Posts

Showing posts from August, 2010

MRRAZ: Kemerdekaan Sebenar

Image
Hari ini 31 Ogos, hari kemerdekaan Malaysia. Barangkali ini adalah hari kemerdekaan paling tidak dirai. Meski jiran kita membuat provokasi paling buruk dengan membakar jalur gemilang, ia tidak juga menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Mahu disalahkan siapa, pemimpin? Atau rakyat yang dikatakan tidak mengenang budi kerana tidak tahu menghargai sejarah kemerdekaan. Baik kita, mahupun jiran, tidak menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar. Bukan negara lain perlu dimusuhi, lebih buruk kita berkongsi garis keturunan yang sama. Dari kepulauan Melayu. Berkongsi bahasa dan sebahagian budaya. Lalu atas nama apa kemarahan yang dipupuk dan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Ini mahu salahkan siapa? Pemimpin yang tidak dapat mengawal hubungan diplomatik dan tidak menghiraukan sensitiviti. Atau rakyat yang super emosional. Lebih buruk ia berlaku di bulan Ramadhan. Bulan mentarbiyyah. Bulan yang mengajar kita agar bersabar dan mendidik diri agar menjadi hamba Allah lebih tenang dan tawad

MRRAZ: Doa Malam Kuasa (Lailatul Qadar)

Allahumma innaka a'fuwwun tuhibul 'afwa fa'fu 'anni. May Allah grant you with His forgiveness and Mercy, InsyaAllah.

MRRAZ: Kuasa Ummah

Image
Kalau benar orang kata sejarah berulang dan kata bijak pandai juga jika mahu membetulkan keadaan, lihatlah pada sejarah. Kaji, analisa, buat kesimpulan, rangkakan dengan strategi kemudian bergerak dan bertindak! Tetapi kita tidak suka sejarah. Di sekolah, sejarah hanya diajar sebagai rentetan peristiwa dan cerita. Senarai data yang perlu dihafal yang membuat pelajar-pelajar bosan dan putus asa. Saya salah seorang antara pelajar itu. Sejarah tidak diajar seperti melihat cetak biru untuk melakukan tranformasi masa hadapan. Tetapi diajar untuk hafal lapisan atas sahaja, hafal dan muntahkan. Sejarah berpuasa zaman Nabi bermula selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Selepas kerajaan Islam ditubuhkan dengan Rasulullah sebagai ketua negara. Lebih mengkagumkan ayat suruhan berpuasa diturunkan kepada umat Islam pimpinan Nabi sedang menghadapi perang Badar. Selama Rasulullah berada di Makkah, puasa masih belum disyariatkan. Sehinggalah pemerintahan Islam bermula di Madinah. Dengan maksud Alla

MRRAZ: Pasangan Hadiah yang Sempurna

Image
The Companion of the Perfect Gift Ramadhan adalah bulan disyariatkan puasa (Al Baqarah:183). Puasa dilengkapkan dengan tujuannya yang terang iaitu untuk mencapai taqwa. Ada orang menafsirkan taqwa sebagai takutkan Allah. Saya mengambil definisi TAQWA sebagai piety, holiness, godliness . Perasaan penuh berTuhan pada setiap masa dan keadaan. Rasa ketundukan atas segala perintah dan menahan diri dari segala larangan dengan keyakinan penuh. TAQWA , ia adalah perkataan besar. Untuk mencapainya bukan mudah. Meski seruan berpuasa wajib pada setiap umat Islam, ayat suruhan berpuasa di bulan Ramadhan bermula dengan perkataan ‘Wahai orang yang beriman.’ Dengan makna Allah sendiri sudah mengetahui kualiti umat zaman kerana itu dipilih perkataan ‘orang beriman’ bukan ‘orang Islam’. Yang paling minima menyahut syariat Allah ini ialah bila ada iman dalam dada. Itu akan menjawab kenapa ramai orang yang ditangkap tidak berpuasa. Itu juga menjawab laporan berita TV kenapa pihak berkuasa agama menjadi

MRRAZ: Hadiah yang Sempurna (The Perfect Gift)

Image
Perhatikan ini: Ada 12 bulan, dan Allah memilih 1 bulan. Ramadhan. Ada 365 hari dan Allah memilih 1 hari di bulan Ramadhan. Ada peredaran siang dan malam bersilih ganti, Allah memilih 1 malam. 1 malam. Lailatul Qadar. Ada beribu-ribu Nabi dan Rasul, dan Allah memilih 1 Nabi. Muhammad Rasulullah. Ada banyak mushaf, Allah memelihara hanya 1. Atas segala pilihan itu, dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim, Dia menurunkan 1 mushaf pilihan iaitu AL QURAN. (Al Baqarah: 185). Pilihan yang begitu teliti, apakah maksudnya? Al Quran sebagai hadiah paling sempurna. Hadiahnya berupa tali penghubung antara Al Khaliq dan hamba yang tidak akan putus sehingga akhir zaman. (klik pada gambar untuk Al Quran interaktif).

MRRAZ: Konsep Masa

Image
Di entri lepas, ada komen bahawa bila dibawa berbincang mengenai hal ini ramai ada yang menolak mengembalikan pentarikhan Hijriah. Kata mereka “guna mana-mana kalender pun sama.” Soalnya, benarkah sama? Percayalah, kedengkian Iblis, Dajjal dan sekutu memang tiada sempadan. Seboleh mungkin mereka akan mencipta sistem supaya kita berlepas dari tujuan asal penciptaan manusia. Seperti mana firman Allah, ‘TidakKu jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembahKu.’ Apa sahaja sistem alternatif yang boleh membuat manusia lalai dari menyembah Allah, ‘mereka’ adakan. Ini dibuat seteliti mungkin supaya manusia tidak sedar disesatkan. Hinggalah manusia mencintai sistem itu sepenuh hati, menganggap sebagai hak, tiada lain yang lebih baik. Mana-mana yang menentang adalah paksi jahat dan anti modernis. ‘Mereka’ kemudian mencipta konsep masa seperti mana yang ditunjukkan jam dipergelangan tangan, dinding dan telefon bimbit. Masa kita diagihkan dengan 24 bahagian yang dipanggil jam. Setiap jam pula

MRRAZ: Mengembalikan Pentarikhan Islam

Image
Salah satu tipu daya Iblis, Dajjal dan sekutu dalam menjauhkan manusia dari mempunyai hubungan harmoni dengan Al Khalik ialah dengan mencipta kalendar Gregorian. Seperti apa yang diguna pakai hari ini. Kita menandakan tahun baru dengan bulan Januari, mengakhirinya dengan bulan Disember. Kita tidak lagi menggunakan kalendar Islam dalam urusan sehari-hari. Sebagai ummat Islam, kadang-kadang sendiri merasa menggunakan bulan Muharram sehingga Dzulhijjah tidak trendy dan begitu janggal. Jika diberi kuiz untuk menyebut bulan Islam yang pertama hingga yang akhir pasti ramai yang tidak akan lulus. Jika lulus sekalipun susunannya mungkin tunggang terbalik. Apatah lagi bila diminta untuk menceritakan peristiwa penting yang belaku dalam bulan tersebut. Saya sendiri, jika tidak berada di dalam bulan Ramadhan selalu lupa berada di bulan Islam yang mana. Bila ditanya, eskapis saya mudah. Buka internet, di situ akan ada jawapan. Jika tiada internet akan cari akhbar. Jika tiada, saya akan mengangkat

MRRAZ - 2

Image
Barangkali kita sudah tidak boleh menafi bahawa memang kita sudah pun berada di ambang pintu akhir zaman. Janji Allah tentang kemunculan hari kemenangan Agama (Yaum Ad Din) sudah dekat. Hanya iman akan bercakap bagi pihak. Samada kita merasa gentar dan mula membuat persiapan, atau menempelak rakan-rakan yang begitu suka bercakap hal ini sebagai tukang karut dan ketinggalan zaman. Samada kita suka atau tidak, percaya atau ragu-ragu, ini adalah zaman moden sekular yang mana paksi batil (Iblis, Dajjal dan sekutu) sedang membunyikan semboyan perang secara besar-besaran. Perang ini bukan khas untuk orang Islam. Di sinilah letak salah faham paling besar di kalangan kita. Perang ini adalah perang yang dilancarkan kepada umat manusia secara keseluruhan. Bukan fokus kepada umat Islam sahaja, bahkan semua tanpa kecuali. Ia adalah kesumat Iblis dari zaman Nabi Adam. Sumpahnya menyesatkan umat manusia tidak kira beragama agama atau tidak. Untuk menjauhkan manusia dari mempunyai rasa berTuhan. Aga

Mencari Roh Ramadhan di Akhir Zaman (MRRAZ)

Image
Seorang rakan memberi pesan jika tiada air mata mengalir walau sekali baik di siang atau malam Ramadhan, umur sudah dibazirkan. Jika badan masih lagi berat untuk bangun untuk mengucap dan mendamba cinta di malam hari, anggaplah nyawa sudah tiada seri. Di akhir nasihat dia berpesan, carilah roh Ramadhan mudah-mudahan akan dijemput pulang dengan jiwa mutmainnah. Hari ini sudah pun masuk ke 10 Ramadhan. Seperti baru semalam menyaksi penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan tarikh 1 Ramadhan, kita sudah dijemput masuk ke fasa ke dua. Subhanallah. Begitulah cepat masa berlalu. Benarlah seperti kata Nabi tentang tanda akhir zaman, “Masa akan berlalu dengan begitu pantas, setahun akan berlalu seperti sebulan, sebulan akan berlalu seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti satu jam dan satu jam seolah-olah masa yang diambil untuk menghidupkan api.” (Diriwayatkan oleh Anas ibn Malik, Sunan Tirmizi) Perbincangan mengenai akhir zaman, setiap kali saya mahu memula bicara setiap k

Pelentur Alam 1

Image
Zaki membawa Fieradz naik ke tingkat paling atas bangunan apartment 30 tingkat yang masih dalam pembinaan. Dari jauh awan hitam menyelimuti langit Kuala Lumpur. Hari akan hujan. Tangga hanya baharu siap sehingga tingkat 27. Untuk naik ke tingkat paling tinggi kederat dan keberanian diperlukan. Perancah (scaffolding) diikat kemas di sebelah bangunan. Besi-besi disambung dan membentuk tangga. Di situlah Zaki dan Fieradz perlu memanjat sebelum sampai. Dua tiga hari lagi sesi latihan industri di tapak bina akan tamat. Sayang jika tidak menggunakan kesempatan ini untuk mencipta advencer sendiri. “Fier, kau boleh ke naik tangga ini?” “Alang-alang menyeluk pekasam Ki, biar sampai lengan.” Zaki tersenyum. Semangat seperti ini mungkin salah satu kemahiran insaniah bagi mereka yang bakal bergelar jurutera. Apa makna jika ahli pembina takut pada ketinggian dan cabaran. Zaki memulakan langkah. Perlahan-lahan. Di tingkat seperti ini, angin kuat. Rambut beralun menutup mata menyukarkan pandangan. Ta

Nikmat Sakit

Sewaktu menonton Bersamamu TV3 mengenai kisah seorang pemandu yang hampir lumpuh akibat tersadung kaki sewaktu membersihkan lori, hati disentuh. Seorang bapa yang dahulu dapat memberi anak-anak sedikit kesenangan akhirnya terlantar menerima apa sahaja di depan mata. Makan minum mandi yang diuruskan isteri. Melihat anak-anak berpakaian sekolah tetapi tidak ada wang belanja. Segala-gala sekadar ada. Melihat ketua keluarga yang menyediakan keperluan seisi rumah tidak berdaya. Setiap butir kata yang dilontarkan di kaca TV, memperlihatkan rasa terkilan menebal dalam dada. Jika dia sihat tentu dia akan menyediakan yang terbaik. Malang, Allah menakdirkan lain. Terlantar dipembaringan itu bahagian yang Allah tentukan sekarang. Berdoa agar Allah akan mengurniakan kesihatan semula, dan si ayah upaya untuk menunaikan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak. Saya melihat dengan sebak. Tetapi tidak tahu bagaimana sihat itu adalah satu nikmat yang lebih utama berbanding semua kekayaan dalam dunia.

Realiti TV: Penjelmaan Colosseum Zaman Moden 2

Image
Realiti TV dan senarai yang semakin luas, Mentor, Akademi Fantasia 1-8, Malaysian Idol, Gadis Melayu. Yang berciri Islam, Akademi Al Quran dan terkini, Imam Muda yang menobatkan Ashraf sebagai juara pertama. Memborong semua rancangan realiti TV sebagai semuanya sama tentu tidak adil bukan? Imam Muda yang berbeza dari segi pengisian, namun dalam memberi klasifikasi ia tetap sebuah rancangan realiti TV. Realiti TV secara tidak langsung adalah Colosseum bentuk baru yang dijenamakan semula selaras dengan perubahan zaman. Lebih terkehadapan, tidak perlu berada di arena untuk melihat para gladiator berentap. Cukup dengan memetik suiz televisyen, lebih 2 juta akan menumpukan mata masing-masing. Rakyat akan lupa segala tentang hal yang penting-penting. Mengenai pelarasan atau kenaikkan harga barang menjelang aidilfitri, yang akan memberi impak langsung pada golongan miskin dan berpendapatan sederhana, pada hasil bumi yang dijarah dan dimanupulasi untuk kepentingan politik, pada air dan tanah y

Realiti TV: Penjelmaan Colosseum Zaman Moden 1

Image
Salah satu filem yang sering diulang tayang ialah Gladiator. Hasil kerja tangan Ridley Scott dan senarai aktor terbaik tahun 2000, Russel Crowe dan Joaquin Phoenix. Filem ini hebat kerana mengangkat sejarah dan politik sekaligus, dalam latar Rom yang dibuat secara rinci dan teliti. Tagline yang kekal dalam ingatan sepanjang zaman ialah yang dipetuturkan oleh Commodus (Joaquin Phoenix) rival kepada Maximus (Russel Crowe): a general who becomes a slave, a slave who become a gladiator, a gladiator who defies an emperor. Kali ini, melihat dari sudut berbeza. Dengan melihat Colosseum secara dekat. Peranan terhadap struktur masyarakat Rom dan bagaimana Caesar Commodus memanupulasi Colosseum dalam survival karier politiknya. Colosseum ialah arena mega, tidak boleh dibayangkan sebesar mana, tetapi boleh memuatkan seramai 50,000 penonton dalam satu-satu masa. Pentasnya adalah ruang terbuka yang besar, menampilkan perlawanan berdarah sehingga mati oleh para gladiator. Gladiator yang tarafnya leb