The Arrivals (TA) ialah filem 51 siri diproduksi oleh 2 orang iaitu Noreagaa dan Achernar serta secara konsisten disokong oleh Abdullah Hashem (lagenda youtube dengan siri The Antichrist Dajjal Series). 51 siri, secara purata 10 minit untuk setiap satu bermakna ada sejumlah 500 minit untuk dihadam. Saya, mengambil masa selama 3 hari bermaraton menghabiskan The Arrivals. Secara ringkas, The Arrivals dari segi kandungan, adalah besar dan jauh lebih hebat dari mana-mana produksi yang sedang ditayangkan di pawagam. Paling penting, menonton TA di YouTube percuma, tidak melibatkan bayaran untuk membeli tiket dan popcorn. Jika awak meminati buku-buku Harun Yahya, ada banyak persamaan dengan The Arrivals. Secara ringkas, The Arrivals menggunakan medium visual untuk menyampaikan mesej yang sama seperti di dalam buku-buku Harun Yahya iaitu: penilaian semula sikap kita terhadap dunia dan seruan kepada penyatuan. Oleh kerana aktiviti pembacaan sudah menurun, maka The Arrival adalah revival dan p...