Posts

Showing posts from July, 2012

Cahaya 7 Ramadhan

Image
Buat permulaan marilah kita berdoa agar kita sentiasa dalam kebaikan. Saya dikayakan dengan banyak perkara di bulan di Ramadhan. Ia membuat saya perlu diam sejenak, berfikir apakah pelajaran yang Tuhan mahu ajarkan pada saya. Semua orang pun tahu, bulan Ramadhan ialah madrasah. Tetapi kita selalu menghadkan, madrasah Ramadhan ini hanya berlaku kepada orang Islam terkecuali non muslim. 7 Ramadhan yang lalu, saya mendapat pengesahan bahawa anggapan saya salah. Dalam berapa tahun usia saya dihidupkan, hari ini baru saya belajar. Dalam jiwa saya banyak sesal, tetapi nasihat adik-adik saya yang penuh hikmah semuanya mengatakan, "it is never too late to change." Ramadhan ini bukan sekolah untuk orang Islam sahaja. Ia juga sekolah mereka yang Allah aktifkan mata, telinga, hati dan menggunakan akal mereka untuk berfikir. Lama sebelum 7 Ramadhan tetapi masih dalam bulan Ramadhan, saya berdoa agar Allah sentiasa kekalkan dalam keadaan kebaikan dan kebajikan. Doa itu ma

Keajaiban di Dunia Kecil Kita

Image
TfTN selalu buat selalu saya senyum untuk banyak perkara. Paling utama ialah kerana insan-insan yang ada dalamnya yang banyak warna dan karakter. Kami berbeza dalam banyak perkara, kadang-kadang bagai kutub utara dan selatan, tetapi selalu temui jalan untuk sepakat dengan keterbukaan dan perbincangan yang membina. Berselisih? Tentu, itulah warna yang mencorakkan. Hanya dengan bersedia untuk mendengar, bertukar hujah, berlapang dada, berkongsi dan akhirnya bersedia menerima yang terbaik memungkinkan apa sahaja perselisihan menjumpai jalan damai. Saya tidak pernah rasa begitu penuh dan terilham sepanjang masa, melainkan bersama insan-insan hebat ini. Mereka telah mengajari saya bahawa kuasa mengubah itu tidak ada pada siapa-siapa pun kecuali pada diri sendiri, dan tentu dengan seizin Tuhan Yang Maha Kuasa. Setiap pada mereka punya cerita tersendiri, dan usaha yang dicurahkan bukan sedikit sehingga menjadi elixir dan suntikan semangat pada diri saya yang lama mati. Tuhan telah membu

Tuhan Berimu Cahaya

Image
Kalau ilmu itu benar diertikan sebagai kedatangan makna, gred-gred yang ada dalam transkrip saya sebelum ini adalah petunjuk yang salah! 1 Ramadhan 1433 Hijrah (21 Julai 2012), saya berkesempatan untuk bersama rombongan ahli admin Teach for the Needs (TfTN), Malaysia & UK ke rumah anak-anak yatim Dahikmah yang terletak di Gopeng Perak. Lawatan ini adalah untuk meraikan Pengarah Projek TfTN Dahikmah saudara Anas Hakimi dan kawan-kawan (pelatih perguruan IPG) yang telah memulakan program memberi tuisyen percuma kepada anak-anak Dahikmah sejak 3 bulan lalu. Dahikmah menempatkan seramai 52 anak yatim yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, sekolah rendah dan menengah. Fokus kumpulan TfTN Dahikmah ialah 30 orang pelajar anak-anak di sekolah rendah untuk memantapkan kemahiran asas membaca, mengira, menulis dan Bahasa Inggeris. Ada yang masih tidak boleh membaca dan menulis walaupun sudah berada di Tahun 6. Dahikmah Gopeng terletak berhampiran dengan exit Gopeng

Bawaku kembali

Tuhan Aku tidak mahu Kau menghidupkanku Dalam nafas yang lain Hanya kerana cuma hari ini Berupaya mengenal diri Dan itu membawaku MengenalMu Tuhan Aku tahu dosa menggunung telah kuhimpunkan dalam nafas Sedang dengan udaraMu Ku pinjam untuk hidup Tapi tidak pernah sesungguhnya Aku mengucapkan Terima kasih! Tuhan Demi Diri yang berdosa Aku melutut menadah tangan padaMu berharap Dengan sejarah yang ku hampar tanpa malu Tetapi belum pun meminta Kau telah jadikanku sesuci bayi! Tuhan Umur yang kubazirkan ini Dengan cela berselaput noda Telah Kau sorot cahaya Menjadikan dunia penuh warna Tuhan Ramadhan ini Engkaukah sendiri Yang menjemputku kembali?

Ramadhan Ini

Ramadhan ini tiba dengan seribu pengertian baru. Betapa selama ini, aku digelapkan dengan pandangan mata. Aku mohon padaMu Ya Allah, agar Kau sudi menghadiahkanku pengertian baru dan pandangan baru. Untukku melihat dengan mata hati yang selama ini dibutakan dengan nafsuku yang melulu. Allah. Angin Ramadhan ini telah membuatku berjanji, untuk kembali membaca utusan surat CintaMu dengan penuh kesungguhan. Aku tidak pernah tahu lembaran yang Kau utuskan lama dulu, lebih 1400 tahun, lebih dahulu dari kelahiranku adalah bukti Engkau Cinta padaKu. Sebagai bukti Kau tidak pernah meninggalkanku meski sebelum aku menghirup nafas di bumi. Ramadhan ini telah Kau buatku sedar, bahawa dengan hanya percaya Engkau akan jelmakan DiriMu dekat. Maafkanku Allah dengan keraguanku. Maafkanku Allah dengan kejahilanku. Maafkanku Allah kerana tidak percaya Engkaulah yang akan menuntunku. Ya Allah, aku selalu lupa, maka ingatkanlah. Ramadhan ini, buatku percaya, sifatMu sebagai Rabb bukan

Pertandingan Menulis: Ramadhan Tanpa TV

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.     Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.     Sebagai memeriahkan lagi sambutan menyambut bulan mulia, untuk menukar angin dan wajah, admin WadiKita dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan menulis terbuka untuk semua.     Pertandingan ini adalah sambutan kepada kempen untuk menghadkan menonton TV dan sekutu (VCD, movie, games, tablets, Facebook) sepanjang bulan Ramadhan. Kiranya puasa TV (dan media) jugalah :)     Pertandingan ini adalah juga ruang untuk berkongsi pengalaman bagaimana Ramadhan boleh diisi dengan lebih bermakna tanpa sogokan dari media yang me'lagha'kan. Sambil menulis, sambil berkongsi, sambil beramal (insyaAllah banyak pahala dapat ni).     Berikut adalah beberapa panduan untuk pertandingan ini:     Karya Boleh berbentuk artikel, esei, cerpen, anekdot, cacatan ringkas, travelog ringkas (boleh juga letakkan gambar-gambar, graf, jadual, etc).     Tempoh 14 Julai