Posts

Showing posts from 2014

Jurnal KM - 2

Secara ringkasnya KM tu apa? Macamana ya? Ada yang bertanya, "kalau saya belajar KM adakah bila saya mengajar adik A,B,C, dia akan cepat dapat dan lancar membaca?" Pertama: KM bukan kaedah mengajar subjek, membaca, mengira dan sebagainya. Tetapi KM adalah kaedah untuk buat seorang adik itu akan sedar potensi diri + mahu berusaha (kerana selalu didorong dan diberikan persekitaran positif). Kedua: KM adalah kaedah untuk membuatkan seorang adik itu sedar tentang pilihan-pilihan, dan mendorong mereka memilih yang terbaik untuk dunia dan akhirat yang seiring. Seperti Ustaz Hasrizal sebutkan, yang utama dalam KM adalah memberikan faham tentang pandangan dunia (alam) yang tepat, positif dan memotivasikan. Macam konsep yang abstrak kan, tetapi setelah beberapa lama bersama pengamal KM, saya kira KM itu tidaklah abstrak sangat, malah ada ketikanya begitu objektif. Sebenarnya KM mendorong kita untuk menyediakan environment positif ke arah p

Jurnal KM

Ada banyak yang menarik minat saya tentang KM, atau Metod Khalifah (Khalifah Method). Satu perkara yang buat saya terus mahu faham tentang KM, sebab saya percaya kaedahnya boleh memberikan perubahan kepada manusia. Betul-betul beri perubahan. Cumanya, masa yang diperlukan tu kena agak lama. Sebab perubahan yang berlaku itu agak perlahan, tapi inshaaAllah bertahan lama.  Oleh kerana saya percaya KM, ada banyak masa juga saya kongsi dengan kawan dan famili. Sehingga saya jumpa kawan yang sanggup eksperimen KM untuk diamalkan di rumah anak yatim semasa program tuisyen percuma di sana. Kawan saya itu Ain namanya. Saya pula bereksperimen di kelas dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan umur pelajar. Apa dia KM ya? Bagi saya KM adalah satu kaedah pendidikan. Walaupun KM adalah kaedah pendidikan, KM tidak semestinya berlaku hanya perlu berlaku di ruang sekolah, malah KM boleh berlaku di mana-mana. Rumah, pejabat, kejiranan, kenalan baru, pendek kata-kata di mana-man

Ego

Aku kira semua orang ada ego yang diberi macam-macam nama.   Ada yang kata maruah, peribadi, karakter diri, nilai budaya.   Macam-macam.   Dan aku mengatakannya sebagai iman.   Kata guru aku di sekolah iman itu apa yang kita simpan dalam hati, kita sebut dengan lidah, kita buktikan dengan perbuatan.   Ada dua benda yang terang-terang oleh boleh nilai. Perkataan dan Perbuatan. Satu benda yang kita simpan iaitu yang dalam hati.   Masalah sekarang yang kelihatan itu selalu tidak sejalan dengan yang tersimpan menyebabkan kita senang dilabel dengan macam-macam.   Ada yang memperlihatkan diri mereka kasar dan sebagainya, tetapi niat mereka baik.   Ada yang tunjuk mereka sangat baik di luar tetapi berniat jahat di dalam.   Tidak konsisten luar dan dalam menyebabkan kita akan selalu terdedah untuk disalah ertikan oleh orang lain.   Tapi bagi mereka yang konsisten itu selalu akan disebut sebagai lurus bendul. Tidak pandai manipulasi. Tidak pandai menggun

Lelaki Untukku

Pagi ini ceria. Awan putih, langit biru. Angin bertiup tidak selalu, tetapi kadang-kadang datang. Tapi hati boleh sahaja disampuk hiba tiba-tiba, walau cuaca dan segalanya baik-baik. Terutamanya bila mengenang lelaki (baru) untukku, yang selalu sahaja terpaksa berjauhan, membuat aku rindu dan rasa tidak berdaya. Kasih sayang itu sangat indah dan selalu menghairankan. Untuk jatuh cinta kesekian kalinya, untuk lelaki (yang baru) adalah sesuatu yang di luar jangka.  Tetapi, siapa yang tidak akan jatuh kasih kepada senyumnya yang selalu naif tetapi dilakar khas untukku? Dia ditakdirkan seorang lelaki, yang aku harap akan selalu menjadi lelaki untuk perempuan sepertiku, dan juga perempuan-perempuan yang lain juga. Yang melindungi, yang menghormati, menyayangi, selalu berdoa agar tiada bahaya dan kesakitan yang akan tertimpa kepada makhluk yang mempunyai kekurangan tenaga dan kudrat, tidak kira perempuan, lelaki, tua, muda, sihat atau sakit. Hati yang selalu sempurna untuk melihat kesem

Risau tentang Pendidikan

Aku risau tentang pendidikan sekarang. Bila kertas UPSR bocor, yang mangsa itu anak-anak yang telah kita letakkan tekanan terhadap mereka. Musim ini, anak-anak buah saya, anak-anak kawan terkena tempias salah orang dewasa terhadap mereka. Kawan-kawan yang menjadi cikgu sekolah juga tidak ada jawapan. Kata mereka, "Benda dah jadi jelas sangat tersebar kat media sosial. Kalau KPM tak ambil tindakan, nampak sangat kita tidak peduli tentang kertas soalan bocor." Aku bimbang banyak benda. Budak-budak ini baru berumur 12 tahun. Untuk UPSR ni macam-macam tekanan mereka dah rasa. Ada yang berkampung kat sekolah dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. Mereka diberikan latih tubi yang aku rasa kalau begitu lah gayanya, sangat bertubi-tubi. Alih-alih soalan bocor. Kena ambil peperiksaan semula. Antara adik-adik ini, sebelum UPSR kertas yang kena ambil sekali lagi tu, ada yang mengambil peperiksaan PSRA. Sekolah agama juga ada peperiksaan yang lebih kurang sama merit dengan UPSR

Aku Perempuan - 1

Perempuan, perkataannya sahaja ada nilai negatif pada telinga yang mendengar. Sejak dulu, cerita banyak memperihalkan unsur jahat dan pengaruh jahat yang boleh diberikan oleh seorang perempuan. Naratif ini tidak berlangsung kepada cerita rakyat sahaja, malah boleh dijumpai sejak awal melalui cerita-cerita agama. Perempuan adalah pemikat dan seducer (penggoda) yang licik. Pengaruhnya boleh menyebabkan lelaki jatuh dari kemuliaan 'syurga' ke kehinaan 'dunia'. Itu cerita yang ada dalam kepala, dalam masyarakat, dalam minda tidak sedar semua orang. Hal ini yang mempengaruhi setiap orang, baik dia lelaki mahupun dia seorang perempuan.  Perempuan, merasa dirinya dilingkari benda hitam sejak lahir. Perempuan, dengan tanda lahir yang tidak terlihat oleh kasad mata, tapi sangat terzahir dalam pemikiran semua manusia.  Aku, disebalik momokan ini tidak mahu percaya bahawa cerita yang begitu merendahkan perempuan itu benar. Kerana begitu ramai orang meriwayatka

Menjadi Khalifah

Siapa yang patut menjadi Khalifah? Seawal membuka Quran dalam surah kedua, setiap manusia telah diperingatkan tentang tanggungjawab yang satu ini walau tidak selalu diulang sebut dalam mana-mana ceramah agama mahupun motivasi. Mungkin selalu sebut tetapi penghayatannya tidak begitu mengujakan. Sejak dari Nabi Adam, itulah tugas yang telah dipakaikan kepada manusia. Sejak Nabi Adam berada dalam 'syurga', perintah ini sudah ada. Tidak timbul Nabi Adam didenda (hukum) diturunkan ke dunia kerana telah makan buah khuldi.  Semakin membaca, semakin menarik pula perbincangan mengenai khalifah. Bermula dari pembacaan dari buku-buku Prof Muhammad Al Mahdi Jenkins, Dr Jeffery Lang, buku sejarah silam, perkataan ini sangat sentral untuk menceritakan tugas dan peranan manusia. Tetapi sayang, manusia jarang diperingatkan apatah lagi ditunjuk bagaimana mahu menjadi seorang khalifah. Perkataan khalifah ini berputar di banyak tempat. Dalam perbincangan teologi, ketika membicara

17 Ramadan 1435 Hijrah

Esok hari Nuzul Quran. Malaysia cuti. Saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak lebih baik dari mana-mana orang. Barangkali lalat yang diciptakan Allah lebih mulia. Tapi saya menulis juga. Hari ini masuk hari ke berapa Gaza terus bermandi darah. Di sebalik kemeriahan Piala Dunia (yang saya tidak ikuti), Ramadan, Zionis Israel terus cabul mencabul. Barangkali saya tidak punya hak menulis tentang Palestin. Saya bukan pejuang, bukan aktivis, bukan pembela hak asasi manusia, malah George Galloway lebih pemberani. Suaranya menggegar di mana-mana. Tentang kemanusiaan. Tentang pengkhianatan bangsa Arab ke atas tetangga mereka di Palestin. Tentang Negara-Negara yang membekalkan senjata dan latihan kepada Palestin, adalah Negara yang dilabelkan paksi jahat, Syria dan Iran. Sedang kami saudara muslim yang lain berdiam, rasa mencukupi membekalkan Palestin dengan doa dan boikot barangan, itu pun hanya satu dua sahaja yang mampu diboikot. Yang lain masih lagi berfikir-fikir mampu

Getting Old Gracefully

Dahlia semakin menyukai rutin bulanan membawa Mak ke rumah sanak saudara sebelah arwah Ayah. Dari segi talian, sepatutnya sudah jauh. Memandangkan sejak kecil Dahlia tidak berapa rapat dengan keluarga sebelah Ayah disebabkan jarak umur dan juga budaya yang diamalkan. Mereka lebih berpendidikan jadinya cara bergaul itu agak formal dan bersopan. Dahlia cuba memadamkan konflik apabila berkunjung di rumah Pak Usu. Konflik tentang keteguhan memegang kepada agama dalam bentuk masyarakat terima. Seperti, ketika kita sudah mencapai umur senja, setiap dari kita mesti menunjukkan ciri-ciri alim dan tunduk. Mungkin kalau nak dimudahkan bahasa, mesti memakai kopiah putih dan tunduk elok tertutup. Pak Usu dan Mak Usu jauh dari ciri-ciri tipikal seperti itu. Untuk orang yang sudah melepasi umur 70, mereka masih kelihatan ranggi dan bergaya.  Pak Usu dan Mak Usu sejak dari muda-muda dahulu sudah pun mengubah cara hidup dan menerima dengan terbuka budaya luar. Pak Usu terdidik di negeri orang

Kematian

Hari Selasa, akhirnya saya kembali mengambil buku Tuesday with Morrie, satu-satunya buku Mitch Albom yang saya beli dan baca. Kisah mengenai Morrie, Profesor Mitch yang menjadikan saat akhirnya sebagai pengidap penyakit ALS dalam kajian. Kajian tentang kematian dan bagaimana seharusnya seorang manusia menghadapi mati.   Dua minggu yang lalu sebenarnya, saya menerima berita kematian rakan sepersekolahan akibat penyakit kanser. Sedang menjalani rawatan walaupun kanser sudah berada di tahap terminal. Gigih berjuang untuk kehidupan, seorang ibu, juga pekerja yang tekun.   Bukan sehari dua ini topik kematian menjadi minat. Lama sudah. Paling menginspirasi adalah kisah Profesor Al Mahdi, pendiri Khalifah Metod. Ketika didiagnos dengan kanser di peringkat terminal, Prof Al Mahdi tidak menyerahkan hidupnya kepada nasib, bahkan melipatkan ganda usahanya untuk membuka sebuah sekolah. Kata Prof, "adalah lebih baik saya membuat kelas menurunkan segala ilmu yang dikaji selama lebih 30

Jelajah

Image
Dahlia tidak bercadang mahu aktif dalam perbualan Paksu dan Makcik Hafsah. Dahlia hanya mahu tekun mendengar. Dia tidak tahu berapa umur Paksu, mungkin sudah menghampiri 70 tahun. Paksu yang sudah tua. Ketika mudanya segak, tampan dan pandai berbahasa Inggeris. Ketika tua masih juga segak walau mempunyai sedikit masalah pendengaran. Bukan sesuatu yang menghairankan untuk Paksu pandai banyak bahasa asing. Malahan beliau pernah bekerja di pejabat pegawai tadbir diplomat. Pernah bermukim di banyak negara, UK, Amerika Syarikat, Mauritius, Korea. Entah berapa banyak lagi negara yang dijelajah Paksu. Paksu mengangkat cawan yang berisi coffe lat e yang dibancuh Mak Usu. "Awak nak tahu cerita cawan Starbucks ni. Cawan ini dibeli di Seattle Washington, kedai pertama untuk  franchaise kedai Starbucks. Masa di State, Mak Usu bereya mengajak ke sini bila tahu kedai pertama dibuka. Di sanalah barangan kenang-kenangan dijual. Ada banyak barangan cenderahati dijual. Bukan cawan ini sah

Erti Hidup Pada Memberi? - 2

Bila disebut erti hidup pada merasa, kelihatannya sangat mementingkan diri sendiri. Dengan meletak syarat, ktia perlu merasa terlebih dahulu, sebelum menjadi seorang pemberi, akan menyebabkan orang mempunyai alasan untuk tidak bergerak dan bertindak. Merasa itu ada banyak makna. Merasa itu boleh jadi kita menjadi penerima, kemudian kita akan merasa. Seperti pantun Melayu yang masih saya ingat. Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa. Sesuatu mesti diserahkan terlebih dahulu. Maksud, mesti ada seorang pemberi. Kemudian kita yang menjadi penerima akan menjadi seorang yang merasa pemberian, kemurahan hati, kebaikkan dan ingatan dari dia. Ini satu. Merasa juga boleh juga bukan menerima dari sesiapa, tetapi kita terkesan. Sesuatu yang dirasakan dalam hati, menyebabkan hati tergoncang, dan melahirkan perasaan aneh-aneh yang sukar untuk diterangkan kepada sesiapa pun (macam jatuh cinta?). Perkara ini boleh berlaku mungkin kerana satu-satu peristiwa besar, sep

Erti Hidup Pada Memberi? - 1

Erti hidup pada memberi adalah tagline yang tidak asing lagi di web Ustaz Hasrizal atau SaifulIslam. Saya cuba bertanya diri adakah ia juga memberi makna kepada saya. Minggu lepas selepas melawat pelajar-pelajar latihan ilmiah Darul Quran, saya dihantui satu persoalan. Adik-adik rumah anak yatim yang ada di sana berkongsi perasaan yang begitu janggal didengar di telinga saya. Ketika berkongsi, pelajar DQ menceritakan, ada adik yang tidak pernah peduli tentang kasih sayang. Kata dia, "buat apa saya nak beri kasih sayang kepada orang lain, sedangkan saya sendiri tidak pernah merasa kasih sayang." Pelajar DQ memberi jawapan, "tapi kamu ada kakak-kakak sukarelawan yang menyayangi kamu." Jawab adik itu yang mengejutkan, "tapi saya tetap tidak dapat merasa kasih sayang seorang Ayah!" Persoalan itu yang membawa saya bertanya kembali kepada persoalan erti hidup pada memberi. Lama saya berfikir, tetapi semakin berfikir saya tidak dapat melihat rele

Tanggungjawab

Ada pelbagai bentuk kasih sayang Tuhan, tanggungjawab salah satu bentuk kasih sayang itu.   3 bentuk tanggungjawab:   1. yang kita sendiri pilih untuk menanggungnya 2. yang diberikan kepada kita 3. atas dasar ilmu   Yang Pertama - yang kita pilih Tidak susah untuk memahami yang ini, kerana sebelum memutuskan untuk menerima kita telah dihadapkan dengan masa yang cukup untuk berfikir dan menimbang. Dalam keadaan cukup sedar kita menerima. Apa pun yang berlaku selepas itu tidak susah untuk kita hadapi sebab itu memang telah dijangka. Biasanya, ia sesuatu yang kita suka. sesuatu yang telah diimpikan sejak lama. Atau perkara fitrah yang menjadi tuntutan dalam hidup.   Yang Kedua - yang diberikan Biasanya tanggungjawab jenis ini adalah bukan dalam permintaan. Tetapi datang kerana mungkin atas sebab kita adalah ahli dalam bidang. Mungkin pakar. Tetapi ada juga jenis tanggungjawab ini datang kerana tiba-tiba datang. Bukan sebab kita pakar atau ahli, tetapi takdir yang

Umur, Masa, Tenaga yang Bermanfaat

Selalu mahu saya ingatkan bahawa perjalanan hidup ini, mencerminkan sesuatu dari dalam diri. Atau sesuatu yang telah kita usahakan selama ini, kemudian terjadi di alam realiti. Beberapa tahun berusaha kemudian kita akan menikmati hasilnya. Pepatah Inggeris, "you reap what you sow" . Ada misteri dalam kehidupan saya sendiri, bila apa yang berlaku untuk saya lewat dua tahun ini bukan apa yang berada dalam rancangan. Malah tidak pernah termimpi pun. Tetapi mungkin saya pernah berdoa, dan doa yang satu-satu itu pula diangkat. Atau lebih misteri, mungkin saya pernah menulis, dan tulisan itu dijelmakan di alam realiti. ( satu hari harap saya boleh berkongsi cerita pendek itu. ) Sungguh, benar saya mencemburui kawan-kawan muda yang berada dalam linkungan aneh. Mereka yang masih muda, dalam pencarian, mencari kerjaya, keluarga dan kehidupan stabil, tetapi mereka malah menongkah stereotype anak-anak muda sekeliling mereka.  Pemikiran mereka jauh lebih dewasa.