Posts

Showing posts from March, 2009

Earth Hour: Kita dan Nabi

Image
Kita pelik, bila orang kata kita bereya benar menyambut Earth Hour. Kita hairan orang label kita taksub pada benda yang tiada strategik dari segi penghayatan agama, budaya dan negara. Aduh, geli kita tau. Jadi lebih hairan kita, orang kata kita ini lebih hebat gaya berbahasa ala-ala urban dari mereka yang terdidik secara langsung dalam program pembelajaran PPSMI (kawan, kita ini memang berasal dari urban tau). Tapi tegar menentang PPSMI tanpa asbab dan musabab yang kukuh. Pada masa yang sama tidak fasih juga berbahasa Melayu penuh. Bila minta berbahasa Inggeris tunggang langgang juga. Alahai. Salah apa kita? Dan lagi terkejut kita, kawan kita kata kita suka berkain pink dan merah. Hati kita pink. Jiwa kita merah jambu. Sukma kita warna merah hati. Hanya kerana kita kata, kita tetap menyimpan harapan besar untuk mereka yang suka warna merah akan berubah. Untuk lakukan transformasi besar-besaran, agar mereka akan kembali pada jati diri yang menyebabkan mereka ditaksonomi sebagai seorang

Selak

Image
Dalam melepas lelah, perlahan-lahan menyelak dalam hangat-hangat berhimpun, terbaca: Prophet Muhammad sawa prophesied of the Last Age that: 'People would follow a way of life other than mine, and give guidance other than mine' 'I fear for my people only the leaders who lead men astray' 'Before the Last Hour there will be great liars, so beware of them' 'When the most wicked member of a tribe becomes its ruler, and the most worthless member of a community becomes its leader, and a man is respected through fear of the evil he may do, and leadership is given to people who are unworthy of it, expect the Last Hour'. Ermmmm..................... dipetik dari Hossein, I.N. (2007). Signs of the Last Day in the Modern Age. Masjid Jami'ah, City of San Fernando. Trinidad and Tobago.

Info Satu Jam untuk Bumi

Image
60 - Earth Hour Pada : 28 Mac 2009 , Jam 8.30 malam Kenapa plak nak tutup lampu ?? - Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam (60 minit) tanpa lampu, diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada. Siapa yang startkan benda nieh weii ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney, pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan. Cuma tutup lampu lah ?? - Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam (60 minit) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam. I

Sayangkah anda pada Bumi?

Image
Satu Jam untuk Bumi. 28 Mac 2009 8.30pm - 9.30pm Mari tutup lampu.

Kampung Parang Punting

Image
Adik ini, sungguh luarbiasa. Dia telah menjadi ikon pada perbualan. Dia telah membuka media dan lensa kamera untuk berkampung di teratak usang yang tidak layak menjadi tempat tinggal di Kampung Parang Punting. Dan dia anak Melayu, ibu bapa Melayu, yang lahir di Negeri Kelantan. Daerah Pengkalan Chepa menjadi mahsyur tiba-tiba. Kerana menerima anugerah sebuah permata, Nik Nur Madihah seorang anak nelayan yang telah menjadikan anak-anak orang berada harus malu, kerana pencapaian par atau di bawah garis cukup-cukup makan dalam SPM 2008. Madihah, seorang pelajar polos Maahad Muhammadi (Lil Banaat). Ya, saya lambat dalam memerikan hal ini. Tapi, itu tidak membuat saya tertinggal untuk turut rasa bangga dan kagum pada Adik ini. Terlalu kagum. Dan Madihah telah menjadi ikon. Model untuk motivasi segera, adik-adik yang kelelahan menyempurnakan 6-7 subjek untuk satu semester. Supaya mereka jangan kalah dengan seorang anak nelayan, yang tidak punya apa-apa, tetapi sekarang dunia mengejarnya dan

Salah siapa?

PPSMI, satu isu yang sangat hangat, panas, berbusa, berasap, pedih, berair, ber FRU sekarang ini. Seperti perang. Saya bukan pakar yang boleh mengulas. Namun saya pernah melihat thesis dalam bidang kejuruteraan ditulis dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Ia ditulis kemas dan indah. Juga penyampaian maksud yang tepat, tiada cacat cela. Saya tidak juga boleh memberi komen. Kadang-kadang yang salah itu kita-kita sendiri. Tidak sayang, juga tidak kasih. Sehingga kita kehilangan sesuatu yang menjadi bahagian diri waktu itu, seperti kata rakan, tiada gunanya. Satu cerita benar. Sebuah keluarga. Melayu. Keturunan dan susur galur Melayu. Isteri dan suami adalah Melayu yang tidak boleh dicuci-cuci. Tetapi dia tidak pernah menggalakkan anak-anak berbicara dalam Bahasa Malaysia. Komunikasi di rumah perlu dengan menggunakan Bahasa Inggeris (rupanya cerita filem dari seorang Pengarah terkenal di Malaysia itu benar belaka). Sedang mereka (baca: ibu bapa kanak-kanak tersebut) tidak pula pernah belaj

Simpai Keramat - Rindu Kamu

Image
Masjid Nabawi - diambil dari arah Baqi' (disuatu petang yang syahdu) Tahu apa Simpai Keramat? Simpai Keramat bukan khusus mereka yang tinggal di Keramat ya, diulang suara, bukan penduduk Keramat. Juga bukan merujuk kepada dawai untuk menggantung atau dalam Bahasa Inggeris, braces . Seperti yang didialogkan kawan saya untuk contoh membuat ayat dari perkataan simpai, “Dah buka simpai ekau dah yo”. Simpai Keramat merujuk kepada satu-satunya waris yang tertinggal dalam sesebuah keluarga. Maksudnya hanya dia seorang, ibu bapa tiada, datuk nenek pun sudah tiada, adik beradik pun tiada. Pendek kata, seluruh keluarganya dihabisi dalam samada kemalangan, musibah, malapetaka, perang, dan sebagainya. Tahukah kamu perasaan seorang Simpai Keramat? Jangan sesekali kamu mengakui faham perasaan mereka, kecuali, kamu sendiri adalah seorang Simpai Keramat. Saya cuma dapat membayangkan, ia pastinya adalah hidup yang sangat sunyi. Tanpa harapan, tanpa jaminan adanya kasih sayang, tiada tempat bergant