Posts

Showing posts from August, 2009

Peristiwa Subuh Hari Merdeka

Kawan saya kata membaca itu satu pekerjaan, jadi dia jadikan baca satu tuntutan yang dilakukan rutin. Seperti orang bekerja juga. Ada kerja adalah gaji. Ada membaca adalah benda yang akan diperolehi (untuk dia dapatkan faedah dari pekerjaan itu.) Membaca bagi saya adalah satu perintah. Kerana dalam Quran disebut Iqra'. Perkataan Iqra' itu bukan menggunakan grammar present tense atau past tense . Iqra' gunakan grammar ammar (grammar yang tidak ada bahasa Inggeris), grammar perintah. Sekarang baru saya tahu membaca itu kadang-kadang menemukan peristiwa yang lebih menarik. Semalam susah sangat saya mahu tidur. Jadi saya ambil buku Imran N. Hossein untuk dibaca. Harapnya, boleh tidur selepas itu. Baca dan baca, jadi lebih menarik, lebih susah untuk saya tidur. Tetapi saya telah pun letih. Jam pukul 3 pagi. Tidak boleh lelap lagi. Behenti sekejap buat benda lain kemudian sambung baca lagi. Pukul 4 pagi masih belum boleh tutup mata. Saya ke dapur, memanaskan makanan untuk d

Media: Mengapa kita beralih?

Sepanjang masa kita disogokkan dengan berita. Kita sukakan berita kerana ia bersifat semasa dan membuatkan kita makhluk berpengetahuan dan tahu apa yang sedang berlaku. Dan berita akan membantu untuk menilai tentang sesuatu, terutama politik, pandangan awam, kerajaan, peristiwa, manusia sejagat dan sebagainya. Untuk membolehkan penilaian dibuat, kita perlukan data. Sebagai contoh, untuk membolehkan awam menilai mengenai misteri kematian Teoh Beng Hock, kita akan bergantung dengan data-data semasa. Awal dulu, pelbagai prejudis terhadap kes ini berkembang biak kerana kita disogokkan dengan data-data tidak lengkap. Penilaian kita juga akan berubah dengan peningkatan data yang diterima. Kerana itu inkues ditubuhkan supaya data-data bersifat lebih empirik ditemui dan dengan itu penilaian akan lebih objektif (tapi sama juga, walau ada inkues dan laporan dari siasatan kita juga jadi semakin keliru dan celaru). Tapi kita orang awam. Kita dibekalkan dengan data yang datang dari media sahaja. Ba

Berbuka: Bersederhana & Tragedi Hari Pertama

Mulai tahun ini berazam, untuk memerhatikan kalimah-kalimah peringatan tentang makanan dan berbuka. Kata Nabi, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kata Ustaz di MHI, kita sudah tersalah konsep. Dermawan kita memperuntukkan RM1000 untuk menjamu orang makan untuk berbuka puasa sehari. Dengan pengiraan seorang dengan harga RM10, jadi orang yang suka berderma boleh menjamu sehingga 100 orang makan. Kata Ustaz, menjamu orang makan ketika berbuka ialah dengan memberi makan sekadar berbuka, iaitu cukup jika dapat memberi mereka makan tamar. Bukannya untuk mentekedarah (bak kata orang Melaka - p/s jangan marah, petikan dari pesanan Ustaz di MHI). Dalam konteks kita orang Malaysia, kita memang suka makan tamar. Sebagai sunnah Nabi, tambahan sudah banyak tamar beaneka jenis di pasaran yang menggunakan label Yusuf Tayoob, Sun sweet dan banyak lagi. Untuk memikirkan orang kita cukup ke makan tiga biji tamar aja untuk berbuka puasa, agak kurang pratikal. Kita kan suka makan nasi. Berse

Ramadhan: KPI (Petunjuk Prestasi)

Saya tertarik dengan satu ceramah di Masjid Al Ansar hujung minggu yang lalu mengenai Ramadhan. Ia disampaikan dengan cara yang sedikit berbeza. Ustaz memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Stephen Covey 'Begin with end in mind' . Frasa itu merujuk kepada, jika kita mahu sesuatu perkara dilaksanakan dengan efektif (berkesan), kita kena tetapkan dahulu apakah hasilan yang dimahukan. Sebagai contoh, katalah mahu masak. Tetapkan dahulu resepi apa baru proses memasak itu berlaku dengan kadar yang cepat dan berkesan. Jangan pula masuk dapur lihat sekeliling dan kemudian baru berfikir apa yang mahu dimasak. Rancang itu dan ini, akhirnya bila hendak mula baru teringat beberapa bahan masih tidak ada. Akibatnya perlu pula ke kedai. Masakan yang boleh disiapkan dalam tempoh 20 minit, disiapkan dalam masa 2 jam. Begitu juga dalam berpuasa. Kata Ustaz, apa yang disampaikan oleh Covey lama sudah ada di dalam Quran. Allah telah mengajar manusia 'begin with end in mind' lebih d

Menjelang Ramadhan: Hujung Minggu yang Bermakna

Tidak sedar kita sudah pun berada di gerbang Ramadhan. Ia adalah bulan yang diraikan, ditunggu penuh rindu kerana kesempatan yang dikandung terlalu banyak tidak dihitung. Telah diulang-ulang ayat kewajiban Ramadhan di masjid dan di peti email, moga kali ini langkah ke daerah fitrah mengenalkan kita pada diri kemudian mengenalkan kita pada Allah. Bermula hari Jumaat saya bermarathon dengan memandu dari Pahang-Putrajaya-Keramat-Bandar Tasik Puteri. Tujuannya untuk menjayakan bacaan surah Al Baqarah dan Yaasin di rumah abang di Rawang. Ia rancangan yang tiba-tiba, dari bonda dan alhamdulillah, jika Allah mengizin maka tiada siapa pun boleh menghalang. Juga secara kebetulan, ia adalah perjumpaan sebelum Ramadhan, agar kami saling memaafkan, merapatkan tali siraturrahim, menggengam tangan bersalaman rasa bersaudara yang akrab. Ya, pertemuan sekali sekala, dirai sepenuhnya. Menyedari bilangan kami semakin mengecil, ia menjentik nurani seni yang halus. Pertemuan dengan bacaan surah Al Baqar

Kotiam Ghadir 2: Sembang Kedai Kopi

Image
A1 : Dengan props yang sedemikian ringkas, tempat yang begitu terhad, penata cahaya dan bunyi yang begitu daif, pementasan juga boleh dijalankan. Pokoknya jika hendak seribu daya. Saya : Ya, dan kau perlu belajar tentang kedhaifan dan kekurangan boleh jadi motivasi paling kuat untuk kejayaan. A1 mengangguk-angguk. A2 : Jangan bimbang, kita sudah merancang untuk membeli tanah. Jika sudah ada, kita membayangkan untuk membina bangunan 5, atau 12 atau 14 tingkat. Saya : Wah hebat-hebat. A2 : Tapi ada juga rakan saya mencadangkan, mungkin juga boleh buat bangunan 8 tingkat, 5 tingkat lagi basement. Atau 9 tingkat dan 5 tingkat lagi juga di buat sebagai basement. Saya : Bolehlah nanti persembahan dipentaskan di situ. A1 : Tapi respect betul persembahan teater tadi. First time tengok. Dengar perkataan teater jer dah rasa malas nak pergi, tapi tidak sangka teater juga boleh menjadi begitu menarik. 1 jam 30 minit rasa macam sekejap aja. Dengan empat orang pelakon, ia sudah menjadi satu perse

Kotiam Ghadir: Sembang Kedai Kopi

Image
Siapa kata sembang kedai kopi sembang ringan tidak menggugah minda? Jika anda beranggapan demikian, bermakna anda masih belum lagi ke Kopitiam Ghadir. Malangnya, ia adalah kedai kopi di kota kecil dan terpencil. Wujudnya dari 13 - 16 Ogos 2009 sahaja. Masih berpeluang, jika berkesempatan. Untuk esok 16 Ogos ada 2 kali persembahan, pada jam 3.00pm dan juga jam 9.00 malam. Bertempat di: ITNM di Wangsa Maju. Untuk penggemar seni, ia teater muzikal yang menghiburkan. Untuk pengkagum wacana, ia sarat dengan hujah. Untuk pengkarya, untuk menulis naskah teater adalah cabaran tertinggi. Apatah lagi mementaskan, dan lagi diuji dan dicabar dengan pelbagai halangan. Untuk pengkaji dan pemikir, ia adalah satu teater yang sangat berani dan menggugah. Berani? Anda harus ke sana untuk merasa sendiri kopi yang dibancuh di Kopitam Ghadir. Kami, untuk teater Islami ini, ia secukup rasa! Tahniah untuk pengarah, pelakon, penggubah lagu dan lirik, dan krew produksi. p/s: gambar di atas adalah salah seor

Ustaz Asri 'Telah Pergi Tak Kembali'

Image
antara niat dan manis bicara satukan di dalam denyutan dimana jiwamu pasti bahagia kembali bersemi insani itu antara bait nasyid yang diingati. Suara Ustaz Asri didengari semenjak kecil dan nasyid-nasyidnya menjadi mainan bibir. Suara Ustaz Asri adalah antara suara yang membesar kerohanian saya. Lagu-lagu yang dibawa adalah refleksi keperluan kesenian hamba tetapi tidak pula sampai melupakan Pencipta. Sehingga tertubuhnya Rabbani, dengan elemen muzik nasyid techno, tetapi masih mengekalkan lirik membangunkan jiwa. Suara Ustaz Asri juga berkumandang di dalam TV melaungkan azan memanggil manusia untuk menunaikan janjiNya pada Allah. Al-Fatihah: Ustaz Asri 3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009

H1N1 - Doa

Image
Siri entri mengenai H1N1 bukan bertujuan untuk mencetus panik, tetapi setiap dari kita tentu bertanya apakah yang sedang berlaku. Semalam berita melapor jumlah kematian terbesar dalam satu hari: 9 orang sejak kita mendengar mengenai penyakit ini pada Jun/Julai lalu. Jika dicongak dan kiraan ini tidak salah jumlah kematian adalah 27 orang dalam masa 1 bulan? Kerajaan mungkin tidak bercadang untuk mengisytihar state emergency atau darurat dan kita sendiri tidak tahu mekanisme kerajaan, pada angka kematian ke berapa baru kerajaan akan umumkan satu gerakan secara besar-besaran untuk mengekang penularan wabak ini. Tapi yang betul, di tempat saya ramai yang telah memakai topeng muka. Doktor pula berkali-kali memasukkan pesanan dalam e-mail untuk memberitahu tindakan dan apa yang perlu dilakukan bila perlu berkomunikasi dengan orang. Doktor juga memaklumkan statistik pesakit yang datang ke klinik untuk rawatan bertambah 3 kali ganda. Bila terdengar bersin dan batuk, ramai mengeluarkan sap

H1N1

Maklumat yang masuk dalam peti inbox. Moga dapat manfaat. Kematian sudah mencecah angka 18. Tiada jaminan kerana ia adalah menyerang semua, tiada pengecualian. Baik yang muda atau pun tua. Tiada vaksin, tiada ubat penawar. Bergantung penuh kepada sistem imun semulajadi manusia. Buat masa ini bergantung kepada antibodi natural untuk menentang virus ini. Berdoa, ya kita berdoa. Dan elakkan dari berada di tempat ramai orang. High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman. Beginner stage Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat... Second Stage Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I. Critical Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered

Penyair Rendra telah pergi

Image
DOA SEORANG SERDADU SEBELUM BERPERANG Tuhanku, WajahMu membayang di kota terbakar dan firmanMu terguris di atas ribuan kuburan yang dangkal Anak menangis kehilangan bapa Tanah sepi kehilangan lelakinya Bukannya benih yang disebar di bumi subur ini tapi bangkai dan wajah mati yang sia-sia Apabila malam turun nanti sempurnalah sudah warna dosa dan mesiu kembali lagi bicara Waktu itu, Tuhanku, perkenankan aku membunuh perkenankan aku menusukkan sangkurku Malam dan wajahku adalah satu warna Dosa dan nafasku adalah satu udara. Tak ada lagi pilihan kecuali menyadari -biarpun bersama penyesalan -Apa yang bisa diucapkan oleh bibirku yang terjajah ? Sementara kulihat kedua lengaMu yang capai mendekap bumi yang mengkhianatiMu Tuhanku Erat-erat kugenggam senapanku Perkenankan aku membunuh Perkenankan aku menusukkan sangkurku dipetik di sini Belasungkawa untuk WS Rendra meninggal dunia pada 6 Augustus 2009. Seorang penyair Indonesia yang juga punya ramai pengikut di Malaysia. * Walau tidak

Untuk Pejuang Ilmu

Kata-kata semangat untuk pencinta dan pejuang ilmu. Moga sentiasa diperteguhkan jiwa :) 'Ketahuilah bahwa tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan dan tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal'.

Mukhsin yang bebas nilai

Semalam adalah hari sambutan Yasmin Ahmad yang ditaja sepenuhnya oleh TV3. Satu liputan meluas selama 1 jam dalam slot majalah 3, rancangan majalah paling eksklusif signifikan dengan liputan terperinci dan memberi informasi padat. Kemudian ditayangkan siri iklan hasil dari buah tangan Yasmin diikuti dengan filem Mukhsin selama 2 jam seterusnya. Menghormati peristiwa besar untuk TV3, saya meninggalkan kerja yang lain dan menonton Mukhsin. Apa ada pada Mukhsin? Mukhsin adalah sebuah filem yang diceritakan lain dari apa yang boleh kita dapati dari sebuah filem Melayu Malaysia. Sebuah cerita dari sebuah keluarga Melayu yang biasa yang menongkah kebanyakkan tradisi yang luar dari lingkungan budaya Melayu. Yasmin dengan kata lain cuba bercerita tentang liberalisasi budaya dan mempromosikan keterbukaan dalam berfikir melalui sudut pandang Mukhsin, Orked dan keluarganya. Dalam sisi yang lain Yasmin bercerita tentang sifat orang Melayu tipikal yang serba negatif dan menjadikan unsur dengki pada