Posts

Showing posts from May, 2012
Image
Tanya adik, "jika kita ditekan, apa yang perlu dibuat?" "Percaya sahaja yang Tuhan menghantarkan kita ke situ. Bersabarlah demiNya, buatlah yang terbaik demiNya. Mungkin Dia mahu berbicara, tetapi dalam keadaan aman dan damai biasa kita tidak sedia mendengar. Lihatlah ke langit, hantarkan doamu di sana, ia pasti bersambut kerana di situ terletak Cinta. Segala-gala dalam rahsiaNya. Jadikan hatimu sepenuh percaya! Kita tidak akan disia-sia."

Nilai

Image
Antara perkara kesyukuran yang paling besar ialah, saya diajar tentang nilai sejak dari kecil. Saya rasa semua ibu bapa dan guru akan mengajar, tinggal lagi apa yang melekat di hati. Alhamdulillah, yang diajar pada saya ialah nilai yang benar bukan nilai atas persepsi. 14 tahun yang lalu, saya selalu berkejaran untuk sampai awal ke kelas. Antara amalan buruk saya ialah, saya tidak tahu mengagak masa dan jarak. Sangka saya kolej dekat dengan studio, jadi jika kelas pukul 8 pagi, lagi 5 minit baru hendak bergerak. Masalah ialah saya kena naik turun bukit dan jarak yang dekat itu rupanya jauh jika tidak merancang perjalanan. Yang menariknya, saya akan melalui kawasan tempat letak kereta pensyarah. Dan saya selalu memerhati siapa yang sudah sampai ke pejabat pagi-pagi. Ada kalanya saya terlebih awal dan perasan sebuah kereta merah sudah sedia terletak elok. Setiap hari pun begitu, kereta merah di tempat yang sama, seolah-olah sudah dikhaskan untuknya. Kemudian saya tahu ia b

Dunia Ini Sekolah Apa?

Image
Satu hari dalam keadaan langit biru tenang, seorang remaja yang gemar mencari ilmu dan berfikir bertanya, “Dunia ini sekolah apa?” Saya tergamam. Tidak pernah terfikir. Selalu ditanyakan ialah tentang bulan Ramadhan. Itu mudah sahaja jawapannya. Ramadhan adalah sekolah kerohanian. Madrasah tarbiyyah dan penyerahan. Tetapi bila ditanya begitu, “Dunia ini sekolah apa?” saya tahu perlu masa untuk memberi jawapan. Kalau ada buku khusus mungkin tidak begitu susah. Untuk tidak menghampakan dan rujukan paling pantas adalah merujuk kepada kisah Nabi-nabi. Merekalah Imam sepanjang zaman tanpa syak.  Akhirnya saya mendapat jawapan, paling tidak pada diri sendiri jika tidak pada remaja genius tersebut. “Dunia ini adalah sekolah yang mengajarkan harapan. Sejak mula Adam diciptakan, diuji dalam ‘syurga’, diturunkan ke bumi. Kita tidak pernah ditinggal seorang untuk mencari jawapan pada apa yang dicari dan harapan itu terbentang seluas samudera.” Saya yakin menulis begitu kerana

Kau yang Ku Kagumi

Image
Saya membaca entri Prof Kamil tentang kagum. Saya belajar banyak dalam entri tersebut. Bahawa kagum dan terleburnya perasaan itu boleh berlaku dalam email sahaja. Kata Prof., ramai yang meminta bantuan untuk mengutip derma. Prof. orang yang ada nama, pengaruhnya boleh menarik ramai orang. Tetapi ada sebab Prof. Kamil menolak pelawaan, dan dia berhak. Kerana penolakkan, rasa kagum itu pudar. Saya berfikir panjang. Pada sudut pandang saya, orang itu tidak ikhlas menjadi seorang pengkagum. Menjadi seorang pengkagum ada seninya, seni pengkagum J Segala-galanya seni sekarang. Minta maaf, saya baru terlihat dan rasa dalam dada, seni itu adalah sesuatu yang hangat yang menyamankan. Saya ada tulis dalam Gagasan Jurutera Fityan, tapi tidak pernah rasa. Lewat-lewat ini sahaja baru jadi perasa (walau saya tidak makan Ajinomoto) . Saya pengkagum pada ramai orang terutama yang intelektual dan penuh cinta pada agama. Dan rasa itu bertambah bagai dipam-pam bila sang intelektual in

Aktiviti Murah yang Bermanfaat

Image
Saya membaca entri di Al Miskeenah dan mendapati mereka menggunakan kaedah menarik untuk membuat kanak-kanak belajar dan berseronok. Saya malah teruja dan mencuba dengan anak-anak. Mujur semua yang diperlukan ada di rumah, termasuk warna pensil.  Percubaan ini adalah untuk mencipta role play tapi guna watak yang dilukis masing-masing. Syarat pertama ialah untuk menceritakan kembali kisah dari kisah Nabi-nabi. Jadi kami berbincang apa berlaku untuk kisah tersebut dan memberikan kertas untuk masing-masing melukis. Watak apa yang mereka mahu lukis, terpulang. Pandai juga mereka lukis ni kan? Tiga gambar di atas adalah hasilnya. Minta maaf kami bukanlah pelukis profesional tapi beginilah jadinya bila dah disusun pada latar. Cuba teka, cerita apa yang anak-anak ini cuba berkongsi? Untuk berseronok dan belajar sebenarnya tidak susah. Cuma perlu ada sedikit kreativiti dan kelapangan waktu. Kreatif mana pun kita, jika kita tidak melapangkan masa tidak jadi juga. Zama

Nikmat Rezeki

Image
Mencari rezeki itu adalah satu perkara besar bila dikaitkan untuk hidup. Patutnya ia tidak sukar sebab setiap yang bernyawa itu Allah telah tentukan rezekinya. Tetapi kenapa ramai juga berkeluh kesah? Sebab ia bukan jadi soal survival tapi mengejar kesenangan dan mewah. Hidup diangkat darjat dengan harta benda. Itu yang jadi taruhannya sekarang. Kat mana nikmat rezeki? Kawan saya kata manisnya bila kita berkongsi. Satu cerita terkesan tentang rezeki. Dari sudut pandangan rakan ahli hikmah saya. " I tak suka tau tengok Ustaz Don. I rasa dia fake sangat dengan muka dia yang macam tu dan cakap pula macam berbisik-bisik. Dah lah nama dia Don, macam kasanova pulak I rasa. Terus terang memang tak suka." Saya hendak mempertahankan Ustaz Don. Dia orang tasawuf, jadi orangnya sudah tentu lembut kerana pelajaran yang disampaikan adalah pelajaran hati. Tapi saya mesti menunggu penjelasan rakan ahli hikmah saya ni sampai habis. Jarang perbualan kami tanpa pen

Perempuan Nan Bercinta-Ulas Buku

Image
Ini novel orang dewasa yang menyatakan komitmen pada cinta. Rencah utamanya usik mengusik. Mereka yang cepat terasa dan kuat merajuk, rasa mereka belum dimatangkan. Orang yang bercinta adalah mereka yang merai. Dan dalamnya perlu ada seni, seni bercinta. Permulaan Perempuan Nan Bercinta menyorot kepada Tengku Idora, seorang feminis bersuara lantang yang mewakili WMO. Seteru debatnya Ali Taqi, pengasas FASEH yang menawarkan alternatif pada permasalahan umat. Mereka adalah sarjana yang berjuang atas keyakinan masing-masing. Gegaran pertama bila gelanggang dibuka ialah hal-hal keadilan, penindasan, patriaki yang menelan peribadi kaum wanita. Di pihak Dr. Tengku Idora, dia percaya dunia ini didominasi lelaki tanpa ada ruang untuk wanita. Wanita dilihat sebagai warga kelas kedua dan penindasan ini juga berlaku dalam agama. Ali Taqi membeberkan hujah alternatif bahawa dalam Islam, wanita di pandang sama taraf di mata Tuhan. Hujah demi hujah dibentangkan, termasuk sejarah yan

Ini Namo eh Pilih Bulu

Image
Kami tidak membenarkan sebarang kucing masuk rumah. Akhir-akhir ini, makhluk ni suka pulak berkunjung dan buat sesuka hati. Nak menulis pun susah. Foto 1: Tengah kusyuk tidur tak sedarkan diri. Kata kawan saya, "ni namo eh pilih bulu."

Selamat Hari Guru

Image
TONTONI ASTRO AWANI 7.45PM “Siapa yang kamu sayang selepas Allah, Rasul, Ibu dan Ayah?” “Cikgu!” “Bagusnya. Semoga Allah menyayangi kamu. Tapi boleh Cikgu tahu kenapa?” “Saya sayang Cikgu kerana Cikgu ajar saya tulis, baca. Cikgu ajar saya mengira. Cikgu ajar mengaji, kenal Allah, sayang Nabi. Satu hari nanti saya boleh jadi engineer, dan jadi engineer yang bertaqwa!” Kalau boleh jawab sebegitu dulu, Cikgu-Cikgu akan tahu betapa besar peranan mereka mendewasakan seorang manusia. Lebih tepat mematangkan insan. Profesion guru mutakhir digelapkan dengan beberapa insiden salah etika dan profesionalisme. Tapi saya tidak pernah putus harap. Kes-kes itu cuma cerita terpencil, korban stress kehidupan yang tidak adil mungkin. Mungkin kerana rasa positif tidak pernah luntur itu saya dipertemukan dengan guru-guru yang jiwa besar dan berpayung di bawah TFTN. Kalau orang bertanya TFTN itu apa? Jawab saya, ialah adalah sekolah harapan. Kata orang yang bertanggungjaw

Membina Karakter

Saya selalu berfikir mereka yang merendah diri, jujur, amanah dan selalu bersikap lunak, adalah mereka yang rugi serba serbi. Kadang-kadang orang memberi label ‘lurus bendul’ dan ‘pak turut’. Sebahagian besar mereka menganggap golongan ini tidak berpotensi.   Kerana ramai di luar sana adalah opurtunis dengan keinginan dalam diri mereka yang pelbagai. Selalu melihat ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Kata saya, kita bukannya main bola dan kita bukannya stricker yang ditugaskan untuk menjaringkan gol. Kita cuma hamba yang diberi peranan untuk menyembah Allah. “Sebab kita lemah dan jumud begitu baru musuh galak mengambil peluang!” Kata kawan yang revolusioner. Saya senyum. Mahu menyangkal pendapatnya kerana dalam banyak perkara saya menyaksi keajaiban Tuhan dengan erti kata ‘Dia bekerja penuh rahsia’. “Akhir-akhirnya ini saya selalu teringat Nabi. Seolahnya dia sangat dekat dan sedang memberi pesan-pesan.” “Apa yang Nabi bisik?” sedikit sinis tapi saya mem

Super Moon

Image
Bulan dan keindahannya, selalu mempersonakan. Kata mereka, wajah Nabi ibarat bulan. Menyinari malam yang gelap gelita dengar sinar yang terang. Begitu indah, membuat hati-hati rindu dan tersayat, sehingga ingin terbang ke Kubah Hijau. Andai di badan ada sayap. Fenomena Super Moon berlaku pada 5,6,7 Mei 2012 yang lalu. Bila melihat langit, bulan sedang menyinar dengan saiz yang paling besar dilihat mata. Di internet, bertebaran imej Super Moon dirakam jurugambar profesional dan amatur. Mereka jadi gila dengan imej kosmik yang datang jarang-jarang. Hasilnya, subhanallah. Seakan-akan bulan menampilkan diri dan mengucapkan salam. "Salam kembali padamu hai bulan. Sungguh kau pengubat hati-hati yang merindu." Kerana bulan juga kami dilimpahi tuah dengan cerpen bertajuk, "Bila Bulan Muncul". Dibawakan potongan fragmen yang membuat hati bertambah rindu pada pemilik telaga Haudh, Muhammad Rasulullah. “Bintang Hurban, Turaq, Zi-al, Zulkiftani, Qabisth, Watha

Dosa pada Agama

Saya menulis status berikut dalam facebook. “Saya mendengar cerita dari seorang pembaca. “ketika saya membuka buku dalam LRT dan mula membaca, semua mata tertumpu ke arah saya seolahnya saya tidak berpakaian.” (Untuk yang membaca status ini, sila betuli visual yang muncul dalam kotak fikiran anda. Pembaca tersebut ialah seorang lelaki ya.) Kalau saya boleh berkata balas pada pemuda tersebut saya akan katakan, “membaca itu seksi.” Ia adalah situasi benar yang saya kutip dari perbincangan di bilik Kedah-Kelantan di PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Cuma saya tidak sempat menegur dan memberi cadangan bahawa “membaca itu seksi.” Sekarang saya cuba sedaya mampu untuk membaca setiap hari bukan kerana seksi tetapi atas dasar lain seperti yang diceritakan di bawah ini.   Rakan menyatakan kekaguman kerana saya punya upaya untuk menerbitkan entri di blog hampir setiap hari. Saya hadiahkan senyum bermakna. Jawab pada kawan, “Entri-entri saya adalah petunjuk kepada ke

Bahagia atau Makna?

Image
Kalau cari bahagia, sesudah bekerja dan punya keluarga sudah cukup. Jalani kehidupan seharian dengan tenang, buat amal sedikit sebanyak. Selesai. Hidup tenang jamin bahagia berpanjangan. Tapi akan ada orang bagi komen, tidak juga begitu. Kerana bahagia cuma dapat bila semua keinginan dipenuhi, jalan salah jalan betul itu jadi soal kedua. Tapi akan timbul soal seterusnya, keinginan manusia bilanya akan habis? Ada penghujung? Tidak ada. Noktah. Meski dalam soal tingkatan iman dan taqwa, juga begitu. Tiada penghujung sehingga kita tahu Allah redha. Soalnya siapa tahu. Saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Ahad lalu. Tiada rancangan pun, cuma kerana selesai kelas tiada tempat dituju, diajak rakan untuk mencari buku. Dan dicadangkan untuk membeli buku ini, Che Guevera. Siapa Che? Saya sangat polos kan kerana tidak tahu. Atau ignorent kerana tidak membuka jendela kepada dunia lain selain dari Malaysia. Che Guevera adalah seorang sosialis tulen. Kalau esok hari

Proses Kreatif Gagasan Jurutera Fityan

Image
Idea untuk menulis mengenai kejuruteraan awam sudah lama. Untuk Gagasan Jurutera Fityan (GJF) ia bertitik tolak kepada soalan yang terlalu banyak ditanya rakan-rakan “kenapa saya menulis karya kreatif?” Menulis karya kreatif bukan norma dalam bidang saya, malah selalu ditafsirkan sebagai aneh. Pada permulaannya saya pun rasa begitu. Namun menulis kreatif bagi saya telah menjadi tanggungjawab dan juga sebagai penghubung keilmuan. Sebagai penghubung ilmu ia boleh dalam pelbagai bentuk, samada dalam bentuk karya ilmiah mahupun kreatif. GJF lebih fokus untuk mengangkat pelopor bidang teknis dan kejuruteraan iaitu Al Jazari dan Taqi Ad Din. Konsep kejuruteraan yang dibina bukan sekadar untuk memudahkan urusan manusia malah berfungsi lebih dari itu. Menampung makna untuk faham tentang penciptaan dan Maha Pencipta. Tetapi oleh kerana praktis teknis berkiblat Barat, sumbangan mereka tidak mendapat tempat dalam karya akademik dan ilmiah. Namun tujuan utama GJF adalah sumbangan k

Gagasan Jurutera Fityan

Image
Alhamdulillah di Tunas Cipta edisi Mei 2012 capaian ringkasan  di sini. Versi majalahnya pun saya belum lihat, pergi ke Pesta Buku tidak sempat menyinggah lagi (Kira ada alasan yang kuat untuk datang ke PBAKL lagi dan lagi) :) Apa dia Ulul Albab? Apa dia fityan? Apa dia gagasan Jurutera Fityan? Sila cari majalah Tunas Cipta ya kita baca sama-sama, InsyaAllah. (sila komen dan kritik, terbuka untuk pembaikkan bersama-sama).