Posts

Showing posts from February, 2013

Buatku Terfikir

#1 Seorang Imam Muda, dijemput menjayakan satu majlis yang bermula pada jam 8.30 malam. Majlis tertunda sehingga ke jam 9.00 malam kerana menunggu kelibat personaliti TV tersebut. Semua orang tertunggu-tunggu majlis bila akan dimulakan dan akhirnya menyedari beliau sudah sampai, tetapi menunaikan solat Isya' dahulu. #2 Majlis agama diadakan di pejabat-pejabat. Guna untuk membudayakan budaya ilmu dalam konteks keagamaan. Dibuat di hari Jumaat yang mulia. Sayangnya, menggunakan waktu pejabat puncak yang menyebabkan orang lain yang mahu berurusan tertangguh tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan. #3 Umrah dan Haji yang ditunggu kerana ibadat yang dituntut. Malangnya, bagi peserta perempuan muslim tanpa mahram, tahun ini hasrat mereka tertangguh. Biar pun ada teman perempuan secara kumpulan, ataupun ada anak-anak atau cucu yang sanggup meneman, juga tidak dibenarkan (jika yang meneman itu perempuan). Kemudian dapat membaca beberapa pengalaman yang mengejutkan. Seorang

Anak Dari Syurga

Image
untuk adik yang bersamaku menyorong ibu menyaksikan Kaabah di laluan safa marwah melalui jalan tapak para Anbiya di Makkah dan Madinah

Air Mata Lelaki

Susah benar untuk melihat lelaki menangiskan? Tidak sesuai dengan ego mereka yang diciptakan kental dan keras hati.  Tidak boleh berubahkah? Hari itu aneh benar. Kata Mak, Ayah demam. Saya berusaha memujuk Ayah untuk ke klinik. Tetapi Ayah tidak mahu. Ayah memang begitu, kalau sakit sikit-sikit akan digagahkan sehingga kebah sendiri. Saya menelefon Abang kalau-kalau dia dapat memujuk Ayah untuk menerima khidmat Doktor. Lepas bekerja, Abang singgah di rumah dan tidur di sana. Sebagai persediaan andai Ayah mahu menerima pujukan kami. Abang saya manusia kental yang bertubuh besar. Seperti ahli sukan gusti lagaknya. Mak selalu cakap Abang yang ini keras hatinya. Sejauh mana keras hati Abang saya tidak tahu, saya belum hidup cukup lama untuk menilai orang. Jadi malam itu Abang tidur di rumah, meski Abang sudah berkeluarga dan rumah sendiri. Pagi subuh saya menjenguk bilik Ayah. Selalu Ayah yang lebih dahulu bangun untuk membersihkan diri dan solat subuh. Pagi itu Ayah tidak

Pelajaran Rezeki 4

***** Semalam saya perlu mendapatkan data dari orang-orang penting dalam jabatan. Kerana sudah lama tidak berbual, macam-macam juga yang dikisahkan. Sehinggalah saya perlu mendengar keluhan, “perlu apa buat semua ini, walau kau pun tahu tiada ganjaran dan pengiktirafan yang akan diberikan.” Hanya senyum yang boleh saya balaskan sebagai jawapan. Yang bersusah susah itu saya, bukan dia. Tetapi yang mengeluh itu dia, bukan saya. Pelik. Betapa dunia ini kadang kala benar saya perlu akui, sedang sakit dan dipenuhi pula dengan orang-orang yang sakit pula. Saya tidak membuat semua ini kerana mengharapkan ganjaran dari manusia, tetapi dari Allah Yang Maha Kuasa. Saya membuat kerja kerana saya menghormati kepercayaan dan rasa hormat orang kepada saya, pengiktirafan tidak langsung yang selalu tidak difahami orang. Saya menjalankan kerja-kerja fardhu kifayah yang tidak disanggupi orang lain. Moga mereka yang tidak terlibat dengan kesibukan terus menerus ini diberi Allah kelebihan mas

Pelajaran Rezeki 3

Pelajaran Rezeki 3 Dia adik, yang saya sayangi setelusnya. Demi kasih sayang, saya tidak mungkin melimpahkan dia dengan kesenangan dan kemewahan. Dan kerana itu saya tegar membiarkan dia menjalankan kehidupan dengan kepayahan. Dengan realiti kehidupan yang ada, supaya dalam masa muda ini juga dia belajar, bukan kemudian-kemudian. Itu yang arwah Ayah bentukkan dalam diri saya. Menyenangi kesusahan, demi membentuk peribadi teguh dan kental. Yang saya tahu, arang batu dan berlian terdiri dari bahan yang sama. Tetapi nilai keduanya berbeza. Berlian bernilai tinggi kerana ia telah mengalami proses tekanan yang begitu hebat dan dahsyat. Tetapi arang tidak, kerana itu ia murah dan senang di dapati. Saya mengajari adik tentang ilmu. Bahawa ia bersifat sebagai cahaya. Ia hanya akan masuk ke dalam hati yang memerlukan, yang tunduk, yang ikhlas, yang menghormati sebagai jalan keluar dari tidak tahu kepada tahu. Dari bodoh kepada kepandaian. Dari di pandang rendah kepada penghormatan.

Pelajaran Rezeki 2

Pelajaran Rezeki 2 Dia rakan yang lebih muda dari saya, tidak syak saya juga menghormati dia. Dengan usia relatif sangat muda, dia mendapat tempat di jabatan strategik di syarikat telekomunikasi nasional yang sangat berpengaruh. Tetapi ujian yang diperoleh sangat banyak, kerana usia mudanya dipersoal dengan kemampuan dia mengendali urusan syarikat. Saya percaya kewibawaan dan kompetensi dirinya tanpa syak, namun seperti biasa politik pejabat akan mengambil tempat. Secara jujurnya, saya tidaklah mengenali rapat, walau sudah kenal begitu lama. Sampai sekarang saya tidak tahu berapa jumlah sebenar adik beradik dan latar belakang yang lain. Entah apa daya penarik antara kami yang menyebabkan kami sangat selesa berkongsi tentang apa sahaja, saling menyokong dan mendokong, saling medoakan. Jika tanya apakah asas perkenalan ini, penjelasan saya cuma satu “ini urusan Tuhan yang saya sendiri tidak tahu jawapan.”  Saya kenali dia yang diuji Allah tetapi tetap selalu sabar dan bers