Posts

Showing posts from April, 2008

Lemau

Image
E : Eh, apo ko lomau bona biskut ni. (Selepas merasa sedikit terus mencampak biskut ke lantai).
(Menggaru-garu kepala relax tanpa rasa bersalah) A : Sebenarnya biskut ni masa beli tu tak lemau. E : Abih tu?
A : Sebelum kau makan tu, biskut tu dah terdedah seminggu. Lepas buka tu aku lupa nak tutup. Lupa juga nak masuk dalam bekas. Biskut yang sama juga aku masuk dalam beg. Dalam beg tu banyak pula buku cover keras. So dah bertimpa-timpa dengan buku-buku tu. Pulaknya, masa pergi bercuti di Teluk Cempedak, tak sempat aku nak tukar baju dia orang pakat ramai-ramai campak aku masuk dalam laut. Dengan beg-beg aku masuk dalam laut. Dengan biskut-biskut tu masuk dalam laut. Tapi aku bijak la sikit, lepas tu aku jemur la biskut tu bagi kering. Ambil 5 hari jugak la nak kering. Lepas kering lupa lagi nak masuk dalam bekas. Tapi masa jemur tu, aku biar je tak tengok-tengok pun. Tapi heran juga, dalam pada menjemur tu banyak la dengar bunyi burung, bunyi ayam, bunyi kucing, bunyi-bunyi haiwan yang ti…

Massugu Itte Migi 3

Image
Saat itu juga wajah Sarah berubah. Mendung, terkesima, kelam. Ruang tamu rumah Mak dilatari dengan suara Sarah yang mendayu. Mak cepat-cepat meletakkan teko di atas meja makan dan kemudian mencempung Sarah segera ke sinki. Mulut Sarah berselepat putih di cuci bersih-bersih. Hati Sarah masih lara. Menghamburkan tangis tidak henti. Mendayu, merayu, mengadu, merintih. Ada kesal di hati Iskandar Ichiro. Tangan Ichiro pantas membersih lantai yang dikotori Sarah.

Ichiro merapati Mak yang sedang mendukung Sarah. Sarah memandang Ichiro tepat-tepat ke dalam mata. Mohon simpati. Tidak pernah Sarah menangis begitu.

“Perlukah kau tambah luka hati Sarah. Tanah Mama dan Papa Sarah masih lagi merah”.

Hati Iskandar Ichiro agam dalam rasa bersalah yang mendalam. Ichiro meminta Sarah dari Mak. Sarah didakapan Ichiro masih memandang. Sarah mengelipkan mata sekali. Dua butir air matanya jatuh perlahan, di kiri dan kanan. Ichiro menyeka dengan ibu jari, esak Sarah berhenti. Sarah melentokkan kepalanya di bah…

Tentang Doa

Image
pagi yang menginsafkan dan artikel dimensi doa penuh erti
Allah berfirman:
'Berdoalah nescaya aku akan penuhi'
'Hanya sanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadamu kami memohon sebarang bantuan'.
Kini Aku melihat doa itu dalam dua sudut satu sudut jasad sebuah doa, satu lagi ruhnya. Doa perlu ada adab ada seni ada langkahnya. Tetapi itu bukan hakikatnya. Ruh sebuah doa itu yang lebih besar.
seni berdoa dari Umaq di sini

Massugu Itte Migi 2

Image
“Kau jangan main-main Ichiro, ini bukan pilihan yang dibuat atas kau rasa kau boleh buat. Ini soal komitmen, soal tanggungjawab dan…”

Iskandar Ichiro mendengar penjelasan Mak dengan sabar.

“…dan ini soal bersedia untuk berkorban”.

Aroma kopi Kapal Api mengapung. Mak mengacau air dalam teko laju, gula melarut lebih cepat. Wap air marak menghias udara seperti tiris awan di angkasa.

“Kau jangan ingat kali ini kau memilih sama seperti waktu hendak masuk universiti dulu”.

Ah, Mak masih menganggap Iskandar Ichiro anak kecil. Hal dulu jadi begitu besar pada Mak. Masih kekal dalam benak Mak mungkin.

Iskandar Ichiro terkenang Datuk. Hanya Datuk dapat menukar pandangannya. Masa itu seluruh keluarga kecoh. Masing-masing tidak terdaya untuk menasihati lagi. Antara masuk USM dan ITM, Iskandar Ichiro memilih mahu masuk USM. Sedang seluruh ahli keluarga, Ayah, Mak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik berkeyakinan penuh ITM telah lama punya rekod yang diyakini industri. ITM telah lama punya graduan yang berpr…

Massugu Itte Migi 1

Image
"Tiada siapa yang memaksa kamu Iskandar Ichiro, kamu tahu itu bukan?" Mak menyentap leka Iskandar Ichiro.
Ada gerun yang menyeluruhi segenap indera dan nadi bila nama dipanggil penuh-penuh begitu. Selalu panggilan seperti ini akan menangkap perhatian Iskandar Ichiro segera. Terutama apabila Iskandar Ichiro membuat salah, atau orang mahu dia memusatkan perhatian segera. Tapi ucapan kali ini aneh. Gerunnya lebih menggugah. Lebih menggigit sehingga masuk ke lubb. Akal sedar dan roh sekaligus.
Sarah masih senyum. Senyum yang putih.
Itu panggilan nama yang menjemput dua rasa, tanggungjawab dan amanah. Adakah Sarah faham? Sarah mahu dia menjawab apa kepada Mak? Iskandar Ichiro masih belum pasti dapatkah dia menerima Sarah sepenuhnya. Sarah yang tidak bercakap. Sarah yang tidak berjalan. Sarah yang tidak dapat mengurus diri. Sarah yang membiarkan air liur jatuh berjejeran di lantai. Sarah yang malang.
"Saya tidak dipaksa Mak".
Khali.
Senyum Sarah masih putih.

Massugu Itte Migi

Image
Hati Iskandar Ichiro lama ada rusuh, ada rahsia, ada cerita. Tapi Iskandar Ichiro tidak mahu sesiapa membuat dia lupa. Boleh jadi Iskandar Ichiro akan bermula. Atau Iskandar Ichiro memilih menjadi penyimpan, dalam kotak minda sunyi sendiri. Tapi Iskandar Ichiro doa sungguh-sungguh, moga Tuhan menyayangi. Agar Iskandar Ichiro tidak dibebani dengan apa yang tidak mampu ditanggung. Bukankah itu juga edik yang ditinta dalam Quran? Itulah juga doa Ichiro bulat yang diminta dalam lirih sepertiga malam. Iskandar Ichiro meminta, mustahil Tuhan tidak memakbuli. Tiba-tiba Sarah memandang. Dalam senyum Sarah yang putih, Iskandar Ichiro telah jatuh kasih.

CIVIL HUNT

Image
Asal Turabiy's PPE
The hunt beginThe journey back
and the winner is?

Tunggu teduh dulu, Awan dan Ibn Battutah

Kata kawan 'Saya percaya, untuk setiap yang ditakdirkan Tuhan, biar apa bentuk dan rupa, itu adalah yang terbaik untuk diri saya'. Kata saya 'Saya percaya, untuk ruang dan dimensi keterbatasan manusiawi, dalam lingkungan kasualiti dan ex nihilo, meski apa rintangan yang dirasakan mustahil dalam logik manusia akan terjadi sesuatu, jika Tuhan berkehendak, kun maka fayakun'.Ini kali kedua kami berjanji, untuk bertemu di KLIBF08. Banyak rintangan. Kali terakhir pertemuan pada tahun lepas, tidak ingat bila. Sepatutnya kami berjumpa pada FCR fasa 3, masih rintangan yang merentang tidak mengizinkan pertemuan. Jadinya saya tekalkan diri memberi mesej dalam penat pada jam 6.30am dengan mengulang apa yang saya percaya, jika Allah berkehendak, kun maka fayakun. Saya sudah mengulang KLBIF08 sebanyak 3 kali, 2 kali atas tugasan, kali ke 3 atas meladeni anak buah yang sudah kehilangan payung, dan kali ke 4 untuk memenuhi janji seorang sahabat. Saya sungguh lurus bukan? Tapi tidak men…

Tunggu teduh dulu, Awan dan Ibn Battutah (teaser)

Image
Eika : Hujan lebat la, kita tunggu setengah jam. As : Ooo, kita tunggu hujan teduh. Ok. Eika : Yup, tunggu teduh dulu. As : Uiks, lain macam bunyinya..
bukan kamu seorang yang derita
bukan kamu seorang kisahnya tidak dicerita
bukankah As Sajjad tidak pernah ketawa
dengan nubari penuh derita
bukankah kamu sahabat Sakinah
lantas apa yang mahu kamu cerita sebagai musibah?
ini jalan rintis Dzibhin Azim
dalam sejarah dunia yang berpusing
dalam dada bukankah ada Tuhan?
maka berpeganglah pada janjiNya
kerana Dia dekat
memegangmu dengan erat!

Buku-buku KLIBF08

Image
Ini keadaan almari buku semasa (novel Hujan Pagi paling tebal, belum baca lagi) Ini buku-buku yang dibeli semasa KLBF2008 (buku Karbala itu orang lain yang punya, saya punya orang lain 'pau' dulu untuk dibaca) Soalan: Dimana lagi perlu disimpan buku-buku ini?Buku-buku dalam bidang, 3 daripadanya berkenaan 'soil', satu tentang 'RC design'. Kata kawan saya beli je buku design, bila nak design? Buku ringan untuk diselak dan dibaca. Saya suka Khoja Nasruddin yang kelakar selamba. Mountain Lions saya beli sebab suka Lions. Yang gambar Pak Arab bawa pedang tu NGEO pasal Arab Saudi. Dua-dua NGEO buku tahun 60an dan 70an.Buku-buku untuk generate cell brain aka damage cell brain juge...arghhhh (apsal beli? heran)
Image