Posts

Showing posts with the label Makna Diri

The Teacher come First, then The Book

Image
Kalau boleh saya tidak mahu sayang kamu terlalu. Lalu, saya akan katakan "Lu fikirlah sendiri". Tapi dalam nubari terlalu banyak rasa, dan kamu terlalu banyak kehilangan. Seperti hari ini, kita menyambut tahun kedua kehilangan kekanda kita bukan? Lalu, kalau boleh saya gantikan setiap kehilangan, maka saya akan gantikan. Tapi saya tidak boleh. Saya hanya punya tulisan, lalu saya tuliskan ini, kerana bila tiba masa saya pulang pula nanti, kamu, tidak akan kekurangan apa-apa. Kamu Adik, pesan dari saya, kamu perlu cinta guru sepenuhnya. Sepenuhnya. Dengan penuh rasa kasih. Dengan penuh rasa percaya. Dengan hati mahu berbakti. Dengan hati yang sedia untuk mati. Dan kerana itu pertama, kenali dulu siapa guru kamu. Guru kita, adalah Teacher of Teachers, Muallim, Wahdah Khairah Ummah - Rasulullah Muhammad sawa. Wujudnya bukti ihsan Tuhan kepada seluruh umat manusia. Mustaffa Imamal Mursalin. Mustaffa Shafiaal Alamin. Abal Qasim. Khairul Khalqillahi. Ishqqu Qalb. Guru yang muncul...

Si yatim yang memberikan saya bekal

Entri ini dan seterus-seterusnya adalah untuk persiapan menyambut harijadi seorang yatim piatu paling miskin, yang telah dengan susah payah berjuang hanya semata untuk memberikan saya bekal. Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad. Subhanallah, tidak pernah saya rindu sebegini hebat. Dan menyebut namanya sahaja telah mengundang rasa sebak yang menebal. Di musim kepanasan begini, saya mengenang dia yang berpanasan terik mentari sejak kecil mengembala kambing untuk menyara hidupnya yang ditinggalkan ayah dan ibu. Dia yang berpindah penjaga dari tahun ke tahun. Sejak kematian ayah dalam kandungan, kemudian dipelihara bonda. Tetapi ibunya juga meninggal awal, sehinggalah Datuk yang renta mengambil alih memelihara. Tetapi Datuk pergi juga sehingga terpaksa diserahkan kepada pakcik yang punya anak ramai. Kenangkan. Saya cabar awak untuk berada di terik mentari selama setengah jam guna untuk mencari rezeki. Saya harap awak dapat rasa pedih dicucuk panas yang berdiri di wak...

Falsafah CINTA Asal

Image
Kawan saya kata, cinta, ada jenis yang membunuh. Seperti manifestasinya di malam tahun baharu atau hari Valentine, untuk pasangan yang sedang mabuk bercinta. Mereka berjanji setia, ungkap mengungkapi, bukti membukti akhirnya sembilan bulan atau kurang dari itu bertukar menjadi pembunuh. Membunuh janin dan bayi. Membunuh harapan dan kasih sayang. Membunuh 2 orang, menukar mereka menjadi haiwan bertubuh manusia, atau lebih teruk dari itu menjadi syaitan (i.e: kes membakar bayi dan dibuang dalam tong sampah di sini ). Cinta tidak seharusnya menukar manusia yang penuh kasih sayang, menjadikan tangan dan jiwa berlumuran dengan darah dan dosa. Itu, absurd! Cinta itu bagaimana? Cinta seharusnya seperti letupan Big Bang. Letupan? Ya, satu letupan. Panas, hangat, bingit, menyilaukan mata, mendebarkan, mengkagumkan, berasap, membakar, menggegar, segalalah yang boleh kita fikirkan mengenai letupan. Dan... harus diingat selepas letupan besar itu, ia memberikan kehidupan, terus menerus, berlangsung...

Takjub

Saya melihat dia, kagum dengan semangat juang. Dalam dunia hari ini, untuk dapat melihat seorang berani berdiri di hadapan pemimpin dan bercakap yang benar meski tidak disukai pemimpin tersebut, amat aneh. Katanya, doa kita tertahan kerana tidak menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, berpesan & menyuruh kepada kebaikkan dan menentang kezaliman & kejahatan. Saya ingat dia seperti yang lain. Berusaha untuk mendapat habuan dunia. Tetapi dia seringkali menolak untuk apa kita sebut sebagai rezeki. Katanya dia tidak boleh menerima jika itu bukan haknya. Juga tidak boleh sekiranya dia menerima kemudian selepas itu gagal menunaikan tanggungjawab yang datang bersama rezeki tersebut (contoh: naik pangkat). Saya mahu ingat pesan dia, "Kami cuma mahu merasa gembira dengan penuh rasa kesyukuran. Kami redha dan DIA redha." Noktah. Itu sahaja pesan dia. Saya mencerna kata-katanya dengan rasa takjub.

Lebah dan Lalat

Image
Saya melihat lalat berterbangan mengitari tong sampah. Ia mengingatkan saya tentang kisah perbualan cendiakawan (C) dan raja (R). Raja adalah pemimpin yang zalim dan tidak adil, namun masih tetap suka bertanya cendiakawan dengan tujuan untuk menguji. R : Mengapa lalat diciptakan? C : Untuk menghinakan orang seperti kamu. Sekian cerita ringkas. Di bawah informasi tentang Lalat dan Lebah. Tentang Lalat Lalat hidup dalam kekotoran dan mengumpul kuman, termasuk kuman dari bangkai haiwan dan manusia. Dengan cara ini, lalat boleh membawa penyakit kepada manusia dan menyebabkan manusia tidak menyukainya. Manusia yang berakal akan menyembur racun serangga untuk membunuh lalat-lalat ini bagi mengelak penyakit dari disebarkan. Tentang Lebah Lebah ialah serangga yang menyukai bunga. Kerjanya ialah mengumpul debunga dan juga menghasilkan madu sebagai ubat dan juga minuman kesihatan untuk menyihatkan badan. Kerana itu manusia menyukai lebah, menternak lebah serta memelihara nyawa lebah kerana ...

Cerita Ikhlas

Image
1. Coach memanah Kata coach yang banyak jasa ini, 'Sebahagian dr tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda2 tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir.' (boleh klik di sini ). 2. Kata sahabat saya Dipetik dari cerita Kiamat Sudah Dekat. Seorang lelaki ingin meminang anak kiyai. Lelaki tersebut sudah diuji dengan pelbagai ujian sehinggalah akhir sekali Pak Kiyai meminta lelaki belajar ilmu ikhlas. Pada masa yang sama, Pak Kiyai ada menantu pilihan, lulusan agama dari Universiti Azhar. Lelaki yang tidak kenal putus asa mahu kekal bersaing belajar ilmu ikhlas dari pelbagai buku. Makin dibaca makin tidak faham. Akhirnya dia menyerah diri pada Pak Kiyai, menyatakan hasrat hatinya (rasa cintanya pada si gadis) dan ketidakmampuan dia untuk memahami ilmu ikhlas. Tindakan lelaki itu lah tindakan ikhlas. Dan Pak Kiyai menikahkan anak perempuannya dengan lelaki ini. Kata Pak Kiyai, "ikhlas itu bukan di dalam buku, tapi ia pelajaran yan...

Satu Peringatan

Saya ada seorang kawan. Dia ada dua nama Matahari dan Kebaikan. Sewaktu kami sekolah dahulu kami memanggil dia matahari. Takdir Tuhan telah menemukan kami kembali dia alam pekerjaan. Dan orang memanggil dengan nama Kebaikkan. Malang, orang yang memanggil dia dengan nama itu telah meninggalkan tanda sabdu yang penting (sebutan betul) bila menyebut namanya, dan ia telah menyebabkan orang memanggilnya setiap hari dan masa dengan makna baru, Kejahatan. Saya telah pesan padanya, kenapa tidak mengekalkan panggilan Matahari. Bukankah ia nama yang elok. Kata dia, dia tidak mempunyai kawalan pada apa yang orang mahu panggil dia. Saya kata, tidak mengapalah. Saya nasihatkan agar dia menegur orang memanggil namanya dengan sebutan yang betul. Jangan dari makna kebaikkan terus jadi kejahatan. Panggilan nama ialah satu doa pada kita. Dia mengangguk. Dan selepas itu saya jarang-jarang berbual dengan dia. Baru-baru ini saya mendengar umpatan orang pada dia. Dia seorang oppurtunis, pengeras tenaga oran...

Pesan

Berburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi “Wahai para pembawa ilmu, apakah kalian membawanya? Sesungguhnya ilmu hanyalah bagi yang mengetahuinya. Kemudian dia mengamalkannya dan perbuatannya sesuai dengan ilmunya. Akan datang suatu masa, di mana sekelompok orang yang membawa ilmu, namun ilmunya tidak melampaui tulang rusuknya. Batiniah mereka berlawanan dengan lahiriah mereka. Dan perbuatan mereka berlawanan dengan ilmu mereka.”
"Oh, God, hasten the arrival of Imam al-Mahdi and grant him good health and victory and make us his followers and those to attest to his rightfulness."

SIRI: MENCARI MAKNA DIRI 3

Image
'Dan tentang dirimu, mengapa tak kau renungkan?' (Q51:21) (mendepangkan tangan seluas-luasnya, melebarkan sayap, hari ini hari balas dendam, mari menulis!) Belajar tentang diri melalui kacamata filosofis, mungkinkah? Benjamin Disraeli - 'Is man an ape or an angel?' Assosianis / Empirisis / Psikoanalisis / Behavioris - Apakah karekteristik yang membezakan manusia dari binatang? Tidak ada. Humanis - Menolak eksistensi jiwa

SIRI: MENCARI MAKNA DIRI 2

Image
(Awaluddin makrifatullah. Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)” Dari Asal Sulaiman ke Asal Turabiy, satu kembara keniskalaan ego, mencari diri. Dua-dua nama pena. Satu yang telah lama sebati, satu transformasi diri. Bukankah Ramli Sarip pernah berpesan, aku menulis bukan kerana nama? Ada apa dengan nama? Bukankah Nabi Adam dan Malaikat muqarrab ilallah dibezakan kemuliaan hanya kerana kemampuan Adam menamakan benda-benda? Bukankah alter ego Mike Shinoda dari Linkin Park ialah Fort Minor. Alter ego Clark Kent adalah Superman, Bruce Wayne adalah Batman, dan adakah alter ego Asal Sulaiman adalah Asal Turabiy? Nama mendifinisikan. Difahami melalui isi kartu identitas diri (MyCard), seperti nama diri, nama kedua orang tua, nama tempat kelahiran, nama tempat t...

SIRI: MENCARI MAKNA DIRI 1

Image
(Awaluddin makrifatullah. Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)” “What we do in life, echoes in eternity” Itu adalah ucapan Jeneral Maximus yang sangat mengesankan sebelum menyerang puak barbar di sempadan Rom melalui filem Gladiator. Sebagai terjemahan bebas, frasa itu boleh dimaksudkan dengan “apa yang dilakukan dalam hidup, akan bergema di dalam keabadian”. Bukan mudah untuk memahami konteks frasa yang bersifat transendental melalui kacamata Islamiah dan berfaedah dalam nilai kehidupan kerana ianya datang dari Hollywood yang membawa latar kehidupan di era Rom. Rom yang dikenali sebagai tamadun senyawa materi dan kegilaan pada nafsu rendah meski, kehebatan infrastuktur (aqueduct, pozzolan and cementing material, water works and waste water system) dan mon...

Marilah Mencari Makna!

Kawan seangkatan dan mereka yang ingin berfikir, ya! sudah sampai masanya kita mencari makna . Kita sudah berada di ambang yang mana hitam dan putih itu sudah makin tidak jelas kerana kononnya toleransi kita pada tuntutan zaman, maka alternatifnya kita melihat warna kelabu itu di mana-mana. Kita telah lalui zaman yang mencorak dan membentuk peribadi diri, sekurang-kurangnya masih kelihatan garis pemisah hak dan batil , walau tidak begitu jelas. Tapi perhatikanlah generasi muda, anak-anak dan penyambung legasi, mereka tidak seharusnya melalui hari-hari menjadi dewasa mereka dengan keadaan lebih buruk dari yang pernah kita lalui. Itu tidak adil bagi mereka dan bermakna kita telah melepaskan amanah dan tanggungjawab yang amat besar itu. Tidak rasa bersalahkah kita! Kawan-kawan, Inilah zamannya anak-anak kita merasa apabila mereka diancam bahaya seperti datangnya raksasa yang akan memusnahkan dunia, mereka yakin akan adanya Ultraman yang mempunyai lampu di dada akan segera datang dan me...