Posts

Showing posts from December, 2010

Buang sahaja janggut itu

Ini catatan, entah saya ambil dari mana. Mungkin dongeng, mungkin juga kebenaran. Kalau ia sebuah kebenaran, ia akan ada nilai universal tidak kira zaman. Saya mencintai orang beragama. Bagi saya mereka adalah suluh yang menyinar di waktu kita teraba-raba. Tidak syak. Orang agama selalu mengajar tentang hukum. Salah dan betul. Haram dan halal. Tentang aturan untuk soal fiqh dan hukum. Tetapi di mana salahnya, mereka tidak pernah dekat di hati saya untuk mengajar saya tentang nilai. Dan sekarang setiap butir bicara yang keluar dari mulut mereka seakan kering, tidak pernah menjadi dorongan untuk sesuatu yang hidup. Untuk menjadi citra orang ketandusan semangat untuk percaya bahawa takdir yang diciptakan itu sangat indah. Diciptakan Allah penuh hikmah. Saya tidak pernah belajar tentang itu dari mereka. Saya belajar hikmah dari mereka yang mengalami. Mengambil iktibar dari hidup dari mereka yang berpengalaman. Sebetulnya, pelajaran hikmah tentang hidup, tentang keikhlasan beragama,

…dari sekecil-kecil mimpi

Image
Saya membaca catatan seorang rakan. Mungkin ada benarnya kata-kata dia. Saya cemburukan dia. Dalam banyak kesempatan, bolehkah dari mimpi kecil menjadi nyata di alam realiti? ********************************************************************************** Memoir Sungguh, dalam banyak keadaan, keadilan Tuhan itu selalu sahaja berlaku tanpa hambanya sedar. Bolehkan Tuhan itu wujud tanpa keadilan. Saya manusia kecil sahaja, kerdil, tidak signifikan untuk sesiapa. Suatu hari saya mendengar, apa sahaja yang kita impikan pasti dimakbulkan Tuhan. Karut? Saya tidak percaya. Yang selalu orang ulang, kita tidak akan selalu dapat apa yang kita hendak. Dunia ini tidak dijadikan untuk memakbulkan setiap kehendak. Jika tidak keseimbangan tidak akan berlaku kerana baik orang baik, mahu orang jahat juga berimpian. Tapi mungkin hari ini saya harus percaya kata orang bahawa, “setiap impian itu akan dimakbul Tuhan.” Saya orang aneh. Bagi ramai rakan-rakan saya, saya dari mula aneh. Saya belajar dalam

Menjenamakan Semula Makna Kejayaan

Image
Saya ke forum tadi, berdiskusi tentang inovasi. Bagaimana inovasi memberi impak yang signifikan pada kejayaan. Bukan benda baharu, kan? Yang nyatanya, saya ter’impak’ dengan senarai panjang moderator yang menyebut satu persatu mereka yang menjumpai inovasi, kemudian menjadi kaya raya (multi billionaire) dan mengkategorikan sebagai mereka sebagai golongan yang berjaya. Hyundai, Facebook, Audi, Amazon.com, Gillete. Ini model kejayaan yang di bawa moderator. Awak nampak persamaannya? Kejayaan yang diukur dengan kekayaan kan? Saya jadi makin keliru bila moderator pada masa yang sama menyebut juga satu persatu keburukan Facebook. Kadar penceraian tertinggi di Sarawak disebabkan oleh Facebook, masa yang diperuntukkan lebih dari 5 jam oleh sehari hanya sekadar mahu mengkemaskini Facebook, sekian, sekian, sekian. Jadi bagaimana Facebook boleh diangkat sebagai model kejayaan? Pendapat saya alasan moderator cuma satu, pencipta laman sosial ini adalah seorang pelajar Havard yang tidak tamat belaj

Perarakan Maut Sandakan ke Ranau & Muharam

Image
Bulan 12, bulan terakhir 2010 memberi kesempatan tidak terduga dan rezeki tersendiri. Alhamdulillah. Mesyuarat yang sepatutnya berlangsung di Pejabat Persekutuan Kota Kinabalu ditunda, sedang tiket kapal terbang sudah ditempah awal. Mahu tidak mahu, kesempatan emas ini digunakan sepenuhnya. Saya sudah menyimpan angan untuk ke Sabah lebih 5 tahun, dan Allah, bukankah Dia pengabul doa? Saya semakin yakin, setiap apa yang kita panjatkan tulus ikhlas, Dia memberi perhatian sewajarnya. Jika sudah rezeki, kun (jadi) maka fayakun (jadilah ia). Saya ke Sabah 5 hari (3 hari sahaja jika mengambil kira hari sampai dan hari terbang kembali ke KLIA) untuk bercuti. Kesempatan yang jarang ada, tetapi tetap direzekikan. Daerah yang menjadi tempat lawatan Kota Kinabalu - Tamparuli - Kundasang - Ranau. Sikit? Nampak begitu, tetapi percayalah Sabah cukup besar untuk dinikmati dalam masa 3 hari. Keindahan alam yang dikurnia di bumi muda ini tidak terbatas. Sabah bukan hanya gah dengan Gunung Kinabalu, t

Rindu

Saya rindu pada banyak perkara. Pada kakak yang baru semalam berpindah ke tempat lain. Pada bau kertas untuk dibaca kulit ke kulit. Pada langit keramat yang selalu menaungi. Pada rakan yang menuntut janji kesetiaan seorang sahabat. Pada ketawa anak-anak. Pada kesunyian yang menghadiahkan ilham. Pada keindahan, pengorbanan. Saya rindu menulis. Saya rindu, kamu.