The Teacher come First, then The Book

Kalau boleh saya tidak mahu sayang kamu terlalu. Lalu, saya akan katakan "Lu fikirlah sendiri". Tapi dalam nubari terlalu banyak rasa, dan kamu terlalu banyak kehilangan. Seperti hari ini, kita menyambut tahun kedua kehilangan kekanda kita bukan? Lalu, kalau boleh saya gantikan setiap kehilangan, maka saya akan gantikan. Tapi saya tidak boleh. Saya hanya punya tulisan, lalu saya tuliskan ini, kerana bila tiba masa saya pulang pula nanti, kamu, tidak akan kekurangan apa-apa. Kamu Adik, pesan dari saya, kamu perlu cinta guru sepenuhnya. Sepenuhnya. Dengan penuh rasa kasih. Dengan penuh rasa percaya. Dengan hati mahu berbakti. Dengan hati yang sedia untuk mati. Dan kerana itu pertama, kenali dulu siapa guru kamu. Guru kita, adalah Teacher of Teachers, Muallim, Wahdah Khairah Ummah - Rasulullah Muhammad sawa. Wujudnya bukti ihsan Tuhan kepada seluruh umat manusia. Mustaffa Imamal Mursalin. Mustaffa Shafiaal Alamin. Abal Qasim. Khairul Khalqillahi. Ishqqu Qalb. Guru yang muncul...