Posts

Showing posts from June, 2010

Hari Terakhir...

Image
Hari ini, hari terakhir saya di unit penerbitan. Minggu-minggu terakhir masih lagi sibuk dengan kerja-kerja. Moga-moga dengan kedatangan orang baru di unit itu dimudahkan. Mereka akan masuk dengan hati dan perasaan yang selesa. Semua kerja-kerja telah dihabiskan, insyaAllah tiada yang terbengkalai kecuali kerja-kerja semasa yang boleh disambung terus dengan pasukan baru. Unit ini amat bermakna. Ia telah mengajar saya banyak. Namun setiap satu yang ada mula, pasti akan ada pengakhirannya. Sentimental? Kering sangat hati saya kalau tiada rasa yang tinggal di saat saya menutup pintu di petang terakhir. Di dalam ruang yang kecil itu macam-macam telah belaku. Berbagai-bagai wajah telah saya lihat. Juga saya belajar banyak makna dan menilai. Satu hari yang tenang, saya sedang menyusun atur barang-barang di unit itu, seorang yang saya hormati peribadi dan pencapaiannya telah masuk dan menegur. Saya namakan dia sebagai DM. Banyak perkara telah kami bincangkan termasuk siapa bakal menduduki ker

World Cup War 2010

Pakatan Axis sedang mara ke hadapan dengan diketuai Germany. Pakatan Bersekutu nampaknya sudah banyak yang kecundang, termasuk US, England & France. Saingan seterusnya lebih mendebarkan. Sama seperti World War II? Tapi kata orang, setiap peperangan dunia adalah satu senario yang dirancang oleh tangan-tangan ghaib. Adakah World Cup ini juga salah satu daripadanya?

Isu Dr MAZA

Image
Antara isu terhangat, adalah ura-ura Dr MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) mantan mufti Perli masuk parti UMNO. Saya berpandangan ahli agama tidak sesuai untuk masuk mana-mana parti politik. Tujuan agar mereka dapat menegur mana-mana kepincangan dengan bebas, maksud saya dengan tidak bias. Saya lebih suka agar ilmuwan agama menjadi Said Nursi yang digelar orang sebagai Bediuzzaman (the wonder of the age) . Memang pada mulanya Nursi pro kepada Kamal Attaturk, tetapi bila mengetahui agenda sekular yang akan dilaksanakan kerajaan Turki, Nursi bertindak untuk menjauhkan diri. Lalu terbitlah masterpiece 6,000 muka surat yang dikenali sebagai Risale-i-Nur yang ditelaah zaman berzaman. Said Nursi lebih dikenali dengan karya ini, lebih dari penglibatannya dalam politik. Mungkin Said Nursi tahu tentang pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Kitalah yang memilih untuk nama yang ditinggalkan dikenang orang sebagai baik atau sebaliknya. (sehingga entri

France 2010 & Ip Man

Image
Perancis yang diwakili oleh pemain-pemain yang mewakili kelab super di Eropah dsb, pulang awal untuk Piala Dunia 2010 dengan cerita yang memalukan. Mereka tidak wala' pada pimpinan Domenech. Barangkali mereka perlu menonton cerita Ip Man 2, Kungfu Panda atau belajar sejarah perang Uhud sebelum bertolak ke Afrika Selatan. Bagaimana menghormati guru (pemimpin/coach) elemen terpenting untuk kejayaan. Kata orang, 2006 lalu pun sudah ada bibit tidak setia pada Domenech. Mereka tidak pernah suka kaedah dan sikap Domenech. Tidak hairan, ketika Anelka diusir keluar dari kem Perancis, pemain lain turut memboikot sesi latihan. 2006 mereka masih bertahan kerana Zidane ada. Zidane, itulah pemimpin mereka yang sebenar. Kepimpinan dan ketaatan adalah 2 elemen paling penting dalam kesatuan organisasi (ummah). Kerana itu makmum tidak mendahului Imam. Dan makmun akan menurut perbuatan imam dari takbiratul ihram sehingga salam. Soalnya, ketaatan perlu kepimpinan yang layak, diyakini dan terpilih. P

Semalam yang aneh

Image
Semalam, hari sangat panas. Saya dan kawan mengeluh begitu lama tidak hujan di tempat kami. Sehinggalah melihat berita TV waktu perdana. Tiada apa yang menarik kecuali isu perbincangan semula tanah KTMB di Tanjong Pagar ke Woodland dan perjanjian air dengan Singapura akan tamat akhir tahun ini. Tahun lalu saya ke Singapura dan melihat KTMB di Tanjong Pagar. Imejnya masih segar. Tulisan KTMB jadi sangat jelas bila pemandu pelancong kata, "Inilah satu-satunya tanah Malaysia yang masih ada di Singapura." Malam menjelang, cuaca mula bertukar. Ada tanda-tanda air akan turun dari langit. Tidak mengesyaki apa-apa, saya tidur. Saya pasti saya sudah hanyut dalam lena. Saya jenis tidur mati yang tidak akan tergugat dengan apa-apa anasir sekalipun. Tiba-tiba, satu bunyi kuat, sangat kuat persis bom meledak seperti betul-betul berlaku di telinga. Katil juga sedikit bergoyang. Mata saya terbuka. Keadaan sangat gelap. Saya menguakkan pintu untuk membiarkan cahaya lampu ruang tamu menerang

PUDU 1895-2010

Image
Hari ini kalau aku berada di langit Kuala Lumpur akan ku berdiri di hadapan tembok Penjara Pudu yang akan divonis gantung mandatori supaya generasi tidak lagi akan mengerti tentang sejarah lihatlah! generasi jurutera pembina bangunan hebat dan gah pantas akan ditegak namun setiap lorek lukisan dan seni dilukis di balik besi berjuta duit melimpah sekalipun tidak mungkin dapat diganti hari ini yang tinggal hanyalah puisi sejarah 100 tahun esok, tidak lagi diingati!

Kunci yang menutup dan membuka

Image

The Story of Stuff

Well, this is good one.

Rejab ini Kita di Jurusalem: Patriarch Ibrahim

Image
Siapa Ibrahim (as)? Jika tidak menyebut namanya, solat tidak sah! Begitu besar sekali peranan Ibrahim: dulu ketika hayat, hari ini bahkan masa hadapan. Jika tidak masakan Allah memerintahkan kita menghadiahkan selawat atas baginda dan keluarga baginda setiap hari 5 kali. Dalam banyak tradisi Yahudi dan Kristian, Ibrahim dikenali sebagai patriacrh. Kita mengenali baginda sebagai Bapa (Al Quran 22:78) permulaan kepada bangsa-bangsa dari keturunan Ismail dan Ishaq. Yahudi dan Kristian sedaya mungkin mengeluarkan Ismail dari keturunan Nabi Ibrahim. Kata mereka Ismail tidak layak digolongkan dalam keluarga Ibrahim. Nampak sudah bagaimana sejarah berulang? Belum? Bukankah kisah dengki dan cemburu antara 2 adik beradik lebih dahulu bermula sebelum Ibrahim lagi. Hari ini, epik antara Habil dan Qabil diulang tayang dengan kisah lebis tragis. Qabil cemburu kepada Habil kerana Habil begitu tulus dalam beragama. Dengki kerana korban Habil dipilih Allah. Boleh jadi Yahudi cemburu kepada keturunan N

Rejab ini Kita di Jurusalem

Image
Ada orang bertanya kenapa perlu sibuk-sibuk pasal Palestin dan Jurusalem. Sekarangkan musim bola, tengok bola lah . Kalau awak jadi saya, apa jawapan yang paling baik diberi pada mereka? Saya pernah berpolemik lama dulu tentang Palestin. Bagaimana sinikal seorang rakan yang memberi komen kenapa perlu bergaduh dan berperang? Tidak bolehkah duduk secara harmoni seperti jiran tetangga yang baik? Saya tahu apa yang awak fikirkan, tentu awak kata kawan saya itu buta sejarah dan buta geografi sebab tidak pernah tengok peta Palestin semaki menyusut sekarang ini. Sehingga telah dipisahkan menjadi dua blok. Tebing Barat (Fatah-Mahmoud Abbas) dan Ghazzah (Hamas-Ismael Haniyeh). Zaman ini yang membuat kita menyaksi penjara terbuka paling besar di atas muka bumi ini, iaitu Ghazzah. Yang kita relakan kewujudannya, walau apa pun alasan kita, hakikat kita sedang merelakan kewujudannya. Meski peristiwa perbincangan itu telah lama belalu, saya masih sesal kerana tidak dapat berhujah dengan baik. Sekura

Baru sedar semula

Satu ketika dahulu, semasa di asrama kami sering didenda. Denda yang paling kerap ialah dijemur. Waktu paling kerap kena jemur ialah tengahari. Bayangkan bahang dan dugaannya. Lebih-lebih lagi ketika selipar hilang dan perlu berkaki ayam di atas tar yang panas melecur. Tetapi biasanya tidak kira waktu, subuh, petang malah malam pun dijemur juga. Ketika itu, kecoh-kecoh tentang cetakan ayat hilang dari Al Quran. Langit, kerap kali menulis dengan awan tentang tanda-tanda. Barangkali, sekarang kita tidak peduli lagi tentang tanda. Tiada hati bergoncang bila mendengar apa-apa. Malah tsunami yang menenggelamkan 250,000 orang di seluruh dunia sekalipun bukan apa-apa lagi bagi kita. Juga gegaran melampau yang belaku di Haiti. Nihil. Kebanyakkan kita sudah tidak ada rasa. Kita gantikan ia dengan justifikasi saintifik. Tersasar cerita pula. Suatu hari kami di denda lain. Tidak dijemur lagi. Barangkali selalu sangat didenda dengan benda yang sama akan menjadikan kita lali. Lalu diganti dengan

The Arrivals

The Arrivals (TA) ialah filem 51 siri diproduksi oleh 2 orang iaitu Noreagaa dan Achernar serta secara konsisten disokong oleh Abdullah Hashem (lagenda youtube dengan siri The Antichrist Dajjal Series). 51 siri, secara purata 10 minit untuk setiap satu bermakna ada sejumlah 500 minit untuk dihadam. Saya, mengambil masa selama 3 hari bermaraton menghabiskan The Arrivals. Secara ringkas, The Arrivals dari segi kandungan, adalah besar dan jauh lebih hebat dari mana-mana produksi yang sedang ditayangkan di pawagam. Paling penting, menonton TA di YouTube percuma, tidak melibatkan bayaran untuk membeli tiket dan popcorn. Jika awak meminati buku-buku Harun Yahya, ada banyak persamaan dengan The Arrivals. Secara ringkas, The Arrivals menggunakan medium visual untuk menyampaikan mesej yang sama seperti di dalam buku-buku Harun Yahya iaitu: penilaian semula sikap kita terhadap dunia dan seruan kepada penyatuan. Oleh kerana aktiviti pembacaan sudah menurun, maka The Arrival adalah revival dan p

Tableau

Image
Kuantan, ia sebuah bandar yang banyak meninggalkan peristiwa. Jika diberi pilihan, saya tidak mahu kembali ke sana. Tetapi hidup bukan semuanya atas pilihan bukan? Kerana saya berada di sana minggu lalu, atas takdirNya saya belajar satu perkataan penting, iaitu Tableau (dibunyikan sebagai tablo). Ia adalah satu perkataan yang digunakan dalam kesusasteraan Inggeris, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu andai ada perkataan Bahasa Malaysia yang boleh menggantikan perkataan tableau. Untuk ringkasan, tableau ialah satu peristiwa yang belaku dan imejnya kekal berada di dalam fikiran sampai bila-bila. Untuk contoh, imej Tunku Abdul Rahman ketika menjulang tangan dan melaungkan kemerdekaan adalah satu tableau bagi ramai orang di Malaysia. Imej itu sangat penting, sehingga tercatat dalam banyak buku-buku sejarah. Nanti dulu, kita cuba satu untuk memahamkan kata tableau ini. Sekarang tutup mata dan bayangkan tentang kemerdekaan. Jika awak melihat Tunku sedang menjulang tangan kanan di ang

1515

Selepas berhabis tenaga di Kuantan, saya sempat meminjam 2 buah buku dari perpustakaan. 1515 dan satu lagi buku SN Arenawati. Ini dendam saya, untuk membaca (entah dapat dihabiskan dua-dua buku dalam minggu ini, ia satu cita-cita yang besar :p). Percaya tidak, 1515 saya sudah habiskan dalam masa 1 hari dalam penat-tidur-bangun-baca-tidur-bangun-baca bergilir. 1515. Ia kisah sejarah Melayu, melalui watak protagonis Nyemah Mulya. Satu ikon, entah ada entahkan tidak, tetapi dalam 1515 Nyemah Mulya diceritakan begitu hidup. Seolah-olahnya ia memang satu sejarah yang tidak dipilih oleh sejarawan untuk diangkat di alam Melayu dan dibiarkan senyap berdekad-dekad. Dalam hangat peristiwa pencabulan Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla, 1515 banyak mesej berkait. Tentang Islam, tentang bangsa, tentang semangat, dan paling dominan sejarah. 1515 mengajak kita meneliti sejarah, di Palestina juga signifikasi paling besar juga sejarah. Komen saya ringkas sahaja. Dalam 1515, penulis mengajar kita, M
jika sanggup bermati-matian tidak peduli segala percaya pada tanggungjawab untung nasib pada amal lebih baik mati di atas kapal Mavi Marmara dalam kalut kemanusian aku sedang menjadi yang tidak peduli bukalah pintu Ghazzah dalam hati dengarkan dendangan Palestin yang mencela kerana ditinggalkan adik beradik sendiri tunggulah di sana mereka akan mengadu tentang kita yang menutup mata!