Posts

Showing posts from May, 2010

Gema

Gema Ayah, adalah ikon yang sukar difahami. Dalam banyak keadaan, dia senyap sahaja. Tetapi bila berbicara, yang keluar adalah hikmah. Untuk ramai orang, kata-kata Ayah adalah untuk didengar. Sewaktu kecil dan nakal, Ayah masih tetap begitu. Pendiam, walau perangai kami terlalu menyakitkan hati. Kecuali bila ditahap melampau, Ayah akan cepat memainkan peranan. Dia tidak pernah teragak-agak untuk menghukum dengan fizikal, supaya tidak mengulangi perkara salah dan sentiasa beringat. Namun jarang sekali ketika memberi pengajaran, Ayah bersuara. Sehinggalah satu masa bila kami membuat salah, Ayah menghukum kami dengan hukuman cukup mudah. Cuma dengan tiga patah perkataan. Tanpa rotan, tanpa denda, tanpa apa-apa, kecuali dengan... Tiga patah sahaja. Noktah. Tiga patah yang cukup membuat kami ingat sampai sekarang. Mungkin sampai bila-bila sekalipun selagi diizinkan. Sekarang kami sudah cukup dewasa untuk merenung apa yang berlaku. Mengapa Ayah mengambil tindakan menghukum dengan fizikal ket

Mula

Image
Dari umaq_eiman Sejarah berulang-ulang. Kita, tetap diam? Ghazzah, 25 May 2010.

Spekulasi Sakit Perut

Image
Sakit perut yang dihidapi telah mendapat reaksi pelbagai pihak di sekeliling saya. Mungkin kerana begitu ganjil sifatnya. Dan sudah masuk 7 hari, ia masih belum menunjukkan tanda-tanda positif akan berakhir. Kawan-kawan saya berspekulasi tentangnya. Berikut adalah beberapa ramalan: 1. Perut saya sudah dimasuki ulat berenga. Kata mereka kemungkinan besar saya makan makanan yang dihuni berenga dan mereka telah menubuhkan satu kerajaan dalam perut. Kata mereka lagi ulat-ulat itu sudah begitu banyak berkumpul di suatu tempat dan bergerak-gerak dengan aktif. Seperti ulat berenga yang digunakan dalam mengubati luka penyakit kencing manis. 2. Oleh kerana saya sedang mengamalkan minum ECPI, kawan-kawan saya kata saya sedang berada dalam keadaan terapi nyahtoksik yang aktif. Minuman ECPI memang bagus, kerana ia menggalakkan perpeluhan yang banyak dan membantu memulih tenaga. Mungkin sebab badan sedang berkompromi dengan keadaan ini yang menjadikan keadaan perut saya menjadi terlalu abnormal da

Sakit Perut, Cuaca Panas dan Stress

1. Sakit Perut Jika dicongak-congak dengan betul sudah 5 hari saya mengalami sakit perut yang tidak tahu punca dan tidak tahu bila akan sembuh. Jangan ditanya samada saya ke klinik dan berjumpa doktor, jawapannya tidak. Pertama kerana mengikut pengalaman lama, ini sakit yang biasa. Setelah berulang berjumpa dengan En T (tandas) dalam tempoh sehari dua, saya akan sihat, alhamdulillah. Jadi kali ini ia bukan pengalaman yang biasa. Untuk 3-4 jam saya akan rasa sangat sihat malah mahu membuat banyak benda. Kemudian, ketika serangan muka akan berpeluh-peluh, kemudian badan, kemudian perlu berjumpa En T seterusnya terjelopok menahan sakit dan lesu badan. Kata orang, jika perut sihat badan pun sihat. Kata orang lagi, banyak penyakit datang kerana apa yang masuk dalam perut. Tetapi kalau perut itu sendiri yang bergolak, apa ke tandanya? Ermmm. (p/s: jangan risau, jika keadaan tidak beransur baik, saya akan berjumpa dengan itu Doktor). 2. Cuaca Panas Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekita

Aneh-aneh: Pinjaman

Image
"Dia kata Akak bodoh." Saya terperanjat spontan bertanya, "Siapa yang cakap begitu?" "Ustaz." "Ustaz?" "Ya Ustaz." "Dia mengata belakang ke, mengata depan-depan?" "Depan muka akak ni dia kata camtu. Dia kata 'Akak ni bodoh, ada peluang buat pinjaman tak mahu ambil. Buat rugi je'." Itu konfrantasi antara seorang kakak dan Ustaz yang belaku yang mengejutkan saya. Kakak ini bukan graduan agama, tetapi tegar menjunjung prinsip agama. Baru-baru ini beliau memberi kereta mewah baru. Ya, tidak salah membeli kereta baru tetapi yang menjadi isu kakak ini membeli dengan tunai ( cash ). Alasan dia kukuh, pertama dia memang mampu dan punya simpanan, tidak memeningkan kepala untuk membayar bulan-bulan, sudah selesai mengerjakan yang wajib dalam tuntutan agama (umrah dan haji) dan tentunya kerana tidak mahu terjebak dengan mainan kapitalis bank serta bersubahat dengan interest (riba'). Saya masih lagi tidak puas hati