Posts

Showing posts from February, 2008

Irama

Irama dalam diri saya perlu di tala (tune) semula. Lagunya sejak kebelakangan ini celaru. Lintang pukang. Dalam diam, saya mengapungkan irama doa tawassul, sambung menyambung. Harap-harap menggapai lubb. Mengimbangkan. Akhirnya saya akan menyanyi seiring dengan lagu kebesaran dan simfoni alam.

lubb

ada satu lubb dibumbui nyala cinta hidup dikayakan merah juang air mata korban gempita suara malu lupus untuk hak. cinta ini bertunjang kekal marak membakar setia satu diindera dari kayangan. aku tegar sanggup mati demi. pertualangku kepala di mata pedang agam dalam khali keabadian.

Pemimpin

Dalam mana-mana organisasi meski diperingkat terendah sekalipun, pasti mempunyai susunan hierarki pertanggungjawaban. Entah perlu dipampang dengan jelas di papan kenyataan susunan ini atau tidak, setiap perlu (wajib) memainkan peran melaksana beban yang telah diamanahkan. Secara langsung menunjukkan siapa pemimpin dan siapa yang sedang dipimpin. Meski diperingkat rendah, politik mempunyai kesan secara langsung. Ramai mahu berada di atas, entah sebab apa sendiri kena jawab. Ada dua kriteria pemimpin dalam pemerhatian yang singkat, tanpa merujuk silang pada mana-mana buku dan kajian. Politikus atau nasionalis. Antara keduanya saya memilih yang akhir. Entah satu hari nanti saya menjadi sangat idealis menjadi seorang nasionalis yang patriotik pada apa yang saya percaya dan perjuangkan, itu tidak tahu lagi. Politikus Mempunyai ciri menjadi orator yang baik. Kesimpulan ringkas, mereka adalah orang-orang dalam bidang pemasaran (marketing). Senjata mereka adalah kata-kata yang menyakinkan, ter

Knowledge is POWER!

Samada mempercayai espitemologi keilmuan ex nihilo atau de factor , atau kedua boleh saja terkait antara satu sama lain tanpa mencacatkan keilmuan itu sendiri, ILMU boleh memecah tembok kuasa, pangkat, kedudukan, senior iti , ego. Melangkaui sempadan kenegerian, negara, memecah kemelut tradisi hierarki/kasta ke'bangsa'an. Menjadikan bahasa itu universal, difahami kerana ILMU itu sendiri. Dicari, diburu, difahami, dikuasai, dieksploitasi. Dicemburui, disanjung, dihormati, merendah diri. Jika tidak, masakan IQRA' edik pertama dalam risalah nubuwwah Nabi Pamungkas. Jika tidak, masakan dapat mengenal cinta tanpa ilmu. Jika tidak, kenapa sanggup berjuang sampai mati. Ya, jika tidak. Menyaksi ilmu menggegar segenap tembok keegoan seorang manusia, untuk apa menyangsi lagi edik pertama! Ayo, gempur saja deh, tidak nyesal rebah untuk tujuan yang hak, diiktiraf Rafiqul A'la.

Fragmen Langit Permulaan

Image
Adakah kerana dua rafik ini produk sekolah jenis kebangsaan Cina, maka perjuangan ini mula menampakkan hasil? Aku tidak pernah sanggup untuk bersekolah dengan beban persekolahan dalam waktu rasmi yang berat. Belum lagi dikira dengan kelas tambahan yang adakalanya sebanyak 4 kali seminggu, dibebani kerja rumah dan buku kerja tambahan yang bilangannya berkali ganda berbanding dengan sekolah rendah kebangsaan. Ini survival mereka dalam waktu hijau pucuk. Atau kerana mereka menyanjung cita-cita dan idealisme merdeka yang sama? Bila mana Ab Johan terpana dengan diaspora masyarakat Cina, Choon Kee juga mencerna sebahagian budaya dan konsep Islam. Choon Kee percaya setiap individu baru merasa merdeka bila dia mampu memimpin diri aklinya mengetuai diri haiwani. Al-Nafs al-Natiqah memimpin Al-Nafs Al-Hawaniyyah. Jika gagal diperingkat ini, akan gagal diperingkat keluarga, jabatan mahupun Negara. Pintu yang terbuka luas untuk merealisasi idealisme ini adalah melalui ilmu pengetahuan. Dan menyama