Posts

Showing posts from June, 2008

Kereta Baru

Image
“Kita orang rasa KD tu patut dah tukar baru dah tu. Wira pun patut tukar jugak”. Saya senyum segar. Layan sahaja, macam tidak kenal mereka. “Vios atau City. Dua-dua tu OK, minyak pun jimat sangat kalau pakai Vios sekarang ini”. Saya layan obsessi mereka tentang kereta baru dengan senyum. Agak-agak entah apa yang mereka katakan tentang KD dibelakang saya. Kesian KD. KD pun bukannya ada bersama saya sekarang ini. Nun jauh di bawah langit Keramat yang mesra. Harap-harap KD akan tetap tahu kesetiaan saya bagaimana, “ikhlas-ikhlaskanlah berkhidmat pada dua kesayangan saya itu ya KD”, pesan saya yang bisu. “Boleh kira berapa yang patut bayar kalau ada calculator. Bak sini, biar saya kira”. Saya layan lagi dengan menyerahkan calculator scientific zaman belajar dulu. Lama sudah. Berapa tahun agaknya? “Kalau ditolak untuk bayaran muka, interest 2.5%, boleh pinjam sehingga 9 tahun”, tekan itu, tekan ini, “Hah, ini dia bayaran yang patut bayar bulan-bulan”, saya melihat skrin kalkulat

aku masih ingat

...dalam perjalanan-perjalanan sukar di lembah mulia dan cahaya masih segar mendamba harapan dikurnia faham para deedawar

Ganti Nyawa, Khabar dan Odisi ke Daerah Ilham

Image
Ganti Nyawa Ini kisah masyarakat, yang benar terjadi. Bukan cerita drama tivi yang dibuat-buat. Bukan skrip drama filem yang diangkat untuk mengisahkan sepi dan mengenai derita. Baru pulang ke daerah mencari rezeki ini, saya dikejutkan dengan berita kematian seorang staf akibat kemalangan jalan raya. Yang arwah adalah seorang suami yang punya isteri sedang sarat mengandung. Si suami diberitakan kemalangan dengan kenderaan membawa orang kurang upaya. Kemalangan berlaku dekat-dekat sahaja. Diceritakan, arwah telah pun kehabisan nyawa di tempat kemalangan. Rakan-rakan arwah menghubungi isteri dan sempatlah isteri berada di tempat kejadian. Sang isteri yang sedang sarat, menyeluruhi wajah suami yang sudah bercerai nyawa. Menciumi suami dan memeluknya penuh kasih. Tiba-tiba, sampailah seru alam. Ketika itulah isteri yang sudah kehilangan tempat bergantung, merasa sakit untuk bersalin. Dan bergegaslah para penyaksi membawanya ke hospital. Dan lahirlah seorang bayi, di hari kematian ayahandan

Amir Hamzah & Tentang Doa Lagi

Image
Amir Hamzah Hikayat Amir Hamzah edisi bahasa lama akhirnya ditangan saya! :) atas pinjaman dan ianya sudah semestinya harta berharga dari teman yang baik hati memberi pinjam. Jazakallahu khairan. Sudahkah saya beritahu, saya amat tidak pandai membaca hikayat, tapi sedang belajar membacanya berdikit-dikit, pelan-pelan kata orang (cam pelan sangat je kan :P). Tentang Doa Saya teringat cerita cerekarama, casting yang bagus. Sheila Rusly sebagai ibu, Iqram Dinzly sebagai anak derhaka. Tajuknya saya sudah lupa. Tapi yang pasti, cerita itu seperti mengangkat cerita yang selalu masuk dalam kotak inbox email kita. Cerita mengenai seorang ibu yang buta sebelah mata, miskin, yang berjuang hidup untuk satu. Agar anak mendapat yang terbaik dan mempunyai kehidupan yang bahagia. Sedang anak yang bijak dalam pelajaran, tapi malu dengan ibu sendiri yang miskin dan buta. Membelakangkan ibu dalam segala-galanya, meski tetap bergantung wang pada ibu yang susah payah mencari. Pendek cerita, anaknya itu m

Mari Mengira

Image
Jika dilihat dengan liputan media internet, Malaysia dihidangkan banyak dengan fakta angka-angka. Diberitakan Petronas mendapat keuntungan sehingga berbillion ringgit. Ada yang melaporkan sehingga RM100 billion. Dan saya rakyat marhaen yang tidak berapa reti mengenai duit berjuta-juta dan billion ringgit memikirkan, berapa banyak sebenarnya duit yang ada di syarikat milik negara itu. Yang saya belajar adalah mengenai pembentukan bumi dan galaksi. Umum tahu dalam masyarakat saintifik dan celik membaca, galaksi terbentuk dari proses yang dinamakan orang Barat sebagai Teori Big Bang. Sedang dalam Quran, Big Bang telah ditulis lebih 1400 tahun yang lalu di Surah Al Anbiya':30. Bagaimana bumi dan galaksi terbentuk? Bermula dari letupan tersebut kemudian perlahan-lahan membentuk graviti secara gugusan-gugusan tersendiri, dan membentuk planet-planet yang kita kenal hari ini. Dan melalui proses serentak, matahari pun terbentuk dan menjadi sumber kepada segala kehidupan. Tahu dari awal pros

Janji

Langit Keramat ini, keramat sifatnya. Langitnya biru, udaranya selalu mengundang rindu, latarnya ruhaniah agam dihiasi Masjid Al Ansar yang begitu setia, dikelilingi suasana keilmuan di mana-mana, anak-anak ke sekolah, semuanya ada di sini. Meski Isteri Haji Kassim telah lama meninggal, donut legasinya masih ada. Masih asli rasa dan kelembutan tiada tara meski dibandingkan dengan Dunkin Donut sekalipun. Meski Mak Cik nasi lemak depan sekolah agama telah bertemu Tuhan lebih 100 hari, nasi lemaknya masih ada. Begitu, legasinya masih ada. Rasa yang sama. Tapi begitulah. Keramat yang keramat sifatnya kadang-kadang mengajarku sisi yang lain. Tiba di sini dengan sakit tekak yang mengundang demam flu yang aneh. Singgahnya kadang-kadang tapi cukup memberiku tawar pada segala. Terutama sisi pada wacana dimensi ilhamku yang kali ini sangat-sangat ku tagih. Tambah berat bila batuk mengajakku bermain-main dalam waktu tumpuan mahu fokus. Saat itu, dia makin galak mengajakku menari. Aduh! Aku punya

Membanding harga minyak di negara2 pengeluar

Countries- in Ringgit Malaysia (RM) per Litre UAE 1.19 Egypt 1.03 Bahrain 0.87 Qatar 0.68 Kuwait 0.67 Saudi Arabia 0.38 Iran 0.35 Nigeria 0.32 Turkemenistan 0.25 Venezuela 0.16 Based on currency exchange RM3.30: USD 1 sumber

Kembali again.

Alhamdulillah, akhirnya kembali di daerah yang tenang ini. Dan tulang belakang bolehlah diluruskan kembali, puas-puas (boleh ke?), sebelum juang semula. Oh kawan-kawan, sumimasen, maaf ye. Saya baru kembali dari menguruskan satu seminar. Menghadiri dan mengurus, adalah 2 perkara yang terlalu besar jurangnya. Ada orang tidak berapa suka mengurus seminar, tapi bagi saya, meski kelelahan dan letih terasa tidak berpenghujung, saya tetap suka kerana dapat belajar banyak perkara. Terutama dalam mengenal manusia dan ragamnya. Pelajaran mengenal manusia yang saya perolehi, adalah pelajaran hidup terpenting nombor 8 iaitu untuk selalu berhati-hati. Muka manis tidak selalu menjamin hati bersih dan ikhlas bukan? Mereka yang bersikap low profile , belum tentu dia juga manusia baik. Barangkali dia adalah juara tikam belakang yang paling hebat dalam dunia. Pelajaran hidup nombor 9 pula yang saya kutip dari seminar di Kuantan ialah dari frasa bahasa Inggeris, " Action speak louder than words &qu