Posts

Showing posts from February, 2012

Sedetik Lebih

Image
i. Kita terlalu banyak dibebankan dengan tugasan pejabat. Pada masa yang sama tidak boleh ambil mudah apa yang perlu diselesaikan di rumah. Sekarang, kedua-duanya telah menjadi tugas hakiki. Tetapi ada waktu-waktu yang kita mahu masa sendiri, untuk buat apa yang kita suka buat. Jarang sekali dapat kan? Jika jadi macam ini, selalu saya berdoa agar saya diberi lebih masa. Sedetik lebih dari orang la in. Sebab saya terlalu rindu untuk punya masa untuk membaca. Salahkah saya berdoa demikian? Memang salah. Sebab aturan dunia ini tetap, tidak akan ada perubahan sehingga hari kiamat. Kalau 24 jam yang Allah bagi, itu sahaja. Tiada istilah lebih masa, atau sedetik lebih. Untuk itu saya ubah doa. Kali ini saya mohon untuk diberi keberkatan pada masa. Keberkatan kepada tenaga. Keberkatan pada fokus dan tumpuan. Supaya tugas-tugas pejabat, tugas di rumah dapat diselesaikan dengan pantas. Kemudian selepas itu saya akan dapat masa untuk membaca. Alhamdulillah. Ia memang boleh berlaku. Allah

Ingatan

i. Saya melihat sendiri bagaimana ibu tua dilupakan anak-anak. Sedang mereka berperwatakan baik. Mana silapnya? Ibu saya yang turut menyaksi memberikan respon yang mengejutkan saya. Kata mak, "itulah akibatnya kalau waktu kecil anak-anak tidak betul-betul diambil berat kebajikan mereka dan menjaga dengan penuh kasih sayang." Saya bertanya, "adakah seperti itu layanan ibu mereka terhadap anak-anak." Jawab mak, "ya, kerana itu bila sudah tua dan perlukan perhatian, anak-anak pula tidak pedulikan mak mereka." Ini satu pandangan yang saya tidak pernah tahu. Tapi datangnya dari orang tua, saya akan percaya. Atau ini yang dikatakan what comes around comes around. ii. Kawan saya kata, yang paling indah bila ada orang ingat kita. Tapi kita sampai bila-bila tidak akan tahu kerana ia berada dalam fikiran orang. Kecuali sekali sekala ada orang menelefon atau melawat kita di rumah dan pejabat. Bila orang ingat kita, bermakna orang itu sedang hadir bersama kita. Kerana

Menghargai

i. 2012 yang saya lihat di filem adalah satu keadaan penuh gawat. Berada dalam tahun ini membuatkan kepala ligat berfikir adakah kesudahan nanti sama. Seperti dalam filem, seperti diceritakan orang. Tapi apa yang berlaku dalam realiti sekarang pun tidak jauh beza. Banyak negara sedang dalam keadaan rusuh meminta supaya diganti pemerintahan baru. Yang terkini berlaku di Syria sedang Mesir masih lagi bergolak. Orang tanya saya, saya katakan ia ada dalam prophecy . Saya sudah banyak kali baca, di zaman akhir akan berlaku pemberontakan masa terutama di sebelah kawasan Asia Barat. Cumanya, gugatan dalam jiwa itu tidak ada kerana sudah kurang sangat membaca. Barangkali, bila loceng untuk pilihanraya dibunyikan semula, kita akan menyaksi sejauh mana respon rakyat Malaysia pada perkembangan dunia. ii. Seorang muda mengkhabarkan pada saya, "barangkali kita perlu merasa dikhianati kawan, baru kita faham erti dikhianati." Mungkin juga, atau lebih baik katakan ya. Sudah tentu pengalaman

Di dearah tanpa harapan

i. Dia ibu. Seorang isteri kepada wakil rakyat. Punya anak yang dimasukkan ke pengajian tinggi. Tetapi anak itu dilimpahi kemewahan yang banyak langsung tidak peduli apa-apa. Tidak mahu masuk kuliah, tidak mahu menduduki ujian, tidak mahu ulangkaji. Pendek kata semua. Lagi dua minggu masuk musim peperiksaan. Tapi anak entah kemana-mana. Sang Ibu menyewa hotel selama dua minggu duduk berdekatan universiti. Hari Ahad cuti, Ibu menelefon pendidik, mohon untuk dibukakan pintu pejabat. Niat satu, supaya anak mendapat kembali pelajaran yang tidak dapat. Ada pendidik yang bersanggupan, ada pendidik yang merasakan ia agak keterlaluan. Pendidik yang baik membuka pintu di hari Ahad walaupun hakikatnya bercuti. Penuh besar jiwa dan harapan Sang Ibu membawa bersama anaknya untuk menimba kembali ilmu. Mereka pun duduk berhadapan. Minta supaya diberi panduan dan latihan. Tetapi anak masih tidak acuh. Apa-apa yang penting tidak dicatat. Akhirnya, Sang Ibu yang bersusah payah mencatat segala isi

Bertemu Kawan Lama

Minggu lepas ialah minggu pertemuan. Dengan kawan-kawan lama yang tidak berjumpa. Tiga hari dengan kumpulan yang berbeza. Pertemuan, seperti mana pun, biar tidak berjumpa 2 tahun atau 3 tahun yang lalu, rutinnya agak sama. Ditemani teh tarik, kopi, roti canai atau makan tengahari cukup untuk alas perut. Bertukar senyuman, melihat perubahan dan perkembangan. Cerita dan bertukar cerita. Tapi kali ini ada beza. Selepas bertemu saya mengalami amnesia selama seminggu. Kawan-kawan saya bercakap mengenai idea dan gagasan. Tentang ilmu dan adab sopan. Itu telah menyebabkan lampu dalam kepala dinyalakan semula. Suis telah dipetik. Berapa lama saya menjadi statik, walau sepanjang masa saya rasakan diri bergerak? Rupanya kita mati, bila ruh (soul) kita tidak kemana-mana. Dunia kita ini begitulah, diciptakan supaya kita disibukkan dengan macam-macam. Dengan macam-macam itulah kita dituntut berdiri di hadapan Tuhan. Soalnya, berani?

Meraikan Nur - Muhammad Mustafa

Image
MALAM INI Malam ini air mata basahkan pipi Mengenang Nabi Akan aku apakan di hari kelahiran Benarkah cinta dengan mengingat sahaja? Walau ku senandungkan puisi Yang bergema pelusuk dunia Namun tangan ini Tidak pernah sekali Terguris waqlau luka kecil Mempertahankan mu Di sana dengan apa yang akan ku bawa Untuk membukti bahawa ku punya cinta Seluruh sukma kasihkan yang terpuji dengan apa? dengan apa? Kubah hijau yang menghantar pulang Di hening malam-malam Muharram adakah kau lihatku? dan sudi membimbing jalan yang lurus? Malam ini mata basahkan pipi Tanganku masih bersih Tanpa parut luka Dengan bekal apa akan ku bawa? Benarkah dalam hati ada cinta? Awan nano Awan nano. Kata kawan ia adalah awan yang melindungi dari panas mentari. Kata Hafiz AF, seperti kasih seorang ayah yang menaungi anak dari kesedihan. Saya terkenangkan Rasulullah. Waktu kecil baginda dilindungi awan ketika menemani pakcik pergi berdagang. Awan nanokah itu? Kerana awan itulah yang mendorong pendeta menjemput kafila