Posts

Showing posts from January, 2013

Pelajaran Rezeki 1

Semalam taip-taip sebab rasa macam dah lama tak menulis, sekali terpanjang pula untuk entri kali ini. Kena pecah-pecahkan la pulak ye, nanti pening berpinor pulak membacanya yob. ***** Saya pernah berbual panjang dengan seseorang yang menyesali rezekinya. Telah dua kali dia mencuba menghantar borang untuk kenaikkan pangkat. Setiap kali mencuba, syarat berubah. Menyebabkan dia perlu menunggu lagi, sehingga semua syarat telah dipenuhi. Satu ayat yang telah dikeluarkan bergaung dalam kepala sampai sekarang, “aku rasa seperti rezeki aku disekat.” Ketika dia menyebut itu, saya terdiam. Tiada kata yang boleh saya sampaikan kerana di waktu itu ternyata dia sedang berburuk sangka dengan Tuhan. Bilik yang dingin saya rasakan begitu hangat. Melihat perubahan wajah saya yang begitu ketara mungkin, dia akhirnya meredakan keadaan, “aku tahu tak baik aku fikir macam ni, tetapi entahlah kadang-kadang fikiran macam tu memang datang.” Saya masih tidak respon. Memandangkan saya tahu

Maulidur Rasul

Image
yang dirindu  biar berlalu detik waktu selalu mahu terbang pulang ke kubah hijau untuk mengadu  padamu

Belajar Secara Efektif

Ramai juga yang bertanya formula belajar yang efektif. Memandangkan jarang sekali waktu belajar saya tidur lewat kecuali ada tugasan yang perlu diselesaikan. Terutama tugasan berkumpulan, kalau individu selalu sahaja selesai awal. Waktu tidur saya tetap, paling lewat adalah jam 12.00 malam. Selalu lebih awal.  3 benda sahaja yang dibuat: 1. Mendengar 2. Mendapatkan berkat guru  3. Kenali diri sendiri 1. Mendengar Mendengar ini bukan setakat menumpukan pelajaran kepada apa yang disampaikan guru atau pensyarah. Saya adalah pendengar yang aktif. Sambil mendengar sambil mencatat. Sambil mendengar sambil cuba memahami. Itu adalah tindakan yang seiring dengan mendengar. Mendengar aktif juga adalah cuba merakamkan segala yang didapati dalam kelas dalam fikiran. Kadang-kadang saya mampu merakam suara dan nada suara yang disampaikan. Dengan itu kandungan syarahan boleh bertahan lama dalam kotak fikiran. Setengahnya, saya masih boleh recall sampai sekarang (tentu dalam sub

Berdosa ke Tanah Suci

Berdosa ke Tanah Suci. Bagaimana anda membacanya (memahaminya)? #1 kau gila ke, takkan pergi ke Tanah Suci berdosa? #2 orang yang berdosa pergi ke Tanah Suci Hakikatnya di dunia ini adalah bagaimana kita perceive (menerima) tentang sesuatu perkara. Antara dua kenyataan di atas, anda yang mana satu? Yang saya maksudkan adalah #2. Tentang pendosa yang pergi ke tanah suci, semuanya untuk mencari-cari, banyak benda yang dicari dan saya pasti salah satunya adalah pengampunan. Sekembalinya dari Haji pada tahun 2011 yang lalu saya mendatangi seorang kawan atas beberapa urusan penting. Perbualan kami menjadi melarat-larat sehinggalah wajahnya berubah dengan sejuta penyesalan. Dia seorang lelaki yang saya tidak tahu banyak pun tentangnya, kecuali dari cakap-cakap orang. Sudah tentu saya sendiri tidak mahu mendengar segala cakap orang, tetapi apabila berada dalam tempat kerja, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak. Kata dia, "aku takut Asal untuk ke tanah suci seba

Percaya - 2 Dunia

Apa yang membuatkan kita percaya, boleh kongsi? Dunia 1 Di TFTN kami bergerak secara sukarela. Kadang-kadang volunteer kami tidak ada kenderaan. Bila tiba waktu untuk bergerak mereka akan cakap, boleh tak pick up kami di tempat sekian-sekian-sekian. Volunteer yang ada kenderaan akan cakap OK boleh ambik di tempat berikut pada waktu berikut. Kemudian kami akan naik kenderaan bersama-sama dan bersembang bagaikan sudah lama kenal. Padahal tidak pernah bersua muka pun sebelum ini. Dunia 2 Saya bekerja di tempat yang agak remote. Masih kekal dengan ciri-ciri tradisional Melayu dan budaya Melayu, InsyaAllah. Buktinya, kalau tak tutup pagar rumah sepanjang hari pun tidak mengapa. InsyaAllah selamat. Pagi tadi saya nampak beberapa orang pelajar yang sedang menunggu di tepi jalan. Saya tahu tempat tujuan mereka sama seperti mana yang saya mahu pergi. Tempat kerja saya juga tu. Jadi saya pun memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan menawarkan khidmat jika mereka mahu naik kereta ber

Like cold running water

Image
The most living moment comes when those who love each other meet each other's eyes and  in  what flows between them. ~Rumi ♥ Photo ♥ Taufik Sudjatnika. Bila saya update status FB dengan gambar dan kata-kata Rumi di atas, saya mendapat komen segera "amboi amboi". Yang memberi komen, sepenuhnya faham makna bait-bait puisi Rumi, dan saya juga memahaminya. Demi Tuhan, saya berdoa dalam apa juga keadaan manusia, setiap orang dapat merasai detik sepenting itu dan mengalami berbicara tanpa perlu bibir mengeluarkan kata-kata. Ya, jangan sempitkan fahaman cinta hanya kerana gambar yang saya kepilkan bersama. Kerana ia boleh sahaja hadir antara ibu dan anak, ayah dan anak, adik-beradik, suami isteri, saudara-mara, dan tentu kawan karib tidak lupa juga antara penjaga dan haiwan-haiwan kesayangan.  Ada orang bertanya pada ketika mata bertemu, what flows between them? Rakan saya yang jauh tentu bersetuju bila saya menjawab ini, "like cold runnin

Sharing is caring

Entri lepas ramai juga yang share pengalaman mereka. Kalau ada masa nanti akan dikongsikan, InsyaAllah. Saya tidak berkecil hati pun dengan peristiwa tu (ye ke? sampai berentri bagai? tak kecil hati konon.) Betul saya tidak berkecil hati jika orang yang berbuat demikian rendah diri dan peribadi. Tetapi orang itu adalah orang yang mengajar budi pekerti, dan menegur di sana sini, salah silap adik-adik dan orang yang lebih muda. Tidak mengapalah, akhirnya saya tahu ramai yang berkongsi pengalaman dengan saya. Kita tidak seorangkan? Peristiwa begitu membuat kita mengenal wajah-wajah yang tersembunyi. Saya hanya hairan satu perkara, ketika diminta keluar itu, beliau sendiri membuat penyataan "tak pe ya, tidak kecil hati kan?" Hah. Ketawa dalam hati. Dunia ini terlalu banyak ironi. Sudah gaharu cendana pula (sambung sendiri). *******intermission******* Jangan sangka yang kecil itu anak, yang besar itu bapa. Kerana yang kecil juga boleh juga mengajari kita macam

Halau?

Hari Jumaat lalu, aku dijemput untuk satu mesyuarat. Bila tiba giliran dan aku menjelaskan kedudukan unit aku, tiba-tiba Pengerusi kata aku tidak lagi relevan dalam mesyuarat kemudian dipersilakan keluar kalau aku mahu. Errmm, meeting belum masuk 30 minit, soalnya perlukan aku diminta pergi begitu? Di hadapan mereka yang aku tidak kenal, sepertinya ada satu aura menentang di muka dan jiwa, ketika diminta keluar begitu. Soalnya, aku masih perlu berada di situ untuk taklimat khas selepas mesyuarat berakhir dan Pengerusi sudah lupa tentang itu. Kata kawan, beliau boleh sahaja menjelaskan untuk mesyuarat akan datang, aku tidak akan lagi dipanggil. Tidak perlu terburu-buru mengarahkan pergi sewaktu meeting sedang berlangsung. Halaukah itu? Hahaha. Apa yang aku buat selepas itu? Aku duduk sahaja. Belajar menjadi pemaaf dan mengajar hati tidak bergolak dengan ujaan kecil sepele seperti itu. Mendengar dan selalu tidak dengar isi-isi mensyuarat, sambil melayan mesej penting

Memahami Perubahan - 4

Image
Satu Soalan Bila mana kita melihat skop perubahan itu perlu berlaku di titik rendah, untuk mencapai titik tinggi. Mereka yang selama ini di jalan salah, kembali ke jalan benar. Itu konteks mata kita melihat dan minda kita fikirkan. Satu soalan, bagaimana mereka yang sudah berada di puncak dunia? Adakah mereka tidak perlu berubah? Ya soalan saya kepada intelektual yang sudah mencapai pencapaian tertinggi di universiti, manusia kelas atas, CEO CEO, Presiden-presiden syarikat, konglomerat, Menteri-menteri dan sudah tentu Perdana Menteri juga. Adakah perubahan tidak perlu berlaku kepada kelas tertinggi ini? Saya rasa mereka yang meneroka internet sebagai gerbang maklumat, sudah tentu biasa dengan imej Sultan Kelantan yang begitu luar biasa sekali bagi seorang manusia di kedudukan itu. Kedudukan Sultan sebuah negeri. Yang mempunyai penampilan tertentu dan khas, tetapi baginda memilih untuk hidup sederhana. Kalau para intelektual dan kelas atas ini faham tentang dunia

Memahami Perubahan - 3

Rendah Diri Harith dalam komen lepas menanyakan satu soalan "di mana rendah diri orang berwibawa?" Mempersoalkan Prof Kamil dan orang yang seperti Prof Kamil bila bercerita sering mengulang kebaikkan yang mereka lakukan.  Terbaru bila Teach for the Needs (TFTN) keluar akhbar Metro di bawah tajuk besarnya, "Dermawan" saya sendiri seperti mahu bertanya soalan yang sama "di mana rendah diri gerakan berwibawa." Baik saya kongsikan satu ilmu dari guru saya, yang dipetik dari pandangan pemikir besar Algeria iaitu Malik benNabi. Kata benNabi, satu-satu amalan (budaya) yang hilang dalam satu masyarakat, akan diganti dengan amalan (budaya) yang baru. Contohnya, amalan gotong royong dalam masyarakat Melayu sudah hilang, dan telah diganti dengan amalan pentingkan diri sendiri.   Budaya simpati dan empati dalam masyarakat kita, tidak kiralah apa pun bangsa sudah lama hilang. Kerana itu dalam akhbar yang terpampang adalah budaya baru. Termasuk porno dan

Memahami Perubahan - 2

Yang Kita Takut Satu petang, saya dapat berbincang panjang dengan rakan. Dia cerita dia sedang melakukan perubahan. Dengan masa lampau yang terlampau. Dia berdikit-dikit dengan membaca Al Quran setiap hari, sembahyang di surau dan menyatakan hasrat mahu menunaikan umrah. Kata dia, "Tapi aku takut pergi umrah sebab ramai orang cerita kita akan dapat balasan cash di sana atas semua kesalahan-kesalahan." Berubah pun ada ketakutan yang tersendiri. Kita memang ada rasa ragu-ragu meski jalan yang hendak kita itu paling baik, malah dituntut sebagai seorang manusia. Ada seribu juta sebab berubah itu sendiri perkara yang menakutkan. Satu cerita menyentuh, juga serba sedikit menyentuh mengapa ada kalanya memang kita takut untuk berubah, boleh dibaca di sini. Kenapa-ya-perlu-takut? Salah satu sebabnya, kita takut orang akan melihat kita menjadi orang lain. Kerana itu perubahan Afdlin Syauki lebih saya senangi. Berubah menjadi baik bukan bermaksud kita akan tund

Memahami Perubahan - 1

Image
Fenomena perubahan berlaku sangat ketara dewasa ini, terutama bila perubahan berlaku di kalangan artis-artis yang menukar kehidupan mereka 180 darjah. Kenapa contoh yang saya bawakan artis? Hanya artis mendapat tempat di dada akhbar, tabloid, akhbar internet, ruang gossip. Jadi kena sanggup terima di kalangan masyarakat kita, besar kecil tua muda, artis ialah bahan cerita. Pelengkap berita dalam akhbar, so deal with it. Paling terbaru ialah Afdlin Shauki, cerita perubahan beliau bukan konvensial. Berubah tetapi tidak memakai bentuk seperti Sham Kamikaze, Al Mawlid, Yatt, Abby Abadi, Bob dan yang lain-lain. Bukan mengubah pakaian, tetapi merubah tindakan. Konsisten dan lantang, namun masih dalam ruang kreatif dan berseni. Masih berlawak dan kekal bertanding dalam Maharaja Lawak Mega, tetapi tekad untuk menggunakan ruang yang ada untuk mempersembahkan karya yang mempunyai makna dan nilai. Dalam banyak hal, saya suka perubahan versi Afdlin dari yang lain-lain.  Dengan segala

Cekodok

Apa cara yang boleh kita buat, untuk membolehkan famili kita ada perasaan suka dengan aktiviti keilmuan. Errmmm, dok pening fikir, dalam masyarakat gadjet sekarang ini, macamana untuk ubah. Esok lusa, duduk concentrate kat skrin akan jadi budaya, generasi Y yang ada sekarang inilah generasi yang dibentuk ke arah itu. Ibu bapa zaman sekarang ini punya kecenderungan untuk melengkapkan setiap anak dengan gadjet skrin sesentuh yang dimuatkan dengan pelbagai games . Termasuk juga mak dan bapa budak, yang hendak membunuh waktu. Kalau suasana cukup bosan, tidak berjumpa regu sembang yang boleh diajak berbual, masing-masing akan mengeluarkan gajet masing-masing dan tenggelam dalamnya. Satu hari ketika bergerak ke kereta, saya ditegur oleh rakan sekerja, saya panggil dia Einstein. Sebab mempunyai rambut ala-ala awan Nano, memakai kaca mata dan major dalam bidang Fizik. Saya tidak perasan dia, tetapi dari tangga ke kereta, saya sedang melayan gadjet saya juga. "Kak, zaman sekarang

Bunga + Api

Malam ini, jika sepertimana norma di tahun-tahun lalu, tepat jam 12 tengah malam nanti akan ada bunyi dentuman berlawanan dari Ampang dan KLCC. Seperti biasa juga kami akan keluar di halaman dan melihat langit hitam dihiasi percikan warna warni dari bunga api. Seperti perang, bunyi kuat menandakan semarak bermula kalender yang baru. Marilah memberi makna pada bunga dan api untuk tahun 2013 ini. Saya mungkin sudah tidak begitu hairan lagi melihat percikan api yang di'engineer' dengan ketepatan supaya dapat memberi persembahan di ruang udara. Layarnya langit Tuhan yang berwarna hitam, dijaga dengan penuh gilang gemilang oleh menara KLCC. Pertunjukkan yang mahal, saya percaya menelan belanja berjuta-juta dalam nilaian Ringgit Malaysia.  Mimpi saya, duit yang berjuta-juta yang dibakar demi memuaskan hati penduduk kota atau bumi dapat diberikan sedikit kepada mereka yang masih lagi tidak terjamin makan pada keesokkan hari. Atau yang melarat berpenyakit di perbaringan ti