Posts

Showing posts from September, 2012

Puncak Cinta

Puncak kasih sayang dan cinta adalah kesetiaan. Sejauh mana kata-kata manis, hadiah dan penghargaan yang diberikan tidak akan dapat menyamai tulus hati seorang pencinta untuk sentiasa ada, walau tidak dapat hadir zahir. Tetapi tetap ada meski tidak nampak di mata. Tidak kira dekat atau jauh, sihat atau sakit, baik atau berbuat salah, hidup atau yang telah pergi, miskin atau kaya, sempurna atau pincang, selagi hayat dikandung badan cubalah untuk setia. Ada orang bertanya bagaimana? Hadirkan mereka dalam jaga dan tidur, sedar dan mimpi, lapang dan sibuk, sejahtera mahupun kesempitan, hidup dan sedang sakarat. Ia bukan usaha berlebih-lebihan pun, cukup sekadar sepotong doa memohon agar Allah memandang mereka dengan kasih sayang. Doa yang sepotong itu, bagi ramai orang adalah beban yang terlalu berat untuk diucap di bibir apatah lagi dihadirkan dalam hati. Jadilah Sang Pencinta seperti Nabi, jika bukan kerana kita masakan baginda mahu kembali ke bumi setelah bertemu Cinta

Mencari Damai Mendidik Hati

Manusia ramainya keliru. Kita sangka mahu berbuat apa yang disuarakan dalam hati, kemahuan diri. Tetapi suara hati boleh berubah dan dipengaruhi dengan apa yang berlaku di sekeliling. Boleh buat eksperimen mudah tentang ini. Hati dalam keadaan terdedah dengan TV lain bicaranya, dengan keadaan kita mengambil keputusan untuk tidak melihatnya langsung dalam masa seminggu. Hati kita bicaranya lain dalam keadaan tidak dapat menyempatkan diri membaca Al Quran, dengan keadaan kita bergantung penuh dan sungguh untuk membaca dan melihat makna. Hati bila kita terlibat dalam pergolakkan politik yang tidak sihat, bisikan dia akan menjurus kepada caci maki dan umpat keji. Hati bila kita biasakan pada kesenangan dan kerlipan barangan mewah, akan membisikkan naluri untuk terus berbelanja meski tanpa keperluan. Formula mencari kebahagian itu mudah sebenarnya, ia terletak dalam hati yang damai tenang. Kesibukkan macamana sekalipun tidak akan menggugat sekiranya hati kita selamat da

Yang kita perlukan

Lama dulu sewaktu saya belajar diploma, apabila pensyarah melihat wajah kerut-kerut yang menandakan masih belum faham walau berulang kali menerangkan, beliau menyebut "saya kesian melihat awak, kanak-kanak yang terpenjara dalam badan orang dewasa." Perli pensyarah begitu sinikal kerana itu saya membawanya ke hari ini. Tetapi teguran beliau tidak salah tinggal lagi pada waktu itu saya tidak faham maksudnya. Yang diperlukan mereka yang menjejak kaki ke pengajian tinggi adalah kematangan. Tetapi proses pembelajaran yang membantutkan kemahiran berdikari menyebabkan sukar untuk melihat anak muda lingkungan umur 18-23 tahun matang dari sudut cara fikir dan tindakan. Di mana salahnya? Saya masih belum punya anak namun sekiranya di rezekikan, saya berdoa agar dapat memupuk pemikirannya berkembang pesat seperti Imam Ali. Imam Ali pada umur 10 tahun telah memutuskan untuk masuk dalam agama yang dibawa Nabi yang masih baru, tidak dikenal pun masyarakat Arab. Pada permulaann

Menyemai benih hati rela

Dalam banyak-banyak 'wan', hartawan, ilmuwan, angkasawan, dermawan, satu 'wan' yang kurang dekat dengan saya iaitu sukarelawan. Sehinggalah saya bertemu dengan satu kelompok yang menjadikan kerja-kerja membantu golongan yang tidak bernasib baik sebagai satu misi dalam hidup.   Saya belajar bukan mudah menjadi kelompok yang satu ini, kerana ia mempunyai pra syarat iaitu hati rela, jujur, ikhlas dan tidak mengharap apa-apa ganjaran dan balasan. Berbanding segala 'wan' yang lain, sukarelawan akan sentiasa disenyapkan dari kilauan glamour , sanjungan orang dan populariti.   Tiga sebab sukarelawan ini jauh dari kilauan glamour, 1. kerja-kerja yang tidak akan diganjari (melainkan kepuasan diri) 2. mereka yang diperjuangkan adalah majoriti dari golongan tertindas (marginal) 3. Tidak berdaya ekonomi untuk dieksploitasikan oleh golongan kapitalis.   Realiti yang saya tidak pernah tahu sehinggalah pada minggu lepas saya diajak melibatkan diri dalam kerja amal