Posts

Showing posts from August, 2012

(Ramadhan Tanpa TV) CikDa: Tarawih dan TV

Mari saya ceritakan kepada anda kisah seorang perempuan yang malas bertarawih. Perempuan ini buta IT, atau dalam bahasa yang lebih lembut mengikut piawaian semasa - kurang keupayaan IT. Dengan Nokia 3310 dia mengutus mesej kepada saya supaya menulis kisahnya. Katanya, saya pandai menulis, dan ini memento istimewa kepada ibunya. Pandai sekali dia menekan punat tepat pada titik kelemahan saya. Lalu, disinilah saya, dengan wajah kemerahan bangga tak terkira, menulis kisah perempuan yang malas bertarawih ini. Semuanya bermula sewaktu perempuan ini berumur 8 atau 9 tahun. ( heh, umpat saya dalam hati. Manusia mesti akan menyalahkan masa lepas ). Bulan puasa adalah bulan yang paling tidak disukai. Siang hari lapar, malam, letih terpaksa ke masjid mengikut ibu dan ayah menunaikan solat isya’ berjemaah, solat tarawih 20 rakaat, solat witir 3 rakaat. Paling tidak menyeronokkan, tiada peluang menonton TV langsung! Sebelum Ramadan, ada juga peluang menonton Doraemon selepas maghrib pukul

Bila Masa Berhenti

Image
Strangers (Petronas TVC 2012 - Raya) Seperti mana iklan raya Petronas ini, seperti itulah kita perlu berperasaan "since I've time to reflects." Rugi sangat kita rasanya jika tidak berhenti di bulan Ramadhan ini. Berhenti dalam ertikata membuat benda-benda biasa dan mula membuat perkara-perkara luar biasa. Tidak makan selama 12 jam, tidak minum, tidak mengumpat dan menyebarkan fitnah. Berhenti dari pemikiran negatif, berusaha untuk tidak tengok TV, mengenang kesukaran dan pedih bila perut lapar. Berhenti dari kesibukan lain, membuka Al Quran dan baca isi, fikirkan dan menyoal kembali diri "sudahkah aku lakukan apa yang diminta Al Quran." Berhenti mengeluh dengan apa yang telah Tuhan takdirkan untuk kita, dengan segala kekurangan, dengan sepi yang mencengkam, dengan derita ditinggal yang mati dan hidup, berhenti! Sebaliknya mula mengenang, senang kita berbanding yang lain. Kenyang kita banding kebuluran yang lain. Merdeka kita dengan terkurung mereka

(Ramadhan Tanpa TV) Mursila: Tidak Ada Lagi TV di Rumah Kami

Image
TAK ADA LAGI TV DI RUMAH KAMI OLEH : MURSILA Cahaya kecilku waktu itu berusia 3.5 tahun, Zia namanya, seorang anak lelaki yang lincah namun pemalu, Zia namanya, ia sangat suka meniru tokoh idolanya mulai dari Spiderman, Batman, Superman, Power Ranger, dan Ultraman.   Tak jarang aku harus menggunting plastik sampah ditengah kesibukanku memasak di dapur, sekedar untuk membuatkan sayap di lehernya, dan jika sayap plastic sampah itu teleh terikat erat Zia akan berlari dengan kepalan tangannya, wajahnya yang polos akan bersinar gembira, jika sudah demikian Zia akan berlari mengelilingi istana kami... sebentar saja bilik demi bilik akan riuh dengan suaranya yang lantang,... “yeaaahhh Ultraman datang... kamu raksasa..akan kalah ditanganku... BERTUKAR... huuussssss “ begitulah peminat tokoh imaginasi ini meluahkan angan-angannya... Dulu aku berfikir hal ini adalah sesuatu yang biasa karena  tak sedikit aku dapati anak-anak lain seusianya pun akan berperilaku seperti itu terh