Aneh-aneh: Pinjaman

"Dia kata Akak bodoh." Saya terperanjat spontan bertanya, "Siapa yang cakap begitu?" "Ustaz." "Ustaz?" "Ya Ustaz." "Dia mengata belakang ke, mengata depan-depan?" "Depan muka akak ni dia kata camtu. Dia kata 'Akak ni bodoh, ada peluang buat pinjaman tak mahu ambil. Buat rugi je'." Itu konfrantasi antara seorang kakak dan Ustaz yang belaku yang mengejutkan saya. Kakak ini bukan graduan agama, tetapi tegar menjunjung prinsip agama. Baru-baru ini beliau memberi kereta mewah baru. Ya, tidak salah membeli kereta baru tetapi yang menjadi isu kakak ini membeli dengan tunai ( cash ). Alasan dia kukuh, pertama dia memang mampu dan punya simpanan, tidak memeningkan kepala untuk membayar bulan-bulan, sudah selesai mengerjakan yang wajib dalam tuntutan agama (umrah dan haji) dan tentunya kerana tidak mahu terjebak dengan mainan kapitalis bank serta bersubahat dengan interest (riba'). Saya masih lagi tidak puas hati ...