Posts

Showing posts with the label esei

Falsafah CINTA Asal

Image
Kawan saya kata, cinta, ada jenis yang membunuh. Seperti manifestasinya di malam tahun baharu atau hari Valentine, untuk pasangan yang sedang mabuk bercinta. Mereka berjanji setia, ungkap mengungkapi, bukti membukti akhirnya sembilan bulan atau kurang dari itu bertukar menjadi pembunuh. Membunuh janin dan bayi. Membunuh harapan dan kasih sayang. Membunuh 2 orang, menukar mereka menjadi haiwan bertubuh manusia, atau lebih teruk dari itu menjadi syaitan (i.e: kes membakar bayi dan dibuang dalam tong sampah di sini ). Cinta tidak seharusnya menukar manusia yang penuh kasih sayang, menjadikan tangan dan jiwa berlumuran dengan darah dan dosa. Itu, absurd! Cinta itu bagaimana? Cinta seharusnya seperti letupan Big Bang. Letupan? Ya, satu letupan. Panas, hangat, bingit, menyilaukan mata, mendebarkan, mengkagumkan, berasap, membakar, menggegar, segalalah yang boleh kita fikirkan mengenai letupan. Dan... harus diingat selepas letupan besar itu, ia memberikan kehidupan, terus menerus, berlangsung...

Nombor oh nombor

Saya berhutang cerita dengan kawan tentang nombor. Tanyanya, bagaimana orang sains melihat nombor? Pada awal pertanyaan, saya rasa mahu tergelak kerana banyak perkara. Pertama, saya sebetulnya tidak layak mewakili ‘orang sains’ secara umum kerana disiplin saya adalah teknis. Bukan sains tulen. Kedua, secara jujur, nombor untuk kebanyakkan orang sama sahaja cara melihatnya. Satu entiti yang boleh dihitung untuk menentukan jumlah. Samada bilangan, harga, masa, suhu. Apa sahaja perkara yang kita boleh pasangkan atau terjemahkan dengan nombor. Semudah itu. Tetapi untuk beberapa ketika melalui pemerhatian yang tidak begitu kritis, saya juga dapat simpulkan perkaitan nombor dengan nasib baik. Nombor dengan magis. Nombor dengan keberuntungan. Lebih mistik, nombor dengan nilai transendental. Erti kata lain, nombor untuk mengenal Tuhan. Tetapi hari ini hari yang baik untuk kita menghitung tentang nombor kan? Hari ini hari pembentangan belanjawan. Harap-harap ia masih lagi bajet mesra rakyat. ...

ada apa dengan...

Apa persamaan bila disebut nama-nama berikut: David Beckham, Eric Canona, Christiano Ronaldo, Raul Gonzalez, Luis Figo, David Shevchenko dan Frank Ribery. Bola? Benar. Ada lagi. Mereka ialah pemegang nombor 7 untuk jersi di zaman kegemilangan masing-masing. Apa ada pada nombor? Kalau tidak ada apa-apa dengan nombor, mengapa hanya mereka yang mempunyai bakat paling menakjubkan di kelab dan pasukan kebangsaan diberi keistimewaan menyarung jersi dengan nombor yang bertuah seperti 7 dan 10. Tidak percaya? Mengapa dan mengapa Beckham yang sinarnya sudah suam-suam kuku dan kemudian berpindah ke Real Madrid tidak lagi diberi keistimewaan memakai nombor 7 sebaliknya nombor 23. Setelah memakai nombor 23, beliau (Beckham) sudah tidak begitu istimewa lagi. Ada apa dengan nombor?

Pilih

Memilih adalah satu perbuatan mencari yang terbaik, yang cocok, sempurna, unggul. Bandingkan ini. Tuhan menciptakan bumi ini dengan kitaran dan pusingan untuk menjamin keharmonian. Kejadian bumi kompleks, tetapi dengan kecanggihan akal, manusia diizin Allah boleh memahaminya. Tuhan menciptakan dunia ini dengan kitaran 12 yang diulang-ulang, sejak manusia mampu mencerap dan memahami. Kitaran untuk penentuan masa (bulan), yang berpandukan matahari, 12. Kitaran untuk penentuan masa (bulan), merujuk bulan juga 12. 12 bulan, dan Allah memilih satu bulan. Itu adalah Ramadhan. Dalam satu bulan, ada 28, 29, 30 dan 31 hari. Dalam satu tahun, ada 365 atau 366 hari. Allah memilih satu. Satu itu diriwayatkan ramai pada 19/21/23 Ramadhan. Dalam satu hari ada Subuh, Dhuha, tengahari, petang dan malam. Allah memilih, malam. Malam itu adalah Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah memilih dalam 12 bulan, satu. Ramadhan. Allah memilih 1 hari dalam 365 hari. Dan memilih satu ...

Siapa yang pertama?

Johannes Eugenius (3 November 1841 – 2 April 1924) diberi gelar sebagai pelopor kepada disiplin keilmuan ekologi. Beliau merupakan seorang botani Denmark dan ikon utama sebagai pelopor bidang ekologi secara saintifik. Beliau pertama yang menulis buku teks berkenaan dengan ekologi tumbuhan, orang pertama yang mengajar kursus ekologi dan yang pertama menyusun konsep dan kandungan silibus. Antara buku teks yang telah ditulis oleh beliau berkenaan dengan botani, geografi tumbuhan dan ekologi yang telah diguna pakai seluruh dunia. Betul ke Eugenius pelopor bidang ekologi? Sebelum itu ekologi itu apa? Dalam Kamus Dewan edisi keempat, ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dan persekitarannya, atau juga ditafsir sebagai hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran. Jadi, betul ke Eugenius pelopor bidang ekologi? Ya, jika kita mengiyakan apa saja yang disuap media dan tidak mengenal Nabi. Yang pertama guru kita tentang ekologi tentulah Nabi, bukan or...

Hari Raya-Hari Membesarkan Tuhan

Apakah hari raya? Memori mengingatkan tentang pakaian baru, juadah istimewa, rumah yang perlu dihias, kuih muih dan ziarah menziarahi. Hari Raya adalah mercu tanda, sebuah perjalanan ibadah yang agung demi Tuhan. 2 hari raya, Eid Fitri dan Eid Adha, kedua-duanya hanya akan disambut dalam menifestasi kemenangan, seorang hamba mematuhi perintah TuhanNya. Yang pertama, penyempurnaan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan, dan yang kedua melaksanakan korban agung demiNya. Mungkin tiada ramai yang tahu atau tidak perasaan, menyambut Raya sebenarnya bererti membesarkan Tuhan Yang Maha Agung. Takbir raya itulah pertama, sebagai zinaat (perhiasan) yang menandakan bahawa hari ini hari yang lain. Hari ini hari kemenangan. Hari ini hari berdemonstrasi secara terbuka. Demonstrasi bahawa Allah tujuan hidup dan mati, Allah tujuan penciptaan, Allah yang memenangkan, menolong hamba-hambaNya. Dari makna takbir raya, dengan terang-terang mengumumkan pada khalayak dunia, bahawa: Allah Maha...

Faisal Tehrani: Supra Man?

Image
2 kali pengerusi majlis menyebut nama Faizal Tahir dalam bual bicara DBP tempoh hari. Faizal Tahir ikon hiburan yang disignifikasi sebagai Superman, adalah beda dari Faisal Tehrani, kata pengerusi majlis. Entah apa yang perlu diperkatakan tentang Faizal Tahir dalam majlis bual bicara tersebut, saya kurang pasti. Namun apa yang nyata, Pengerusi mungkin tidak nampak yang satu hari nanti, orang yang duduk di sebelahnya bakal menjadi Supra Man paling dini dalam sastera Islam di Nusantara. Hah, jangan tanya saya makna Supra? Saya juga kurang arif. Kalau telahan ini terlalu awal, ya, biar ia jadi terlalu awal. Sekurang-kurangnya, terma Supra pertama kali saya dengar melalui bual bicara tempoh hari. Kajian Model Supra Mazhab bukan baru, terlalu banyak telah diperkatakan. Namun dalam sastera bandingan dalam Sastera Islam Nusantara, mungkin ini paling baru. Paling dini. Tapi sehingga menunggu pengesahan dari pihak yang lebih berautoritif, lebih baik sabar menanti dan mendoakan sahaja. Intip...

Hari Pekerja dan maknanya pada anda

Image
1 Mei adalah hari pekerja yang disambut secara global di seluruh dunia. Lebih dikenal sebagai Hari Buruh. Ia hari mengenang pergerakkan persatuan buruh sewaktu Revolusi Industri lama dulu. Hari kemenangan golongan yang dikerah keringat habis-habisan ke atas kapitalis yang tidak berperikemanusiaan dan menindas. Bayangkan, bekerja dalam tempoh masa 10 hingga ke 16 jam sehari. 6 hari seminggu tanpa sungguh dipedulikan tentang kesan fatigue kepada mental dan moral, kerja yang tidak digilirkan, kesihatan dan kebajikan yang tidak diendah. Juga eksploitasi ke atas pekerja kanak-kanak kerana pada waktu itu kilang yang ada semakin besar, operasi berskala besar, sehingga majikan (kapitalis) tidak pernah rasa bersalah mengerah sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Hari buruh bertitik tolak pergerakkan yang mereka panggil sebagai eight hour day . Pembahagian dalam satu hari kepada 3 segment 8 jam. 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk berekreasi dan 8 jam untuk berehat. Dan usaha golongan kiri menu...

Al-Quran~Tahan Ujian masa

Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat menerangkan tentang kisah sejarah lama. Sebagai contoh mengenai peradaban masa silam, tamadun Mesir, Kerajaan Rom dan Persia, kisah Nabi Adam a.s., dan sebagainya. Ada ayat yang mengatakan tentang peristiwa zaman moden, seperti kajian saintifik perkembangan embrio dalam rahim manusia, kajian ilmiah menganai sel, atom, peredaran matahari dan planet-planet di angkasa, penemuan zon masa, kerajaan haiwan (animal kingdom) dan banyak lagi, juga tentang keterangan zaman akan datang, hari kebangkitan, hari kiamat, Hari Pengadilan dan syurga dan neraka. Semua keterangan tentang perubahan ‘zaman’ ini telah dibuktikan, kebanyakkannya dengan kaedah saintifik dengan penemuan teknologi dan penciptaan alat-alat moden. Satu maklumat yang amat mengagumkan yang barangkali jarang dibincangkan sebelum ini, disebalik segala ayat yang tercatat dalam Al-Quran dan telah dibuktikan, iaitu ayat yang diturunkan yang tahan ujian masa, walaupun jika difikir dengan rasional dan logi...

Ilmu dan Keilmuan

Tingkatan ilmu tidak bersifat materi. Dan penerima juga menerimanya dalam keadaan tanpa jasad. Sesuatu itu tidak boleh dikatakan mencapai tahap keilmuan, jika masih lagi berpaut pada bukti-bukti yang dapat diindera. Kerana ilmu itu nur, maka nur sahaja dapat menggapainya. Ilmu, dalam konteksnya bisa sahaja dihormati sebagai dewa. Dewa pencerah. Dalam kamus Mesir kuno, dewa pembelajaran dipanggil Toth. Hanya dengan ilmu, dikotomi dapat dikenal jelas. Seharusnya, para penerima ilmu perlu dalam keadaannya bersifat merendah diri, kerana semakin orang memerhatikan dia dikalangan orang-orang yang tahu, pada hakikatnya dia sendiri keliru. Kerana hanya dia sahaja tahu dia masih lagi dikalangan orang yang tidak tahu. Jika ilmu hanya digapai untuk dieksploitasi, sebagai sarana jaminan masa depan, maka ilmu itu tidak dapat memberi lebih dari capaian materi. Sedang ilmu itu, sama seperti sifat nur yang menerangi kegelapan, menempati ruang, sebagai tenaga, dan tenaga sama sekali tidak dapat dimusna...

Keajaiban Tuhan (Miracle)

Membicarakan keajaiban Tuhan dalam konteks doa-doa yang dimakbulkan, merupakan satu perjalanan transendental yang memerlukan keyakinan khusus dari sudut spiritual dan pengalaman ruhaniah individu. Barangkali akan ada yang berpendapat bahawa setiap yang dimakbuli doanya, adalah elemen bersifat metafizik, non materi dan tidak dapat diindera prosesnya kecuali hasil. Dan ianya hanya dapat dicerap setelah segala-galanya telah berlaku dan dizahirkan. Namun begitu, secara peribadi saya berkeyakinan keajaiban Tuhan dalam konteks manusiawi bisa sahaja mengikut aturan dunia, aturan kasualiti (sebab dan akibat). Jarang sekali keajaiban Tuhan dijelmakan tanpa aturan kosmos ini, seperti yang diibrahkan dalam Al Quran melalui pengalaman para Nabi. Surah Maryam ayat 25 “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadanya”. Al A’raaf ayat 160 “Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahy...

Kota Teks, Puncak Ketamadunan

Image
Oleh Asmidar binti Alias Bayangkan dunia tanpa teks, apa alternatif kita? Fantasi yang indah tetapi tidak mungkin menjadi realiti. Hakikatnya kita dihidangkan dengan era modenisasi, teks bersangkutan di setiap aspek kehidupan. Tanpanya, hidup adalah mati. Teks adalah ciri utama semua peradaban kota terkemuka dunia. Seawal penggunaan piktograf, beralih ke ideograf, fonogram dan akhirnya kepada penggunaan abjad, teks adalah mercu tanda terpenting memperkenalkan kejayaan bangsa kepada dunia. Piktograf ditemui di tamadun Sumeria dalam bentuk kuneiform. Ideograf diguna oleh tamadun Mesir dan China. Penemuan abjad adalah kemuncak kesempurnaan kaedah perantara sehingga menyaksikan perkembangan dunia hari ini yang diledak dengan fenomena globalisasi. Tidak ada satu tamadun bangsa yang meninggalkan budaya memperkembangkan ilmu. Tiada individu yang berjaya menafikan kepentingan teks. Untuk itu teks perlu ditemukan dengan jodohnya yang sepadan, iaitu budaya membaca. Apalah teks tanpa pembaca. Apa...