Posts

Showing posts from May, 2008

Hati Putih Ibrahim

Image
Solat kita 5 kali sehari semalam hanya sah, jika nama Nabi Ibrahim dan keluarganya diucapkan dalam tahiyyat. Diiringkan dengan Rasulullah dan keluarganya. Begitulah Nabi Ibrahim dan Rasulullah sawa dimuliakan. Kenapa? Kerana hati Ibrahim putih. Bulatnya trasparent. Cintanya satu. Hidupnya demi Satu. Ibrahim menunjukkan jalan untuk hidup dan mati demiNya. Tiada satu tujuan hidup lebih mulia dari itu. Hati putih Ibrahim menafikan tujuan hidup selainNya. Dan ini tujuan yang terulung. Ibrahim sanggup dimasukkan ke dalam api demiNya. Ibrahim kembara meninggalkan keluarga demiNya. Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di lembah Mekah yang gersang, tanpa orang, tanpa air, tanpa makanan, tanpa ada kepastian yang harapan akan menjemput demiNya. Ibrahim sabar dan redha tidak dikurniakan anak sehingga renta demiNya. Ibrahim rela leher anak yang dianugerahkan lewat usia 80 tahun dikorbankan demiNya. Hati putih Ibrahim. Dalam Quran, Ibrahim dikurniakan tingkatan Imam. Imam dalam bahasa Melayu ialah

mahu terbang

Image
memandang sayup luar jendela dalam sunyi senja langit biru mulus ku depangkan tangan luas-luas dan terbang seperti helang!
Image
Moga juang sentiasa ada di hati kita. Fi sabilillah. sumber gambar klik .

Batu Putih di tangan orang lain

Hujan lebat tadi. Sangat. Hingga kami adik-beradik terpaksa berhempas pulas memikirkan untuk menyelamatkan harta benda dari dirosakkan terus hujan yang menggila. Benar. Rumah kami atapnya telah bocor. Meski berkali-kali orang datang membaiki. Betul kami telah memanggil kontraktor yang berpengalaman yang tahu membaiki atap yang bocor. Agaknya kami tidak bersungguh mempertahan. Kerana itu atap rumah bocor lagi. Dalam hujan lebat, dalam menyelamatkan Quran gemulah ayah, Batu Putih di tangan orang lain.

Mengembara ke daerah Blog

Dalam membaca pesan-pesan ketika mengembara ke daerah blog, saya terserempak dengan kata-kata yang indah. Dinukilkan di sini, peringatan untuk saya, untuk kembali menilai dan merenung diri. Ya, sehingga kini saya masih tertanya-tanya, dunia ini seperti apakah? 'Nursi mempertegaskan, wanita adalah hulubalang atau perwira kepada tajalli sifat Jamal Allah. Wanita adalah hero kepada sifat rahmah, ra'fah, hanan dan syafaqah. Sifat-sifat ini guna untuk mendidik keluarga, suami dan anak-anak. Bukan guna buat merosak lelaki. Bukan pula memburu persamaan hak. Lelaki dan perempuan punya tanggungjawab yang berbeza, sebab itu dikurnia fisiology dan psychology yang juga berbeza. Lelaki dan perempuan tidak pernah ada persaingan atau perlumbaan dalam dunia ini, kerana tidak akan ada sesiapa yang menang. Dua makhluk ini tidak perlu bersaing sama sekali, malah perlu lengkap melengkapkan. Allah menjadikan lelaki dan perempuan adalah untuk saling menyempurnakan. Masing-masing punya tugas dan tang

Korban

Image
ini sumpah khalil dari bapa Ibrahim yang diserah tenggorok rela digoyok meski nubari jeda dalam pasrah yang agam yang tinggal Sa, Tunggal yang lain hilang, fana gempita bukankah katamu cinta perlu korban dan demi keagungan rela-redha-serah sungguh tidak berhimpun dua kutub tetap kekal dalam aturan keabadian khali nanti yang menjemput malaikat syurga senyum cahaya mentari akan binasa kecuali Sa legasi korban agung juang jangan lelah!

Mencuri Masa Sebentar - Zawan Baba

Dia, sosok hampir tidak disedari kehadirannya dalam ruang 3 matra empat persegi di Hotel Radius Ampang (sewaktu bengkel penulisan Penulis Muda DBP). Tapi saya yakin pasti dia lapis lazuli yang tersimpan jauh dalam mantel bumi sebelum di keluarkan oleh letus gunung berapi. Saya mungkin hampir tidak mengenalinya terus, jika bukan kerana adik yang selalu mempromosi dia sebaik mungkin. Dan saya bertemu dia dalam beberapa kesempatan dalam lif dan di lobi hotel selepas selesai program. Zawan Baba, tidak adil untuk saya setakat memperkenalkan dia di sini dalam ruang masa yang kecil. Bacalah buah tangan di Mingguan Malaysia yang telah membuat saya tercengang dalam ruang dimensi yang tidak bersempadan. Kenali sosok Zawan Baba di sini dan blog di sini . Saya bersyukur, kerana antara lain, saya telah menilai cerpennya yang dibacakan di Hotel Radius sebagai karya yang mempunyai elemen humor sangat natural (untuk penulis baru, ini sangat mengkagumkan). Saya sangat ingin untuk review 'Cahaya Da

Jadilah Guru yang Terbaik

Sempena Hari Guru, Selamat Hari Guru. Paling utama Guru kepada sekalian Guru, Nabi Muhammad sawa. Imam-imam yang mewarisi ilmu dari Rasulullah. Untuk semua Guru-guru, Ustaz Ustazah, Teachers, Pensyarah-penyarah, Profesor-profesor, Guru teknikal, Guru non-teknikal, Guru rujukan agama, Guru falsafah dunia dan akhirat, Guru yang menulis buku yang membolehkan ilmu dibaca walau merentas benua, Guru yang mengajari menulis, Guru yang membuat saya menulis semula, bakal Guru-guru saya. Untuk Guru-guru Adik saya, dan Guru-guru Adik-adik saya yang lain. Salam dan sejahtera untuk kalian di dunia dan akhirat. Perhargaan di blog ini tahun-tahun yang lalu di sini dan di sini . Kupanjatkan doa untuk kalian, sentiasa. Untuk semua Guru-guru dan bakal guru (ya! anda), jadilah Guru yang terbaik. Nilailah pelajar-pelajar dengan apa yang patut mereka dinilai, supaya mereka boleh menjadi manusia yang sempurna dan tidak bersandar dengan harapan palsu. Moga Hang Nadim akan lahir lagi di Malaysia, dan lebih ram

Mahu tersenyum

Image
Dedikasi untuk sahabat. Kamu adalah lapis lazulli, moga satu hari akan bersinar terang sehingga menyilau mata orang yang memandang. Gambate! Juang ajo, jangan lelah! Kawan-kawan saya, mereka yang dihimpit rusuh. Tiada satu dalam kamus harian mereka tanpa ujian, kadangkala terlalu mencabar, kadangkala kecil tapi disebabkan amarah, hati dan bibir selalu saja merungut. Merungut untuk melepaskan tekanan, bukan untuk mencipta polemik. Akhirnya saya melihat mereka dengan tersenyum. Saya bertuah sebenarnya dianugerahi dengan rakan-rakan jenis ini. Dalam tidak sedar saya berada di sekeliling mereka yang sedang dan bakal mencipta kehebatan, mungkin juga sejarah. Benar! Saya percaya ini dengan sungguh-sungguh. Mengapa? Kerana fitrah duniawi sejak dunia tercipta seperti ini; mereka yang dibeban tekanan dan ujian adalah mereka yang terpilih. Sama seperti batuan bumi yang paling diiktiraf dunia: berlian atau dalam Baha sa Inggerisnya: Diamond (pada rakan-rakan saya yang tidak berapa fasih Bahasa

Persoalan Mimpi

Image
Persoalan tentang mimpi, mmm, misteri. Saya menganggapnya begitu, masih begitu. Lebih-lebih sekarang, ia punya elemen mistik (ada orang tersenyum tika ini). Persoalan ini pernah disentuh dulu, di sini. Bagaimana kaitannya dengan penemuan sains sebagai metodologi saintifik yang digunakan oleh Ibn Sina, di sini (juga ada orang tersenyum melihat nama ini diulang berkali-kali, sukahatilah dik). Dan soal mimpi bukan soal remeh. Bukan soal tidak ada nilai. Bukan soal melayan yang aneh-aneh (ada tak orang tersenyum di sini?) Begini, mengapa kita menganggap soal mimpi soal berunsur khayal yang tidak punya nilai? Sebab secara ringkasnya, epistemologi tentang pengalaman beragama telah dipesongkan oleh praktis zaman moden ini. Dimana kita telah diajar, hakikat, adalah segala-gala yang boleh dicerap dan dibuktikan secara saintifik. Perlu cerapan, perlu alat, perlu model matematik, dibuktikan mempunyai bentuk yang berulang-ulang dan konsisten, dsb. Terima kasih kita kepada Frued kerana membuatkan

Lagi tentang doa

Image
Sekejap sahaja, sebelum terlupa (maaf jika masih belum dapat menulis dengan kandungan yang sepatutnya) Bacaan pagi tadi. Dalam kaedah saintifik, untuk mencari jawapan kepada persoalan falsafah tabii atau cabang sains yang kita fahami hari ini, ada sarjana Barat mengusulkan bahawa metod untuk mencari jawapan kepada sains tidak semata terhad kepada kaedah pemerhatian (observation) dan cerapan secara teratur. Koestler (1984) juga mengusulkan kaedah ilham, mimpi dan amalan mistik. Jadi kaedah non saintifik ini juga dianggap kaedah saintifik. Pendek kata, ilham dan mimpi dapat diguna pakai sebagai kaedah untuk mendapat jawapan kepada persoalan ilmu (juga dalam persoalan kehidupan). Ini lama dulu diusulkan oleh sarjana terunggul dunia Islam, Avecenna (Ibn Sina). Dalam banyak keadaan, Ibn Sina memecahkan persoalan rumit dengan bertafakur (saya percaya dalam disiplin ibadah ruhaniah yang praktikal dan istiqamah). Bagi Ibn Sina sendiri, kaedah cerapan dan pemerhatian secara saintifik tidaklah l

Hari Pekerja dan maknanya pada anda

Image
1 Mei adalah hari pekerja yang disambut secara global di seluruh dunia. Lebih dikenal sebagai Hari Buruh. Ia hari mengenang pergerakkan persatuan buruh sewaktu Revolusi Industri lama dulu. Hari kemenangan golongan yang dikerah keringat habis-habisan ke atas kapitalis yang tidak berperikemanusiaan dan menindas. Bayangkan, bekerja dalam tempoh masa 10 hingga ke 16 jam sehari. 6 hari seminggu tanpa sungguh dipedulikan tentang kesan fatigue kepada mental dan moral, kerja yang tidak digilirkan, kesihatan dan kebajikan yang tidak diendah. Juga eksploitasi ke atas pekerja kanak-kanak kerana pada waktu itu kilang yang ada semakin besar, operasi berskala besar, sehingga majikan (kapitalis) tidak pernah rasa bersalah mengerah sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Hari buruh bertitik tolak pergerakkan yang mereka panggil sebagai eight hour day . Pembahagian dalam satu hari kepada 3 segment 8 jam. 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk berekreasi dan 8 jam untuk berehat. Dan usaha golongan kiri menu