Posts

Showing posts from January, 2007

Hitam Putih: Turki

Image

SIRI: ASYURA YANG TIDAK DIKENAL 1

Image
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah, Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit, Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan, Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara, Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah, Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya, Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam, Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun, Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah, Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar, Hari pertama Allah menciptakan alam, Hari Pertama Allah menurunkan rahmat, Hari pertama Allah menurunkan huj

SIRI: MENCARI MAKNA DIRI 2

Image
(Awaluddin makrifatullah. Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)” Dari Asal Sulaiman ke Asal Turabiy, satu kembara keniskalaan ego, mencari diri. Dua-dua nama pena. Satu yang telah lama sebati, satu transformasi diri. Bukankah Ramli Sarip pernah berpesan, aku menulis bukan kerana nama? Ada apa dengan nama? Bukankah Nabi Adam dan Malaikat muqarrab ilallah dibezakan kemuliaan hanya kerana kemampuan Adam menamakan benda-benda? Bukankah alter ego Mike Shinoda dari Linkin Park ialah Fort Minor. Alter ego Clark Kent adalah Superman, Bruce Wayne adalah Batman, dan adakah alter ego Asal Sulaiman adalah Asal Turabiy? Nama mendifinisikan. Difahami melalui isi kartu identitas diri (MyCard), seperti nama diri, nama kedua orang tua, nama tempat kelahiran, nama tempat t

I HAVE A DREAM

Image
I have a dream, a fantasy To help me through, reality And my destination makes it worth a while Pushing to the darkness still another mile (ABBA : I have a dream) Saya mengajak beberapa rakan baik lawan bicara mengenai hakikat mimpi. Dua soalan, adakah ia permainan tidur, atau memang berlaku di kerajaan langit yang tidak diketahui lapis ke berapa dan jika kita berpapasan dengan orang yang kita kenal, adakah kita menemuinya secara nyata?. Salah seorang kawan saya menjawab, ianya bergantung. Tapi tidaklah diterangkan lebih lanjut. Seorang lagi tidak pasti. Sama seperti lirik lagu Abba, yang selamanya hijau (evergreen), akhir-akhir ini entah mengapa saya mahu menganggap mimpi itu sangat penting. Baik mimpi dalam difinisinya yang sebenar iaitu mimpi yang dialami ketika tidur, atau mimpi yang sering juga difahami sebagai impian. Untuk menjelaskan yang pertama, amati ayat Quran ini, “Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati di waktu tidurnya. Maka Dia tahanlah jiwa yang t

SIRI: MENCARI MAKNA DIRI 1

Image
(Awaluddin makrifatullah. Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)” “What we do in life, echoes in eternity” Itu adalah ucapan Jeneral Maximus yang sangat mengesankan sebelum menyerang puak barbar di sempadan Rom melalui filem Gladiator. Sebagai terjemahan bebas, frasa itu boleh dimaksudkan dengan “apa yang dilakukan dalam hidup, akan bergema di dalam keabadian”. Bukan mudah untuk memahami konteks frasa yang bersifat transendental melalui kacamata Islamiah dan berfaedah dalam nilai kehidupan kerana ianya datang dari Hollywood yang membawa latar kehidupan di era Rom. Rom yang dikenali sebagai tamadun senyawa materi dan kegilaan pada nafsu rendah meski, kehebatan infrastuktur (aqueduct, pozzolan and cementing material, water works and waste water system) dan mon