Posts

Showing posts from October, 2016

Contoh yang diwarisi - 2 (Dilema Melayu)

Saya kira dalam pengalaman hidup yang sedikit ada peluang untuk melihat beberapa perkara dalam budaya Melayu. Tentang hak pewarisan atau harta pusaka. Siapa yang membuat kajian lanjut, akan dapat melihat banyak aset tanah orang Melayu terbiar disebabkan tidak dapat membuat penyelesaian bersama adik-beradik dan saudara mara. Cari di sekeliling dekat pun ada, kalau lebih serius buat kajian akademik pun akan jumpa. Ini dilema sejak berzaman, yang entah bila akan berakhir. Tetapi saya tidak mahu bersembang hal ini. Tetapi untuk berkongsi apa yang arwah Ayah tunjukkan kepada kami. Ayah bukan anak yang paling tua di kalangan adik-beradik, tetapi cara Ayah berfikir itu beza. Ada banyak keadaan, Ayah bertindak sebagai jurucakap dan perunding cara. Semasa Ayah hidup lagi, Ayah sudah menjangkakan perkara-perkara hadapan. Luar dari jangkaan kami orang muda yang masih mentah dan pucuk serba-serbi. Dalam hal pewarisan ada banyak pesan yang arwah Ayah minta kami adik-beradik melepas

Contoh yang diwarisi - 1

Baru ini terbaca dalam FB seorang kawan tentang kebajikan. Ramai yang mempersoalkan dia begitu berani membuat kerja sukarela bersama pelarian Rohingya. Kawan menjelaskan kenapa dia tidak mempunyai perasaan takut dan ragu-ragu, jawapannya ialah dia mecontohi sikap suka membuat kebajikan yang diwarisi dari Nenek dan Ibu. Dalam statusnya yang panjang, hal-hal membuat kebajikan ini untuk dirinya bukan hal baru. Bermaksud, hal membuat baik kepada orang lain telah dilihat lama dulu dari Nenek. Kemudian Ibunya juga sangat murah memberi, orang dikenal dan tidak dikenal. Bahkan kadang-kadang sengaja membawa gula-gula dalam saku untuk diberikan kepada kanak-kanak atas tujuan untuk memberi, dan juga berkongsi apa yang boleh. Bila sesuatu itu dilihat sejak dari kecil, contoh itu menjadi satu perbuatan yang akan diikut sehingga dewasa. Apabila dikongsi bersama orang lain, itu bukan tanda untuk menunjuk atau riak. Ia hanya sesuatu aktiviti yang dirasakan baik untuk dikongsi bersama orang la