Posts

Showing posts with the label motivasi

Kunci yang menutup dan membuka

Image

The Teacher come First, then The Book

Image
Kalau boleh saya tidak mahu sayang kamu terlalu. Lalu, saya akan katakan "Lu fikirlah sendiri". Tapi dalam nubari terlalu banyak rasa, dan kamu terlalu banyak kehilangan. Seperti hari ini, kita menyambut tahun kedua kehilangan kekanda kita bukan? Lalu, kalau boleh saya gantikan setiap kehilangan, maka saya akan gantikan. Tapi saya tidak boleh. Saya hanya punya tulisan, lalu saya tuliskan ini, kerana bila tiba masa saya pulang pula nanti, kamu, tidak akan kekurangan apa-apa. Kamu Adik, pesan dari saya, kamu perlu cinta guru sepenuhnya. Sepenuhnya. Dengan penuh rasa kasih. Dengan penuh rasa percaya. Dengan hati mahu berbakti. Dengan hati yang sedia untuk mati. Dan kerana itu pertama, kenali dulu siapa guru kamu. Guru kita, adalah Teacher of Teachers, Muallim, Wahdah Khairah Ummah - Rasulullah Muhammad sawa. Wujudnya bukti ihsan Tuhan kepada seluruh umat manusia. Mustaffa Imamal Mursalin. Mustaffa Shafiaal Alamin. Abal Qasim. Khairul Khalqillahi. Ishqqu Qalb. Guru yang muncul...

Si yatim yang memberikan saya bekal

Entri ini dan seterus-seterusnya adalah untuk persiapan menyambut harijadi seorang yatim piatu paling miskin, yang telah dengan susah payah berjuang hanya semata untuk memberikan saya bekal. Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad. Subhanallah, tidak pernah saya rindu sebegini hebat. Dan menyebut namanya sahaja telah mengundang rasa sebak yang menebal. Di musim kepanasan begini, saya mengenang dia yang berpanasan terik mentari sejak kecil mengembala kambing untuk menyara hidupnya yang ditinggalkan ayah dan ibu. Dia yang berpindah penjaga dari tahun ke tahun. Sejak kematian ayah dalam kandungan, kemudian dipelihara bonda. Tetapi ibunya juga meninggal awal, sehinggalah Datuk yang renta mengambil alih memelihara. Tetapi Datuk pergi juga sehingga terpaksa diserahkan kepada pakcik yang punya anak ramai. Kenangkan. Saya cabar awak untuk berada di terik mentari selama setengah jam guna untuk mencari rezeki. Saya harap awak dapat rasa pedih dicucuk panas yang berdiri di wak...

Takjub

Saya melihat dia, kagum dengan semangat juang. Dalam dunia hari ini, untuk dapat melihat seorang berani berdiri di hadapan pemimpin dan bercakap yang benar meski tidak disukai pemimpin tersebut, amat aneh. Katanya, doa kita tertahan kerana tidak menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, berpesan & menyuruh kepada kebaikkan dan menentang kezaliman & kejahatan. Saya ingat dia seperti yang lain. Berusaha untuk mendapat habuan dunia. Tetapi dia seringkali menolak untuk apa kita sebut sebagai rezeki. Katanya dia tidak boleh menerima jika itu bukan haknya. Juga tidak boleh sekiranya dia menerima kemudian selepas itu gagal menunaikan tanggungjawab yang datang bersama rezeki tersebut (contoh: naik pangkat). Saya mahu ingat pesan dia, "Kami cuma mahu merasa gembira dengan penuh rasa kesyukuran. Kami redha dan DIA redha." Noktah. Itu sahaja pesan dia. Saya mencerna kata-katanya dengan rasa takjub.

Lebah dan Lalat

Image
Saya melihat lalat berterbangan mengitari tong sampah. Ia mengingatkan saya tentang kisah perbualan cendiakawan (C) dan raja (R). Raja adalah pemimpin yang zalim dan tidak adil, namun masih tetap suka bertanya cendiakawan dengan tujuan untuk menguji. R : Mengapa lalat diciptakan? C : Untuk menghinakan orang seperti kamu. Sekian cerita ringkas. Di bawah informasi tentang Lalat dan Lebah. Tentang Lalat Lalat hidup dalam kekotoran dan mengumpul kuman, termasuk kuman dari bangkai haiwan dan manusia. Dengan cara ini, lalat boleh membawa penyakit kepada manusia dan menyebabkan manusia tidak menyukainya. Manusia yang berakal akan menyembur racun serangga untuk membunuh lalat-lalat ini bagi mengelak penyakit dari disebarkan. Tentang Lebah Lebah ialah serangga yang menyukai bunga. Kerjanya ialah mengumpul debunga dan juga menghasilkan madu sebagai ubat dan juga minuman kesihatan untuk menyihatkan badan. Kerana itu manusia menyukai lebah, menternak lebah serta memelihara nyawa lebah kerana ...

Cerita Ikhlas

Image
1. Coach memanah Kata coach yang banyak jasa ini, 'Sebahagian dr tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda2 tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir.' (boleh klik di sini ). 2. Kata sahabat saya Dipetik dari cerita Kiamat Sudah Dekat. Seorang lelaki ingin meminang anak kiyai. Lelaki tersebut sudah diuji dengan pelbagai ujian sehinggalah akhir sekali Pak Kiyai meminta lelaki belajar ilmu ikhlas. Pada masa yang sama, Pak Kiyai ada menantu pilihan, lulusan agama dari Universiti Azhar. Lelaki yang tidak kenal putus asa mahu kekal bersaing belajar ilmu ikhlas dari pelbagai buku. Makin dibaca makin tidak faham. Akhirnya dia menyerah diri pada Pak Kiyai, menyatakan hasrat hatinya (rasa cintanya pada si gadis) dan ketidakmampuan dia untuk memahami ilmu ikhlas. Tindakan lelaki itu lah tindakan ikhlas. Dan Pak Kiyai menikahkan anak perempuannya dengan lelaki ini. Kata Pak Kiyai, "ikhlas itu bukan di dalam buku, tapi ia pelajaran yan...

Satu Peringatan

Saya ada seorang kawan. Dia ada dua nama Matahari dan Kebaikan. Sewaktu kami sekolah dahulu kami memanggil dia matahari. Takdir Tuhan telah menemukan kami kembali dia alam pekerjaan. Dan orang memanggil dengan nama Kebaikkan. Malang, orang yang memanggil dia dengan nama itu telah meninggalkan tanda sabdu yang penting (sebutan betul) bila menyebut namanya, dan ia telah menyebabkan orang memanggilnya setiap hari dan masa dengan makna baru, Kejahatan. Saya telah pesan padanya, kenapa tidak mengekalkan panggilan Matahari. Bukankah ia nama yang elok. Kata dia, dia tidak mempunyai kawalan pada apa yang orang mahu panggil dia. Saya kata, tidak mengapalah. Saya nasihatkan agar dia menegur orang memanggil namanya dengan sebutan yang betul. Jangan dari makna kebaikkan terus jadi kejahatan. Panggilan nama ialah satu doa pada kita. Dia mengangguk. Dan selepas itu saya jarang-jarang berbual dengan dia. Baru-baru ini saya mendengar umpatan orang pada dia. Dia seorang oppurtunis, pengeras tenaga oran...

Pesan

Berburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi “Wahai para pembawa ilmu, apakah kalian membawanya? Sesungguhnya ilmu hanyalah bagi yang mengetahuinya. Kemudian dia mengamalkannya dan perbuatannya sesuai dengan ilmunya. Akan datang suatu masa, di mana sekelompok orang yang membawa ilmu, namun ilmunya tidak melampaui tulang rusuknya. Batiniah mereka berlawanan dengan lahiriah mereka. Dan perbuatan mereka berlawanan dengan ilmu mereka.”

Allah itu baik sangat pada kamu

Image
Ada orang meneka bahawa saya sangat suka bulan kerana tajuk cerpen yang diangkat mempunyai perkataan bulan. Tidak, saya bukan suka bulan sahaja tetapi segala pergerakkan kosmik yang berlaku di langit. Termasuk juga cuaca. Peredaran malam dan siang. Secara peribadi, saya selalu melihat perubahan yang berlaku sebagai petanda. Ada orang kata saya romantik kerana selalu rasa terkesan dengan alam. Bukan, saya tidak romantik, tetapi percaya apa yang berlaku ialah sebenarnya adalah tanda kebesaran. Tuhan redha dan meredhai boleh dikesan dengan tanda-tandanya yang berlaku di langit (cloud (dalam awan): nampak sangat romantik). Dunia untuk saya ceritanya begini, semenjak sekolah ke universiti hingga bekerja selalu sahaja menunjukkan bahawa dunia ini menyebelahi orang yang tidak adil, tempat pengampu dan pengambil kesempatan. Di sekolah kita selalu dibuli oleh mereka yang lebih besar dan kaya. Kadang-kadang kita disuruh menggantikan tempat mereka sewaktu membersihkan kelas dan meniru kerja rumah...

Doa untuk Rafiq

Pagi ini, pagi paling cemas. Sejak semalam, rafiq (sang hikmah) telah menyatakan kebimbangan. Takut-takut ada yang tidak kena. Kami akan menyambut Sultan, hari ini. Dan sebagai sebuah negeri beraja, ia lebih dari sebuah majlis keraian. (saya akan cerita lagi insyaAllah tentang majlis ini). Saya memberi rafiq pesan Abang, untuk berdoa dan terus-terusan berselawat atas Nabi. Meski, saya sendiri gentar tidak terkawal. Dalam mengelolakan majlis, ini adalah sesuatu yang terlalu besar dari segi cabaran dan melayan karenah orang. Dan rafik ini istimewa kerana dialah pengerusi majlis dengan makna orang pertama, dengan kata lain pemilik majlis. Bayangan gentar yang melanda di jiwanya. Tapi dalam perjalanan umur saya, sukar untuk melihat orang yang bekerja tanpa mengharapkan ganjaran material tetapi saya lihat lain dari rafik ini. InsyaAllah dan saya selalu berdoa, dia adalah orang yang ikhlas. Yang jernih. Dan seperti pesan dia yang selalu disampaikan ketika saya sedang bersedih 'Allah itu...

HSPM XIIX - Membawa Pulang Ayah Merentasi Dua Dunia

Image
Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu...

Jernih

Image
Saya baharu tahu, saya menyintai kejernihan. Ia adalah satu keadaan paling sempurna. Jika saya jadikan jernih satu perlambangan, saya akan melambangkan ia sebagai pejuang syahid. A martyr. Seorang yang hidup untuk berkorban. Saya kenal satu dua orang yang mempunyai hati yang jernih. Jika saya berada dekat dengan mereka, dengan mudah saja saya jatuh hati. Malah, mencintai mereka sepenuh hati hingga sanggup mati, demi. Kenapa? Orang yang mempunyai hati jernih, ialah orang yang hatinya penuh cinta. Dia mencintai segalanya kecuali diri sendiri. Kerana itu dia tidak pernah kisah untuk berkorban dan terkorban. Dalam dunia ini, orang seperti itu tidak ramai. Kerana itu, jika awak pernah berjumpa awak sebenarnya telah mendapat kegembiraan separuh dunia. Saya menyaksi, dunia fana telah menukar banyak wajah orang. Yang paling penting bagi mereka ialah diri sendiri, tembolok, lingkungan, nafsu nafsi sehingga tidak kisah menindas, memijak bahu dan kepala, malah membunuh. Mereka tidak kisah tangan...

Ramadhan: KPI (Petunjuk Prestasi)

Saya tertarik dengan satu ceramah di Masjid Al Ansar hujung minggu yang lalu mengenai Ramadhan. Ia disampaikan dengan cara yang sedikit berbeza. Ustaz memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Stephen Covey 'Begin with end in mind' . Frasa itu merujuk kepada, jika kita mahu sesuatu perkara dilaksanakan dengan efektif (berkesan), kita kena tetapkan dahulu apakah hasilan yang dimahukan. Sebagai contoh, katalah mahu masak. Tetapkan dahulu resepi apa baru proses memasak itu berlaku dengan kadar yang cepat dan berkesan. Jangan pula masuk dapur lihat sekeliling dan kemudian baru berfikir apa yang mahu dimasak. Rancang itu dan ini, akhirnya bila hendak mula baru teringat beberapa bahan masih tidak ada. Akibatnya perlu pula ke kedai. Masakan yang boleh disiapkan dalam tempoh 20 minit, disiapkan dalam masa 2 jam. Begitu juga dalam berpuasa. Kata Ustaz, apa yang disampaikan oleh Covey lama sudah ada di dalam Quran. Allah telah mengajar manusia 'begin with end in mind' lebih d...

Berbeza tapi 1Tujuan

Image
Dari tempat berbeza 1Tujuan, Rehal (fondisi / foundation) : Kuantan Malaysia (seminar akademik) Al Quran (manual hidup) : Makkah Al Mukaramah Penanda buku (penanda) : Iran? Tasbih tanah liat (untuk membilang dan mengulang) : Iraq Yang melengkapkan hari kekal dalam hati

10 Wasiat Hassan Al Banna

kongsi-kongsi dengan kawan-kawan 1. Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu, di kala mendengar azan, usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada pertolongan, di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah, Tuhan mensyariatkan solat meski di medan perang disaat paling genting dan cemas. 2. Wahai kawanku, bacalah Al Quran dan cuba perhatikan mesejnya. Selalulah zikir dan cari ilmu walaupun sikit, kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan, sesungguhnya Al Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah. Bacalah Al Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir. Di sini ada ketenteraman di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman, jadilah hamba yang sejahtera. 2 dulu, kita kaji dulu dan amalkan dulu. Selamat beramal.

Selak

Image
Dalam melepas lelah, perlahan-lahan menyelak dalam hangat-hangat berhimpun, terbaca: Prophet Muhammad sawa prophesied of the Last Age that: 'People would follow a way of life other than mine, and give guidance other than mine' 'I fear for my people only the leaders who lead men astray' 'Before the Last Hour there will be great liars, so beware of them' 'When the most wicked member of a tribe becomes its ruler, and the most worthless member of a community becomes its leader, and a man is respected through fear of the evil he may do, and leadership is given to people who are unworthy of it, expect the Last Hour'. Ermmmm..................... dipetik dari Hossein, I.N. (2007). Signs of the Last Day in the Modern Age. Masjid Jami'ah, City of San Fernando. Trinidad and Tobago.

Simpai Keramat - Rindu Kamu

Image
Masjid Nabawi - diambil dari arah Baqi' (disuatu petang yang syahdu) Tahu apa Simpai Keramat? Simpai Keramat bukan khusus mereka yang tinggal di Keramat ya, diulang suara, bukan penduduk Keramat. Juga bukan merujuk kepada dawai untuk menggantung atau dalam Bahasa Inggeris, braces . Seperti yang didialogkan kawan saya untuk contoh membuat ayat dari perkataan simpai, “Dah buka simpai ekau dah yo”. Simpai Keramat merujuk kepada satu-satunya waris yang tertinggal dalam sesebuah keluarga. Maksudnya hanya dia seorang, ibu bapa tiada, datuk nenek pun sudah tiada, adik beradik pun tiada. Pendek kata, seluruh keluarganya dihabisi dalam samada kemalangan, musibah, malapetaka, perang, dan sebagainya. Tahukah kamu perasaan seorang Simpai Keramat? Jangan sesekali kamu mengakui faham perasaan mereka, kecuali, kamu sendiri adalah seorang Simpai Keramat. Saya cuma dapat membayangkan, ia pastinya adalah hidup yang sangat sunyi. Tanpa harapan, tanpa jaminan adanya kasih sayang, tiada tempat bergant...

Warkah untuk Adik

Image
Adik saya, sedang berhempas pulas melalui pengajian peringkat sarjana mudanya. Dia sedang runsing sekarang, dengan beban kerja dan menyelesaikan masalah pengiraan yang rumit-rumit. Jika saya saudara tua yang jahat, saya akan katakan padanya dengan gelak orang kaya 'Rasakan, itulah yang kami rasa dulu, bukan senang mahu jadi Inginiur dik'. Tapi seperti semua orang pun tahu, saya adalah saudara tuanya yang bersopan dan manis pula bicaranya (boleh percaya?) lalu saya titipkan warkah ini untuknya (yang dijumpai di peti email saya sebenarnya). Moga dihatinya juang, di dadanya juang, di dalam semangatnya juang, kerana dia merintis jalan orang berjuang. Asal sahaja kamu usaha dengan istiqamah Dik, akan kami hadiahkan juga kamu dengan kiffiyeh itu! (jangan marah ). Adik saya, meski saya selalu menyakatnya, saya berdoa untuk dia. Selalu. Kerana dia sudah tidak punya doa ayah, tidak juga punya doa kakak yang lebih tua, juga sudah kehilangan doa anak buah kawan baiknya. Tapi saya boleh ja...

Akan apakah kami nanti

Imamku Nabi memasukki Madinah memper'satu'kan ummah Ummahmu Nabi diamanahkan daerah disegerakan pecah belah duhai, akan apakah kami nanti?

Refine your heart

Image