Posts

Showing posts from March, 2010

Pernah dengar Pulut Himpit?

Image
Saya pun baru je dengar, walaupun mungkin dah banyak kali makan tanpa menyedari apa nama kuihnya. Ianya pulut biasa yang dimasak, kemudian dihimpit. Sama macam nasi himpit cuma diganti dengan pulut. Dan dimakan bersama sos manis seperti sekaya. Saya berjumpa secara dekat makanan tradisi di kampung sewaktu meraikan hari perkahwinan sepupu. Kampung saya dokek yo, kek Somonyih (Semenyih). Pulut himpit ini dimasukkan dalam acuan kayu, seperti di atas. Dipadat-padatkan, kemudian ditutup sebelum dihimpit dengan benda berat seperti beras, etc. Gambar di atas pulut himpit dalam acuan kayu empat segi tepat berukuran 2 kaki panjang (anggaran). Ibu saudara sedang membuka daun pisang yang melapisi bahagian atas pulut himpit. Yang warna putih itu adalah pulut himpit yang telah dipadatkan dengan sempurna. Cantik segi empat yang terbentuk. Setelah dibuka daun pisang yang melapisi bahagian atas, terselah pulut himpit yang telah dipadatkan. Makan masa dua hari juga untuk dapatkan makanan ini. Kemudia

Air: Mula dan Akhir 3

Image
Beliau: "De, hang tak baca Quran ke hapa, manusia kan asal dari tanah, awat hang kata dari ayaq?" Saya: "Assalamualaikum, awat?" Beliau: "Waalaikumussalam, tak dak la, aku baca blog hang dok kata segala hidupan asal dari ayaq. Termasuk la orang boleh faham yang manusia pun asal dari ayaq. Nanti ada orang salah faham ni de." Saya merenung skrin. Berfikir. Teguran kawan saya ini betul. Tetapi kalau pun orang lain faham manusia asal dari air, ia tidak bersalahan dengan kenyataan (statement) manusia berasal dari tanah. Jika saya menaip membalas, mahu berlanjutan sampai ke pagi tanya jawab beliau. Dalam disiplin kejuruteraan, tanah dikaji dengan sangat terperinci. Sehinggakan mereka melihat tanah dalam bentuk paling seni. Dengan maksud, tanah itu diperiksa dengan mengunakan mikroskop. Apa yang ada di dalamnya? Jurutera menyimpulkan bahawa tanah itu terdiri kepada 3 komponen. Iaitu: tanah (dalam bentuk partikel), udara dan air. Air! Saya tidak silap bukan. Model

Air: Mula dan Akhir 2

Image
Mendengar dan menonton berita di tv sudah semacam menjadi menonton drama yang ditayangkan di slot waktu petang pula. Hari-hari ada berita jenayah. Rompakan, pembunuhan, mengedar dadah sintetik, malah di parlimen semakin ramai drama king mencari publisiti. Tetapi semalam, berita amat mengejutkan belaku di Sarawak dan di Kedah, perbuatan seks haram dilakukan secara terbuka. Di Sarawak modus operandinya, pelacur akan membawa akhbar dan keluar sejak dari jam 7 malam lagi. Mereka akan berpeleseran di hadapan kedai untuk mencari pelanggan. Setelah belaku tawar menawar, mereka akan menggunakan suratkhabar tadi sebagai alas untuk, ya anda tahu untuk apa. Di Kedah pula, begitu juga. Tawar menawar malah belaku di hadapan kawasan perumahan yang penuh semak samun. Sekumpulan lelaki yang menunggang motorsikal sedang berbincang dengan 2 orang wanita dalam keadaan tidak sedar perbuatan mereka dirakam jurugambar. Setelah disiasat, dalam belukar yang penuh semak samun ada tilam dan khemah. Dan di sekit

Air: Mula dan Akhir

Image
Air adalah elemen paling sentral dalam kehidupan manusia. Ia malah, hidupan itu sendiri. Seperti yang dimaktub dalam Al Quran melalui ayat 30 surah Al Anbiya’ “Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah satu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” Ayat ini keseluruhannya menceritakan tentang penciptaan melalui dua fasa. Fasa pertama tentang kewujudan bumi, planet, galaksi dan segala yang ada diangkasaraya melalui proses yang dikenali sebagai Big Bang. Penjelasan secara tepat melalui ayat “Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah satu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya.” Proses belakunya pemisahan itulah masyarakat saintifik namakan sebagai Big Bang. Fasa kedua ialah mengenai permulaan semua hidupan, termasuk manusia. Ia dijelaskan melalui ayat “Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” Gambar 1: Embrio m
Image
kerana kamu bulan dizahirkan kita nampak jalan satu hari tenaga dihabisi yang tinggal hanyalah nisbi saat itu kau aku akan tahu

Tak Faham 2

Malaysia menerima cahaya matahari yang terang hampir 12 jam sehari. Tetapi kenapa, setiap kali masuk ke pejabat atau ke kelas, atau kebanyakkan premis yang ada, kita tetap melihat lampu di buka di siang-siang hari. Bukankah cahaya matahari cukup terang untuk membantu kita melihat? Salah siapa? Adakah arkitek bangunan kita tidak cukup ikhtiar untuk mengoptimakan penggunaan matahari sebagai sumber tenaga?

Tak Faham

Saya ada satu perkara yang saya tak faham. Setiap tahun kita perlu membayar insuran kereta untuk membolehkan kita memperbaharui cukai jalan. Dan harga yang dibayar itu bukanlah sedikit. Katalah, untuk tahun 2009 pemilik kereta tidak terlibat langsung dalam kemalangan. Maknanya dia tidak akan membuat apa-apa tuntutan terhadap harga insuran yang dibayar kepada syarikat insuran. Soalan saya: 1. Kenapa bila pemilik kereta tidak membuat tuntutan, wang insuran yang dibayar (pada 2009) mahal-mahal itu tidak dikembalikan? 2. Kalau begitu, kita membayar apa kepada syarikat insuran? (bayar untuk khidmat apa sebenarnya?) 3. Tak boleh ke duit tu dibayar semula kepada pemilik kereta untuk membolehkan dia memodalkan duit untuk insuran 2010 pula? Sekian, kemusyikilan saya.