Posts

Showing posts from October, 2012

Kisah Keajaiban

Benda-benda ajaib berlaku dengan syarat mudah yang susah, "dengan syarat kamu percaya." Rakan saya yang berpergiaan ke Haraam musim Haji tahun ini, baru saya ketahui dijemput tanpa perlu membayar apa-apa pun lagi. Maksud saya, seperti mana amalan Tabung Haji (TH) yang memerlukan kita memenuhkan tabungan sebelum mendapat peluang berangkat, rakan saya yang itu sehingga sekarang masih belum melunaskan. Sudah selesai hari-hari tasyrik, sehingga hari ini masih lagi tergantung bayaran, beliau dan suami ajaibnya sudah selesai rukun dan wajib Haji. Banyak lagi keajaiban yang berlaku, yang saya dengar dari dia dengan mulut terlongo dan air mata berjujuran jatuh tidak dapat ditahan. Bagaimana kurnia Tuhan boleh melimpah ruah kepada hambanya, berturutan dan bagai tiada hentinya? Hampir sahaja saya menjerit keluar dari bibir, "Allahu AKHBAR" setiap kali peristiwa-peristiwa kurniaan Tuhan diceritakan pada saya. Sungguh, begitu indah menjadi orang terpilih. Dan saya,

Merasa Kasih Sayang Tuhan

Image
Saya sampai pejabat lewat petang, setelah selesai mesyuarat di luar. Hari hujan. Ketika saya menyusur lorong ke tangga pejabat yang hanya dilepa simen, air menghentam zink lembut. Rintik itu berbunyi merdu, air dari atap zink masuk ke longkong. Deruannya seperti air sungai yang sedang mengalir damai. Petang ini lain, ada syahdu. Saya melihat langit yang sedang membasahkan bumi. Di celah awan masih ada lagi mentari. Ya, hari sedang hujan petang, hujan panas yang lembut. Awan belum lagi sepenuhnya hitam. Cuaca begini ada damai. Saya masih melihat kamu. Hati saya disampuk rasa, mungkin kasih sayang Tuhan sedang menyapa. Orang akan tanya bagaimana saya tahu, entah, kadangkala kita hanya perlu percaya dan rasa, Allah akan melimpahkannya untuk kamu. Sejak pagi saya disapa rakan yang nun jauh di Mina, di hari terakhir hari-hari tasyrik. Bahkan sejak dua hari lalu dia sudah menyapa saya dengan gambar yang diambil di Mekah. Ada jalan-jalan yang saya lalui di situ tahun lepa

Perempuan, Di bawah Lindungan Langit Mekkah

Image
Nenda, tiada siapa menceritakan keajaiban Nenda sehingga meresap kisah sampai ke pembuluh darah. Mereka sudutkan Nenda seolah Nenda hanya sisipan. Bukan pelaku aktif, malah bukan dilihat seperti manusia pilihan.                 Nendaku Siti Hajar,                 Musim Haji ini, cucuanda bertekad menceritakan kisah pengabdian Nenda. Di mata Allah, Nenda sebagai hamba terpilih, dari mereka yang terpilih. Berdarjat ikutan, kerana dimasukkan dalam senarai keluarga keNabian.                 Mereka melihat Nenda hanya sebagai seorang budak hitam yang diambil untuk mengasuh keluarga Nabi Ibrahim. Betapa tersudutnya Nenda, sehingga dipandang begitu kecil tidak signifikan. Sedang dari rahim Nenda, Nabi Ismail yang dikenal sebagai Dzibhin Azim. Korban paling besar yang pernah dikenal sejarah manusia.                 Nenda, mengapa Nenda Siti Hajar tidak mengeluh ditinggal seorang di padang pasir?                 Rasa apa yang bergumpal dalam dada Nenda? Ketika ditinggalkan

Hidup ini Pantulan

Sebentar tadi saya membaca status Facebook yang menyatakan kekaguman kepada seorang pakar pemasaran. Saya tidak ingat nama, mungkin Mohd Noor, sedang belajar di National Singapore University. Beliau menawarkan bengkel pemasaran yang sangat komprehesif  yang boleh dinilaikan sehingga RM50,000. Mohd. Noor memberikan secara percuma! Bila ditanya mengapa tidak mengenakan sedikit bayaran, sekurang-kurangnya untuk membayar kos perkhidmatan, kata beliau mudah. Memetik kata-kata hikmah orang lain (yang juga saya tidak ingat namanya) "Jika kita berikan keikhlasan, keikhlasan akan datang balik kepada kita. Dunia ini penuh dengan sikap mementingkan diri, kerana ramai orang memberi kerana kepentingan diri sendiri." Mudah faham dunia ini pantulan, "What you give, you get back.", "What goes around comes around." Hari ini pandanglah ke dalam cermin, yang kita lihat itulah pantulan diri. Sayangnya, kita tidak ada cermin hati, supaya ia dapat memberitahu s

Sejenak

Berhenti sejenak hujung minggu ini di hadapan skrin, demi untuk meraikan seorang rakan yang harap saya sudahpun sampai di tanah Haraam, insyaAllah. Eika, nama sahabat yang saya kenali dalam kelas perbandingan agama (Friendly Comparitive Religion) tahun 2004 yang lalu. Kelas yang mengambil masa 3 bulan, tetapi hairannya kami tidak rapat sewaktu di dalam kelas dan beberapa waktu selepas itu. Jika diambil kira dari tahun pertama kali saya jumpa dan kenal Eika, sehingga ke hari ini, pertemuan kami rasanya boleh dibilang dengan jari. Hendak kata kami sering berhubung melalui email dan SMS, tidak juga. Cuma akhir-akhir ini, bila Eika berjumpa dengan account Facebook dan bertegur sapa, kemudian kembali bertukar nombor telefon, baru boleh berhubung dengan lebih kerap. Dia rakan yang istimewa, waktu yang kami dapat berjumpa untuk menghabiskan secawan kopi akan menyebabkan kami berbual lama. Isi perbualan akan menyebabkan bercambah-cambah ilmu dan idea yang baru. Yang memungkinkan s

Kau lihatku

Image
1000 tahun kalau Kau tetapkan aku di sini Air mata tidak akan berhenti Di bawah langit menaungi Di sisi agam Rumah yang diberkahi Kau jemput Seorang pengabdi berdosa membawa langkahnya hampa Tetapi hati penuh sangka Kau tetap menerima Biar menggunung noda Tetap disisiMu layak diampuni Akulah yang meraung Sambil memagang dinding Hijir Ismail erat-erat Memandang pancur emas tidak lepas dan mengadu "Tuhan, aku sebegini dekat, tidakkah Kau nampak diriku?" Dan Kau mula memanggil "Datanglah kepadaKu." Hamba itu pun menyungkur di lantai Kaabah sehina dia, Kau tetap memandang? "Aku datang Ya Allah, aku datang." 1000 tahun selagi langit menaungi, jangan keringkan air mataku. 11 Oktober 2012 Bandar Tun Abdul Razak Jengka

Musim Haji - musim menunaikan janji-janji

Haji ialah musim menunaikan janji. Samada kita mahu fikirkan atau tidak, pernah menyebut atau tidak, ia sudah termaktub dalam rukun Islam yang sewaktu kecil dulu selalu kita ulang-ulangkan. Dewasa ini, kita tidak perlu mengulang rukun Islam yang lima lagi. Sebab kita rasa sudah cukup dewasa, sudah tahu, untuk apa menjadi seperti anak-anak kecil yang mahu mengambil peperiksaan. Menghafal dan menuturkan. Lagipun untuk peperiksaan dulu, kita sudah pun menjawabnya. Mungkin ada antara kita mendapat markah penuh sebab terlalu senang! Baru-baru ini saya disentuh dengan kisah haji seorang kakak di Facebook. Begini kisahnya: Setahun yang lalu, kami berenam (Kak Mah, Kak Ma, Kak Som, Kak Na, Na dan saya) sama-sama terpilih untuk menjadi duyuf al-Rahman. 3hb Oktober kami sama2 menaiki Saudia menuju ke kota Madinah al-Munawwarah.. Sama-sama sebilik di Holiday Villa. P Selepas 9 hari kami sama-sama menaiki bas ke Makkah al-Mukarramah. Sama-sama niat miqat di Bi'r 'Ali. Sama-sama meng

Piring TV satelite

Pernah dengar tentang Dajjal yang bermata satu? Saya pasti ramai yang tahu. Selagi kita tidak terserempak dengan makhluk ini, kita pujuk hati kiamat jauh lagi. Tahu tidak apa makna satu mata? Ia adalah kecacatan manusia yang hanya melihat melalui mata sahaja. Tanpa mampu melihat dari mata hati. Baru-baru ini status Facebook saya mendapat sambutan hangat. Bila saya ceritakan pemerhatian rakan, bahawa piring Astro diletakkan sama arah dengan arah kiblat. Ramai yang tidak percaya, ramai juga yang keluar rumah menyelidik sendiri demi untuk puaskan hati. Dan keputusannya, ya betul. Semua piring Astro kebanyakkan mengadap sama arah dengan kiblat. Kemudian mereka berkomentar untuk sedapkan hati sendiri, "ini semua kebetulan sahaja, tidak ada kena mengena dengan urusan kiblat kita." Saya senyum. Saya bukan mahu mencipta polemik atau konflik. Tetapi yang saya pasti, Allah tidak ciptakan dan izinkan sesuatu berlaku secara kebetulan. No way! Bercanggah dengan sifat Maha Kesempurnaan Tu