Posts

Showing posts from April, 2014

Erti Hidup Pada Memberi? - 2

Bila disebut erti hidup pada merasa, kelihatannya sangat mementingkan diri sendiri. Dengan meletak syarat, ktia perlu merasa terlebih dahulu, sebelum menjadi seorang pemberi, akan menyebabkan orang mempunyai alasan untuk tidak bergerak dan bertindak. Merasa itu ada banyak makna. Merasa itu boleh jadi kita menjadi penerima, kemudian kita akan merasa. Seperti pantun Melayu yang masih saya ingat. Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa. Sesuatu mesti diserahkan terlebih dahulu. Maksud, mesti ada seorang pemberi. Kemudian kita yang menjadi penerima akan menjadi seorang yang merasa pemberian, kemurahan hati, kebaikkan dan ingatan dari dia. Ini satu. Merasa juga boleh juga bukan menerima dari sesiapa, tetapi kita terkesan. Sesuatu yang dirasakan dalam hati, menyebabkan hati tergoncang, dan melahirkan perasaan aneh-aneh yang sukar untuk diterangkan kepada sesiapa pun (macam jatuh cinta?). Perkara ini boleh berlaku mungkin kerana satu-satu peristiwa besar, sep

Erti Hidup Pada Memberi? - 1

Erti hidup pada memberi adalah tagline yang tidak asing lagi di web Ustaz Hasrizal atau SaifulIslam. Saya cuba bertanya diri adakah ia juga memberi makna kepada saya. Minggu lepas selepas melawat pelajar-pelajar latihan ilmiah Darul Quran, saya dihantui satu persoalan. Adik-adik rumah anak yatim yang ada di sana berkongsi perasaan yang begitu janggal didengar di telinga saya. Ketika berkongsi, pelajar DQ menceritakan, ada adik yang tidak pernah peduli tentang kasih sayang. Kata dia, "buat apa saya nak beri kasih sayang kepada orang lain, sedangkan saya sendiri tidak pernah merasa kasih sayang." Pelajar DQ memberi jawapan, "tapi kamu ada kakak-kakak sukarelawan yang menyayangi kamu." Jawab adik itu yang mengejutkan, "tapi saya tetap tidak dapat merasa kasih sayang seorang Ayah!" Persoalan itu yang membawa saya bertanya kembali kepada persoalan erti hidup pada memberi. Lama saya berfikir, tetapi semakin berfikir saya tidak dapat melihat rele