Posts

Showing posts from December, 2006

Langit permulaan

Image
Akhirnya aku telah melihat langit permulaan Ingin menikmatinya? Marilah berdoa bersamaku Alhamdulillah
Kawan saya menyogok karya-karya L.M Montgomery, rasionalnya supaya saya dapat melihat melalui kanta yang lain. Bila dia mengatakan Montgomery adalah "she" mata saya jadi bulat dan teruja untuk menekuni. Terus terbayang Anne dari Green Gable yang berambut merah dan kekasihnya yang kacak yang ah, saya telah lupa namanya. Ironi, saya menguliti Panrita. Bukan apa, saya kasihan pada Panrita yang kesunyian setelah lama saya merampasnya (secara sopan tentunya) dari kediaman tetapnya di rak buku Perpustakaan Al Bukhari. Tapi sebenarnya saya telah membacanya selang hari dan tertunda-tunda masa. Fenomena biasa sahaja, bila memilih karya Sasterawan Negara (SN) sebagai bahan bacaan, sebagai marhaen yang masih belum dapat menyeluruhi keindahan bahasa dan keindahan karya SN. Ada satu perkara yang saya telah sentuh dalam enti "Beri makan pada...." ( http://wadikita.blogspot.com/2006_04_01_archive.html ) mengenai bagaimana manusia memberi respon apabila satu-satu elemen mengalami k

Tahun Baru

Tahun cuma relatif pada manusia yang terikat dengannya, sedang setiap masa adalah kehidupan bagi mereka yang menghargai, yang menilai, yang hidup. Azam akan relatif pada orang yang membuatnya, sedang menggapai impian tidak terikat dengan ruang, dimensi dan masa. Dimana-mana anda hanya ada akal, tenaga, usaha dan rasa. Berusahalah, dengan hidup, dengan rasa, dengan gembira. SELAMAT TAHUN BARU MASIHI. GAMBATE !

Bukan Kucing Kami

Image
Ia bukan kucing kami. Adikku selalu mengingatkan aku tentang itu. Tapi, Putih akan datang waktu aku paling sedih. Bukan sebelum ini Putih tidak pernah datang, cuma dalam keadaanku kesayuan Putih akan luar biasa manja denganku. Sebelum ini sebelah mata pun Putih tidak mahu mendekat. Kawan baik Putih itu dialah, adikku yang punyai aura kucing sejak kecil. Aku suka sangat tidak, membenci pun tidak. Tapi agak-agak aku sudah jatuh kasih pada Putih. Kucing yang ini. Putih akan berdiri dihadapan tingkap luar sambil mengiaw sekali dua. Ia sangat tahu bahawa Ia mustahil dikecewakan. Kemudian pintu akan dibuka lebar-lebar memberikan Putih peluang menjelajah keseluruh rumah. Tapi Putih sangat baik, sangat pelik juga. Kalau kami menyediakan makanan di dalam pinggan, atau memberinya dari tapak tangan, Putih akan mencicip dan menghidu sekejap sebelum pergi menjelajah lagi. Dalam hal ini aku selalu memanggilnya mengong. Geram. Marah sebab makanan tidak berusik. Putih ni betul kucing ke jelmaan kucin

Batal wuduk

Image
A1: Batal tak wuduk kalau minum sebelum solat A2: Batal... A1: (Tercengang, sebab dia dah terminum segelas air) A2: Batal, kalau sambil minum tu terkentut. A1&A3&A4: A2, when will you grow up? A2: What have I done wrong?

P, L & J

Image
(gambar tidak ada kena mengena dengan dialog) Perantis jurutera sivil (P), pensyarah kejuruteraan sivil (L), jurutera sivil (J) P: Banjir-banjir ni nak salahkan siapa? L: Mungkin jurutera tidak pernah menyangka hujan selebat ini. Boleh jadi kita kena periksa semula sistem perparitan dan pembentungan dan tengok kaedah rekabentuknya. J: Macamana, kalau hujan yang turun 2,3 hari sama isipadunya dengan hujan 3,4 bulan. P: Jadi, bolehlah disimpulkan sebagai bencana alam? L: Patutnya kita memang boleh meramalkan bentuk hujan selama 100 tahun. Rekabentuknya seharus begitu. J: Macamana? Kalau diramal selama 100 tahun pun, dari segi budgetnya tidak akan ada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan sanggup keluarkan belanja. P: Jadi.... L: Bila alam menunjukkan kemampuannya... J: Tengoklah kerosakkan yang dilakukan mengatasi kebijakan manusia...

Kongsi gambar cantik & Dialog boring

Image
A: Arghhhhhh! Mana nak cari ide? B: Dah 2 kali pergi Carrefour tak jumpa ke? A: Ye la tu, lain kali pergi kedai runcit Kak Bi mintalah berkat 2 kilo. (Aduh! Kepala sakit).

dewasa ini

Image
Dan air mata terlalu murah untuk menjadi dewasa

Failure!

Image
When will the term failure effect your feeling? When the least that we expect them. To include, when you're thinking about nothing will actually stop your way, you have all the superior support that you need, the superb record, all the effort that you have done for years, the reputation that show that you are the one. How will you feel? Like sh--, like you're the stupidiest person on earth that ever exist, ashamed at the maximum level, disgraced to your family, colleague, to your cow (in Mulan) all the person that put all the trust on your shoulder, to yourself. How will you react? Face the person that have all the unconfident feeling towards your, confront him face to face and ask, what should I do to make it right. Face the person that put the trust on you, say I'm sorry for dissapointing and thank you for giving me the oppurtunity. What is your immeadiate respon? I want to become Sasterawan Negara!!!! (poyo) What will you do next? Wake up and pray until dawn, contemplat

Mimpi & Intuisi

Image
Dalam seminggu lebih yang telah lalu, kawan saya bermimpi. Kami bertiga hampir lemas ditenggelami air laut, kerana kami telah menggunakan laluan pesisir pantai untuk ke pasar malam. Kawan yang memandu kereta (bukan pemilik kereta-pemilik kereta ialah kawan yang mengalami mimpi ini), berdegil untuk mengikuti laluan yang dikatakan pintas dan ramai orang lain melaluinya. Air pasang. Kami betul-betul di gigi air. Dari jauh ombak yang sedang menggulung untuk menelan. Di atas ombak yang bersedia untuk mengganas, kelihatan barge yang dibuat dari tayar yang sedia menghempap kami mati. Kata yang empunya kereta pada saya, selamatkah kita ini. Kata saya (menurut mimpinya) berdoa sahajalah. Moga kita selamat. Ombak menelan, nasib baik barge terhempas ke arah lain. Kami terkapai-kapai mengambil nafas. Akhirnya ombak surut. Kereta selamat. Kami selamat. Sehari sebelum majlis anugerah, saya keluar makan dengan rakan. Kata saya, seolah-olah saya akan mengambil hadiah esok pagi meski untuk pertandinga

What the director saids about 'Baba Aziz'

Image
Nacer Khemir Unbounded Desert Baba Aziz (2005), a Sufi crosses a vast expanse stretching from the Atlantic shores of the Maghreb all the way into Iran. Baba Aziz, Khemir says, was his way of combining both perspectives, Arab and Western. Driven by the desire to relocate his religious heritage in an increasingly hostile world, the film is an attempt to, as it were, "wipe the mud of the face" of Islam: "Suppose you were walking with your father on the street and he fell and got mud on his face. What do you do then? You help him up and wipe the mud off his face." More generally he described his approach as a tip-of-the-iceberg mode of narration: "Narrative, for me, is transcendent. It becomes transcendent through abstraction. It's a kind of Islamic thought, too. When I point to something, I am indicating 10 times that thing, but nine out of 10 parts of the whole remain invisible. A kind of Islamic thought, as I said, and a way of confirming the cultural dens

Filem CINTA

Image
Kami ke KL untuk ber 'CINTA'. Untuk filem Melayu pertama yang ditonton di skrin lebar, ia merupakan langkah yang berbaloi. Mengharapkan keluar dari kepompong filem Melayu, jika tidak dikatakan sangat berjaya, CINTA jelas memberikan impak yang signifikan. Baik dari sudut sinematografi, naskah, pelakon-pelakon, pilihan runut bunyi dan pengarah, untuk sekian banyak penonton, CINTA sangat menyegarkan. Filem ini bercerita mengenai Kuala Lumpur dengan naratif cerita, plot, latar yang sangat dekat dengan warga kota, malah diwujudkan dalam skrin dengan bergaya dan amat cantik. Secara tidak langsung, sebahagian warna hidup penghuninya di bawa bersama dalam keanehan-keanehan cinta dari Khabir Bhatia. Saya memberikan kredit yang banyak pada Pengarah, kerana sangat rajin mencari shot yang menarik dalam gerak kamera yang seakan hidup. Barangkali ramai yang bersetuju dengan saya bahawa kekuatan sebenar terletak di bahu Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar. Pujian tentunya pada pelakon bakat he

saya mahu

Image
saya akan bahagia jika sekali saya boleh jadi seperti Midori

......surat ini

Image
saya mahu menulis surat tapi kehilangan kata hati separuh semangat hilang dalam dingin gerimis di jendela sejernih takung di mata bahagiakah dikurniakan sayap walau jiwa beku kehilangan kasih jalan apakah ini dapatkah diungkapkan makna dalam sejuta gemerlapan sirna mahukah engkau mengiringiku dengan doa?