Posts

Showing posts from June, 2012

Ajari kami menghayati, Cikgu

Sejak dahulu saya kagum dengan guru-guru. Betapa ilmu mereka mengkagumkan, dan bagaimana dengan tunjuk ajar yang minimum membolehkan anak murid mendapat kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Akhirnya mereka menjadi profesional yang berkhidmat untuk negara dan syarikat multi-nasional. Saya selalu sayang guru. Mungkin kerana arwah Ayah saya juga seorang guru. Saya selalu ingat ketika di sekolah agama rendah (saya hanya belajar sekolah agama rendah dua tahun iaitu darjah 5 dan 6 sahaja), ketika kami diminta membuka kitab Akhlak. Bukunya lebih besar dari buku Sejarah, Fiqah dan Tauhid. Tetapi lebih nipis. Kulitnya berwarna kuning dan muka depannya gambar masjid dengan kubah yang bulat dan besar. Antara pelajaran akhlak ialah tentang hormat ibu bapa dan kemudian guru. Pelajaran akhlak inilah yang paling meresap dalam jiwa. Entah bagaimana? Jiwa anak-anak saya begitu. Lantas pelajaran apa pun untuk saya jadi mudah. Meski saya tidak pernah bersekolah agama dari darjah 1 hi

Efektif dalam Menuntut Ilmu

Adik-adikku yang disayang, Dulu kau minta nasihat bagaimana mahu menjadi pelajar yang cemerlang. Sudahku katakan teknik belajar paling efektif telah ditunjukki Nabi. Ketika Nabi di Gua Hira', Jibrail menyebut Iqra' tiga kali sebelum Nabi melafaz ayat yang sama. Jawapannya pada mendengar. Nabi menunjukkan cara bahawa belajar itu hulunya bukan membaca teks, tetapi fokus mendengar. Jangan merungut bila guru mengulang banyak kali. Ia adalah untuk tujuan ingat. Supaya suara gurumu bergema di telinga dan dalam hati ia meresap. Doaku, moga redha Nabi meliputimu adikku, ketika kau melaksanakan sunnahnya dalam menuntut ilmu.

Memaknakan semula erti memberi

Minggu lepas yang lalu, Teach for the Needs (TfTN) telah memberi saya peluang meneroka ruang baru. Saya diberi ruang oleh mereka yang berhati nurani untuk bersama-sama mereka memperkenalkan program tusyen percuma untuk anak-anak yang tidak bernasib baik. Berada di tengah sekelompok yang percaya bahawa peluang itu patut diberi samarata, tidak kira miskin atau kaya, telah memaknakan semula erti memberi. Duta-duta kami adalah guru-guru yang mewakafkan sebahagian dari masa untuk mengajar mereka di kelas corot dan tidak berkemampuan untuk berada di kelas tusyen. Lebih membanggakan pelatih guru yang belum lagi bergraduasi, tetapi sudah tahu mahu berperanan di mana. Mereka ini pergi ke rumah anak yatim dan juga mewakafkan masa mereka untuk mengajar. Saya? Saya cuma kumpulan sokongan yang begitu terharu dengan pengorbanan yang sanggup mereka lakukan. Kami membuka booth di pameran KL Alternative Books yang bertempat di Annexe (sebelah Pasar Seni, Kuala Lumpur) memperkenalkan TfTN

Nasihat

Nasihat, bentuknya sangat baik tetapi ia sangat bergantung kepada penerima. Adakala kita menolak untuk mendengar nasihat, atas banyak sebab. Tetapi antara sebab yang saya dapat kenal pasti adalah kerana ego. Selalu kita merasakan yang kita lebih baik dari orang lain, kerana itu kita merasakan mereka tidak berhak untuk menasihat. Begitu juga dengan anak muda yang saya berkesempatan berbicara panjang. Sebelum dia meninggalkan kami di sini atas tujuan untuk mengejar cita-cita yang dekat di hatinya. "Saya seorang yang panas baran. Jadi saya sukar mendengar nasihat." "Simpan sahaja panas baran awak itu, ia tidak akan membawa kita ke mana-mana." Dia senyum. Dia masih mahu menyimpan baran. Saya tahu dia muda, dan ketika saya di tempatnya juga mempunyai sikap yang sama. "Bila awak perhatikan baik-baik, orang yang berani memberi nasihat dan tunjukkan jalan yang betul, ialah mereka yang sayang pada kita." Anak muda ini mengangguk kemudian 

Kata-kata

Saya lahir dari sekolah jurutera. Kata-kata mulus, tulus, manis, penenang jiwa seolah tidak pernah ada di kelas kami. (Maki hamun adalah) Tapi jauh dari sudut hati dan akal fikiran, kami tahu pensyarah kami berniat baik, cuma ekspresi itu tidak budayakan. Kami perlu jadi sekental batuan, konkrit, simen, kayu dan keluli. Begitu. Itu sekolah yang saya dilahirkan daripadanya. Saya jadi terfikir, kata-kata itu seperti apa? Semalam saya baca dialog antara Sir Bernard Shaw dan Maulana Aleem Siddiqui. Huh, susah juga baca. Banyak terma tinggi yang tidak dapat saya cernakan (al maklum dictionary tak pernah ada). Tetapi saya tertarik ketika Bernard Shaw perlu memberhentikan perbualan kerana kapal akan berlepas. Shaw mengekspresi rasa kesalnya kerana tidak dapat berlama-lama untuk dapat berwacana dan beliau juga mengiktiraf ketinggian ilmu Maulana. Antara lain butir bicara Shaw (yang dituliskan secara terjemahan bebas) "Dialog yang berlangsung sekejap ini dapat meneman saya

Terima kasih

Terima kasih kerana mengingatkan. Satu hari saya membaca status Facebook seorang rakan. Dia mengenangkan nasihat orang penting yang penuh kebijaksanaan. Kata beliau, "Hidup ini seperti mana bahan yang kita pelajari. Sebagai contoh, pekerjaan kita sebenarnya seperti bola getah. Walau dari ketinggian mana kita jatuh, ia tetap boleh melantun balik malah kadangkala lebih tinggi. Tetapi keluarga kita ibarat kaca atau gelas. Sekali terhempas, ia akan pecah bekecai. Bagaimana boleh menyambung kepingan kaca kecuali kita akan dapat melihat garis-garis kehancuran yang penah terjadi." This few weeks I just can't think straight. Maybe I've keep my distance from God. May Allah forgive me for my sins and arrogant. Kawan-kawan saya, adalah kawan-kawan terbaik seluruh semesta. InsyaAllah, saya selalu berdoa mereka kekal begitu. Merekalah yang mengingatkan, bahawa kegembiran tidak semestinya memiliki yang kita ingini. Atau makbul segala perancangan. Mereka mengatakan

Kalau saya lebih pandai dolu-dolu

Image
Ini gambar dapat dalam Facebook. Membaca dalam ruangan komen akhirnya dapat kesimpulan untuk belanja menunaikan Haji cukuplah 20 dinar sahaja. Hehe, nampak sikitkan berbanding RM10,000? 20 keping dinar je. Kalau duit 20 sen hari ini keluaran baru Bank Negara (warnanya kuning dan seolah-olah Dinar pula rupabentuknya), saya kumpul sampai 20 keping, agak-agak dapat tidak pergi Haji? Kalau saya lebih pandai dulu, pada tahun 2002 saya membeli dinar sebanyak 20 keping, duit yang perlu saya keluarkan ialah RM140 x 20 keping = RM2,800. Kumpul 20 keping dinar ni sampai tahun 2012, 10 tahun la lebih kurang. Katalah mahu pergi Haji atau melancong pun boleh, jadi juallah 20 keping dinar ni pada tahun 2012. Dinar pada tahun ini setakat Jun 2012 ialah RM680. Saya akan dapat, jeng jeng jeng RM680 x 20 keping = RM13,600. Wow! (sebut macam saudagar unta cerita 3 Abdul).  Haha, kalau saya lebih pandai dulu-dulu menyimpan dalam logam murni seperti emas dan perak, tambang Haji hanyal

Ekperimen Emas - 2

Eksperimen 3 – Apa yang disimpan dalam Emas dan apa yang disimpan dalam Wang Kertas Saya diberi pinjam buku oleh teman dengan tajuk Satanic Finance. Buku yang kecil tetapi diceritakan dengan baik tentang asal usul wang kertas dan mengapa ia perlu diwujudkan. Mengejutkan, wang kertas diwujudkan dengan tujuan jahat, iaitu untuk memudahkan penjajah menjajah dan untuk mengekalkan kuasa politik. Jika bukan untuk dua perkara ini, wang kertas tidak perlu ada pun. Kerana ada wang kertas, perlu ada bank untuk menyokong industri ini. Manusia masih senang bertransaksi menggunakan dirham dan emas, atau menggunakan komoditi yang bernilai seperti tamar, beras, gula, garam dan sebagainya. Susah juga nak terangkan ini. Jadi mudahnya, dapatkanlah buku kecil Satanic Finance dan bagaimana dunia ditipu dengan persepsi. Kita percaya wang kertas ada nilai. Ia cuma bernilai bila kita dapat beli barang di kedai. Tapi kalau dok elok dalam dompet, ia sebenarnya hanyalah sekeping kertas bercop agong. Per

Eksperimen Emas - 1

Saya bukan penjual emas (setakat hari ini la, tidak tahu masa hadapan kalau terjadi agen ke kan?) tetapi berminat terhadap emas dan dirham apabila membaca dan mendengar ceramah dari Imran Nazar Hosein. Buku yang menjadi ulangan setiap tahun ialah Surah Al Kahfi and the End of Time. Dalam buku ini tertulis secara strategik panduan atau manual untuk hidup di akhir zaman dan pengajaran-pengajaran dari empat kisah dalam satu surah yang sama – Surah Al Kahfi. Salah satunya kisah pemuda gua dan duit perak yang digunakan untuk membeli makanan sejurus bangkit dari tidur yang panjang. Yang menyebabkan saya terus menerus mengkaji tentang logam tulen ini ialah saya pernah memenangi peraduan esei yang telah dianjurkan oleh Hasbullah Pit (ejen emas) dalam blog. Saya memenangi tempat ketiga untuk mengusulkan duit KWSP mesti disimpan dalam bentuk simpanan emas, bukan wang ringgit yang susut nilainya. Hadiah kemenangan saya duit juga, saya harap dapat menang dinar atau dirham (hahaha), ia akan ja

Nilai 2

Image
Entri ini tidak ada kena mengena dengan Nilai 3 untuk promosi membeli belah di Negeri Sembilan. Entri ini respon kepada pembaca yang menghuraikan panjang lebar tentang nilai dan perspektif berbeza dengan lokasi. Pembaca itu orang yang saya kenali. Dia adalah ahli ekonomi terbaik pernah yang dikenali, kalaupun beliau tidak mahu mengaku ahli dalam bidang ekonomi. Cerita rakan saya itu menarik, dan kerana ia berisi pengajaran patut dipanjangkan pada yang lain. Lokasi yang dibandingkan ialah Kuala Lumpur dan Terengganu. Persepsi mengenai pakaian dan pandangan di mata orang. Di Kuala Lumpur, bagaimana kita berpakaian tidak pernah menjadi soal yang terlalu besar. Mungkin dalam aspek untuk fit dalam lingkungan yang memandang brand dan fesyen, itu cerita lain. Secara kasarnya, di Kuala Lumpur kita akan lihat rencam budaya yang pelbagai, liberalisasi dalam soal berpakaian itu berlaku. Apa kisah kalau kita mahu memakai jeans dan kasut sukan sekalipun, jika itu yang menjadi efektif untuk

Teaser

Nantikan saya untuk entri akan datang dengan tajuk-tajuk seperti berikut: 1. Nilai 2 2. Eksperimen Emas 1 3. Eksperimen Emas 2 Untuk masa sekarang ini sedang menyusun ayat-ayat dan juga gambar untuk senang mata memandang. Jumpa lagi. (Ini teaser yang menyakitkan hati - hehe, takde idea la tu)