Posts

Showing posts with the label Bicara kalbu

Tableau

Image
Kuantan, ia sebuah bandar yang banyak meninggalkan peristiwa. Jika diberi pilihan, saya tidak mahu kembali ke sana. Tetapi hidup bukan semuanya atas pilihan bukan? Kerana saya berada di sana minggu lalu, atas takdirNya saya belajar satu perkataan penting, iaitu Tableau (dibunyikan sebagai tablo). Ia adalah satu perkataan yang digunakan dalam kesusasteraan Inggeris, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu andai ada perkataan Bahasa Malaysia yang boleh menggantikan perkataan tableau. Untuk ringkasan, tableau ialah satu peristiwa yang belaku dan imejnya kekal berada di dalam fikiran sampai bila-bila. Untuk contoh, imej Tunku Abdul Rahman ketika menjulang tangan dan melaungkan kemerdekaan adalah satu tableau bagi ramai orang di Malaysia. Imej itu sangat penting, sehingga tercatat dalam banyak buku-buku sejarah. Nanti dulu, kita cuba satu untuk memahamkan kata tableau ini. Sekarang tutup mata dan bayangkan tentang kemerdekaan. Jika awak melihat Tunku sedang menjulang tangan kanan di ang...

Gema

Gema Ayah, adalah ikon yang sukar difahami. Dalam banyak keadaan, dia senyap sahaja. Tetapi bila berbicara, yang keluar adalah hikmah. Untuk ramai orang, kata-kata Ayah adalah untuk didengar. Sewaktu kecil dan nakal, Ayah masih tetap begitu. Pendiam, walau perangai kami terlalu menyakitkan hati. Kecuali bila ditahap melampau, Ayah akan cepat memainkan peranan. Dia tidak pernah teragak-agak untuk menghukum dengan fizikal, supaya tidak mengulangi perkara salah dan sentiasa beringat. Namun jarang sekali ketika memberi pengajaran, Ayah bersuara. Sehinggalah satu masa bila kami membuat salah, Ayah menghukum kami dengan hukuman cukup mudah. Cuma dengan tiga patah perkataan. Tanpa rotan, tanpa denda, tanpa apa-apa, kecuali dengan... Tiga patah sahaja. Noktah. Tiga patah yang cukup membuat kami ingat sampai sekarang. Mungkin sampai bila-bila sekalipun selagi diizinkan. Sekarang kami sudah cukup dewasa untuk merenung apa yang berlaku. Mengapa Ayah mengambil tindakan menghukum dengan fizikal ket...

Spekulasi Sakit Perut

Image
Sakit perut yang dihidapi telah mendapat reaksi pelbagai pihak di sekeliling saya. Mungkin kerana begitu ganjil sifatnya. Dan sudah masuk 7 hari, ia masih belum menunjukkan tanda-tanda positif akan berakhir. Kawan-kawan saya berspekulasi tentangnya. Berikut adalah beberapa ramalan: 1. Perut saya sudah dimasuki ulat berenga. Kata mereka kemungkinan besar saya makan makanan yang dihuni berenga dan mereka telah menubuhkan satu kerajaan dalam perut. Kata mereka lagi ulat-ulat itu sudah begitu banyak berkumpul di suatu tempat dan bergerak-gerak dengan aktif. Seperti ulat berenga yang digunakan dalam mengubati luka penyakit kencing manis. 2. Oleh kerana saya sedang mengamalkan minum ECPI, kawan-kawan saya kata saya sedang berada dalam keadaan terapi nyahtoksik yang aktif. Minuman ECPI memang bagus, kerana ia menggalakkan perpeluhan yang banyak dan membantu memulih tenaga. Mungkin sebab badan sedang berkompromi dengan keadaan ini yang menjadikan keadaan perut saya menjadi terlalu abnormal da...

Sakit Perut, Cuaca Panas dan Stress

1. Sakit Perut Jika dicongak-congak dengan betul sudah 5 hari saya mengalami sakit perut yang tidak tahu punca dan tidak tahu bila akan sembuh. Jangan ditanya samada saya ke klinik dan berjumpa doktor, jawapannya tidak. Pertama kerana mengikut pengalaman lama, ini sakit yang biasa. Setelah berulang berjumpa dengan En T (tandas) dalam tempoh sehari dua, saya akan sihat, alhamdulillah. Jadi kali ini ia bukan pengalaman yang biasa. Untuk 3-4 jam saya akan rasa sangat sihat malah mahu membuat banyak benda. Kemudian, ketika serangan muka akan berpeluh-peluh, kemudian badan, kemudian perlu berjumpa En T seterusnya terjelopok menahan sakit dan lesu badan. Kata orang, jika perut sihat badan pun sihat. Kata orang lagi, banyak penyakit datang kerana apa yang masuk dalam perut. Tetapi kalau perut itu sendiri yang bergolak, apa ke tandanya? Ermmm. (p/s: jangan risau, jika keadaan tidak beransur baik, saya akan berjumpa dengan itu Doktor). 2. Cuaca Panas Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekita...

Falsafah CINTA Asal

Image
Kawan saya kata, cinta, ada jenis yang membunuh. Seperti manifestasinya di malam tahun baharu atau hari Valentine, untuk pasangan yang sedang mabuk bercinta. Mereka berjanji setia, ungkap mengungkapi, bukti membukti akhirnya sembilan bulan atau kurang dari itu bertukar menjadi pembunuh. Membunuh janin dan bayi. Membunuh harapan dan kasih sayang. Membunuh 2 orang, menukar mereka menjadi haiwan bertubuh manusia, atau lebih teruk dari itu menjadi syaitan (i.e: kes membakar bayi dan dibuang dalam tong sampah di sini ). Cinta tidak seharusnya menukar manusia yang penuh kasih sayang, menjadikan tangan dan jiwa berlumuran dengan darah dan dosa. Itu, absurd! Cinta itu bagaimana? Cinta seharusnya seperti letupan Big Bang. Letupan? Ya, satu letupan. Panas, hangat, bingit, menyilaukan mata, mendebarkan, mengkagumkan, berasap, membakar, menggegar, segalalah yang boleh kita fikirkan mengenai letupan. Dan... harus diingat selepas letupan besar itu, ia memberikan kehidupan, terus menerus, berlangsung...

3 Kingdom

Image
1. 3 Kingdom adalah epik besar sejarah cina yang paling mahsyur sebelum Negara China disatukan dibawah Dinasti Jin. Cerita ini ditayangkan di TV3 di malam tahun baharu. Saya memang menunggu cerita ini kerana ia membawa kenangan kepada game epik yang dimainkan di konsol Sony PS2 (sekarang konsol sudah bertukar kepada XBox). Dan melihat watak game dijelmakan kepada panglima dan pahlawan sebenar, ia cukup mengujakan. Meski bukan kerana itu, 3 Kingdom cukup hebat kerana memaparkan perlawanan zaman Dinasti yang memperlihatkan kepentingan taktik, skil, kesetiaan, patuh kepada ketua, pengkhianatan, dendam dan banyak lagi. Secara ringkas sebelum ada satu China, ia terbahagi kepada tiga dearah besar iaitu: Kerajaan Utara: Wei Kerajaan Barat: Shu Kerajaan Selatan: Wu Setiap kerajaan akan berperang sesama sendiri untuk mendapatkan "Mandate from Heaven" untuk membolehkan mereka bersatu di bawah satu kerajaan. Cerita ini berkisar kepada kerajaan Shu dari sudut pandang Panglima Zhao Zilong...

Takjub

Saya melihat dia, kagum dengan semangat juang. Dalam dunia hari ini, untuk dapat melihat seorang berani berdiri di hadapan pemimpin dan bercakap yang benar meski tidak disukai pemimpin tersebut, amat aneh. Katanya, doa kita tertahan kerana tidak menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, berpesan & menyuruh kepada kebaikkan dan menentang kezaliman & kejahatan. Saya ingat dia seperti yang lain. Berusaha untuk mendapat habuan dunia. Tetapi dia seringkali menolak untuk apa kita sebut sebagai rezeki. Katanya dia tidak boleh menerima jika itu bukan haknya. Juga tidak boleh sekiranya dia menerima kemudian selepas itu gagal menunaikan tanggungjawab yang datang bersama rezeki tersebut (contoh: naik pangkat). Saya mahu ingat pesan dia, "Kami cuma mahu merasa gembira dengan penuh rasa kesyukuran. Kami redha dan DIA redha." Noktah. Itu sahaja pesan dia. Saya mencerna kata-katanya dengan rasa takjub.

Lebah dan Lalat

Image
Saya melihat lalat berterbangan mengitari tong sampah. Ia mengingatkan saya tentang kisah perbualan cendiakawan (C) dan raja (R). Raja adalah pemimpin yang zalim dan tidak adil, namun masih tetap suka bertanya cendiakawan dengan tujuan untuk menguji. R : Mengapa lalat diciptakan? C : Untuk menghinakan orang seperti kamu. Sekian cerita ringkas. Di bawah informasi tentang Lalat dan Lebah. Tentang Lalat Lalat hidup dalam kekotoran dan mengumpul kuman, termasuk kuman dari bangkai haiwan dan manusia. Dengan cara ini, lalat boleh membawa penyakit kepada manusia dan menyebabkan manusia tidak menyukainya. Manusia yang berakal akan menyembur racun serangga untuk membunuh lalat-lalat ini bagi mengelak penyakit dari disebarkan. Tentang Lebah Lebah ialah serangga yang menyukai bunga. Kerjanya ialah mengumpul debunga dan juga menghasilkan madu sebagai ubat dan juga minuman kesihatan untuk menyihatkan badan. Kerana itu manusia menyukai lebah, menternak lebah serta memelihara nyawa lebah kerana ...

Cerita Ikhlas

Image
1. Coach memanah Kata coach yang banyak jasa ini, 'Sebahagian dr tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda2 tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir.' (boleh klik di sini ). 2. Kata sahabat saya Dipetik dari cerita Kiamat Sudah Dekat. Seorang lelaki ingin meminang anak kiyai. Lelaki tersebut sudah diuji dengan pelbagai ujian sehinggalah akhir sekali Pak Kiyai meminta lelaki belajar ilmu ikhlas. Pada masa yang sama, Pak Kiyai ada menantu pilihan, lulusan agama dari Universiti Azhar. Lelaki yang tidak kenal putus asa mahu kekal bersaing belajar ilmu ikhlas dari pelbagai buku. Makin dibaca makin tidak faham. Akhirnya dia menyerah diri pada Pak Kiyai, menyatakan hasrat hatinya (rasa cintanya pada si gadis) dan ketidakmampuan dia untuk memahami ilmu ikhlas. Tindakan lelaki itu lah tindakan ikhlas. Dan Pak Kiyai menikahkan anak perempuannya dengan lelaki ini. Kata Pak Kiyai, "ikhlas itu bukan di dalam buku, tapi ia pelajaran yan...

Satu Peringatan

Saya ada seorang kawan. Dia ada dua nama Matahari dan Kebaikan. Sewaktu kami sekolah dahulu kami memanggil dia matahari. Takdir Tuhan telah menemukan kami kembali dia alam pekerjaan. Dan orang memanggil dengan nama Kebaikkan. Malang, orang yang memanggil dia dengan nama itu telah meninggalkan tanda sabdu yang penting (sebutan betul) bila menyebut namanya, dan ia telah menyebabkan orang memanggilnya setiap hari dan masa dengan makna baru, Kejahatan. Saya telah pesan padanya, kenapa tidak mengekalkan panggilan Matahari. Bukankah ia nama yang elok. Kata dia, dia tidak mempunyai kawalan pada apa yang orang mahu panggil dia. Saya kata, tidak mengapalah. Saya nasihatkan agar dia menegur orang memanggil namanya dengan sebutan yang betul. Jangan dari makna kebaikkan terus jadi kejahatan. Panggilan nama ialah satu doa pada kita. Dia mengangguk. Dan selepas itu saya jarang-jarang berbual dengan dia. Baru-baru ini saya mendengar umpatan orang pada dia. Dia seorang oppurtunis, pengeras tenaga oran...

Pesan

Berburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi “Wahai para pembawa ilmu, apakah kalian membawanya? Sesungguhnya ilmu hanyalah bagi yang mengetahuinya. Kemudian dia mengamalkannya dan perbuatannya sesuai dengan ilmunya. Akan datang suatu masa, di mana sekelompok orang yang membawa ilmu, namun ilmunya tidak melampaui tulang rusuknya. Batiniah mereka berlawanan dengan lahiriah mereka. Dan perbuatan mereka berlawanan dengan ilmu mereka.”

Allah itu baik sangat pada kamu

Image
Ada orang meneka bahawa saya sangat suka bulan kerana tajuk cerpen yang diangkat mempunyai perkataan bulan. Tidak, saya bukan suka bulan sahaja tetapi segala pergerakkan kosmik yang berlaku di langit. Termasuk juga cuaca. Peredaran malam dan siang. Secara peribadi, saya selalu melihat perubahan yang berlaku sebagai petanda. Ada orang kata saya romantik kerana selalu rasa terkesan dengan alam. Bukan, saya tidak romantik, tetapi percaya apa yang berlaku ialah sebenarnya adalah tanda kebesaran. Tuhan redha dan meredhai boleh dikesan dengan tanda-tandanya yang berlaku di langit (cloud (dalam awan): nampak sangat romantik). Dunia untuk saya ceritanya begini, semenjak sekolah ke universiti hingga bekerja selalu sahaja menunjukkan bahawa dunia ini menyebelahi orang yang tidak adil, tempat pengampu dan pengambil kesempatan. Di sekolah kita selalu dibuli oleh mereka yang lebih besar dan kaya. Kadang-kadang kita disuruh menggantikan tempat mereka sewaktu membersihkan kelas dan meniru kerja rumah...

Doa untuk Rafiq

Pagi ini, pagi paling cemas. Sejak semalam, rafiq (sang hikmah) telah menyatakan kebimbangan. Takut-takut ada yang tidak kena. Kami akan menyambut Sultan, hari ini. Dan sebagai sebuah negeri beraja, ia lebih dari sebuah majlis keraian. (saya akan cerita lagi insyaAllah tentang majlis ini). Saya memberi rafiq pesan Abang, untuk berdoa dan terus-terusan berselawat atas Nabi. Meski, saya sendiri gentar tidak terkawal. Dalam mengelolakan majlis, ini adalah sesuatu yang terlalu besar dari segi cabaran dan melayan karenah orang. Dan rafik ini istimewa kerana dialah pengerusi majlis dengan makna orang pertama, dengan kata lain pemilik majlis. Bayangan gentar yang melanda di jiwanya. Tapi dalam perjalanan umur saya, sukar untuk melihat orang yang bekerja tanpa mengharapkan ganjaran material tetapi saya lihat lain dari rafik ini. InsyaAllah dan saya selalu berdoa, dia adalah orang yang ikhlas. Yang jernih. Dan seperti pesan dia yang selalu disampaikan ketika saya sedang bersedih 'Allah itu...

HSPM XIIX - Membawa Pulang Ayah Merentasi Dua Dunia

Image
Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu...

Jernih

Image
Saya baharu tahu, saya menyintai kejernihan. Ia adalah satu keadaan paling sempurna. Jika saya jadikan jernih satu perlambangan, saya akan melambangkan ia sebagai pejuang syahid. A martyr. Seorang yang hidup untuk berkorban. Saya kenal satu dua orang yang mempunyai hati yang jernih. Jika saya berada dekat dengan mereka, dengan mudah saja saya jatuh hati. Malah, mencintai mereka sepenuh hati hingga sanggup mati, demi. Kenapa? Orang yang mempunyai hati jernih, ialah orang yang hatinya penuh cinta. Dia mencintai segalanya kecuali diri sendiri. Kerana itu dia tidak pernah kisah untuk berkorban dan terkorban. Dalam dunia ini, orang seperti itu tidak ramai. Kerana itu, jika awak pernah berjumpa awak sebenarnya telah mendapat kegembiraan separuh dunia. Saya menyaksi, dunia fana telah menukar banyak wajah orang. Yang paling penting bagi mereka ialah diri sendiri, tembolok, lingkungan, nafsu nafsi sehingga tidak kisah menindas, memijak bahu dan kepala, malah membunuh. Mereka tidak kisah tangan...

Wajah kebaikan

Image
Cuba awak tutup mata fikirkan untuk sekejap. Siapakah yang anda jelmakan dalam minda dengan wajah kebaikan? Ada? Jika tidak, cuba fikirkan di sekeliling awak kawan-kawan yang suka menolong. Ada? Saya ada seorang. Dia sangat suka menolong. Jika awak sudah menonton Tinker Bell and the Lost Treasure, awak mesti tahu ada satu watak peri(lelaki) bernama Terrance. Kawan saya itu seperti Terrance. Dia sangat suka menolong, tetapi rakan saya ini lebih hebat dari Terrance kerana dia tidak memilah-milah dalam membuat kebaikkan. Bila mana ada orang memohon pertolongan, sekiranya dia mampu melakukan dia akan lakukan dengan senang hati dan rela. Malah satu lagi ciri hebat dalam dirinya ialah, dia akan melakukan yang terbaik malah paling baik seolah-olah dialah yang diemban dengan pertanggungjawaban tugas. Sedangkan dia ada di situ sebagai seorang penolong, penolong yang setia. Saya kelaskan dia sebagai seorang yang polos tetapi comel. Mungkin orang lain beranggapan dia lurus kerana tidak berkira. ...

Kembali semula untuk apa?

Saya kembali, setelah selesai mengambil peperiksaan PTK yang boleh mencederakan otak dan emosi. Entah kenapa ya, kita selalu mendesak diri sendiri ke tahap yang kadangkala diri tidak mampu menanggung, tetapi kita teruskan juga. Kata dia orang mahu memperbaiki diri. Sedangkan mereka mahu anjakan gaji. Kata dia orang untuk usaha diberkat, Sedangkan tujuan mereka untuk naik pangkat. Saya berfikir, kenapa saya juga terheret dalam kancah yang sama? Bukankah saya melihat dari dimensi yang lain. Tetapi saya ikut juga. Kesimpulan 5 hari yang saya lalui, ia sangat BERAT dan MENEKAN. Lalu saya ingat kembali tagline yang ditulis dalam blog rakan, Yang berat itu perlu dipikul, Punyakah kudrat untuk kita memikul? Apa perlunya jika yang dipikul tidak berharga? Saya benar-benar terasa saya sedang memikul sesuatu di bahu saya. Tidak nampak tapi ia berat. Bagaimana saya tahu di bahu saya berharga atau tidak? Ya Allah, adakah saya sudah menjadi sama seperti mereka?

Kereta - Tentang hidup yang biasa-biasa

Image
Salam, hari ini hari yang indah meski dalam hati panas membara :) Barangkali ada awak sudah membaca emel ini, tentang harga kereta di Malaysia dan bagaimana peranan AP menyebabkan pengguna membeli dengan harga hampir 3 kali lebih mahal dari yang boleh didapati di pasaran luar. Kita kepilkan sekali ye, saja nak mengusik awak supaya hati awak sama panasnya dengan hati kita kat dalam ni :) Artikel ini boleh dicapai dengan menaipkan nama penulis Syed Akbar Ali. Awak kena nilaikan juga artikel ini sebab kita bukanlah orang pandai sangat pasal pasaran dan ekonomi. Car Prices In Malaysia Digest this article, after that, you may need to vomit. What is the Malaysian Govt doing all these while. Ripping off our Rakyat for the last 30 yrs with APs designed to benefit a few well connected Bumis, the UMNO/BN have robbed millions of citizens in this fiasco, under the pretext of protecting our local industry. The Govt have forgotten we Malays are the largest customers in the country. What is the NEP p...

Gospen - Tentang hidup yang biasa-biasa

Image
Pernah dengar tentang gospen? Tentu pernahkan, ia singkatan dari gosip pendek. Ini istilah yang saya popularkan pada rakan-rakan untuk membolehkan mereka beringat sikit, bila bergosip biarlah pendek tidak melarat. Tapi, pernahkah gosip berakhir pendek? Ikut pengalaman, jarang sangat ianya pendek selalu berlarut-larutan panjang dan kadang-kadang sampai jadi fitnah. Belum lagi cerita merepek merapu yang mereka sampaikan dari telinga ke telinga padahal benda itu tidak pernah wujud pun. Tentu mereka tidak pernah dengar tentang kalam 'al fitnatu asyadu minal qat' - fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Atau mereka tidak faham tentang peringatan itu, atau mereka tidak faham membunuh itu kejahatan paling buruk sesama manusia. Seperti sejarah Habil dan Qabil, ia kejahatan yang dikutuk zaman berzaman. Mungkin mereka tidak membaca kot? Orang suka gospen ni suka membaca tak agak-agak? Menyesal juga membawa istilah gospen. Barangkali saya akan promosikan pula istilah gostot. Gosip konto...

Nombor oh nombor

Saya berhutang cerita dengan kawan tentang nombor. Tanyanya, bagaimana orang sains melihat nombor? Pada awal pertanyaan, saya rasa mahu tergelak kerana banyak perkara. Pertama, saya sebetulnya tidak layak mewakili ‘orang sains’ secara umum kerana disiplin saya adalah teknis. Bukan sains tulen. Kedua, secara jujur, nombor untuk kebanyakkan orang sama sahaja cara melihatnya. Satu entiti yang boleh dihitung untuk menentukan jumlah. Samada bilangan, harga, masa, suhu. Apa sahaja perkara yang kita boleh pasangkan atau terjemahkan dengan nombor. Semudah itu. Tetapi untuk beberapa ketika melalui pemerhatian yang tidak begitu kritis, saya juga dapat simpulkan perkaitan nombor dengan nasib baik. Nombor dengan magis. Nombor dengan keberuntungan. Lebih mistik, nombor dengan nilai transendental. Erti kata lain, nombor untuk mengenal Tuhan. Tetapi hari ini hari yang baik untuk kita menghitung tentang nombor kan? Hari ini hari pembentangan belanjawan. Harap-harap ia masih lagi bajet mesra rakyat. ...