Posts

Showing posts from July, 2008

Sambut Merdeka

Sambut Merdeka 1 Dialog bersama Rakan1 (R1) dan Saya (S). R1: Kata Abah, dulu untuk menyambut Merdeka sangat meriah. S: Meriah macamana? R1: Belum masuk bulan kemerdekaan lagi, masing-masing sudah siap menyediakan bendera untuk ekspresi betapa gembiranya rakyat Malaysia menyambut merdeka. S: Semua orang ke macam tu? R1: Kata Abah begitulah, semua orang pun begitu. Masing-masing tidak mahu kalah untuk menunjukkan rasa patriotisme pada negara. S: Ada beza ke sekarang ni? R1: Huh! Tak perasan ke, walau dah 2-3 hari nak sampai ke tarikh Merdeka pun, orang buat tak tahu je. Walhal dulu, setiap rumah, masing-masing ada satu bendera yang akan dipasang sepanjang bulan kemerdekaan. Sambut Merdeka 2 Pengalaman bersama Rakan 2 (R2) dan Saya (S). R2 adalah sahabat yang bersuami rakyat bukan dari Malaysia, dari negara Eropah. Tapi untuk kesekian kali, belum bulan Merdeka lagi, dia sudah siap-siap memasang bendera Malaysia di depan biliknya. S: Wah, cepat naik bendera. R2: Hah, aku nak mintak AJK un

Ekonomi sedang merundum?

Image
Sejenak bersama Pengarah Pemasaran sebuah hotel di sebuah bandar di Malaysia, membuat saya terfikir lama. Adakah kita di ambang kemelesetan ekonomi seperti di tahun 1997 dan 1987? Kalau begitu, kita patut berhati-hati dalam berbelanja. Teman Pengarah Permasaran tersebut, dengan nada sedih memaklumkan bahawa lebih 50% bisnes yang sepatutnya di buat di hotel tersebut telah dibatalkan. Apa yang terjadi di sektor pelancongan adalah gambaran ekonomi yang sedang negara kita hadapi. Di Pangkor, ada hotel yang terpaksa menutup operasi kerana tiada bisnes. Di Langkawi dan tempat-tempat peranginan yang bergantung penuh kepada pelancongan, satu persatu merasa impak yang menekan. Dan dia, merasa bimbang andai kata profesionnya juga tidak dijamin akan kekal. Di TV, beberapa kilang di beritakan terpaksa di tutup kerana tidak mendatangkan keuntungan. Bank Negara katanya ada bercadang untuk naikkan kadar faedah. Mungkin banyak lagi, tapi saya sungguh tidak pandai dalam hal-hal ekonomi ini. Kemelesetan

Ujian 2

Image
Saya akan menulis tentang ujian lagi. Buat sementara waktu, sayang jika tidak berkongsi komen dari Jernih . Masih tentang ujian. From Tafsir Mahdi Pooya, Aqa Mahdi Puya says: Ibtila means trial. It has been used in the Quran in the sense that Allah provides opportunities to man to develop the faculties of intellect, reason and power to distinguish between good and evil, given to him by Allah, because through His prophet of highest spiritual standing he has been shown the right path. The divine guidance has been made available to man so that he may exercise his free will and choose either good or evil for which he is responsible and accountable. Secara kesimpulan, ujian adalah peluang. Peluang untuk jadi lebih pandai, lebih munasabah, lebih rasio membeza antara yang hak dan batil. Jadi, kawan-kawan, bersyukurlah kerana dipilihNya untuk mendapat kelebihan dari ujian yang diberiNya.

Ujian 1

Agak klise bukan bila ditimpa musibah, kawan-kawan akan datang dan mengucapkan “Takziah, sabarlah, semua ini ujian”. Bahkan orang yang ditimpa malang itu sudah tahu standard ucapan yang akan diterimanya. Bagaimana agaknya kita perlu bersikap terhadap ujian? Adakah yang datang itu ujian? Ya benar, lagi-lagi saya ditekan kali ini, kerana itu saya percaya sikap saya yang aneh-aneh yang tidak terfikir oleh saya akan membuat seperti itu, terjadi juga. Seperti disampuk kata rakan. Baru saya faham peribahasa marahkan nyamuk kelambu di bakar. Ya benar saya marah, tapi bukan itu akan justifikasi tindakan yang tidak bertepatan. Saya mencari jawapan, tentang ujian dan cuba memahami hikmah disebalik. Yang akhir-akhir ini cukup menekan, hanya sanya kemuliaan Rejab, saya tegar menahan. Ujian, baik musibah, baik kesenangan segala-galanya adalah ujian. Kita kena faham, saya kena faham, ujian ini wajib akan dikenakan pada setiap manusia. Quran menyebut, “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia d

Subhanallah

Dalam fragmen cerpen paling panjang saya pernah tulis (so far), 'Langit Permulaan' yang telah mendapat perhatian juri Sayembara 50 Tahun Merdeka DBP yang lalu, saya menulis begini, Kalau aku bertanya, Choon Kee akan bercakap yang aneh-aneh. Katanya di hutan Afrika, badak air bercakap dengan Tuhan. Burung hantu bersahut-sahutan memanggil nama manusia. Dan harimau bintang akan tidur memanaskan malam yang dingin memeluk anak babun yang kehilangan ibu . Sah! Choon Kee sedang angau berat. Aku lebih rela menghabiskan masaku menonton animasi Jepun dari melayan yang aneh-aneh Choon Kee. Saya menulis sahaja begitu. Mungkin telinga saya yang mendengar dari mana-mana siaran, mungkin mata saya pernah membaca di mana-mana. Maha Suci Tuhan, saya berjumpa dengan klip you tube ini. Beginilah rupanya 'harimau bintang akan tidur memanaskan malam yang dingin memeluk anak babun kehilangan ibu'. Subhanallah, saya terkesima.

Pening

Image
Dua tiga hari akan datang, unjurannya, rasa boleh bernafas sikit kot. Kerja yang ada buat-buat nampak tak nampak ajalah (atau jeling sikit-sikit udah). Meski dua tiga minggu di Malaysia cerita drama ala-ala Bollywood masih belum rasa nak surut lagi. Uish, malas nak ulas. Nanti rasa pening dan mual-mual. Owh, cerita pening ni best juga. Cerita motivasi. Aik, dalam pening pun boleh motivasi. Mentor Si Dr K bercerita dia akan tamat bulan Ogos kontrak memegang satu unit yang glamour. Tapi gesa-gesa juga Dr K agar sambung. Siapa lagi nak duduk kerusi panas (nasib tak kena bom). Kata Dr K, “Owh, tak nak tak nak. I dah pening. Dan malas nak pening-pening lagi”. Kata Director, “Owh tak pe pening, kerana pening adalah asas bagi perkataan peningkatan”. Kata dalam hati, “Ye ke? Betul ke ada dalam kamus”. Kenkawan nak tolong? Pening ialah kata dasar untuk peningkatan. Gue, musykil banget ni. Ke ada lapis makna ucapan Director yang ada gak skit-skit ciri sebagai seorang penyair. Mmm.

Tuhan: Tiada di Langkawi

Provokatif, memang. Ini kembara mencari apa yang teman karib mencari-cari termanya, 'mencari diri'. Supervisor kembara kami ke Pulau Payar, Mama R, menasihati macam-macam tentang perlunya memelihara keindahan taman laut. Tidak boleh memijak batu karang, tidak boleh mengambil cebisan coral sebagai cenderahati, tidak boleh menangkap ikan dengan tangan atau plastik, jangan memijak landak laut dan sebagainya. Mama R yang mengajari teman saya menggunakan google, menasihati juga agar dapat membuka tudung kepala kerana ia akan menyukarkan pergerakan dalam air. Menyebabkan air masuk ke dalam google. Macam-macam. Saya yang tidak sabar masuk ke dalam air tidak mendengar, cuma pesan kecil Mama R ringkas, "Bukalah tudung ini, tidak ada sapa-sapa pun kat sini. Tak ada orang tengok". Hah! Tuhan tiada di Langkawi agaknya. (...dan kalau saya pijak terumbu karang sekalipun, serupa juga, tiada orang yang akan tengok!)