentang luas dan masih belum diusik seolah-olah dapat mendengar alam berbicara. Satu hari nanti, saya akan ke mari insyaAllah (sebelum tu kena beli kamera dulu bukan?)

Kembali semula untuk apa?

Saya kembali, setelah selesai mengambil peperiksaan PTK yang boleh mencederakan otak dan emosi. Entah kenapa ya, kita selalu mendesak diri sendiri ke tahap yang kadangkala diri tidak mampu menanggung, tetapi kita teruskan juga. Kata dia orang mahu memperbaiki diri. Sedangkan mereka mahu anjakan gaji. Kata dia orang untuk usaha diberkat, Sedangkan tujuan mereka untuk naik pangkat. Saya berfikir, kenapa saya juga terheret dalam kancah yang sama? Bukankah saya melihat dari dimensi yang lain. Tetapi saya ikut juga. Kesimpulan 5 hari yang saya lalui, ia sangat BERAT dan MENEKAN. Lalu saya ingat kembali tagline yang ditulis dalam blog rakan, Yang berat itu perlu dipikul, Punyakah kudrat untuk kita memikul? Apa perlunya jika yang dipikul tidak berharga? Saya benar-benar terasa saya sedang memikul sesuatu di bahu saya. Tidak nampak tapi ia berat. Bagaimana saya tahu di bahu saya berharga atau tidak? Ya Allah, adakah saya sudah menjadi sama seperti mereka?

3 Tiga

1 Ditawan orang Jepun Melihat di ruangan komen, saya jadi hairan. Kenapa begitu ramai orang Jepun memberi komen di entri Infiniti? Adakah interface saya yang memaparkan tulisan Jepun, hakikat sebenar tulisan Rumi biasa? Cerahkan saya :) 2 Jatuh sakit tiba-tiba Tiada angin ribut tiba-tiba sahaja tidak boleh bernafas. Langkah kaki jadi terhad. Pemikiran kabur. Akhirnya saya meminta kawan menghantar saya ke rumah. Takut kalau tumbang ditempat yang tidak sepatutnya. Betulah, nikmat sihat hanya akan kita hargai bila kita sakit tidak berdaya untuk buat apa-apa. 3 Serangan intelektual Bila mana kita berada di daerah kreatif atau produk intelektual, yang paling ditakuti ialah bila membincangkan tentang idea ada orang mengambil kesempatan dan mahu mencurinya. Lalu kita akan jadi begitu berhati-hati, tetapi agak merisaukan jika orang yang tidak bersih hatinya mahu menggunakan jalan hitam. Kita perlu buat apa? Banyak-banyak berdoa agar tidak terkena hasad dan dengki orang lain. Hidup ini hanya

2012

2012, sebuah filem yang dihentam agak keterlaluan di Hollywood dari segi jalan cerita, namun aneh, saya amat suka filem ini. Dengan tagline, we we’re warned, ia merupakan filem skala besar mengenai kemusnahan dunia. Kita tidak perlu lagi memperkenalkan pengarah Roland Emerich yang sinonim dengan kemusnahan alam melalui filem The Day After Tomorrow, Independence Day dsb. Ada banyak sebab saya menyukai 2012, antaranya ialah: 1. Saya pernah belajar geologi 2. Yellowstone, letupan kawah (caldera) gunung berapi terbesar dunia 3. Saya seorang Muslim dan ia adalah kisah penyelamatan. Seperti mana-mana reviu, 2012 adalah sebuah filem tentang kemusnahan alam. Bukan setakat alam dimusnahkan, segala tamadun kemanusian turut musnah dengan pelbagai bentuk amarah alam; gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir besar, dan pergerakkan tanah dalam skala yang tidak terjangkau difikiran manusia. Pendek kata ia gambaran akhir zaman yang jauh dari apa yang boleh saya bayangkan. Secara jujurnya, saya berte

Wacana Ilmu semua :)

Image

Kereta - Tentang hidup yang biasa-biasa

Image
Salam, hari ini hari yang indah meski dalam hati panas membara :) Barangkali ada awak sudah membaca emel ini, tentang harga kereta di Malaysia dan bagaimana peranan AP menyebabkan pengguna membeli dengan harga hampir 3 kali lebih mahal dari yang boleh didapati di pasaran luar. Kita kepilkan sekali ye, saja nak mengusik awak supaya hati awak sama panasnya dengan hati kita kat dalam ni :) Artikel ini boleh dicapai dengan menaipkan nama penulis Syed Akbar Ali. Awak kena nilaikan juga artikel ini sebab kita bukanlah orang pandai sangat pasal pasaran dan ekonomi. Car Prices In Malaysia Digest this article, after that, you may need to vomit. What is the Malaysian Govt doing all these while. Ripping off our Rakyat for the last 30 yrs with APs designed to benefit a few well connected Bumis, the UMNO/BN have robbed millions of citizens in this fiasco, under the pretext of protecting our local industry. The Govt have forgotten we Malays are the largest customers in the country. What is the NEP p

Gospen - Tentang hidup yang biasa-biasa

Image
Pernah dengar tentang gospen? Tentu pernahkan, ia singkatan dari gosip pendek. Ini istilah yang saya popularkan pada rakan-rakan untuk membolehkan mereka beringat sikit, bila bergosip biarlah pendek tidak melarat. Tapi, pernahkah gosip berakhir pendek? Ikut pengalaman, jarang sangat ianya pendek selalu berlarut-larutan panjang dan kadang-kadang sampai jadi fitnah. Belum lagi cerita merepek merapu yang mereka sampaikan dari telinga ke telinga padahal benda itu tidak pernah wujud pun. Tentu mereka tidak pernah dengar tentang kalam 'al fitnatu asyadu minal qat' - fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Atau mereka tidak faham tentang peringatan itu, atau mereka tidak faham membunuh itu kejahatan paling buruk sesama manusia. Seperti sejarah Habil dan Qabil, ia kejahatan yang dikutuk zaman berzaman. Mungkin mereka tidak membaca kot? Orang suka gospen ni suka membaca tak agak-agak? Menyesal juga membawa istilah gospen. Barangkali saya akan promosikan pula istilah gostot. Gosip konto

saya mahu dipanggil

saya mahu dipanggil kemudian menjawab "saya datang, saya datang" saya mahu dipanggil kemudian nantinya tahu saya tidak bersaksi melainkan Hu menunggu di hujung sedar dan tidur agar suara yang dikirim sang bayu singgah ditelinga menggugah ego dipasangkan pakaian fitrah tunduk dan menyahut tinggalkan semua mengadu dunia telah menyakiti sakitnya sakit paling dalam dalam tujuh pusingan tenggelam menjejak Hajar karam menyahut Ibrahim serah mendamping Ismail rela di tanah Nabi menghambur tangis kecewa memanggil dia agar diserahkan kasih dan saya tidak akan bersedih lagi saya mahu dipanggil sebelum dipanggil yang lidah tidak mampu menyahut Hu! saya datang tetap datang

Infiniti 2

Image
Faries menghantar Adi pulang di pintu. Dia masih bocah kecil pada pandangan kebanyakkan orang. Tetapi bukankah anak kecil juga pernah menggegar kompeni perang. Seperti Daud yang menggegar Thalut hanya dengan batu dan lastik. Dan Adi didoakan mempunyai kekuatan seperti itu, kerana hati Adi yang suci menuntut satu jalan. Jalan untuk faham. Faries segera menutup pintu. Terasa bersalah menghantar Adi pulang dengan persoalan berat. Tentang infiniti atau takterpermanai dalam bahasa orang Melayu. Tak terpermanai itu sendiri istilah yang baru pertama kali didengar dari mulut teman-teman diskusi Discopy. "Marahkah ibu bapa Adi nanti bila Adi bertanya yang bukan-bukan? Jika ditanya dari mana dia dapat segala persoalan ini, tentulah aku yang dirujuk Adi." Faries insaf. Dia bukanlah Jostein Gaarder yang mengajar Sophie tentang falsafah dan hakikat kehidupan. Dirinya hanya seorang manusia yang diangkat ke tingkatan hamba yang belajar tentang pergantungan pada yang Maha Esa melalui pelbaga

Infiniti

"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga. "Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI." Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya." Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries

air dalam gelas

lalu ku tanya pada sang ilmu bagaimana dapatku memuaskan hati orang dia yang kulihat berambut putih dan berwajah tenang menyahut dengan memberiku sebuah gelas ‘Jadilah air dalam bekas bila dituang mengisi ruang dicurah ke tempat lain mengikut bentuk dan bersedia menghilang haus’ lalu ku minta lagi kepastian pada sang tua akan apa nanti jadi pada diriku? ‘disukai, disenangi dan…’ sang hikmah melambat bicara menatang mata penuh makna ‘dan kamu akan segera kehilangan diri sendiri.’

kau pergi

bila dipanggil

walau apa bila kau panggil aku datang tetap datang tidak mengapa rasa derita ini bukan apa-apa bila pulang nanti yang dibawa hanyalah cerita di hadapan sana akan tahu dan faham mengapa bila kamu panggil aku datang ...tetap datang.

Nombor oh nombor

Saya berhutang cerita dengan kawan tentang nombor. Tanyanya, bagaimana orang sains melihat nombor? Pada awal pertanyaan, saya rasa mahu tergelak kerana banyak perkara. Pertama, saya sebetulnya tidak layak mewakili ‘orang sains’ secara umum kerana disiplin saya adalah teknis. Bukan sains tulen. Kedua, secara jujur, nombor untuk kebanyakkan orang sama sahaja cara melihatnya. Satu entiti yang boleh dihitung untuk menentukan jumlah. Samada bilangan, harga, masa, suhu. Apa sahaja perkara yang kita boleh pasangkan atau terjemahkan dengan nombor. Semudah itu. Tetapi untuk beberapa ketika melalui pemerhatian yang tidak begitu kritis, saya juga dapat simpulkan perkaitan nombor dengan nasib baik. Nombor dengan magis. Nombor dengan keberuntungan. Lebih mistik, nombor dengan nilai transendental. Erti kata lain, nombor untuk mengenal Tuhan. Tetapi hari ini hari yang baik untuk kita menghitung tentang nombor kan? Hari ini hari pembentangan belanjawan. Harap-harap ia masih lagi bajet mesra rakyat.

Haraam 12 Tahun Akan Datang

Image
Gambar-gambar ini masuk ke peti emel saya. Ilustrasi gambaran arkitek (mungkin) terhadap pelan pembangunan di haramain. Mengkagumkan. Projek Perumahan di pinggir Haraam (boleh dilihat sedang giat dibangunkan sekarang) Jaringan perhubungan Maataf Kaabah dibawah 4 payung Jaringan untuk ke Mina, Mudzdalifah, Arafat Jamrah Disebalik pembinaan bangunan tinggi, untuk menempatkan penziarah dan juga para haji saya tetap terdetik. Apakah ini citra yang dibayangkan oleh Nabi? Saya masih ingat cerita para hujjaj yang mengerjakan haji di zaman Datuk, Nenek dan ayah-ayah kita, yang menaiki kapal membawa bersama periuk nasi dan beras. Susah payah dan jerih yang dilalui, pulang mereka menjadi orang lain. Selalunya lebih baik, atau terlalu baik. Penziarah dan para haji akan datang, mungkin hampir mustahil merasai pengalaman yang sama. Untuk akan datang, penziarah akan dikenali juga dengan status banyak wang. Siapa yang berkemampuan tentu boleh mendiami hotel yang hebat-hebat. Tetapi bagaimana bag

Gempa - Peringatan - Tapi sedarkah mereka dan kita?

Diambil dari kotak masuk emel. Bismillah Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad Salam to ALL Gempa di Padang jam 17.16 , gempa susulan 17.58 , esoknya gempa di Jambi jam 8.52 . Cuba lihat Al-Quran!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut: 17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. . 17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di da

ada apa dengan...

Apa persamaan bila disebut nama-nama berikut: David Beckham, Eric Canona, Christiano Ronaldo, Raul Gonzalez, Luis Figo, David Shevchenko dan Frank Ribery. Bola? Benar. Ada lagi. Mereka ialah pemegang nombor 7 untuk jersi di zaman kegemilangan masing-masing. Apa ada pada nombor? Kalau tidak ada apa-apa dengan nombor, mengapa hanya mereka yang mempunyai bakat paling menakjubkan di kelab dan pasukan kebangsaan diberi keistimewaan menyarung jersi dengan nombor yang bertuah seperti 7 dan 10. Tidak percaya? Mengapa dan mengapa Beckham yang sinarnya sudah suam-suam kuku dan kemudian berpindah ke Real Madrid tidak lagi diberi keistimewaan memakai nombor 7 sebaliknya nombor 23. Setelah memakai nombor 23, beliau (Beckham) sudah tidak begitu istimewa lagi. Ada apa dengan nombor?

Eidulfitri 1430H - Graduan Madrasah Ramadhan

Salam Eidulfitri buat semua, kullu am wa antum bikhair. Maaf zahir dan batin. Hari raya ini adalah pagi yang bernostalgia. Di beri peluang dan rezeki oleh Allah swt untuk meraikan dengan takbir dan solat hari raya. Nostalgia kerana dapat bersolat di masjid kota saya dan bersolat di tingkat dua. Sudah lama saya tidak berada di ruangan itu, kali terakhir mungkin banyak tahun dulu. Saya tidak ingat. Kata Imam dalam khutbahnya, hari ini perlu diingat seperti setangkai bunga yang luruh. Ramadhan adalah kuntuman bunga yang luruh. Tetapi luruhnya bunga bukan bermakna kesedihan, kerana selepas itu akan muncul putik dan akhirnya putik akan berbuah untuk dinikmati. Ramadhan seperti itu. Bunga yang luruh dari kuntumnya. Syawal dan bulan-bulan seterusnya adalah musin pangan, musim menuai. Samada kita bersungguh menanam di bulan Ramadhan, refleksi akan kelihatan di bulan-bulan lain. Kali ini khutbah dibacakan dengan teks yang bermakna. Moga masjid akan terus berperanan mendidik masyarakat, sepe

Hari ini, hari Al Quds - saksikan

kredit kepada bujang susah

Kepala (bukan kepala lembu!)

Satu Kisah berlaku bertahun-tahun dahulu. Ketika itu kami masih belajar. Duduk di rumah sewa (apartment) di tingkat 4, tingkat paling tinggi. Bila duduk di balkoni depan, kami boleh memerhati jiran-jiran di bawah. Terutama jiran tingkat dua yang mempunyai dua orang anak yang comel. Anak yang besar kami sudah tidak ingat namanya, yang kecil sekali Amir. Amir adalah anak yang lincah, berusia lingkungan 3-4 tahun seharusnya dia anak yang sedang galak menakal. Selalu kami duduk sahaja di balkoni memanggil-manggil namanya. Dia melayan sahaja dan tersenyum. Waktu itu apartment dilengkapi dengan dua pintu. Paling hadapan gril besi kotak-kotak segiempat. Dan untuk masuk pintu kayu. Amir paling suka bergayutan di gril besi. Dipijak gril kemudian dihayunkan seolah-olah sedang bermain buaian. Begitulah dia setiap hari. Sehinggalah satu hari, dia telah cuba memasukkan kepalanya ke petak segiempat gril besi tersebut. Malangnya kepala Amir tersangkut tidak boleh keluar. Bila keadaan itu berlaku, kam