Posts

Showing posts from February, 2007

At last - Martin Scorsese

Image
'The Departed' wins best picture LOS ANGELES - The mob saga "The Departed" won the best-picture Academy Award on Sunday, a triumph for a homegrown American film in an evening that featured the most internationally diverse field of nominees in the history of Hollywood's highest honors. Martin Scorsese finally won the best-director Academy Award that had eluded him throughout his illustrious career, taking the prize for his mob epic "The Departed" after five previous losses. http://oscars.movies.yahoo.com/news/associatedpress/20070225/1198.html

Fragmen Cerpen: (belum bertajuk - any idea?)

Image
Kawanku nakal. Dia memang nakal selalu. Disebalik kenakalan, dia sangat suka kucing. Kucingnya yang seekor itu yang disayangi, sering dibawa tidur, digelar Mama Yen. Aku katakan satu hari aku akan menjual Mama Yen dengan harga RM3000 guna untuk membuat bayaran pendahuluan kereta Sorento. Kemudian matanya akan dijegilkan besar-besar tanda protes. Penat bermain, kawanku akan meletakkan Mama Yen diriba Datuk. Kemudian dari jauh Datuk akan mengusap-usap Mama Yen dengan kasih. Tak lama kemudian Datuk akan menolak Mama Yen keras dan kemudian berkata, “Ei hai, poeilah kucing bodo”. Aku akan ketawa besar bila kawanku mengulangi cerita Datuk dan Mama Yen. (nota kaki: gambar bukan Mama Yen, cam boring jer kucing tu ek, sebab ada bear kat atas kepala dia, hehehe)

SIRI: AS-SYURA YANG TIDAK DIKENAL 3

Image
Saya memulakan Siri 3 dengan membuat perbandingan antara Husin dan Yazid. Pada mulanya saya meletakkan kolum Husin dan Yazid sebelah menyebelah untuk tujuan permudahkan rujukan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meletakkan Table berasingan kerana tidak selayaknya Yazid berkongsi level yang sama dengan Husin. Meski untuk berbincang secara ilmiah. Ada orang kata tidak baik membicara hal yang lalu-lalu, sementelah membuka perilaku buruk dan aib. Sedangkan kita sesama muslim. Saya akur, saya juga banyak melakukan khilaf, sebagai individu saya sendiri mahu aib ditutup Tuhan rapat, kedap dan tidak berbau. Tapi bagaimana satu hari adik atau anak-anak anda bertanya, antara Husin dan Yazid yang manakah yang benar? Sedang dalam soal agama kita patut dapat membeza hitam dan putih. Sedang agama yang benar itu sendiri sebagai Al Furqan, pemisah antara hak dan batil. Batil tidak boleh bercampur dengan hak. Yang hak akan terus hak, meski majoroti tidak menyukai. Meski hanya seorang sahaja yang

Derita Pemilik Al Kautsar

Image
Surah 108 Ayat 1 to 3 (Al Kautsar) [Yusufali 108:1] To thee have We granted the Fount (Al Kautsar) (of Abundance) [Yusufali 108:2] Therefore to thy Lord turn in Prayer and Sacrifice [Yusufali 108:3] For he who hateth thee, he will be cut off (Al Abtar) (from Future Hope) Saya pernah mandi di telaga waktu kecil dulu, di Johor. Masih ingat bagaimana payahnya mengangkat sebaldi air yang disangkut kepada tali untuk membolehkan kami mandi. Airnya? Sungguh, sangat sejuk, apatah lagi bila mandi di pagi hari. Selain dari itu, saya tidak punyai memori lain tentang telaga (perigi), kecuali perigi di Machang dan Kuala Pilah yang dilengkapi generator untuk mengepam air untuk kegunaan sehari-hari. Bukan itu yang mahu diceritakan, ini adalah cerita Sang Khalifah Sang Nabi, pemilik Al Kautsar. Janganlah sampai kita tidak berjaya mendapat syafaat dan dihadiahkan untuk mencicip hanya setitis air dari telaga Kautsar. Dalam Quran, Huda Al Muttaqin, menceritakan bahawa pada Sang Nabi yang solat ummat ti

To all my friends - in someway you've make me rich

Image

Nostalgia - buatku tersenyum

Image
Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban. Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawanwarna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua katseblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukultapak tangan... kan ?semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...adayang suka stoking tebal laaa...internet? email? Menda alah ape tu?CD? ape tu

Silver Sword

Image
Saya mengidentitikan dia dengan semerbak bau kopi. Bukan kopi yang biasa, tapi kopi capuccino ais yang dikisar halus. Atau bun Rotiboy yang mempunyai citarasa unik dari bakeri. Dia tidak tahu, tapi bayangannya selalu hadir bergilir, aroma kopi dan kelibat wajahnya, tidak mungkin pernah boleh luput. Mengapa kopi? Kopi punya elemen eksotik yang sukar diterjemah. Seperti kulit wajahnya. Dia bukanlah manusia berkulit cerah sebenarnya. Seperti kopi tanpa gula akan pahit, begitu juga dia, tanpa senyum saya merasai langkah sepinya, dekat dan intim. Baru sepurnama lalu, dia sudah luput di satu sudut hati yang seni. Tapi kali ini, bersama lawatan Kelab Astronomi untuk memahami wujud aturan kosmos dan konsep fizik, dia telah hadir di mana-mana. Setiap masa. Tuhan, bagaimana mungkin boleh saya loloskan diri. Saya memandang kubah layar separa parabolik yang luas terbentang di hamparan siling bangunan. Dalam menghargai wujud kehidupan yang diceritakan dalam filem, dengan kedudukan hampir berbaring

Biru Hati

Image
sebiru hatiku menjenguk ke langit selalu walau langit tidak pernah tahu sepekat mana warna biru hatiku

SIRI: ASYURA YANG TIDAK DIKENAL 2

Image
Mengapa menongkah tradisi Hari Asyura? Disebalik bergembira, memilih perkabungan dan berganti ucapan takziah sebagai mengingati hari bersejarah. Tapi ini soal sejarah yang menyangkut Rasulullah, keluarganya, paling tepat, cucu Rasulullah sendiri. Bukankah ini soal yang besar? Sejarah, tidak kira apa sahaja ceritanya akan menjadi penting. Tidak percaya? Sedang dalam Quran sendiri tersenarai sekian banyak cerita menyangkut sejarah, sebelum diutuskan Rasulullah sebagai Al Khatim Anbiya', cerita mengenai Nabi-Nabi terdahulu (Adam, Sulaiman, Ibrahim, Musa, Isa a.s), kerajaan-kerajaan zaman silam yang diberi rahmat dan diberi peringatan (Saba', Mesir Kuno, Iram, dsb). Makanya, sejarah tetap pelajaran terpenting dalam Quran sebagai panduan hidup manusiawi pada zaman sekarang juga zaman-zaman mendatang. Masalahnya, tamadun Eropah lebih memahami tragedi Asyura ketimbang umat Islam sendiri. Apa kata mereka? "A reminder of the blood-stained field of Karbala, where the grandson of the