Posts

Showing posts from December, 2013

Memahami Adam - 1 (Sempena Tahun Baru)

Memahami Adam, adakah akan membawa kita memahami Hawa? Atau Adam dan Hawa itu sebenarnya sama dari segi sifat kemanusiaan dan potensi mereka? Linkungan saya setahun dua ini aneh sekali. Sangat ke hadapan untuk kerja-kerja sosial, malah mencintai ilmu mana mereka pergi. Dalam beg pasti ada buku. Ketika bertemu rakan yang lain, buku-buku akan bertukar tangan untuk sesi pinjam meminjam. Di mulut mereka adalah pertanyaan bila kita akan mengembara untuk mengutip catatan-catatan sejarah. Lingkungan aneh saya ini suka berranya soalan. Ada beberapa soalan adik yang bertanya tentang Adam. Bila tarikh Nabi Adam diturunkan ke bumi? Adakah Adam adalah penghuni gua seperti yang kita visualkan apabila pergi melawat muzium? Adakah manusia dihantar ke bumi kerana dihukum buat salah atas dosa makan buah larangan? Sebetulnya saya tidak mempunyai kelayakan sijil agama, tetapi tetap mereka mahukan pendapat dari saya. Kerana lingkungan aneh ini, saya perlu belajar lebih untuk memahami Adam. M

Tanpa Agama

“Apa perlunya saya beragama sedangkan saya juga boleh buat baik tanpa agama?”  Soalan ini sudah banyak ditanyakan oleh ramai orang. Malah pada mereka yang muslim, yang lahir dalam keluarga muslim. Juga ditanyakan oleh mereka yang punya pegangan agama yang lain-lain. Seperti Kristian, Budhha, Hindu dan sebagainya. Sekiranya mereka tidak punya jawapan, mereka akan memilih menjadi atheist. Atheist itu adalah satu keadaan yang menolak adanya Tuhan yang menjadikan alam, yang mentadbir, yang menjadikan manusia. Kenapa mereka sampai ke tahap keyakinan seperti itu, adalah kerana mereka tidak nampak peranan Tuhan itu secara langsung dalam hidup. Keadaan atheist ini kita boleh lihat pada mereka yang super intelektual. Yang pandai-pandai belaka. Separuh dari mereka adalah tahap profesor dan saintis. Kenapa orang pandai boleh sampai menjadi atheist? Saya cuba terangkan serba sedikit bagaimana mereka menjadi atheist (dari perspektif bekas atheist yang saya baca buku dan

AC yang Mencari

Adik Comel (AC) sebelum ini pernah bermusafir bersama saya. Berdua, dalam kereta untuk jarak perjalanan selama 2 jam. Saya suka perjalanan seperti ini kerana dengan ruang terhad kita akan belajar menghargai siapa yang berada di sebelah.  Ruang terhad juga akan menyebabkan kita tergerak berkomunikasi. Bercakap itu penting, kerana kita dijadikan oleh Tuhan sebagai makhluk yang boleh berkata-kata. Separuh orang cakap, haiwan yang boleh bercakap-cakap. Dilema AC ni dah lama. Rupanya dia mempunyai tabiat yang suka bertanya. Pemikirannya menjangkaui dan selalu mempunyai bayangan yang real dalam kepalanya. Kata AC akibat perangainya itu, dia selalu kena warning. “Jangan banyak-banyak sangat tanya. Kalau banyak tanya boleh murtad tau.” Itu yang AC cakap pada saya. Dan dia mendapat ancaman itu banyak kali. Sejak dari kecil. Kata AC yang kasihan ni, “kadang-kadang Kak saya sendiri rasa adakah saya ni dah murtad. Sebab banyak kali orang cakap macam tu.” Kalau awak menghadapi situasi

Apa Akan Kita Jawab?

Semalam sela masa mendengar ceramah, Adik yang comel menghampiri. "Saya ada banyak soalan untuk penceramah, tapi saya takut nak tanya, takut penceramah nanti ingat saya ni liberal. Takut juga kalau rakan-rakan peserta anggap saya ni macam-macam." "OK. Apa yang Adik nak tanya, cuba tanya saya." "Macamana kalau Al Quran yang kita dapat ni tipu? Maksudnya, ada orang yang tulis Al Quran atau tafsiran dalam Al Quran, tapi dia tak tulis benda yang betul. Sela masa dari ribu tahun tu, ada tafsiran yang tidak betul." Dia bertanya dengan muka yang sangat serius. Apa akan kita jawab jika berlaku situasi seperti ini? Dan benda ini betul berlaku pada saya minggu lepas. Ada orang memandang Adik yang comel jadi tidak comel bila soalan seperti itu diajukan. Ada yang buat muka tidak senang. Ada yang bermuka takut. Takut Adik ini sudah terpesong. Saya juga jadi tidak tentu arah. Kalau dia tanya tentang tafsiran Al Quran, rasa macam ada jawapan. Tap

FiZi Kir

Baru perasan untuk Fikir dan Zikir berkongsi hujung yang sama. Yang beza hadapannya, iaitu Fi dan juga Zi. Bagaimana fikir itu boleh menjadi zikir? Agak susah juga menjawab soalan ini. Tapi saya cuba. Zikir mempunyai maksud yang khas iaitu mengingati. Tetapi kita selalu menghadkan pengertiannya dalam bentuk ibadah. Lepas solat misal kata. Bila kita dapat duduk 10-15 minit menghitung ruas jari atau butir tasbih.   Sambil menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Husna, atau lafaz-lafaz memohon ampun dan puji-pujian. Itu yang sekurang-kurangnya muncul dalam kepala. Tidak dinafikan ia memberikan makna mengingati (zikir) dengan tepat sekali. Bagaimana fikir boleh menjadi zikir? Ini bukan soalan khas untuk kita orang yang sudah beragama, tetapi juga untuk mereka yang belum. Tak susah pun. Zikir maksudnya mengingati. Sebab guna Bahasa Arab kita mengkait hubung dengan soal agama. Fikir bukan soal agama sangat, ia adalah soal kesedaran. Kalau semua orang boleh buat ni, dunia boleh

Peristiwa Lewat Malam

Saya selalu rasa teruja bila hari-hari saya diinsprasi. Boleh sahaja datang dari anak-anak muda seawal usia 19, 20 tahun. Usia Usamah bin Zaid yang ditunjuk Rasulullah untuk menjadi Jenderal perang. Posisi dalam ketenteraan yang paling hadapan, seorang ketua untuk semua. Zaman ini saya melihat segalanya kembali. Anak muda yang menyedari bahawa usia muda bukan halangan untuk berbakti. Minggu ini saya dikunjungi anak-anak muda yang mahu mendefinisikan makna hidup itu adalah memberi. Itu menjadikan saya begitu ketinggalan tetapi pada masa yang menyuntik diri saya untuk tidak terus tertinggal. Malam yang sepatutnya mereka berehat kerana berada dalam perjalanan yang jauh dan panjang, mereka memutuskan untuk berbual-bual. Barangkali saya menjangkakan perbualan santai yang mengundang tawa. Tetapi saya silap kerana mereka bertanyakan, “apa tujuan hidup kita ini sebenarnya?” Satu dua detik berlalu. Muka saya penuh tanda soal dan mulut ternganga tercengang dalam tempoh itu. Gelas-gelas