Posts

Showing posts from May, 2013

Sebelah Sayap - Matluthfi

Image
Tahniah kepada Matluthfi yang telah mengarah drama pendek ini dengan sinematografi yang cemerlang, lebih dari itu mesej yang sangat cemerlang. Juga kepada rakan-rakan yang begitu berkesan seni lakon mereka. Saya percaya, muvie ini dibuat sepenuh hati kerana ia sampai ke dalam hati. Di petang-petang yang redup dan sejuk ini, saya menghayati. Satu rakaman realiti yang dibuat dengan bentuk drama. Alangkah bagusnya kalau drama-drama kita menyiarkan sesuatu seperti ini, penuh nilai, penghayatan, dan memberikan kita harapan. Tidak perlu cerita berjela berpuluh-puluh episod dengan sentimen, keganasan, pesimisme, segala yang buruk-buruk sedangkan episod pengajarannya dibuat di hujung untuk cuma satu episod ringkas dan klise. Jauh dari drama ini, saya memandang diri, sekeliling, dan persekitaran. Kita tidak jauh dari drama ini, barangkali ada yang terimbas di fikiran ketika menghayati lakonan, dialog dan aksi yang ditayangkan. Kita mungkin salah seorang dari watak-watak dalamnya

Al Mahdi: Hadiah Kepada Kemanusiaan 2

Image
2011 kami mendirikan Teach for the Needs (Malaysia) Berhad (TFTN). Dalam banyak ujian, ujian untuk dapatkan latihan kepada sukarelawanlah yang paling merungsingkan saya. Kami pertubuhan sukarelawan pendidikan yang bergerak sepenuhnya atas komitmen masyarakat, dengan maksud, dana kami cukup terhad. Untuk dapat menghantar sukarelawan mendapatkan latihan yang bersesuai adalah sangat memakan kos. Dalam pertimbangan BOD, duit-duit yang diterima dari masyarakat adalah lebih wajar untuk kita salurkan terus kepada anak-anak yatim/miskin di bawah kelolaan TFTN berbanding memberi latihan kepada sukarelawan. Walaupun jauh di sudut hati saya mengatakan bahawa latihan itu sangat penting. Kerana kebanyakkan sukarelawan kami tidak mempunyai latar belakang mempunyai ilmu khas dalam perguruan, tetapi sangat komited untuk menyumbang kepada masyarakat. Sehinggalah dalam banyak keadaan, saya menzahirkan keluhan saya kepada rakan, "kalaulah Prof Al Mahdi masih hidup, Prof tentu akan sponso

Al Mahdi: Hadiah kepada Kemanusiaan 1

Saya akan ceritakan kepada kamu, peristiwa magis yang dituai dengan hati percaya. Saya juga akan kongsikan, bahawa menunggu itu indah, menunggu itu ada seninya. Seperti bumi yang diliputi kabus tebal, di baliknya ada sinar matahari. Cahaya itu tetap ada menyinari meski samar-samar, kita hanya perlu menunggu sehingga kabus pergi dan matahari bersinar terang kembali. Entri ini khas saya tulis untuk Prof. Dr. Muhammad Al Mahdi. Yang saya hanya kenali namanya, kerja-kerja akademik dan pembangunan manusia, pencapaian ilmu yang sangat luar biasa, yang saya sangat mahu berjumpa tetapi tidak diizinkan kerana beliau sudah lama meninggal, pada 2006 yang lalu. Prof. Al Mahdi adalah seorang manusia biasa, yang pernah berjalan di bumi Tuhan penuh kesombongan. Namun bila kebenaran terkuak di hadapan pintu kesedarannya, Prof. tunduk dan berserah. Prof. Dr. Al Mahdi tidak syak adalah hadiah kepada kemanusiaan. Sekurang-kurangnya, itu pengiktirafan yang saya mahu berikan kepadanya, jika orang

Sahabat Gua 2

Saya menyenangi Sahabat Gua (Ashabul Kahfi) , sejak dahulu. Sejak saya mampu membaca kisah mereka secara terperinci dalam perjuangan mereka menentang pemerintah despotik yang tidak berhati perut. Malah menghalang mereka untuk tunduk kepada fitrah, kembali kepada Pencipta Yang Esa. Mereka dipaksakan untuk menerima Tuhan Manusia, bukan Tuhan Pencipta Manusia. Mungkin seawal umur sahabat muda itu saya mula membaca kisah Tamlikha dan 6 sahabat, bersama seekor anjing yang dinamakan Qitmir. Penentangan mereka kepada Raja Diqyanus. Begitu berkesannya kisah ini dijiwa saya. Ada satu masa ketika di kolej saya menulis pementasan Sahabat Gua, tetapi malangnya tidak pernah dilakonkan.  Ketika menulis, saya merasai semangat mereka masuk. Mereka, Tamlikha dan kawan-kawan juga adalah orang muda, sama seperti sahabat muda itu. Tamlikha dan kawan-kawan adalah pegawai Istana yang berpengaruh, penting, bangsawan dan kaya raya. Keputusan mereka ditunggu Raja Diqyanus dalam urusan pemerintahan neg

Sahabat Gua 1

Seorang sahabat, selalu berbicara dengan suara yang rendah dan lembut. Di sebalik diam dan tenang, dia mempunyai mata memerhati, otak berfungsi dan hati yang tidak mati. Cuma akhir-akhir ini difahamkan dia menganggap diri sebagai makhluk anamorphic. Satu terminologi yang sangat asing di telinga. Katanya, anamorphic lebih berjiwa seperti kehidupan dalam gua, gelap dan suram. Susah untuk difahami, seorang individu yang mempunyai suara penuh kelembutan, tutur kata yang sopan, pemikiran jauh dan matang, hati yang hidup dan pemberani, menganggap diri sendiri sebagai sahabat dalam gua. Barangkali dia masih belum nampak keistimewaan unik, yang tidak dipunyai oleh orang lain. Satu hari, sahabat muda ini datang menjumpai di bilik. Akhir-akhir ini bilik menjadi begitu terbuka untuk menerima orang masuk dan keluar. Terutama dari anak muda pewaris generasi, bangsa dan negara. Menerima mereka walau dalam keadaan sibuk, semuanya kerana terasa terhutang budi.  Mereka inilah yang me

Puisi untuk Guru

Seperti mana 16 Mei setiap tahun, ia adalah hari yang diraikan penuh sedar bagi setiap manusia yang pernah bergelar anak murid. Guru sentiasa hidup dalam hati, dan punya makna tersendiri. Tiada inci dalam penghidupan saya, fizikal, mental, dalam roh, jiwa tiada kesan kehadiran mereka. Guru pertama kita adalah ibu dan ayah, kemudian guru-guru di sekolah, sekolah menengah, universiti. Mereka yang bersaing dengan saya, yang bertembung dalam satu detik dalam kehidupan saya, yang mengajari, berkongsi,  menegur, menasihat, mengingat. Tiada ucapan yang lebih indah seperti dihantarkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang. Terima kasih Cikgu, kerana hadir dalam hidupku. Mengajarkan apa yang aku tidak tahu dengan sepenuh kasih sayang. Terima kasih Cikgu, kerana menunjukkan ku jalan menjadi manusia, yang punya belas dan ihsan, sehingga ku dapat kembali pulang ke pangkuan Tuhan. Semoga Allah menyayangi, lebih dari kemampuan kami menyayangi. Seluruh kehormatan, kesejahteraan dan bahagia untuk Ci