Memahami Perubahan - 4
Satu Soalan Bila mana kita melihat skop perubahan itu perlu berlaku di titik rendah, untuk mencapai titik tinggi. Mereka yang selama ini di jalan salah, kembali ke jalan benar. Itu konteks mata kita melihat dan minda kita fikirkan. Satu soalan, bagaimana mereka yang sudah berada di puncak dunia? Adakah mereka tidak perlu berubah? Ya soalan saya kepada intelektual yang sudah mencapai pencapaian tertinggi di universiti, manusia kelas atas, CEO CEO, Presiden-presiden syarikat, konglomerat, Menteri-menteri dan sudah tentu Perdana Menteri juga. Adakah perubahan tidak perlu berlaku kepada kelas tertinggi ini? Saya rasa mereka yang meneroka internet sebagai gerbang maklumat, sudah tentu biasa dengan imej Sultan Kelantan yang begitu luar biasa sekali bagi seorang manusia di kedudukan itu. Kedudukan Sultan sebuah negeri. Yang mempunyai penampilan tertentu dan khas, tetapi baginda memilih untuk hidup sederhana. Kalau para intelektual dan kelas atas ini faham tentang dunia...