Posts

Showing posts from March, 2012

Aleph

Image
Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad. i. Makluman awal, saya bukan mahu bercerita tentang Novel Aleph, Poelo Coelho walau ia jadi gambar yang melatari entri kali ini. ii. Ketika baru masuk kerja dahulu, selepas selesai belajar saya mengalami dilema. Usia kerja saya belum masuk setahun, tapi saya mengalami resah. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Bukan tidak tahu membuat kerja, tugas selesai tetapi saya rasa kosong. Sehingga kawan datang dan memberi nasihat, “apa yang kita lakukan ini adalah pekerjaan mulia. Kita berkhidmat untuk anak bangsa.” Saya memandang dia. Resah saya masih tidak surut. Saya kembali bertanya, “khidmat apa kalau kita dibayar untuk melakukannya.” Saya tidak tahu kalau kawan kecil hati. Namun itu rasa saya. Saya sudah bertanya dengan mereka yang berpengalaman dan jauh senior dari saya. Mereka dari lain-lain institusi juga menyatakan perkara yang sama. Mereka tidak mendapat kepuasan dari apa yang dilakukan. Saya tegar percaya, j

Saling berbagi

Image
Oh indahnya saling berbagi Saling memberi Kerana Allah Fakhzan itu teman haji saya. Ia punya hati philanthropy atau bahasa mudahnya, orang yang suka bersedekah. Saya tidak pernah tahu sedekah itu mudah dalam tiga langkah. Satu hanya perlu punya hati, dua sedikit lebih dari rezeki dan tiga kemudian saling berbagi. Di waktu-waktu awal kedatangan kami ke tanah Haram, hanya saya boleh berulang ke masjid untuk menunaikan kewajipan. Dua rakan saya hanya menjadi tetamu bilik kerana tetamu bulanan sedang datang. Jadi mereka sedikit hampa. Dalam hati yang menggunung untuk melihat Kaabah yang agung, mereka hanya boleh mendiami kamar kecil kami di Hotel Taibah. Hari-hari mereka hanya melihat jemaah yang lalu lalang dari tingkat atas seperti semut-semut yang sedang mencari gula. Waktu azan bergema, semut-semut akan bergerak ke masjid. Usai waktu solat, semut-semut akan bertebaran pulang ke kamar masing-masing. Kami tinggal di tingkat empat belas. Jadi kami hanya boleh melihat manus

Keajaiban Mendidik dengan Hati

Saya ini sinikal orangnya. Kata orang, antara sebab saya jadi begini kerana latihan yang saya terima dalam pendidikan sangat keras dan ala-ala dalam rejimen askar komando. Kalau dalam filem mungkin macam dalam kuil Shaolin, untuk melahirkan seorang Jet Li (tapi saya tidak pernah jadi pun). Guru-guru saya mengajar saya mesti selalu objektif dan kritikal. Satu hari ada orang meminta pendapat tentang kajian yang mereka mahu lakukan. Mereka mahu mencari kaitan solat dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan. What? Mata saya bulat. Di mana objektif kajian ini? Kalau pun boleh jumpa kaitannya, kita tidak boleh terlalu pasti. Solat itu subjektif. Kualiti solat pun subjektif. Kat mana hendak dicari hubung kaitnya. Ya, saya tahu anda akan marah-marah dengan pendapat ini. Bukankah dari awal saya sudah beritahu saya sangat sinikal. Dan saya juga konsisten dengan pendapat ini. Satu hari kawan saya seorang lulusan luar negara bercerita. Kawan saya ini tidak pernah belajar selain dari luar negar

30 Tahun (1979 – 2009) dan Tetamu dari Syurga

Image
Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad. i. 10 tahun lalu – Cerpen Pertama 10 tahun lalu, saya menunjukkan cerpen pertama saya yang tersiar di majalah. Dada saya kembang, kerana ia bukti sedikit bakat Ayah tertumpah pada saya. Sangka saya Ayah juga punya perasaan yang sama. Kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau Ayah kuah, saya adalah nasinya. Tetapi sangka tetap sangka, kadang-kadang tidak menjadi realiti. Tidak. Ayah tidak berbangga pun dengan pencapaian saya. Dalam mesyuarat bersama ahli keluarga yang lain, Ayah berkomentar, “kemahiran menulis kamu perlu dilatih lagi. Adli adik kamu, lebih mempunyai potensi.” Saya menyimpan kata-kata itu lama tanpa bantahan. Satu masa saya bercerita kepada rakan baik. Kata kawan, saya marah. Saya membela diri. Adik saya pada ketika itu hanya berumur 12 tahun. Cuma 12 tahun! Beza umur kami 10 tahun. Masakan dia lebih baik. Tetapi mungkin benar saya marah kerana selepas karya tersiar pada tahun 2002, saya tidak lagi men

Biru - wordless Wednesday

Image
Kata kawan, di luar sana banyak warna. Meski kita melihat ke langit, ia tidak semestinya satu warna biru. Ada kalanya di waktu cuaca cerah, langit akan menyerlahkan warna biru menawan. Boleh jadi di waktu mendung, ia adalah biru gelap yang hampir ke hitam. Selalu langit pagi yang aman, ia menyerlahkan biru lembut yang akan menyantuni jiwa yang menghargai keindahan. Kata kawan, warna biru-biru ini kadangkala akan menjadikan kita mahu jatuh cinta. Indah. Katanya lagi, “pergilah ke luar sana, selalu pandang ke atas. Ada terlalu banyak warna biru untuk diteliti. Untuk difahami. Untuk dikasihi. Syaratnya cuma satu, harus berani melangkah ke luar”. Kata saya, “apa perlunya saya melihat warna-warna itu?” Kadang-kadang saya berfikir andai saya buta warna. Saya tidak perlu ada alasan untuk keluar. Tiada beza apa-apa. Langit cuma langit. Awan tetap awan. Ia cuma beza pada bentuk dan rupa. Ya, kadangkala kita tidak mahu, tetapi Tuhan kata yang lain. Kadang-kadang kita mahu, Tuhan menetapkan sesua

Magis

Image
i. Magis RM50 Mak selalu mengulang ketika memberikan nota RM50 untuk membeli barang dapur "dulu-dulu dengan jumlah yang sama dapat beli barang dapur untuk seminggu." Kami akan sabar mendengar benda yang sama. Tetapi bila sampai ke pasar memang begitu jadinya. Untuk belanja seminggu perlu tiga keping nota RM50. Bila tanya penjual mereka akan memberi jawapan yang hampir sama. Semua harga barang naik, kita tidak boleh elak untuk naikkan harga. Ia jadi lebih ketara jika kita berkenan kepada barang berkualiti. Mencanak-canak beza harganya. Betulkah harga barang naik atau RM50 yang susut nilai? Sebenarnya dua-dua sama. Ini kita namakan inflasi. Tapi sekurang-kurangnya kita dapat membeli sedikit barang. Tahukah anda pada tahun 2008 untuk membuat panggilan telefon di Zimbabwe memerlukan USD7 kira-kira 10 juta duit Zimbabwe. Dengar macam tidak masuk akal, tetapi kita tidak perlu pergi jauh untuk merasai kesan nilai matawang. Pergi sahaja di Indonesia, kita akan mengira duit dalam jum

Cerdik Pandai = Bijak'sana'

Image
Minggu lepas minggu yang mengujakan. Salah satunya kami berpeluang mendengar ceramah sarjana Islam, terkenal? Saya rasa beliau tidak terkenal kerana ramai juga kawan saya baru pertama kali mendengar nama Imran Nazar Hosein. Salah satu sebab beliau tidak dikenali kerana subjek dalam bidang pengkajian ialah eschatology. Macam tidak pernah dengar kan bidang ini? Ia adalah bidang mengkaji peristiwa akhir zaman, dalam konteks Imran Nazar Hosein (INH) dikaji melalui sumber Al Quran dan sunnah. Sesuatu yang sangat futuristik, sangat asing dan bagi sesetengah orang jauh dari jangkauan akal. Yang saya kagumi satu dari cerdik pandai ini ialah beliau selalu menganjurkan dengan sepenuh hati, "jangan terima apa-apa pun pandangan dari saya sehinggalah kamu yakini sepenuh-penuh tentangnya". Imran kemudian juga menasihatkan bagaimana untuk yakin iaitu "buatlah kajian anda sendiri. Buat analisa kritikal dan reason dengannya". Ini menyebabkan semua pendengar meski dari mazhab mana

Encore: Jernih Suci (Sempena Musim Exam)

Image
Jernih Suci adalah cerpen yang telah memenangi pertandingan Peraduan Cerpen Kisah Klasik Kita tempat yang ke-4 (pautan di sini ). Jernih Suci di 99 Hari Kisah Klasik di sini. Jernih Suci encore seperti dikisahkan di bawah. Selamat membaca. Selamat menempuh peperiksaan. Selamat berjaya. Semoga hasil refleks kepada usaha dan diri. Tidak berjaya kita boleh cuba lagi. Tidak apa-apa, it's normal and not end of the world. Tetapi kalau berjaya dengan jalan yang salah, ingat ini "you will be asked at the end of the world." SAYA melihat Afwan yang duduk betul-betul di hadapan meja pensyarah. Setiap kali waktu ujian dan peperiksaan, di situlah Afwan duduk. Meski datang awal bersama Afwan, saya akan mencari tempat duduk yang tersorok dari pandangan pengawas peperiksaan. Semua kawan-kawan lain pun begitu. Datang awal untuk mendapat tempat strategik, supaya di masa-masa terdesak dapat juga mengeluarkan senjata untuk menyelamat tengkuk. Senjata haram yang istilah dikenali sebagai toyo

life within works

Image
Kata senbei, carilah masa dicelah-celah masa ;) sangat bermakna. Cari meaningful texts di celah-celah texts (bak kata adik take 5 every 1 hour ).